You are on page 1of 7

Aktiviti masteri atau kejayaan pasukan adalah hak dan tanggungjawab

bersama (pelajar berpencapaian tinggi perlu membimbing pelajar dalam


pasukan). Bagi aktiviti susun suai (jigsaw), setiap ahli pasukan
mempunyai akauntabiliti dalam penguasaan pembelajaran. Pelajar perlu
diberi cukup masa untuk menguasai sesuatu kemahiran atau isi
kandungan.
Dalam aktiviti ini, setiap pasukan dan ahlinya dianggap pakar bagi topik
atau subtopik khusus yang diberi.

JIGSAW SUSUN SUAI


Langkah 1:
Pelajar diminta membentuk pasukan berempat yang bersifat heterogen.
Setiap ahli diberi nombor 1 hingga 4.
Langkah 2:
Setiap pasukan diberi kad tugasan serta bahan resos yang berbeza. Ahli
berbincang untuk memahami bersama tugasan yang diberi. Bimbingan
(coaching) dijalankan sehingga setiap ahli menguasai tugasan dengan
baik melalui perincangan, kuiz, soal jawab dan sebagainya.
Langkah 3:
Pelajar diarahkan bergerak ke pasukan lain mengikut nombor yang
diberi kepada mereka.
Contoh:
Semua ahli pasukan:
bernombor 1 akan berkumpul pada meja pertama untuk membentuk
Pasukan A:
bernombor 2 akan berkumpul pada meja kedua untuk membentuk
Pasukan B.
bernombor 3 akan berkumpul pada meja kedua untuk membentuk
Pasukan C.
bernombor 4 akan berkumpul pada meja kedua untuk membentuk
Pasukan D
ahli pasukan yang bergerak dianggap expert bagi topik khusus yang
diberi.
Liza/ipgk ipoh/mbm

Contoh:
Ahli no.1 pasukan A pakar bagi topik mamalia
Ahli no.2 pasukan B pakar bagi topik reptelia
Ahli no.3 pasukan C pakar bagi topik amfibia
Ahli no.4 pasukan D pakar bagi topik ikan

Langkah 4
Pakar setiap pasukan akan menerangkan kepada ahli-ahli lain tentang
topic khusus yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya.

Langkah 5
Peserta balik ke pasukan asal dan berkongsi maklumat yang diperoleh
tadi dengan ahli kumpulan asasl mereka.

NUMBERED HEADS TOGETHER - NOMBOR YANG SAMA


Langkah 1
Pelajar-pelajar diminta membentuk pasukan heterogen berempat. Setiap
ahli diberi nombor 1 hingga 4.
Langkah 2
Guru mengemukakan soalan atau menyatakan masalah menggunakan
kad tugasan. Pelajar berbincang dan menyelesaikan masalah bersama
dalam pasukan sendiri.
Langkah 3
Guru memanggil satu nombor secara rawak. Ahli bernombor yang
dipanggil dari setiap pasukan bangun untuk berkongsi jawapan dengan
yang lain.

Liza/ipgk ipoh/mbm

Langkah 4
Langkah 2 dan 3 diulang semula.

KEMAHIRAN BERFIKIR - THINKING SKILLS


Aktiviti-aktiviti dalam thinking skills ini menggalakkan pelajar-pelajar
menggyunakan kemahiran berfikir aras tinggi (high Order Thinking
Skills)-HOT. Pada hakikatnya ia tidak mementingkankandungan tetapi
membentuk pemikiran untuk menyelesaikan masalah, mensintesis
beberapas idea dan mencipta idea baru yang berkaitan dengan
masalah.
FAN N PICK - PILIH-PILIH KIPAS
Langkah 1:
Pelajar-pelajar
membentuk pasukan heregon berempat dan
memberikan nombor kepada diri sendiri daripada nombor 1 hingga 4.
Guru mengedarkan kad pilih-pilih kipas fan n pick kepada setiap
pasukan. Setiap kad bertulis mana-mana nombor antara 1 hingga 10 di
belakang kad. Guru juga mengedarkan satu set soalan (sebanyak 10
soalan setiap set) kepada setiap pasukan
Langkah 2:
Ahli no.1 dalam kumpulan akan memegang kad seperti kipas (nombor di
belakang kad hanya dilihatboleh ahli 2,3,4). Ahli satu meminta ahli 2
mencabut satu kad kipas.
Langkah 3:
Ahli 2 membacakan soalan mengikut nombor soalan yang telah dicabut.
Soalan ditujukan kepada ahli 3 dan beliau patut menjawab. Ahli 4 perlu
memberi respons dan pengukuhan kepada jawapan yang diberi. Jika
jawapan perlu dibaiki, beliau boleh berbuat demikian
Langkah 4:
Seterusnya ahli 2 memegang kad kipas untuk dipilih dan dibaca oleh
ahli 3. Ahli 4 mendengar dan memberi respons.

Liza/ipgk ipoh/mbm

Langkah 5:
Aktiviti begini diteruskan sehingga semua ahli pasukan berpeluang
untuk memagang kad kipas, membaca soalan, menjawab soalan dan
mengukuh jawapan.

BLIND SEQUENCING URUTAN TUNANETRA


Langkah 1:
Pelajar-pelajar membentuk pasukan. Mereka melantik ketua (nombor 1
dan yang diberinombor 2, 3, dan 4).
Guru memberi gambar yang telah dipotong di dalam sampul surat
kepada setiap pasukan.
Langkah 2:
Setiap pasukan membuka sampul surat. Ketua menyusun potongan
gambar dan kemudian membahagikannya kepada setiap ahli secara
rawak. Seorang ahli boleh mendapat lebih daripada satu potongan
gambar.
Langkah 3:
Setiap ahli melihat gambar yang dipegang dan menjelaskan gambar
secara lisan tersebut kepada pasukan. Setiap daripada mereka tidak
dibenarkan untuk melihat gambar rakan lain.
Langkah 4:
Setelah
berbincang
mereka
nmenyusun
startegi
bagimana
melengkapkan ganbar yang telah dipotong itu, mana yang dahulu dan
mana yang kemudian supaya menjadi gambar yang sempurna.gambargambar itu diletakkan diatas meja dalam keadaan terbalik.
Setelah berbincang, setiap orang daripada mereka membalikkan
gambar ke atas dan membuat sama ada susunan gambar yang telah
dipersetujui tadi betul atau tidak. Akhir sekali setiap ahli dalam pasukan
membincangkan strategi yang telah mereka guna dalam menyusun
gambar secara blind sequencing

Liza/ipgk ipoh/mbm

COMMUNICATION SKILLS KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI


Dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menyampai bahan dan
idea dengan jelas, tersusun dan berstruktur berkait rapat dengan
kemahiran komunikasi yang efektif. Oleh kerana struktur pembelajaran
koperatif mengutamakan kerja dalam pasukan, dengan sendirinya
kemahiran berkomunikasi mengukuhkan kemahiran pelajar untuk
menjayakan pelaksanaan struktur ini.

Talking Chip
Langkah 1:
Pasukan heterogen dan peranan ahli dalam pasukan ditentukan ketua
(K), pencatat (C ) pelapor (L ) dan pengukuh (U)
Langkah 2:
Empat biji chips yang berbeza diagihkan kepada setiap ahli pasukan.
Guru menamakan setiap chips sebagai Chip 1, Chip 2, Chip 3 dan Chip
4 dan memberitahu pelajar bahawa chips tersebut hanya boleh
digunakan dalam pusingan tertentu sahaja. Contohnya, chip 1 untuk
Pusingan 1; chip 2 untuk Pusingan 2 dan seterusnya.

Langkah 3:
Guru mengemukakan tugasan kepada setiap ahli dan setiap ahli diminta
memikirkannya dalam masa 3 minit. Masa untuk berhenti dikawal oleh
guru dengan tepat.
Langkah 4:
Apabila masa perbincangan tamat, ketua meminta rakan di seelah
kanannya (mengikut pusingan jam) member pendapat/menjawab
tugasan. Selepas selesai, ahli tersebut meletakkan Chip 1 di atas meja
untuk menandakan gilirasn sumbangannya. Sekiranya beliau enggan
atau tidak member sumbangan, rakan disebelahnya tidak boleh member
pendapat. Rakan itu perlu membantu untuk merangsang beliau
bersuara. Jika perlu, rakan lain juga boleh membantu. Begitulah
seterusnya. Untuk setiap idea yang bernas dan diterima semua,
peneguhan diberi.
Langkah 5:

Liza/ipgk ipoh/mbm

Untuk pusiongan kedua, laukan semula seperti langkah 2 hingga 4


(dengan meletakkan chip 1/chip 2/chip 3/chip 4 mengikut pusingan jam).
Pastrikan semua ahli telah bersuara dan member idea sebelum
pusingan baru dimulakan (masa boleh dikurangkan)

PARAPHRASE PASSPORT - PASPORT PARAFRASA


Langkah 1:A
Peserta dalam pasukan diberi nombor 1, 2, 3 dan 4.
Pensyarah memberikan tugasan kepada ketua dan peserta 2,
membacakan tugasan
Peserta diberi masa 3 minit untuk memikirkan akan idea atau
penyelesaian kepada tugasan.
Langkah 2:
Ketua memberi jawapan atau idea dan menyampaikannya dengan jelas.
Peserta 2 mengulang apa yang diberi oleh ketua dengan tepat. Peserta
1 akan menentukan sama ada idea yang disampaikan oleh peserta 2,
boleh diterima atau tidak. Ini dikukuhkan oleh peserta lain dalam
pasukan.
Langkah 3:
Setelah peserta 3 dan 4 setuju akan jawapan Peserta 2, baharulah
peserta 1, member responnya sendiri kerana tugasan tadi. Sebelum
peserta 3, boleh memberi pendapat atau idea, beliau perlu mengulang
semula jawapan pewserta 2, dan dinilai oleh rakan-rakannya yang lain.
Begitulah seteruanya.
Pensyarah menerangkan ini berlangsung sedemikian untuk memastikan
ada orang yang diberi giliran bercakap dan ada yang menjadi
pendengarnya. Jika peserta tertentu tidak dapat mengulang semula, ini
berpunca daripada dua sebab: maklumat tidak difahami
Atau pendengar tidak member tumpuan. Ini juga untuk memastikan
idea seseorang itu diberi reaksi apabila tiba masa untuk berbuat
demikian.

TEAM STAND N SHARE KONGSI PENDIRIAN KUMPULAN


Main Peranan
Liza/ipgk ipoh/mbm

Merupakan satu situasi yang melibatkan pelajar memegang sesuatu


peranan sama ada sebagai dirinya sendiri atau individu lain.Dalam
kaedah ini pelajar berpeluang untuk beraksi sebagaimana yang
dikehendaki oleh situasi yang telah ditentukan. Setiap individu lebih
melibatkan diri memainkan peranan sebagai individu dan biasanya tidak
ada masalah yang perlu diselesaikan. Kaedah ini juga lebih
menekankan kepada kualiti dan mutu aksi yang dihasilkan oleh setiap
peserta, serta kepekaan peserta terhadap keperluan peranannya.
Kaedah ini boleh melibatkan kesemua pelajar atau sebahagian pelajar.
Kaedah ini dapat membantu pelajar-pelajar yang pasif melibatkan diri
dalam aktiviti main peranan dan seterusnay membina keyakinan diri
mereka. Selain itu aspek-aspek seperti kemairan bahasa dan
memahami laras-laras bahasa juga dapat dipupuk dalam kalangan
pelajar.

1. Memerihal : Satu cara berkomunikasi di mana peserta memerihal


sesuatu atau masalah. Contohnya, pelajar menjadi wartawan dan
menyoal penduduk yang menghadapi masalah sampah yang tidak
dipungut.
2. Demonstrasi : Menunjukkan cata melakukan sesuatu tingkahlaku
atau perlakuan agar pelajar lain boleh mencontohinya. Misalnya
seorang pelajar sedang menggunakan masa lapangnya dengan
berfaedah menolong ibu bapa di rumah.
3. Latihan : Melatih pelajar menggunakan perkhidmatan kemudahan
awam seperti membuat panggilan telefon atau semasa mahu
melintas jalan raya.
4. Cerminan : Pelajar ditunjukkan bagaimana tingkahlakunya dilihat
oleh orang lain. Misaalnya membantu orang buta melintas jalan.
5. Kepekaan : Satu cara memberi kesedaran kepada pelajar tentang
perasaan orang lain. Dapat menanamkan rasa simpati dan empati.
Misalnya pelajar memainkan peranannya sebagai anak yatim piatu
yang hidup dalam serba kesusahan.

Liza/ipgk ipoh/mbm

You might also like