You are on page 1of 18

SEJAR

Perjuangan
AH

Tajuk :
Kemerdekaan Negara
Nama :

Muhammad

Rais bin Mohd Rosli


Kelas : 5 Ehsan
No. Mykid : 050108-10-1571
Nama Guru : Siti Khadijah

BIODATA

NAMA SAYA : Muhd Rais Bin Mohd Rosli


NAMA AYAH : Mohd. Rosli Bin Jaafar Sidik
NAMA MAK : Sriyanti Bt Zaini
NAMA KAKAK : Nur Rasyidah Bt Mohd Rosli
NAMA ABANG : Muhammad Rashid Bin Mohd Rosli
NAMA SEKOLAH : Sekolah Integrasi Masjid Darul Ehsan Subang Jaya
UMUR : 11 tahun

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim, segala puji bagi Allah syukur kerana dengan berkat-Nya


membolehkan saya menyiapkan folio ini. Seterusnya ribuan terima kasih kepada kedua
ibu bapa saya kerana memberi sokongan yang penuh kepada saya, juga setinggi
penghargaan kepada guru matapelajaran saya Siti Khadijah kerana telah banyak memberi
tunjuk ajar dan sokongan. Tidak dilupakan terima kasih kepada rakan rakan sekelas yang
sudi berkongsi ilmu dengan saya. Syukran jazillan

PENGENALAN TAJUK

Dalam mengenang jasa jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan tokoh tokoh terdahulu
bagi kita mengecapi kemerdekaan yang dinikmati sekarang, kita akan mendalami lebih
lagi tentang perjuangan kemerdekaan. Di dalam folio ini akan membentangkan mengenai
kedatangan penjajah asing agar dapat mengjadi iktibar kepada kita sekarang. Seterusnya
akan lebih mengenali mengenai kuasa British dan campur tangannya didalam Tanah
Melayu. Ketiga, dapatlihat bagaimana langkah langkah bagi memperjuangkan
kemerdekaan tanah air kita. Keempat, mengenali siapakah tokoh tokoh yang telah banyak
berkorban buat keadilan penduduk tanah air dan kebebasan yang dikecapi sekarang ini.

KEDATAN
GAN
Negara kita terletakKUASA
di tengah-tengah laluan perdagangan antara Timur dengan Barat.
Kekayaan sumber bahan mentah telah menarik kuasa luar untuk menakluki negara kita.
LUAR
Kuasa tersebut isalah Portugis, Belanda, British dan Jepun.
Mari kita lihat kronologi kedatangan kuasa luar ke negara kita.
Tahun
1942

Huraian
Penduduk Jepun dari tahun 1942 hingga tahun 1945. Jepun

1882
1841

menguasai Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.


British menguasai Sabah.
British menguasai Sarawak melalui pelantikan James Brooke

1824

sebagai Gabenor Sarawak.


Menerusi perjanjian Inggeris-Belanda, British mendapat hak
mmeluaskan pengaruh di Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak

1786

dan Sabah.
Briitish berjaya menduduki Pulau Pinang memalui perjanjian

dengan Sultan Kedah.


1641
Belanda menguasai Melaka selepas mengalahkan Portugis.
1511
Portugis menakluki Melaka.
Rajah 5.1: Kronologi kedatangan penjajah.
Tujuan Kedatangan Kuasa Luar
Kuasa luar yang datang ke negara kita disebabkan oleh faktor perdagangan, kemegahan,
penyebaran agama kristian, keperluan bahan mentah dan peluasan tanah jajahan.
Faktor
Perdagangan

Huraian
Pemerintaan rempah sangat tinggi di Eropah. Oleh
itu, kuasa Barat ingin menguasai Melaka yang
merupakan pusat pengumpulan dan pengedaran

Kemegahan

rempah
Negara-negara Eropahh bersaing untuk menjajdi
kuasa yang dikagumi. Oleh tiu, mereka perlu
mendapatkan tanah jajahan. Melalui penaklukan
tersebut, kuasa Barat diiktiraf dan disanjung oleh

Penyebaran

negara lain.
Agama Islam sudah berkembang luas di Asia

Agama

Tenggara. Oleh itu, kedatangan mereka juga


5

didorong oleh hasrat untuk menyebarkan agama


Keperluan Bahan

Kristian di Asia Tenggara.


Selepas berlaku Revolusi Perindustrian di Eropah,

Mentah

kuasa barat memerlukan bahan mentah seperti bijih


timah, bijih besi, emas dan arang batu. Bahan
mentah ini merupakan keperluan utama kilang
mereka. Oleh itu, British ingin menguasai negara

Peluasan Tanah

kita yang kaya dengan bijih timah.


Bbritish dan kuasa Eropah yang lain bersaing di Asia

Jajahan

Tenggara. Tujuan mereka adalah untuk


perdagangan, keperluan bahan mentah, kemegahan
dan penyebaran agama Kristian. Oleh itu, Belanda
telah menakluk Indonesia, Sepanyol menakluki
Filipina, Perancis menakluk Indochina dan British
menakluk Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak.

PENJAJAHAN & CAMPUR TANGAN


BRITISH
PENJAJAHAN & CAMPUR TANGAN BRITISH
NEGERI-NEGERI SELAT

Selepas tahun 1824, British mempunyai 3 bentuk petempatan iaitu Pulau Pinang
yang telah ditubuhkan pada 1786.

Singapura yang diperolehi daripada Temenggung Abdul Rahman pada tahun 1819
dan Melaka yang diterima selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.
Selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Pulau Pinang ditadbir oleh Leftenan
Gabenor sementara Melaka dan Singapura ditadbir oleh Residen.

Pada tahun 1826, ketiga-tiga negeri tersebut digabungkan bagi membentuk Negeri-negeri
Selat. Penggabungan itu bertujuan untuk menyeragamkan serta menjimatkan
perbelanjaan pentadbiran.

Pemindahan pentadbiran ke London pada tahun 1867 adalah kerana Syarikat Hindia
Timur Inggeris (SHTI) di India tidak mengambil berat kebajikan Negeri-Negeri Selat.

Desakan oleh para saudagar yang tidak berpuas hati dengan dasar Pejabat Tanah
Jajahan British di India dan cadangan Syarikat Hindia Timur Inggeris untuk
menghapus taraf pelabuhan bebas Singapura mengancam kemajuan perdagangan
di Negeri-Negeri Selat.

Kemasukan pendatang dari China secara tidak terkawal menyebabkan berlaku


kekacauan akibat penubuhan kongsi gelap dan penduduk membantah tindakan
Pejabat Tanah Jajahan British di India

Singapura dijadikan sebagai tempat pembuangan banduan dari India telah


mempercepatkan pemindahan pusat pentadbirannya ke London.

NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU

Melalui Perjanjian Persekutuan tahun 1896, negeri-negeri Selangor, Perak, Pahang,


dan Negeri Sembilan disatukan di bawah satu pemerintahan pusat.

Negeri-negeri ini di kenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Beberapa faktor mendasari penubuhannya ialah

-Masalah yang dihadapi oleh negeri Pahang


-Untuk tujuan kecekapan pentadbiran dan keseragaman
-Untuk mengawal kuasa residen
-Faktor keselamatan

PERJUANGAN MENUNTUT
KEMERDEKAAN
Perjuangan Tokoh Tempatan
PERJUANGAN TOKOH TEMPATAN

Penajahan dan campur tangan British di negara kita telah menimbulkan


rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin tempatan.Pejuangan kita
telah memimpin rakyat berjuang dengan gigih untuk mempertahankan
kedaulatan tanah air.Sebagai rakyat kite perlu menghargai pengorbanan
mereka.
Dol Said:

Menentang British bagi mempertahankan kedaulatan Naning.

Menentang pelaksanaan undang-undang British dan bayaran cukai.

Pada tahun 1831,Dol Said berjaya mengalahkan British dengan menggunakan taktik
perang gerila dan mendapat bantuan pembesar dari daerah Seri Menanti,Sungai
Ujong,Johol dan Muar.

Pada tahun 1832,British bertindak menawan pusat pentadbiran Naning dan


membakar rumah penduduk.

British terpaksa membelnjakan 100 ribu Paun Sterling untuk mengalahkan Dol Said.

British hanya dapat menewaskan Dol Said dalam serangan yang ketiga.

Pada tahun 1832,Dol Said telah ditewaskan dan tinggal dalam buangan di Melaka.

Rentap:

Menentang James Brooke kerana menganggap orang Iban sebagai lanun dan telah
menghapuskan petempatan mereka.

James Brooke telah mendirikan kubu di Nanga Skrang untuk mengawasai prgerakan
orang Iban.

Pada tahun 1853,Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang dan
mencapai kejayaan.

Rentap membina kubu pertahanan di Bukit Sadok.Ramai pahlawan Iban yang


menyokongnya.

Pertempuran yang sengit berlaku antara Rentap dan James Brooke di Bukit Sadok.

Rentap telah berundur ke Sungai Entabai dan tidak dapat dikesan selepas itu.

Sharif Masahor:

Menetang James Brooke yang meluaskan kuasa ke atas wilayah Sarikei dan
mengambil alih kuasa pentadbir.

Pada tahun 1855,Sharif Masahor telah menyerang Mukah.Beliau berjaya mengusir


keluar pembesar tempatan yang menyokong James Brooke.

Sharif Masahor bersama-sama dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur dan Temeggung
Hashim telah mengadakan kerjasama untuk menyerang Kuching.

Sharif Masahor tidak dapat mengalahkan pasukan tentera Charles Brooke,anak


saudara James Brooke dan berundur ke Mukah.

Pada tahun 186,sharif Masahor ditewaskan dan dibuang negeri ke Singapura.

Setelah dibebaskan,Sharif Masahor menuju ke Selangor untuk membantu Raja


Mahadi dalam perang saudara yang dikenali sebagai Perang Klang.

Dato' Maharaja Lela:

Menetang British kerana British memperkenalkan sistem cukai baharu dan campur
tangan dalam adat resam orang Melayu.

Sultan Abdullah,Dato" Maharaja Lela dan pembesar-pembesar lain telah mengambil


keputusan untuk membunuh J.W.W. Birch.

Dato' Maharaja Lela dan Seputum telah membunuh J.W.W. Birch.

Dato' Maharaja Lela telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada tahun
1877.

Yamtuan Antah

10

Menentang British kerana tidak bersutuju dengan perjanjian antara British dengan
Dato' Kelana Sungai ujong.

Yamtuan Antah juga tidak bersetuju dengan tindakan Dato' Kelana yang
mengishtiharkan Terachi sebagai wilayahnya.

Yamtuan Antah telah menawan Paroi dan membina kubu pertahanan.

Pihak British mengalahkan pasukan Yamtuan Antah.

Yamtuan Antah terpaksa berundur ke Bukit Putus.

Yamtuan Antah dan British telah mengadakan rundingan perdamaian.

Yamtuan Antah telah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti.

Dato' Bahaman:

Menentang British disebabkan kehilangan hak mengutip cukai dan dilucutkan


gelaran sebagai pembesar.

Pada tahun 1891,Dato' Bahaman menyerang Balai Polis Lubuk Terua dan menawan
kembali Lubuk Terua dengan bantuan Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau.

Pada Tahun 1894,Dato' Bahaman menawan KUala Tembeling dan Jeram Ampai.

Dato' bahaman terpaksa beryndur ke Kelantan dan mendapat perlindungan di


Chiengmai,Thailand.

Tok Janggut:

Tok Janggut menetang British disebabkan cukai dan peraturan tanah baharu yang
membebankan.

Pada tahun 1915,Tok Janggut telah melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh.

Pihak British bertindak menyerang Tok Janggut yang berkubu di Kampumg Saring.

Tok Janggut terkorban dalam pertempuran itu.

Mat Salleh:

Menetang Syarikat Borneo Utara British (SBUB) kerana kehilangan kawasan


pengaruh.

11

Mat Salleh membantah cukai yang dikenakan serta peraturan baharu yang
membebankan.

Pada tahun 1897,Mat Salleh telah mendirikan kubu di Ranau dan menyerang Pulau
Gaya dan Ambong.

Mat Salleh telah ditewaskan di Tambunan dan dikatakan telah terkorban.

Antanom:

Menentang (SBUB) kerana kehilangan kuasa dan pengaruh,menetang pembayaran


cukai yang dikenakan,menjadikan orang Murut sebagai buruh paksa dan
menceroboh kawasan hutan orang Murut untuk membina jalan.

antanom telah menyatukan orang Murut untuk menentang SBUB.

Pada tahun 1915, Antanom telah menyerang Pensiangan dan membina kubu di
Sungai Selangit.

Terkorban dalam pertempuran di Sungai Selangit.

Haji Abdul Rahman Limbong:

Menetang British kerana penguatkusaan undang-undang binatang buas,peraturan


tanah baharu dan pas kebenaran untuk menjalankan aktiviti pertanian.

Pada tahun 1922,Haji Abdul Rahman Limbong bertindak sebagai peguam untuk
membela petani di Kuala Telemong yang ditangkap kerana menentang peraturan
baharu.Mereka telah membersihkan tanah tanpa mengambil pas kebenaran.

Pihak British juga telah mengancam akan mengambil tindakan undang-undang ke


atas mereka yang enggan membayar cukai.

Ancaman British untuk mengambil tindakan undang-undang menyebabkan para


petani telah menduduki balai polis dan bangunan kerajaan di Kuala Berang.

Pihak British telah melancarkan serangan dan Haji Abdul Rahman Limbong telah
ditangkap.

Beliau dijatuhi hukuman buang negeri ke Mekah.

Menyorot kembali sejarah kemerdekaan negara, Kongres Melayu pertama yang diadakan
pada 1 hingga 4 Mac 1946 telah menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu
12

Kebangsaan (UMNO). Usaha ini memantapkan perjuangan dan pembentukan negara


dengan bangsa yang berdaulat.
Walaupun Tanah Melayu diisytiharkan darurat pada 1948 akibat pemberontakan
komunis, namun ia sedikitpun tidak mematahkan semangat para pejuang kemerdekaan
tanah air tercinta.
Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk
memperolehi kemerdekaan Malaya. Walaupun percubaan sulung itu tidak berjaya,
kemerdekaan akhirnya tercapai setelah melalui beberapa peristiwa.

13

27 Julai 1955
Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan. (UMNO telah mengadakan kerjasama
dengan MCA (yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan pada Ogos
1946) membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi pilihan raya tersebut.
1O Ogos 1955
Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3
wakil Cina dan 2 wakil India.
18 Januari 6 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan Persekutuan
Tanah Melayu di London.
8 Februari 1956
Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai
tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
20 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di Padang Pahlawan,
Bandar Hilir, Melaka
21 Mac 1956
Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah suruhanjaya bebas telah dibentuk untuk
mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
28 29 Disember 1956
Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan komunis. Lalu,
Rundingan Baling diadakan pada 28-29 Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha
Agung Parti Komunis Malaya (PKM).
30 Ogos 1957
Detik 12.00 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan Sultan
14

Abdul Samad dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu tanda negara
mencapai kemerdekaan.
31 Ogos 1957
Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala
Lumpur.

TOKOH
TOKOH
KEMERD
ANTARA CONTOH TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN NEGARA
EKAAN
1. TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
Ibarat kata pepatah Melayu Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama. Begitulah ungkapan yang paling bererti untuk mengenang jasa dan
15

sumbangan negarawan ulung Tunku Abdul Rahman Putra. Sepanjang hayatnya, Tunku
telah menunjukkan kehebatan sebagai pemimpin yang berwibawa dalam pelbagai bidang,
seorang pejuang yang berjiwa kental dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi untuk
membebaskan negara dari cengkaman penjajah. Penglibatan menentang Malayan Union,
mengemudi kepimpinan UMNO melalui perubahan slogan dari Hidup Melayu kepada
Merdeka, mengatur strategi pakatan antara kaum dengan kerjasama pihak Majlis RajaRaja Melayu telah membuktikan kepimpinan Tunku sehingga berjaya mencapai
kemerdekaan secara aman melalui meja rundingan. Liku, cabaran, perit jerih terbayar dek
nikmat kemerdekaan yang diwarisi sehingga kini dan kita sebagai rakyat Malaysia perlu
merasa terhutang budi kepada Tunku Bapa Kemerdekaan.
2. TUN SIR HENRY H.S LEE
Ketokohan, pengorbanan dan jasa Tun Sir Henry H.S. Lee dalam mencapai perpaduan
kaum dan kemerdekaan negara amat terserlah dan perlu dikenang selama-lamanya.
Beliau memainkan peranan yang penting dalam penubuhan MCA, perancang utama
penubuhan perikatan UMNO-MCA, penentang komunis di zaman darurat dan merupakan
pejuang negara semasa menuntut Kemerdekaan Malaya. Apabila Malaya merdeka, beliau
telah dilantik sebagai Menteri Kewangan antara tahun 1957 hingga 1959. Sesungguhnya,
jasa dan pengorbanan beliau telah menjadi salah satu kebanggaan negara.

3. TUN V.T. SAMBANTHAN


Tun V.T. Sambanthan merupakan seorang pejuang daripada masyarakat India yang
dilahirkan pada 16 Jun 1919 di kawasan pedalaman di Sungai Siput, Perak. Kepimpinan
beliau terserlah apabila dilantik menjadi Presiden Kongres India Malaya ketika berusia 36
tahun. Kemudian Tun V.T. Sambanthan dilantik menjadi menteri penuh dalam pelbagai
kementerian. Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet begitu banyak jasa yang telah
dicurahkan oleh Tun V.T. Sambanthan terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang
berbilang kaum dan dari segi kemudahan kepada rakyat serta semangat patriotisme pada
masa itu.

16

17

PENUTUP
Kesimpulannya adalah penting untuk memahami dan menghayati tentang Perjuangan
kemerdekaan tanah air kita. Pemahaman ini dapat melahirkan kesedaran tentang
pengorbanan tokoh tokoh yang berkorban demi kemerdekaan kita sekarang. Oleh itu
harapan kami kepada generasi masa kini ialah menghayati dan menghargai sejarah
Negara dan seterusnya mengukuhkan jati diri terhadap tanah air. Sebagai warganegara ,
kita perlu mengetahui asal usul bangsa sendiri dengan pengetahuan ini maka akan dapat
melahirkan warganegara yang sayang akan Negara dan tidak mudah lupa diri apabila
berada di Negara orang. Oleh itu pelajar-pelajar di Malaysia harus mempelajari tentang
dengan sejarah-sejarah Malaysia agar dapat mengenang jasa-jasa pahlawan Negara yang
sanggup berkorban untuk mempertahankan tanah air daripada dijajah. Sekian terima
kasih.

18

You might also like