You are on page 1of 4

TEKS PENGACARAAN Karnival ACS 2016.

Mohon kerjasama semua hadirin untuk bersedia kerana majlis akan bermula sebentar lagi.

Memulakan atur langkah majlis, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu


Negaraku dengan iringan muzik. Semua hadirin diminta bersedia.
( lagu dimainkan PA System )
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin
dipersilakan duduk.

Dari Johor hendak ke Pekan,


Singgah di Lipis membeli haruan,
Semanis senyuman kami hamparkan ;
Buat bingkisan salam pertemuan.

Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktu, Salam Sejahtera dan Salam


1Malaysia, Salam Perak Aman Jaya.

UCAPAN ALU-ALUAN

Yang berbahagia En. Osman____________,


_________________________(JAWATAN)

Yang berbahagia, En. Khalid Bin Ariffin, Penolong PPD Kurikulum, Sains dan
Matematik
Yang berusaha,
1. _________________________ ____, Pengerusi Lembaga Pengelola
Sekolah SMK Methodist ACS Sitiawan
2. _____________________________, Pengerusi PIBG SMK Methodist
ACS SItiawan
3. En. Ding Kong Leong, Pengetua SMK Methodist ACS SItiawan,
Yang dihormati barisan pentadbir, guru-guru, pasukan UCSI University, sekolah
jemputan SK Methodist ACS, ibu bapa serta anak-anak didik ACS yang dikasihi
sekalian.
Selamat datang ke Majlis Perasmian Karnival ACS dan _______________
2016
Untuk pengetahuan hadirin, Karnival ACS 2016 julung-julung kali diadakan
bermula pada 27 hingga 29 April 2016 meliputi semua bidang iaitu Sains dan
Matematik, Bahasa dan Kemanusiaan. Aktiviti ini diharapkan dapat memupuk
semangat kerjasama dalam kalangan pelajar dan menyemai semangat ingin
bersaing dalam kehidupan untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.
Sebagai ucapan pembuka tirai kita pada hari ini, majlis menjemput
En. Ding Kong Leong, Pengetua SMK Methodist ACS SItiawan untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada En. Ding Kong Leong, Pengetua SMK Methodist
ACS atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
UCAPAN PERASMIAN PENUTUP
Bukan rumput sebarang rumput
Rumput perhiasan tepi halaman
Bukan jemput sebarang jemput
Jemput memohon kata perasmian.
Bagi menyempurnakan majlis kita pada hari ini, majlis menjemput

______________________________________________________________ untuk memberi


ucapan dan seterusnya merasmikan Karnival ACS dan ______________2016. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
_____________________________________________________________
______________________________________________ atas ucapan sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat sekalian, begitulah itu tadi gimik perasmian Karnival ACS 2016
PERSEMBAHAN
Bagi menyerikan lagi majlis hari ini, marilah kita sama-sama saksikan persembahan deklamasi
sajak oleh Mas Afifah Farhah Binti Mas Juniden dengan tajuk
_________________________________________________________________
Terima kasih diucapkan atas persembahan sebentar tadi. Untuk makluman semua, ,Mas Afifah
Farhah merupakan juara pertandingan Deklamasi Sajak Peringkat Daerah dan akan mewakili
Daerah Manjung ke peringkat negeri.
Seterusnya Majlis mempersilakan En. Ding Kong Leong
untuk mengiringi Yang Berbahagia En. Osman______________ dan tetamu
menikmati jamuan ringan yang disediakan.
Seterusnya dijemput En. Fauzi dari rangkaian telekomunikasi Celcom Sdn. Bhd
untuk menyampaikan taklimat tentang Cyber Security.
Terima kasih diucapkan kepada En. Fauzi atas taklimat itu tadi. Semoga hadirin
mendapat manfaat daripada informasi yang diberikan

PENUTUP
Hadirin-hadirat yang dimuliakan,
Inilah yang dikatakan,
Umpama belayar sudah sampai ke pelabuhan
Umpama berjalan sudah sampai ke destinasi
Umpama berkayuh sudah sampai ke haluan,
3

Dengan berakhirnya taklimat itu tadi, maka berakhirlah majlis perasmian


Karnival ACS_____________ 2016
Terima kasih dan sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat
dalam menjayakan Majlis Perasmian Karnival ACS_____________ 2016 ini.
Majlis memohon kemaafan atas segala kepincangan dan kekhilafan sepanjang
majlis ini berlangsung.
Sekian, terima kasih.

You might also like