You are on page 1of 13

Kemahiran, guru dan pelajar abad ke-21

Dalam meniti abad ke 21, kemahiran pedagogi menuntut seseorang guru memiliki kemahiran
pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills), kemahiran maklumat, media dan
teknologi (Information, media and technology skills) dan kemahiran hidup dan kerjaya (Life and
career skills). Selain itu terdapat pelbagai elemen yang perlu diberi perhatian dalam menguasai
kemahiran abad ke-21 ini. Elemen-elemen tersebut adalah seperti yang berikut;
Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)
Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving)
Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)
Literasi Maklumat (Information Literacy)
Literasi Media (Media Literacy)
Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information,
Communications and Technology) Literacy)
Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and
Adaptability)
Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)
Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)
Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)
Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)
Dalam kita melihat kemahiran yang perlu ada bagi seorang guru, penting juga kita mengetahui
ciri-ciri guru abad ke-21. Antara ciri-ciri guru yang diperlukan bagi memenuhi kehendak
Falsafah Pendidikan Negara adalah seperti berikut;
menguasai subjek (kandungan kurikulum)
mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)
memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
memiliki kemahiran kaunseling
menggunakan teknologi terkini
Manakala ciri-ciri pelajar abad ke-21 pula merangkumi pelbagai aspek iaitu;
Berupaya membuat hubung-kait
Bijak menyoal
Yakin berkomunikasi
Mengambil risiko
Dahagakan ilmu
Ingin tahu
Menjana idea
Fleksibel
Tidak berputus asa
Mendengar dan membuat refleksi
Berkemahiran kritis
Menguasai kemahiran literasi
Berani mencuba
Mampu berfikir sendiri
Membuat inisiatif

Mampu bekerja dengan orang lain


Membuat perubahan
Berintegriti
Berkeperibadian tinggi

Pembelajaran Abad Ke-21

Pengenalan
Dalam proses menyediakan warganegara Malaysia dengan pendidikan yang
lengkap bagi mengisi dua keperluan utama iaitu keperluan individu dan
keperluan negara, kurikulum perlu dirancang dan diurus dengan teliti. Ini
amat penting untuk menentukan supaya kurikulum ini sesuai dengan
keperluan dan berkualiti cemerlang. Pembangunan tenaga manusia dan
tenaga rakyat menjelang abad ke 21 tidak terhad kepada penyediaan
danpembekalan tenaga pekerja yang berketrampilan dalam sektor-sektor
perindustrian dan perdagangan sahaja.
Kurikulum bagi abad ke-21 perlu dibentuk supaya relevan dan koheran
dengan keadaan pada masa itu dan boleh memenuhi matlamat-matlamat
yang ditentukan. Garis panduan tentang bentuk, isi dan pelaksanaan
kurikulum itu pastinya ditentukan oleh senario yang dapat dilihat dari aliran
pembangunan dan kemajuan teknologi.
Perancangan

kurikulum

abad ke-21,

mestilah bersifat

futuristik,

fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil
bangsa dan warganegara Malaysia. Warganegara Malaysia bagi abad ke-21
mestilah dapat menangani cabaran yang akan dibawa arus oleh globalisasi,
ledakan ilmu dan maklumat. Warganegara berupaya merancang masa depan
mereka dan mampu membuat pilihan yang bijak dan tepat sesuai dengan
budaya dan nilai-nilai semasa.
FOKUS / PENEKANAN KURIKULUM
Untuk memenuhi matlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersikap
terbuka

dan

kreatif,

kurikulum

yang

direncanakan

mestilah

mampu

membekalkan pelajar dengan kesediaan diri yang kukuh dari segi intelek,
rohani, jasmani dan emosi. Fokus pengisian kurikulum semestinya lebih

daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas tetapi kepada


penguasaan berbagai-bagai kemahiran iaitu :

kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif

kemahiran berkomunikasi secara berkesan

kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni

kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan

kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat

kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain

kemahiran kepimpinan dan pengurusan

PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan
kurikulum. Menjelang abad ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan
yang disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran.
Komputer sudah pasti digunakan secara meluas.
Ciri-ciri pelajar untuk abad ke 21 ialah pelajar perlu memiliki beberapa
aspek tertentu. Di mana, pelajar abad ke 21 merupakan pelajar yang celik
dari

segala-galanya

tidak

kira

dalam

teknologi

maklumat

mahupun

akademik. Pelajar abad ke 21 perlu memiliki aspek seperti :


1. Pelajar berupaya membuat hubung kait di antara subjek yang
dipelajari dengan keadaan sekeliling.
2. Bijak menyoal guru ketika berada di dalam bilik darjah.
3. Yakin untuk berkomunikasi terutamanya kepada guru dan rakan-rakan
di dalam bilik darjah.

4. Berani untuk mengambil risiko untuk belajar dan membuat kerja yang
diberikan oleh guru dan juga berani mencuba.
5. Dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa ingin untuk menimba ilmu.
6. Mempunyai perasaan ingin tahu.
7. Bijak dan kreatif menjana idea serta fleksibel.
8. Tidak pernah berputus asa.
9. Sentiasa mendengar dan membuat refleksi di dalam bilik darjah
semasa sesi P&P dijalankan.
10. Berkemahiran kritis dan mampu untuk menguasai kemahiran literasi.
11. Mampu berfikir sendiri dan membuat inisiatif.
12. Pelajar abad ke 21 juga mampu untuk bekerja dengan orang lain dan
berusaha untuk membuat perubahan.
13. Mempunyai keperibadian yang tinggi serta berintegriti di dalam
mahupun di luar bilik darjah.
Di samping itu, para guru juga perlu beralih kepada beberapa aspek
memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran untuk abad ke 21
amat mencabar. Guru-guru untuk abad ke 21 memerlukan beberapa ciri
tertentu seperti berikut:
1. Guru perlu menguasai subjek iaitu penguasaan terhadap kandungan
kurikulum.
2. Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran.

3. Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi murid.


4. Memahami psikologi pembelajaran iaitu Cognitive Psychology.
5. Memiliki kemahiran kaunseling.
6. Menggunakan teknologi terkini tidak kira semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran mahupun di luar sesi tersebut.
Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan sumber yang
berkaitan dengan teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti
komputer, multimedia, cekera padat dan corridorraya multimedia seperti
'internet' perlu disediakan untuk digunakan oleh semua pelajar. Adalah
diharapkan pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 dibentuk
sepenuhnya oleh komputer. Ini bukan bertujuan menggantikan guru dengan
penggunaan teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna
kepada pelajar.
(a) Teknologi Maklumat/Komputer
Dalam konteks pendidkkan, teknologi maklumat merupakan peralatan
teknologi komunikasi atau sistem rangkaian elektronik yang boleh digunakan
untuk

mengumpul,

menyimpan,

memproses,

menyalurkan

dan

menyampaikan maklumat secara pantas dan tepat seperti internet atau


multimedia atau hypermedia untuk membantu proses pengajaran dan
pembelajaran. Perkembangan bidang teknologi maklumat telah dapat
memudahkan manusia berkomunikasi dalam mengurus, menyimpan dan
menyebar maklumat dengan lebih canggih sama ada dalam bentuk data
teks, imej atau suara.
Pelajar dalam abad ke 21 pasti berada dalam gelombang teknologi
maklumat, untuk itu setiap pelajar perlu celik komputer. Ini kerana komputer
beupaya

meningkatkan

mutu

pembelajaran.

Sudah

sampai

ketikanya

komputer menjadi alat standard di semua sekolah di peringkat rendah,


menengah dan lepasan menengah.
(b) Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar
Proses pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke 21 masih tetap
berpusatkan pelajar. Malah ia perlu dipertingkatkan dariapda apa yang
diamalkan sekarang. Guru memainkan peranan lebih penting kepada pelajar
dengan melibatkan pelajar sepenuhnya secara aktif dalam semua aktiviti
sama ada di dalam atau di luar darjah. Guru lebih-lebih lagi berperanan
sebagai

pemudah

(fasilitator)

pembelajaran

dan

berperanan

sebagai

pembekal maklumat.
Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang oleh guru
bagi membina dan mengukuhkan minat murid terhadap pembelajaran. Murid
dibimbing supaya bersedia menerima pengajaran dan berupaya untuk
meneruskan pembelajarannya sendiri. Pelajar ketika itu perlu dilatih untuk
berdikari, yakin pada diri sendiri dan meningkatkan rasa tanggungjawab.
Dalam rangka pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar, tenaga
pengajar/guru di sesebuah bilik darjah sekurangnnya terdiri daripada
seorang guru dan seorang pembantu guru untuk membimbing pelajar yang
tidak melebihi 25 orang pelajar. Keadaan kelas dengan dua orang guru
dengan sekelompok murid patut dijadikan amalan bagi meningkat dan
mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan
pelajar.
(c) Pendidikan Jarak Jauh
Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) merupakan kesinambungan inovasi kreatif dalam
pendidikan diri abad ke 20 ke abad ke 21. Peluasan PJJ seharusnya sampai ke
sekolah dari peringkat rendah lagi tidak sahaja terhad di pusat-pusat
pengajian tinggi. Pendidikan Jarak Jauh dalam proses pengajaran dan
pembelajaran abad ke 21 mengambil kira faktor-faktor berikut:

Bilangan hari persekolahan adalah fleksibel (mungkin tidak lebih tiga

hari seminggu)

Setiap sekolah mempunyai kemudahan komputer

Penggunaan bahan pembelajaran yang telah diterbitkan sebagai asas

untuk pelajar

Bahan khusus yang terancang untuk memenuhi keperluan belajar

individu

Kebolehubahan (flexibility) kandungan kurikulum bahan pembelajaran


melalui struktur modular

Pembentukan

bahan

pembelajaran

yang

terancang

dan

sistematik

mengandungi objektif yang jelas, alat ujian kendiri, aktkviti pembelajaran


dan maklum balas pelajar.
(d) Pendekatan Modular
Pendekatan secara modular berperingkat kesukaran bagi setiap tajuk
disediakan dalam bentuk bercetak dan/atau CD-ROM untuk satu-satu tahun
pengajian. Modul ini disediakan untuk semua mata pelajaran di semua
peringkat persekolahan.
Pelajar boleh beralih ke modul berikutnya apabila selesai menggunakan
modul yang disediakan tanpa menunggu arahan guru. Pendekatan modul ini
telah diamalkan di institusi pengajian tinggi tempatan. Apa yang perlu ialah
menyesuaikannya mengikut tahap kebolehan pelajar.
(e) Mastery Learning
Pendekatan pembelajaran berfokus kepada penguasaan pelajar terhadap
sesauatu perkara yang diajarkan kepada mereka. Penguasaan pelajar
ditentukan melalui ujian diagnostik. Tindakan susulan diberikan kepada
mereka yang belum menguasai supaya kelemahan mereka tidak terhimpun
di akhir setiap pembelajaran.
(f) 'Tracking' dan 'Banding'

Bergantung kepada tahap penguasaan pembelajaran, pelajar ditempatkan


dalam beberapa kumpulan sama ada kumpulan asas (basic), kumpulan
umum

(general)

atau

kumpulan

maju

(advance).

Pembelajaran

juga

dilaksanakan mengikut sistem banding iaitu 'vertical' dan 'horizontal'. Melalui


sistem ini pelajar berubah kelas mengikut kebolehan dalam mata pelajaran.
Misalnya pelajar Tahun 2 sekolah rendah boleh mempelajari matematik
Tahun 3 sekiranya ia sudah menguasai kemahiran matematik Tahun 2.
(g) Sistem Kredit
Unit kredit adalah nilai masa/tempoh dan tugasan yang diperlukan oleh
pelajar untuk menyiapkan kerja-kerja kursus yang telah ditetapkan bagi
setiap kursus pengajian. Kerja-kerja kursus ini termasuklah menghadiri kelas,
membuat kerja projek, tugasan, kerja-kerja makmal dan amali. Pelajar
dibenarkan mengulang mata pelajaran yang tidak mencapai asas yang
ditetapkan.
PENILAIAN
Aspek penilaian kemajuan pelajar adalah penting untuk menentukan tahap
penguasaan,
penguasaan

kemahiran
pelajar

dan

menjadi

penghayatan.
petunjuk

Maklumat

untuk

tentang

membuat

tahap

perancangan

pengajaran dan pembelajaran seterusnya. Alat-alat dan perkaedahan


penilaian mestilah benar-benar dapat mengukur dengan tepat kebolehan dan
keupayaan pelajar seperti berikut
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)
h)

Penilaian Berasaskan Sekolah


Penilaian Berterusan
Penilaian Berasaskan Elemen Subjek
Penilaian Proses di samping Penilaian Hasil
Authentic Assessment
Penilaian Hasil Pembelajaran (Learning Outcomes)
Bench Marking
Ujian/ Peperiksaan Secara Online
PENUTUP

Perlu

ditegaskan

bahawa

apapun

bentuk

reformasi

kurikulum

yang

dianjurkan tidak akan dapat hasil yang diharapkan jika tidak diikuti dengan
penyusunan semula di dalam bidang-bidang lain, kerjasama di antara
agensi-agensi di Kementerian Pendidikan dan mengambil perhatian yang
berat tentang pelaksanaannya. Dalam menjayakan hasrat penubuhan
Sekolah

Bestari,

pembangunan

tumpuan

prasarana

utama

teknologi,

seharusnya
penyediaan

diberikan

latihan

kepada

semula

guru,

penyediaan bahan kursus dan format penilaian, di samping penglibatan


pihak swasta, ibubapa dan komuniti dalam menangani tugas yang besar ini.

Pembelajaran Abad 21: Pembelajaran berasaskan Projek


Saya telah pun menulis tentang beberapa kaedah pengajaran dan
pembelajaran untuk mata pelajaran Pendidikan Islam dengan
mengambil kira tuntutan kemahiran pendidikan abad ke 21 iaitu
melibatkan pembelajaran berpusatkan murid, , pemikiran kritikal,
inkuiri
dan
penyelesaian
masalah,
amalan
koperatif
dan
kolaboratif. Adalah diharapkan para pembaca telah dapat memahami
serta telah cuba melaksanakannya di dalam kelas. Selain daripada
menguasai kandungan mata pelajaran utama yang melibatkan
kemahiran 3M, murid perlu dilatih untuk menjadi pemikir kritikal
berteraskan kepercayaan (aqidah) dan peraturan kesejahteraan
(syariat Islam).

Sebelum meneruskan tulisan ini, elok rasanya kita semak semula


apa yang disarankan oleh Bernie Trilling dan Charles Fidel (2009)
berkaitan kemahiran abad ke 21. Menurut mereka berdua, murid pada
abad 21 perlu menguasai kemahiran-kemahiran berikut:
Pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah
Kreativiti dan inovasi
Kolaborasi, kerja berpasukan dan kepemimpinan
Pemahaman antara budaya
Literasi komunikasi, maklumat dan media
Literasi pengkomputeran dan TMK
Kerjaya dan belajar tanpa pergantungan (Career and learning
self-reliance)
Apabila guru-guru Pendidikan Islam menggunakan kaedah inkuri atau
penyelesaian masalah, pastikan bahawa guru-guru akan melibatkan
ketujuh-tujuh kemahiran di atas meskipun sebenarnya tidaklah
mesti kesemuanya sekali dalam satu pengajaran, tetapi kemahirankemahiran tersebut tidak seharusnya ditinggalkan atau hanya
sekadar mengambil satu atau dua kemahiran sahaja.
Dalam penulisan kali ini, saya akan menulis tentang satu lagi
kaedah yang boleh digunakan untuk pengajaran Pendidikan Islam
untuk abad ke 21 iaitu kaedah projek.
Pembelajaran berasaskan projek merupakan kaedah pembelajaran di
mana guru menyediakan projek untuk dilaksanakan oleh murid-murid.
Guru akan memberikan arahan serta penjelasan tentang projekyang
agak kompleks dan mencabar, yang perlu dilaksanakan. Murid pula
dikehendaki melaksanakan projek secara hands-on dan minds-on

serta dengan melakukan sedikit kajian. Melalui kaedah projek,


murid akan belajar untuk menyelesaikan masalah melalui proses
inkuiri, berkomunikasi serta berkolaborasi, mengakses maklumat
melalui Internet atau menghasilkan projek menggunakan perisian
komputer, selain menggunakan pemikiran kritikal dan amalan
refleksi untuk memastikan projek terlaksana dengan baik dan
hasilnya akan memberi makna kepada mereka. Melalui kaedah projek,
murid akan dapat menyelesaikan masalah dalam konteks dunia
sebenar
yang
menjadi
minat
dan
perhatian
murid.
Dalam
melaksanakan projek, murid mungkin akan menggabungkan maklumat
daripada pelbagai sumber mata pelajaran seperti Kajian Tempatan,
Matematik, Sains dan sebagainya selain daripada mata pelajaran
Pendidikan Islam itu sendiri. Kaedah projek membolehkan murid
berfikir secara kreatif bagaimana menyelesaikan masalah atau
bagaimana menghasilkan projek yang terbaik.

Lazimnya kaedah projek melibatkan masa yang lebih panjang


daripada satu atau dua waktu pembelajaran mengikut jadual waktu.
Murid perlu belajar merancang dan menguruskan masa serta kerjakerja mereka. Lazimnya pelaksanaan kaedah projek dibuat dalam
bentuk kumpulan kecil wealaupun ada kalanya ia juga dilaksanakan
secara individu. Sama ada secara individua tau kumpulan kecil,
murid masih perlu berkolaborasi dengan orang lain untuk
menghasilkan projek berkenaan.
Semasa melaksanakan projek, murid dikehendaki melakukannya dengan
bersungguh-sungguh dan secara mendalam tentang projek berkenaan
kerana:

ia disusun atur sekitar persoalan terbuka atau cabaran yang


membuatkan murid fokus dengan kerja atau tugas pembelajaran
seperti menyoal, mengakses maklumat, merefleksi dan sebagainya.

ia membuatkan murid ingin tahu dan memahami konten serta


menguasai kemahiran
murid perlu melaksanakan inkuiri untuk belajar atau untuk
menghasilkan projek. Proses inkuiri akan menggalakan murid
menghasilkan idea-idea baru serta membuat interpretasi
murid perlu terlibat dengan komunikasi seperti berkolaborasi
dan bukan sekadar mengingati maklumat dan fakta (mereka perlu
terlibat dengan pemikiran aras tinggi seperti mengaplikasi,
menganalisis, menilai dan menghasilkan)
murid perlu bekerjasama sebagai satu pasukan, menghormati
pandangan rakan, memberi idea dan pandangan sendiri serta membuat
persembahan laporan projek
murid berpeluang untuk menyatakan pandangan serta pilihan
mereka sendiri serta bertanggungjawab ke atas kerja-kerja mereka
(murid menjadi lebih aktif)
melibatkan maklum balas (daripada rakan dan guru) dan
mengulangkaji pelajaran
berkongsi hasil dapatan / projek dengan rakan-rakan sekelas
atau daripada kelas atau sekolah lain (apabila dimuatnaik
menggunakan blog atau laman sesawang)
Apakah peranan guru?
Berdasarkan kaedah projek, guru berperanan sebagai fasilitator
yang akan membentuk persekitaran pembelajaran yang selamat dan
kondusif serta tanggungjawab bersama. Pada peringkat awal, guru
perlu menstrukturkan tugasan serta soalan-soalan yang terlibat
agar murid tidak terpesong jauh daripada objektif pembelajaran
yang dirancang. Untuk memastikan murid dapat melaksanakan projek
dengan baik, guru disarankan untuk menyediakan rubrik panduan
melaksanakan projek dan diberikan kepada murid. Terdapat dua
jenis rubrik (analitik dan holistik) dan terpulanglah kepada
guru, rubrik manakah yang hendak digunakan berdasarkan kepada
tujuan penilaian.

You might also like