You are on page 1of 2

BERIMAN KEPADA ALLAH

PENGERTIAN BERIMAN KEPADA ALLAH


Beriman kepada Allah bermaksud mempercayai dengan yakin bahawa Allah S.W.T. Itu wujud dan
mempunyai sifat-sifat kesempurnaan di samping esa dan tiada satu makhluk pun yang serupa denganNya.Selain itu,beriman kepada Allah juga bermaksud meyakini bahawa Allah yang menciptakan alam
ini tanpa bantuan sesiapun.Segala benda yang terjadi tidak akan berlaku jika tidak dengan izin-Nya.
Mempercayai bahawa Allah menghidupkan serta mematikan makhluk dengan kehendak-nya juga
merupakan salah satu maksud beriman kepada Allah.Perkara ini bermaksud bahawa semua makhluk di
muka bumi ini adalah kepunyaan Allah S.W.T. dan Dia berhak untuk megatur segala perjalanan
kehidupan setiap makhluk-Nya.Setiap umat Islam di muka bumi ini wajib meyakini bahawa Allah
S.W.T. sahaja yang wajib disembah dan tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah
S.W.T..Pengertian yang terakhir bagi beriman kepada Allah S.W.T. ialah tidak berlaku kufur dalam diri
dan tidak melakukan perekara yang boleh menyumbang kepada perbuatan syirik.Maksudnya,umat
Islam hanya perlu beribadat hanya semata-mata kerana Allah serta tidak menghambakan diri melaikan
hanya kepada Allah dan meminta pertolongan yakni berdoa kepada Allah kerana hanya Allah S.W.T.
tempat umat Islam bergantung dan menghambakan diri dan mencari kereedaan dari-Nya.

KEPENTINGAN BERIMAN KEPADA ALLAH


Beriman kepada Allah merupakan satu perkara yang penting bagi seluruh umat Islam kerana Allah
merupakan pencipta alam ini dan kita sebagai umat Islam wajib beribadat kapada-Nya serta
mempercayai dengan yakin tentang kewujudan Allah S.W.T..Antara kepentingan beriman kepada Allah
ialah untuk melahirkan umat Islam yang bercakap benar dan tidak sesekali mereka berbohong atau
menipu dengan sesiapapun.Mereka mempercayai bahawa Allah S.W.T. maha mendengar dan Allah
S.W.T. akan mendengar segala perbualan mereka dan menyebabkan mereka merasa takut untuk
berbohong dan menipu.Selain itu,beriman kepada Allah juga penting untu melahirkan masyarakat
Islam yang mempunyai sifat amar makruf nahi mungkar demi mencegah segala perbuatan maksiat
yang berlaku di dalam komuniti masing-masing.Setiap anggota masyarakat perlu bersama-sama
menyuruh membuat segala kebaikan dan juga bersama-sama mencegah segala kejahatan serta perkara

yang boleh mendatangkan bala untuk kehidupan masyarakat.Untuk melahirkan umat Islam yang berani
berkata benar juga merupakan salah satu kepentingan beriman kepada Allah.Umat Islam perlulah
berani untuk menegakkan kebenaran kerana Allah sudah menjanjikan ganjaran bagi mereka yang
menegakkan kebenaran tentang agama Islam.Di samping itu,kepentingan yang seterusnya ialah untuk
melahirkan umat Islam yang sentiasa merendah diri dan tidak mempunyai sikap sombong kerana kita
hidup hanyalah untuk menghambakan diri kepada Allah S.W.T..Kepentingan yang terakhir bagi
beriman kepada Allah ialah untuk melahirkan manusia yang beristiqamah dan berterusan beribadat
kepada Allah S.W.T. kerana Allah sudah menjajjikan balasan syurga bagi mereka yang beribadat
kepada-Nya serta balasan neraka bagi mereka yang melakukan perkara yang mendatangkan
kemungkaran-Nya.

You might also like