You are on page 1of 4

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG PASIR


42700
BANTING
SELANGOR DARUL EHSAN
______________________________________________________________________
KERTAS KERJA
PROGRAM KECERIAAN SURAU AL-QUDSI,
SK PERMATANG PASIR
1437H/2016

PENDAHULUAN:
Surau Al-Qudsi merupakan satu-satunya surau yang terdapat di perkarangan SK
Permatang Pasir. Surau ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Hasiman bin Sidom pada 7
Mac 2009. Oleh itu, surau Al-Qudsi SK Permatang Pasir digunakan sepenuhnya oleh
pihak sekolah untuk menjalankan pelbagai aktiviti sekolah.

RASIONAL:
Program Keceriaan Surau Al-Qudsi SK Permatang Pasir dirancang dengan
tujuan untuk menceriakan bahagian dalam dan luar surau di samping menambah
kelengkapan asas untuk kegunaan murid-murid di sekolah ini. Antara perancangan
awal bagi melaksanakan projek ini adalah pembikinan mural yang bertemakan SifatSifat Allah, Nama-Nama Malaikat serta Nama 25 Orang Rasul di bahagian dalam Surau
Al-Qudsi. Selain itu juga, penambahbaikan akan dilaksanakan di bahagian-bahagian
yang dirasakan perlu seperti tulisan nama surau di pintu luar bangunan tersebut.

OBJEKTIF :
Program Keceriaan Surau Al-Qudsi SK Permatang Pasir 2016,
2016 dijalankan berdasarkan
objektif berikut:
1.

Membuat penambahbaikan kelengkapan dan keceriaan alatan surau.

2.

Memudahkan pelaksanaan program-program yang dianjurkan oleh Panitia


Pendidikan Islam.

3.

Menyuburkan semangat cintakan surau dalam kalangan murid melalui aktivitiaktiviti yang dijalankan.

4.

Meningkatkan keceriaan dan keindahan surau sebagai salah satu tanda syiar

5.

Islam yang agung.


Melahirkan murid yang sayang dan cinta kepada surau seterusnya menjadikan
surau dekat di hati murid-murid.

6.

Membina semangat kerjasama antara pihak sekolah, PIBG, guru, murid-murid


dan masyarakat dalam usaha mengimarahkan surau sekolah.

ANGGARAN PERBELANJAAN

a)

Mural dan Cat


Jumlah perbelanjaan

SUMBER PENDAPATAN

1.

Sumbangan PIBG

2.

Kewangan Panitia Pendidikan Islam

RM

200.00

RM

200.00

JAWATANKUASA PROGRAM
Program Keceriaan Surau Al-Qudsi 2016
AHLI JAWATANKUASA INDUK
Penaung

: Encik Abdul Razak bin Supar


( Guru Besar, SKPP)

Penasihat

: Puan Noliza bin Sumindar


( Ketua Panitia Pendidikan Islam SKPP)

Pengerusi

: Cik Ain Zuraidah binti Dzulkifli

Naib Pengerusi

: Cik Aini Diyana binti Ahmad Fakhruradzi

Setiausaha

: Cik Nini Karlina binti Md Yusof

Bendahari

: Cik Saidatul Najihah binti Jaafar

JAWATANKUASA PELAKSANA
Program Keceriaan Surau Al-Qudsi 2016
Mural
Kebersihan
Keceriaan
Dokumentasi

: Cik Aini Diyana bt Ahmad Fakhruradzi


: Cik Ain Zuraidah bt Dzulkifli
: Cik Saidatul Najihah binti Jaafar
: Cik Nini Karlina bt Md Yusof

PENUTUP

Pihak jawatankuasa Program Keceriaan Surau Al-Qudsi 2016 merakamkan


setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak atas sumbangan
kewangan, buah fikiran, tenaga dan sumbangan material dalam menjayakan program
ini.
Pihak jawatankuasa juga yakin dan percaya program ini dapat dilaksanakan
dengan lancar dan sempurna sebagaimana yang dirancang dan akan mencapai segala
objektif yang telah digariskan hasil komitmen dan kerjasama yang ikhlas semua pihak
yang terlibat dari awal hingga akhir program ini. Semoga usaha murni ini akan
mendapat limpahan rahmat, inayah dan barakah daripada Allah S.W.T. Insya-Allah.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

.........................................................
(NINI KARLINA BINTI MD YUSOF)
Setiausaha
Program Keceriaan Surau Al-Qudsi
SK Permatang Pasir, Banting

.....................................................
(PN. NOLIZA BINTI SUMINDAR)
Ketua Panitia Pendidikan Islam
SK Permatang Pasir, Banting

Disokong oleh :
..............................................................
(ENCIK ABDUL RAZAK BIN SUPAR)
Guru Besar
SK Permatang Pasir, Banting

You might also like