You are on page 1of 2

Terima kasih Pengerusi Majlis..

Yang Diraikan cikgu abdul hamid bin othman, selaku mantan guru
penolong pentadbiran sk lktp triang2.
Yang Dihormati _______________________________ Yang Dipertua PIBG
Yang Dihormati Guru besar cikgu mazleyaton bt lias
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid cikgu hamidah bt ismail,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum cikgu suriya salmi bt mat nor
,guru-guru serta rakan-rakan sekalian.
Assalamulaikum warah matullah hiwabarakatuh dan Salam
Sejahtera. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada
Yang Maha Berkuasa Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan
kuasanya, dapat kita bersama-sama meraikan majlis perpisahan yang
sangat bermakna dan penuh erti pada hari ini.
Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya
setiap perpisahan pasti amat menyedihkan. Apabila mengenang
kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik
kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini, kami
berasa terharu kerana kehilangan seorang guru yang amat kami
sayangi dan cintai. Pada kami, guru ini bukan sekadar guru, tetapi
ibarat bapa kami dalam sebuah keluarga besar di Sekolah Kebangsaan
Triang 2 ini.
Lembut, tenang namun tetap tegas dalam melaksanakan
tanggungjawab. Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan
mengenai Cikgu hamid. Sepanjang tempoh perkhidmatan di Sekolah
Kebangsaan triang 2, beliau telah banyak menyumbangkan jasa dan
bakti buat anak bangsa terutamanya para pelajar di sekolah ini. Beliau
bukan sahaja seorang guru yang penyayang, melakukan tugas dengan
hati yang tulus ikhlas, malah mementingkan kebajikan pelajar melebihi
dirinya sendiri. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang berhati
murni dan sentiasa memberikan yang terbaik buat para pelajarnya.
Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil murid murid Sekolah
Kebangsaan triang 2 merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan
dan terima kasih kepada Cikgu hamid yang tidak pernah mengenal
jemu mendidik dan mengorbankan waktu demi kami, anak- anak
muridmu.
Kami berdoa, semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat dan
peliharaan-Nya kepada cikgu hamid serta keluarga, dipanjangkan usia,
diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan
bagi manfaat agama, bangsa dan negara. Tak tumbuh tak melata, tak
sungguh orang tak kata. Benar kata pepatah Melayu,patah kan
tumbuh, hilang kan berganti, namun yang hilang akan tetap kekal
menjadi kenangan abadi. Saya akhiri ucapan saya dengan

Wabillahitaufik walhidayahwassalamualaikum warah matullah


hiwabarakatuh.Sekian, terima kasih.

You might also like