You are on page 1of 4

Kes halaman 1,2 & 3 tugasan wajib

1. 1. A Bincangkan Punca Kes Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Damai mempunyai seorang
guru cikgu Ghaffa yang bersemangat tinggi untuk memajukan dirikan ,dia telah melanjutkan
pelajaran Sarjana di IPTA tetapi tanpa pengetahuan cikgu Ghaffa,dia telah melakukan kesalah
seperti: 1.Tidak hadir bertugas pada hari persekolahan,tanpa memohon cuti . Cikgu Ghaffa perlu
memohon semula cuti untuk belajar. 2. Tidak menjalankan tugas mengajar pelajar Bahasa
Inggeris Tingkatan 3. mengakibatkan pelajar merosot dalam pelajaran 3. Guru tidak puas hati
kerana sering bertambah beban kerja,kerana sering diberi jadual ganti kelas. 4. Ibu bapa juga
mula bimbang kerana prestasi bahasa Inggeris anak-anak semakin merosot, dan akan menduduki
PMR tahun ini. Apakah Punca ?
Kes ini berpunca dari beberapa sudut : 1.Pentadbir Pengetua baru sebulan menjalankan tugas
memimpin Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Damai dalam proses menyesuaikan diri
telah mengabaikan tanggungjawab ,tidak memberi perhatian tentang staff, beliau telah
menyerahkan tugas pemantauan,penyeliaan kepada GPK Pentadbiran. .Pengetua Baru sebulan
berkhidmat di sekolah tersebut belum sempat meneliti latar belakang tentang staff dibawah
kepimpinannya. Tindakan ini telah mengundang masalah . . 2.Cikgu Ghaffa Cikgu Ghaffa ingin
memajukan diri ,melanjutkan pelajaran dalam Sarjana , Tidak Mendapat kelulusan sambung
belajar daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. 2. I. Dia tidak hadir tugas ke sekolah kerana menghadiri kuliah di institut pengajian. Rujuk
Perintah Am-Bab cuti Peraturan 23, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 9 Kelakuan dan
Tatatertib) 1990 telah menggariskan ketidakhadiran bertugas seperti berikut : 1. Ketidakhadiran
bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah boleh
menyebabkan seseorang pegawai dikenakan tindakan tatatertib. 2. Jika seseorang pegawai tidak
hadir daripada bertugas, Ketua Jabatan hendaklah dengan seberapa segera, melaporkan fakta itu
kepada pihak berkuasa Tatatertib yang berkenaan beserta dengan tarikh-tarikh dan hal keadaan
ketidakhadiran itu dan apa-apa maklumat selanjutkan yang mungkin dikehendaki berkenaan
dengan pegawai itu. 3. Pihak berkuasa Tatatertib yang berkenaan boleh, setelah menimbangkan
laporan dalam subperaturan (2). mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai itu mengikut
peraturan 27 atau 28. 4. Bagi maksud peraturan ini, ketidakhadiran termasuklah kegagalan
untuk hadir bagi apa-apa jua tempoh masa pun pada satu-satu masa dan tempat di mana pegawai

itu dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas-tugasnya. II. Tidak menjalankan tugas mendidik
pelajar mengkibatkan pelajar ketinggalan dalam pelajaran Bahasa Inggeris. Pelaksanaan
kebenaran untuk meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja adalah seperti berikut: a. pegawai
hendaklah mendapatkan kelulusan daripada Pegawai Penyelia terlebih dahulu sebelum
meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja dengan menggunakan borang yang disediakandalam
garis panduan ini;
3. 3. b. kebenaran untuk meninggalkan pejabat ini boleh diberi bagtujuan menyelesaikan urusan
persendirian pegawai yang terpaksa dilakukan dalam waktu bekerja. Pegawai hendaklah
memberi keutamaan kepada tugas dan tanggungjawabnya sekiranya urusan persendirian tersebut
boleh diselesaikan menerusi perkhidmatan atas talian atau perkhidmatan yang disediakan di luar
waktu bekerja; c. Pegawai Penyelia hendaklah menggunakan budi bicaranya untuk memberi
kebenaran kepada pegawai meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja bagi urusan persendirian
setelah mengambilkira kepentingan perkhidmatan; d. tempoh maksimum yang dibenarkan untuk
tujuan meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja hendaklah tidak melebihi 4 jam sehari atau
separuh daripada waktu bekerja sehari (tidak termasuk waktu rehat), mana yang lebih
rendah.Jika tempoh meninggalkan pejabat melebihi daripada tempoh maksimum yang ditetapkan
pada hari tersebut, pegawai dikehendaki mengambil Cuti Rehat atau cuti lain yang berkelayakan;
e. pegawai yang mendapatkan rawatan untuk diri sendiri di klinik/hospital dikehendaki
mengemukakan time slip atau sebarang dokumen daripada pegawai perubatan atau doktor
untuk mengesahkan bahawa pegawai mendapatkan rawatan di klinik/ hospital berkenaan dalam
tempoh tersebut; f. tempoh pegawai dibenarkan meninggalkan pejabat akan dianggap sebagai
Cuti Sakit jika pegawai disahkan sebagai tidak sihat untuk menjalankan tugasnya oleh pegawai
perubatan atau doktor yang merawatnya melalui sijil sakit yang dikeluarkan; g. Pegawai Penyelia
boleh menetapkan bahawa pegawai perlu menggantikan semula tempoh waktu bekerja yang
telah digunakan untuk tujuan menyelesaikan tugas hakikinya supaya penyampaian perkhidmatan
tidak terjejas; dan h. Pegawai Penyelia hendaklah memastikan kemudahan yang disediakan ini
tidak disalahgunakan oleh pegawai terutamanya dari segi kekerapan penggunaannya.
4. 4. B. Implikasi pegawai menyambung pelajaran tanpa kebenaran III. Memperolehi sijil Ijazah
Sarjana Pendidikan tetapi tanpa kelulusan KPM, sijil tidak diiktiraf. 1. Jabatan Perkhidmatan
Awam telah mengeluarkan surat edaran rujukan JPA(L)S.4.06/3 KIt.3 (14) bertarikh 17

September 1997 yang bertajuk Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Kepada Pegawai / Kakitangan
Semasa Mengikuti Kursus Intensif Di Bawah Program Pendidikan Jarak Jauh(PJJ) sebagai
panduan umum kepada Ketua Jabatan dalam meluluskan kemudahan Cuti Tanpa Rekod kepada
pegawai bagi mengikuti kursus intensif di bawah Program Pendidikan Jarak Jauh. 2. Kemudahan
ini disediakan oleh Kerajaan sebagai satu galakan kepada pegawai agar dapat melengkapkan diri
dengan pengetahuan yang lebih tinggi sejajar dengan keperluan untuk mewujudkan pekerja
berasaskan pengetahuan (knowledge-based workers). Kemudahan ini telah digunapakai secara
meluas, namun pelaksanaannya banyak ditentukan oleh budi bicara Ketua Jabatan masingmasing kerana tiada garis panduan yang lengkap mengenai perkara ini. 3. Sehubungan dengan
itu, Surat Pekeliling Perkhidmatan ini dikeluarkan sebagai garis panduan kepada Ketua Jabatan
dalam melaksanakan pemberian kemudahan Cuti Kursus Sambilan (CKS) kepada pegawai bagi
mengikuti kursus secara sambilan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara. 4. Pegawai
boleh dipertimbangkan kemudahan CKS tertakluk kepada garis panduan seperti berikut: (i)
Tempoh CKS yang boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan adalah mengikut tempoh sebenar kursus
intensif dengan syarat ianya tidak melebihi 30 hari dalam satu tahun pengajian;
5. 5. (ii) Tempoh maksimum CKS bagi setiap permohonan boleh dihadkan oleh Ketua Jabatan bagi
memastikan tugas hakiki pegawai tidak terganggu; (iii) Sekiranya pegawai telah mengambil
tempoh maksimum CKS dan masih memerlukan cuti tambahan, pegawai perlulah menggunakan
baki cuti rehat yang masih ada ataupun memohon Cuti Tanpa Gaji bagi menampung perbezaan
tempoh tersebut; (iv) Sekiranya kursus intensif jatuh pada hari Cuti Umum, maka pegawai tidak
boleh menuntut CKS sebagai gantian kepada hari tersebut; dan (v) Kemudahan CKS ini tidak
meliputi hari perjalanan pergi dan balik. C. Tindakan Pengetua untuk menyelesaikan kes Di
bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, seseorang pegawai
yang gagal menjalankan kawalan ke atas pegawai bawahannya, atau untuk mengambil tindakan
terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana- mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini
hendaklah disifatkan cuai dalam melaksanakannya tugasnya dan tidak bertanggungjawab, dan
dia boleh dikenakan tindakan tatatertib. Tindakan awal perlu diambil oleh Ketua Jabatan atau
penyelia dengan memantau pegawai bawahan masing-masing dan menegur atau memberi nasihat
supaya pegawai sentiasa mematuhi waktu bekerja. Jika teguran dan nasihat telah diberi oleh
Ketua Jabatan/Penyelia, namun pegawai masih mengulangi kesalahan yang sama maka tindakan
melaporkan dengan kadar segera kepada pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan mengikut

kategori yang bersesuaian sebagaimana panduan ini. Pegawai tidak hadir sekurang-kurangnya 1
hari bekerja atau lebih secara berturut-turut atau berselang-seli. Ketua Jabatan perlu
menyediakan dokumen yang berkaitan dan melaporkan segera kepada Pihak Berkuasa Tatatertib.
Tindakan Penyelia seperti berikut:
6. 6. 1. Mendapatkan penjelasan secara bertulis/lisan. 2. Menimbang penjelasan yang dikemukakan
oleh pegawai. 3. a) Mengarahkan pegawai memohon cuti rehat jika penjelasan pegawai diterima
dengan asasasas yang kukuh dan disokong oleh keterangan berkaitan (contoh: surat kematian
saudara terdekat, surat pengesahan atau laporan polis), kecuali jika pegawai mempunyai Sijil
Cuti Sakit. atau b) Melaporkan kepada Ketua Jabatan mengenai ketidakhadiran pegawai, jika
penjelasan pegawai ditolak. Tindakan Ketua Jabatan seperti berikut: Membuat laporan kepada: a)
Bahagian Kewangan untuk pemotongan gaji di bawah Perintah Am 14A, Bab C (Contoh Format
seperti di Lampiran H); dan b) Melaporkan ke Lembaga Tatatertib (Contoh Format seperti di
Lampiran E).

You might also like