You are on page 1of 10

Bincangkan isu-isu berkaitan pelaksanaan Dual language program dan

sejauhmanakah anda bersetuju tentang konsep dan pelaksanaan.

Latar Belakang DLP


Dual Language Programme (DLP) telah diluluskan dalam Mesyuarat Majlis
Ekonomi Negara Bil. 21/2015 pada 13 Oktober 2015 dan diumumkan oleh YAB
Perdana Menteri Malaysia dalam pembentangan bajet 2016 pada 23 Oktober 2015.
Berikutan dengan kenyataan ini program ini merupakan inisiatif kerajaan untuk
Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Objektif DLP
1. Program ini sememangnya dilaksanakan untuk mewujudkan peluang kepada
para murid akses dan penerokaan pelbagai ilumu untuk berdaya saing di
persada global serta meningkatkan kemajuan murid di alam pekerjaan.
2. Program ini juga dikatakan dapat menarik minat murid untuk terus menceburi
diri mereka dalam pengajian berkaitan dengan bidang Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di peringkat tertiari.
3. Pelaksanaan DLP turut meningkatkan masa pendedahan murid kepada
bahasa Inggeris yang secara tidak langsung dapat memperkukuh bahasa
Inggeris mereka.

Jawatankuasa Pelaksana DLP

RAJAH 1: JAWATANKUASA PELAKSANA DLP

Isu-isu DLP
Dual Languange Programme (DLP) yang merupakan program yang memberi
pilihan kepada sekolah untuk menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran Sains, Matematik dan mata
pelajaran Sains, Kejuruteraan, Teknologi dan Matematik (STEM) yang lain merupakan
satu usaha kerajaan yang dapat memberi pelbagai implikasi pada pandangan saya.
Berikut merupakan isu-isu yang ditimbulkan sepanjang proses pelaksanaan DLP.

Menyokong Dasar Pendidikan

Program DLP ini sememangnya membuka peluang kepada para murid untuk
menguasai kemahiran dwibahasa. Kenyataan ini turut disahut oleh PPPM dimana murid
kini didalakkan untuk mengguna pakai bahasa Inggeris melalui matapelajaran Sains,
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan reka bentuk teknologi. DLP ini turut
membolehkan masyarakat Malaysia meningkatkan akses bagi penerokaan pelbagai
ilmu untuk bersaing di persada dunia yang kian mengalami kemajuan pesat dalam
bidang teknologi maklumat. Pada pendapat saya kenyataan ini ternyata benar
disebabkan kerana setiap aktiviti yang dilaksanakan melalui program DLP ini
sememangnya merupakan intipati yang digariskan oleh dasar kerajaan.
Bukan itu sahaja malah, dasar pendidikan yang diperkenalkan oleh kerajaan iaitu
Dasar MBMMBI yang memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan
bahasa Inggeris dengan fasih dan betul turut disokong oleh program DLP.
Kementerian Pendidikan mengambil langkah untuk mengukuhkan lagi penguasaan
bahasa dengan memperkenalkan 23 program. Kini, Kementerian memperkenalkan 2
program baharu dan salah satunya adalah Program Dwibahasa (Dual Language
Programme, DLP). Mengikut pendapat saya kenyataan yang dicatatkan ini merupakan
salah satu bukti yang boleh kita katakan bahawa program DLP ini menyokong dasar
kerajaan.
Jadi kita tidak boleh menafikan bahawa program DLP ini sememangnya sedang
membantu usaha kerajaan untuk menyediakan para murid yang mampu berdaya saing
di dunia pendidikan yang kian mengalami perubahan yang pesat. Sebagai seorang
warga pendidik yang sedang mengikuti perkembangan berkaitan dengan program DLP
saya sangat setuju dengan pandangan yang mengatakan program DLP sedang
menyokong dasar kerajaan.

Sistem Pendidikan yang Bertaraf Antarabangsa

Seperti kita sedia termaklum, pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains


dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang berlangsung pada tahun 2003
dan ditamatkan pada 2009 dianggap tidak dirancang dengan rapi. Oleh kerana itu,
melalui dasar MBMMBI, kerajaan berhasrat mengambil guru-guru yang bahasa
ibundanya bahasa Inggeris dari luar negara, dan melatih siswazah yang berbakat
menjadi guru bahasa Inggeris yang terlatih. Saya memang setuju dengan pandangan
ini kerana kini Institut Pendidikan Guru di seluruh negara sedang bergiat aktif dalam
menyalurkan pendidikan berkaitan dengan program DLP dan sedang menyediakan
guru TESL dalam usaha menjayakan program DLP ini. Berikutan dengan senario ini
saya boleh menyimpulkan bahawa pra penyediaan bagi program DLP ini sangat
berkesan untuk menyalurkan satu sistem pendidikan yang bertaraf antarabangsa.
Bukan itu sahaja, malah Kementerian Pendidikan juga menyelidik menyusun
semula kurikulum bahasa Inggeris supaya ia bersesuaian dengan amalan budaya
masyarakat

Malaysia,

menyediakan

makmal

bahasa

yang

mempercepatkan

penguasaan bahasa Inggeris, dan menyemak kembali pendekatan pedagogi yang lebih
dinamik. Langkah-langkah berdaya maju ini diambil supaya dapat meningkatkan
penguasaan bahasa Inggeris dengan berkesan. Sebab itu kini Kementerian Pendidikan
percaya dua program baharu itu di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia,
Memperkukuh Bahasa Inggeris bertujuan merealisasikan aspirasi rakyat menerusi
Pelan

Pembangunan

Pendidikan

Malaysia

(PPPM

2013-2025).

Penyediaan

infrastruktur berkaitan dengan program DLP ini turut boleh memberikan impak yang
positif terhadap sistem pendidikan. Saya sangat setuju dengan usaha sebegini yang
diambil oleh kerajaan untuk mempercepatkan penguasaan Bahasa Ingeris menerusi
program DLP.
Kepentingan memajukan bahasa ibunda di banyak negara di dunia tidak
menjejas keupayaan pelajar untuk maju. Perancis, Jerman, China, Jepun dan Korea
Selatan umpamanya memartabat bahasa ibunda, tetapi dalam masa yang sama pelajar
China, Jepun dan Korea Selatan dihantar ke Amerika Syarikat, Britain, Australia dan
New Zealand untuk menguasai ilmu dalam bahasa Inggeris. Negara ini terus maju
kerana dasar memartabatkan bahasa ibunda dan memperkasa bahasa Inggeris

dilaksanakan. Jadi dengan sebulat hati kita boleh mengatakan bahawa program DLP ini
sememangnya sedang membekalkan para murid dengan pendidikan antarabangsa.

Memperkukuh Bahasa Inggeris


Pernyataan ini dikemukakan oleh Muhammad Faizal Abdul aziz yang merupakan
setiausaha agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada laporan yang
dibuat oleh Performance Management & Delivery Unit (PEMANDU) dan Education
Performance and Delivery Unit (PADU) dalam mencari mekanisme untuk memperkasa
penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah.
Antara cadangan yang telah diketengahkan adalah untuk melaksanakan
Program Dwi-Bahasa (DLP) untuk membolehkan beberapa mata pelajaran diajar dalam
bahasa Inggeris bagi sekolah-sekolah tertentu.Menurut laporan tersebut matapelajaran
Sains, Matematik, dan Reka Bentuk dan Teknologi/ Teknologi Maklumat dan
Komunikasi adalah matapelajaran yang wajib untuk diajar menggunakan Bahasa
Inggeris. Saya memang setuju dengan pendapat ini dimana sesuatu didikan dapat
diterapkan dalam jiwa kanak-kanak hanya apabilanya perkara tersebut diamalkan
berulang kali. Mengikut program DLP ini, usaha untuk memperkukuh Bahasa Inggeris
boleh dilaksanakan dengan jayanya apabila sesi pengajaran dan pembelajaran lebih
dari satu matapelajaran dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris.
Selain itu, pemimpin dari kalangan pertubuhan bukan kerajaan, ahli bahasa dan
golongan cendekiawan sebelum ini telah menegaskan bahawa usaha untuk
memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris perlu dipertingkatkan. Mengikut kepada
kenyataan ini yang sering meniti dari bibir ke bibir boleh direalisasikan dengan merintis
program DLP ke semua sekolah di seluruh negara.
Justeru itu, selain memperkukuh bahasa Inggeris, dasar MBMMBI tersebut perlu
melihat keperluan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
bagi memastikan bahasa tersebut menjadi bahasa komunikasi, bahasa ilmu dan
bahasa pentadbiran dalam usaha kita membina sebuah negara bangsa yang kukuh dan
bersatu padu. Pada pandangan saya, martabat Bahasa Melayu tidak akan terjejas

dengan pengamalan DLP kerana sudah terbukti bahawa setiap subjek yang digariskan
akan dikendalikan sesi pengajaran dan pembelajarannya dalam bahasa Melayu dan
juga bahasa Inggeris. Keadaan inilah dikatakan boleh memperkukuh bahasa Inggeris
kerana para murid akan memahami subjek yang diajar dalam bahasa ibunda dan
berusaha untuk menginteprestasikan bahasa Inggeris.

Keberkesanan Program DLP Tidak Dapat Ditentukan

Keberkesanan program DLP tidak dapat ditentukan disebabkan ia hanya


dirintiskan di beberapa sekolah sahaja. Hal ini disokong lagi dengan kenyataan yang
dikeluarkan dalam surat pekeliling rintisan program DLP yang menyatakan bahawa
rayuan pengecualian pelaksanaan rintis DLP.
Mengikut kenyataan tersebut sekolah-sekolah yang tidak berminat atau tersedia
untuk mengambil bahagian dalam pelaksanaan rintis DLP, perlu menulis nsurat secara
rasmi kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing dalam tempoh lima
hari daripada tarikh surat berkuat kuasa. Salinan surat itu juga perlu dipanjangkan
kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing dan Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), KPM.
Keadaan ini dengan jelasnya telah menggambarkan kepada kita bahawa
keberkesanan program DLP sukar ditentukan. Hal ini dinyatakan kerana, kemungkinan
besar peraturan ini boleh membuatkan majoriti sekolah menarik diri mereka daripada
menjadi sekolah rintis pelaksanaan program DLP. Jikalau keadaan ini berlaku maka
bagaimana keberkesanan program tersebut dapat ditentukan?

Tidak Menyelesaikan Masalah Penguasaan Bahasa Inggeris

Kenyataan ini diketengahkan oleh Mohammad Fazril bin Mohd Saleh Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang merujuk kepada
kedegilan kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang meneruskan
juga pelaksanaan program Dwibahasa (Dual Language Program) yang diperkenalkan
awal tahun ini di 300 buah sekolah rintis seluruh Malaysia.
PKPIM menyatakan pendirian sikap mereka yang konsisten membantah
pelaksanaan program DLP yang pada hemat mereka tidak menyelesaikan masalah
penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia. Ini jelas
ditunjukkan melalui kenyataan media PKPIM pada 06 November 2015 dan 15 Februari
2016. Saya setuju dengan pandangan dan bantahan ini kerana, jikalau ingin kerajaan
ingin memperkasakan bahasa Inggeris maka keseluruhan subjek yang yang diajar perlu
dikendalikan 100 peratus dalam bahasa Inggeris. Campur aduk dua bahasa utama
sememangnya tidak dapat menentukan keberkesanan sesuatu matlamat pendidikan
yang bertaraf antarabangsa.
Menginsafi kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan para
pelajar, PKPIM selaku pertubuhan pelajar peringkat nasional menyokong usaha-usaha
pengukuhan Bahasa Inggeris tetapi bukan dengan kaedah program Dwibahasa DLP ini
yang jelas-jelas menghidupkan semula dasar gagal Pengajaran dan Pembelajaran
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dijanjikan oleh kerajaan
untuk dimansuhkan sepenuhnya menjelang 2020/2021.
Hal ini diketengahkan oleh pihak media ini sememanhnya perlu diakui kerana
program DLP ini ternyata mempunyai banyak persamaan dengan program PPSMI.
Jikalau pada awal rintisan program PPSMI menemui kegagalan maka secara
automatiknya kesannya akan berlaku sekali lagi dengan program seiras dengannya.
Jadi secara ringkasnya kita boleh menyatakan bahawa implimentasi program DLP ini
bukannya akan menyelesaikan masalah penguasaan bahasa Inggeris tetapi sedang
mencetuskan pertikaian antara ramai pihak yang mempunyai pandangan yang berbeza
tentang pelaksanaan program DLP.

Para sarjana, sasterawan dan budayawan jelas membantah dasar ini tetapi tidak
dipedulikan. Soalan-soalan yang mereka ajukan kepada Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) khususnya dalam aspek teknikaliti dan mekanisme pelaksanaan
dipekakkan sahaja. Pada pandangan saya pelaksanaan sesuatu program perlu
mempunyai rasional yang boleh dikemukakan terhadap persoalan-persoalan yang
timbul berkaitan dengannya. Dalam kes program DLP ini isu-isu yang dibangkitkan oleh
ramai pihak masih tidak dapat kata putus yang utama dari KPM. Hal ini yang
membuatkan saya setuju dengan pendapat yang mengatakan program DLP ini tidak
menyelesaikan asalah penguasaan bahasa Inggeris malah sedang mendatangkan
masalah dalam sistem pendidikan di negara.
Melalui isu yang dibangkitkan oleh PKPIM in jelas kita dapat mengetahui bahawa
ada juga pendapat yang mengatakan bahawa program DLP sememangnya tidak akan
menjadi penyelesai masalah bagi tahap penguasaan bahasa Inggeis oleh para murid di
Malaysia.

Program DLP Mencetus Malapetaka


Melihat kepada isu di atas Parti Amanah Negara (AMANAH) mendakwa
pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP) yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan
mencetuskan 'malapetaka berganda' kepada negara. Hujahnya disokong oleh
Presidennya, Mohamad Sabu berkata kajian mendapati prestasi pelajar menunjukkan
kemerosotan lebih ketara jika program tersebut diteruskan seperti mana program
pengajian Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Hal ini memang perlu
diakui kerana setakat ini masih kerajaan tidak membuktikan kejayaan yang diperolehi
oleh sekolah-sekolah yang menjadi rintis program DLP. Masih lagi soalan-soalan yang
sama diutarakan sebagaimana dilakukan terhadap program PPSMI.

Selain menyatakan ketegasan bahawa AMANAH menyokong sepenuhnya


Gerakan

Bantah

DLP,

turut

dipertikaikan

tindakan

kerajaan

yang

didakwa

mengutamakan cadangan PEMANDU berbanding Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Berikutan dengan isu ini kerajaan seharusnya mengambil kira pandangan ahli
akademik, guru-guru, NGO dan pejuang bahasa dan budaya sebelum membuat
keputusan melaksanakan DLP.
Hal ini perlu dilakukan kerana suatu keputusan yang sahih yang dapat diperolehi
jikalau penganalisan pelbagai sumber dilakukan dengan teliti. Tindakan kerajaan yang
merintis program DLP tanpa mengambil kira pandangan dari pelbagai sudut
sememangnya sedang mencetuskan malapetaka kepada warga pendidik serta
golongan murid. Tumpuan yang sepenuhnya tidak dapat diberikan terhadap
pelaksanaan program DLP sedangkan kerajaan masih sedang berdepan dengan
pelbagai kontroversi mengenainya.

Pelajar Menjadi Uji Kaji Program DLP


Menurut isu di atas, rintisan program DLP ini dikatakan boleh membawa kesan
yang sama seperti PPSMI. Prestasi pelajar dalam mata pelajaran Matematik dan Sains
tak tunjukkan peningkatan malah prestasi dalam bahasa Inggeris juga akan merosot.
Berikutan isu ini pelajar dijadikan sebagai eksperimen atau bahan ujikaji oleh
kementerian sebaliknya kementerian perlu memegang kepada dasar pendidikan negara
sedia ada.
Perkara ini sememangnya boleh mengakibatkan kekeliruan dan stress dalam
kalangan para pelajar. Jikalau program DLP ini tidak mendatangakan kesan yang
diharapkan maka pembatalan akan dijalankan. Tetapi di sini isu yang dibangkitkan
adalah apakah keadaan murid yang dipilih untuk program rintis DLP?
Dasar kerajaan yang sering menukar-tukar program-program pendidikan akan
membuatkan merekan tidak mendapat gambaran jelas akan intipati pelajaran yang
sedang dipelajari. Lama-kelamaan ia akan mengakitbatkan hilangnya minat terhadap
pendidikan dalam kalangan para murid.
Bagi pihak berkuasa, terutama Kementerian Pelajaran, P&P berbahasa Inggeris
menampakkan peningkatan dan murid-murid tidak banyak menghadapi masalah.

Kepada sebahagian besar ibu bapa, terutama di luar bandar, keadaan ini
membimbangkan mereka.
Kebimbangan ini disebabkan ada ibu bapa tidak dapat membantu menyemak
dan mengajar anak-anak mereka kerana mereka sendiri tidak arif tentang mata
pelajaran tersebut. Ini mendatangkan masalah kepada para murid juga tidak dapat
menyelsaikan tugasan yang diberikan oleh guru di sekolah.
Mereka amat ingin sekali membantu tetapi tidak berupaya. Bagi yang
berkemampuan, mereka akan menghantar anak-anak ke pusat tuisyen, tetapi kita tidak
boleh mengatakan perkara tersebut boleh mendatangkan kesan positif kepada para
murid. Apakah keadaan mereka jika guru tuisyen tidak mempunyai pengetahuan
tentang program DLP ?

Hal ini kerana bukannya kerajaan menyediakan latihan

berkaitan dengan program DLP ini kepada semua warga pendidik. Jadi dengan
jelasnya saya boleh menyatakan bahawa senario sebegini akan mencetuskan satu
kekeliruan dalam kalangan para murid.
Adakah wajar masa depan anak bangsa kita dieksperimenkan hanya untuk
memastikan satu hipotesis iaitu Program DLP, mampu meningkatkan mutu pencapaian
Bahasa Inggeris'?

You might also like