You are on page 1of 6

5.

0 kAEDAH Pengumpulan Data

Triangulasi data digunakan sebagai cara pengumpulan data dalam kajian ini.
Pemerhatian berstruktur, ujian, dan soal selidik dilakukan untuk mendapatkan data.
Instrumen pengumpulan data seperti borang markah ujian, borang senarai semak
pemerhatian, dan borang soal selidik digunakan untuk mencatat data yang diperoleh.

6.1 Instrumen pengumpulan data

Jadual 9
Instrumen Pengumpulan Data Fasa 1
Fasa
1
Tinjauan dan Analisis
Masalah

Intervensi
Intervensi belum
dilaksanakan dalam fasa
ini

Cara Pengumpulan Data


Ujian diagnostik (20 soalan
objektif)
Ujian amali (Membuat
Corak)
Soal Selidik
Pemerhatian

Jadual 10
Instrumen Pengumpulan Data Fasa 2
Kitaran
1

Bilangan
Kajian
10

Peserta Intervensi

Cara Pengumpulan Data

Ujian Objektif (20 soalan)


Ujian Amali (Membuat
Corak
Soal Selidik
Pemerhatian
Ujian Objektif (20 soalan)
Ujian Amali (Membuat
Corak)
Soal Selidik
Pemerhatian

6.1.1 Ujian

Mazlan (1996) menyatakan ujian pra dan pos menjadi instrument pengukur
menentukan tahap pencapaian pengajaran pembelajaran. Skop ujian adalah berkisar
tentang aktiviti membuat corak menggunakan variasi garisan bagi menghasilkan
sebuah karya.

i.

Ujian Pra
Ujian pra dijalankan sebanyak dua kali melibatkan 20 soalan objektif dan ujian
penghasilan karya corak menggunakan variasi garisan. Saya menggunakan
ujian pra sebagai ujian diagnostik ke atas 32 orang murid 4 Canna semasa
tinjauan awal kajian dilakukan. Hasil daripada ujian ini, saya mendapati 10 orang
murid memperoleh markah yang rendah dan dijadikan peserta kajian dalam
tindakan ini.
Sepuluh peserta kajian tersebut melalui ujian mencorak dimana mereka perlu
menghasilkan sebuah karya corak dengan menggunakan variasi garisan
berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka tanpa bimbingan guru. Ujian ini
dijalankan untuk mendapatkan data skor pencapaian subjek kajian sebelum
mereka menjalani proses intervensi dalam kitaran 1.

ii.

Ujian Pos
Terdapat dua jenis ujian pos dalam kajian ini. Pertama ialah Ujian Pos (1) dan
kedua ialah Ujian Pos (2). Ujian pos (1) dijalankan setelah peserta kajian selesai
menjalankan intervensi pada kitaran (1). Manakala ujian pos (2) pula dijalankan
selepas intervensi kitaran 2 selesai.
Dalam kajian ini, ujian pos (1) dijalankan oleh 10 orang peserta kajian selepas
mereka tamat dalam sesi intervensi pada kitaran 1. Ujian pos (1) ini terdiri
daripada ujian berbentuk amali dan objektif. Ujian amali ialah penghasilan karya
membuat corak manakala ujian objektif mempunyai 20 soalan berkaitan dengan
unsur garisan, susunan corak, dan motif corak. Tujuan pelaksanaan ujian pos (1)
ini adalah untuk menilai peningkatan prestasi mereka dalam kemahiran yang
diajar. Peratus peningkatan pencapaian peserta kajian diperoleh dengan
perbandingan markah pada ujian pra dengan ujian pos (1).
Ujian pos (2) pula dijalankan ke atas empat peserta kajian yang dipilih
berdasarkan keputusan yang tidak memuaskan pada ujian pos (1). Mereka

diberikan ujian pos (2) ini setelah mereka selesai menjalani sesi intervensi pada
kitaran 2. Seperti mana dalam ujian pos (1), ujian ini juga terdiri daripada ujian
berbentuk amali dan objektif yang sama. Ujian amali ialah penghasilan karya
membuat corak manakala ujian objektif mengandungi 20 soalan berkaitan
dengan unsur garisan , susunan corak dan motif corak. Tujuan pelaksanaan
ujian pos (2) ini adalah untuk meningkatkan prestasi pencapaian skor mereka
pada ujian pos (1) sebelumnya.
6.1.2 Pemerhatian
Menurut Chow Fook Meng, Jaizah Mahamud (2011), pemerhatian merupakan
suatu aktiviti pengumpulan data dalam proses pengajaran pembelajaran.
Pelbagai data yang berguna dapat diperolehi melalui kaedah pemerhatian yang
terancang dan sistematik. Terdapat dua jenis kaedah pemerhatian iaitu
pemerhatian berstruktur dan pemerhatian tidak berstruktur. Saya menggunakan
pemerhatian secara berstruktur dalam kajian tindakan ini untuk mendapatkan
data. Borang senarai semak disediakan bagi memudahkan pemerhatian dibuat
(Lampiran ?)
6.1.3 Soal Selidik
Soal selidik merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul
data hasil kajian. Pemilihan penggunana soal selidik haruslah bersesuaian
dengan kehendak soalan atau masalah yang dikaji. Soal selidik dipilih untuk
mengetahui kecenderungan murid yang mempunyai kaitan dengan aktiviti
membuat corak menggunakan variasi garisan.
Terdapat lima jenis ukuran item-item bagi soal selidik iaitu menggunakan skala
likert, skala perbezaan sematik, skala rank, skala Thurstone dan skala Guttman.
Rosinah Edinin (2012) menyatakan Skala Guttman digunakan untuk memberi
respons yang tegas mengenai sesuatu isu. Skala Guttman melibatkan ruangan
Ya dan Tidak. Murid perlu memilih salah satu ruanagn tersebut bagi item yang
dinyatakan. Saya memilih Skala Guttman dalam penyediaan borang soal selidik
berkaitan dengan kemahiran membuat corak menggunakan variasi garisan
(Lampiran ?).

6.2 Cara Menganalisis Data


Selepas setiap aktiviti selesai dijalankan, analisa dapatan data akan dilakukan
bagi menyaring maklumat yang diperolehi. Setiap data dianalisis dalam bentuk
graf atau jadual.
Jadual ?? menunjukkan cara menganalisis dapatan kajian bagi setiap insrumen
pengumpulan data yang dipilih.
Jadual ??
Cara Menganalisis Data
Bil
1.
2.
3.
4.

Instrumen
Ujian Objektif
Ujian membuat corak
Pemerhatian
Soal Selidik

Cara menganalisis data


Peratus
Peratus
Senarai Semak
Peratus

6.2.1 Ujian (peratus)


Setiap ujian dianalisis melalui peratusan. Maka peratus setiap ujian dikira
menggunakan formula seperti yang ditunjukkan di bawah.
1. Ujian objektif
Rajah ?? menunjukkan formula pengiraan peratus markah bagi ujian objektif.

Peratus, % = Markah peserta kajian x 100


20

Rajah??. Formula Pengiraan Peratus Markah Ujian Objektif

2. Ujian amali ( karya corak)


Rajah ?? menunjukkan formula pengiraan peratus markah bagi ujian amali.

Peratus, % = Markah peserta kajian x 100


100
Rajah ?? Formula Pengiraan Peratus Markah Ujian Amali.
Setelah mendapat peratusan skor peserta kajian, skor tersebut akan dimasukkan
ke dalam bentuk jadual dan graf untuk dianalisis secara kuantitatif.
6.2.2 Pemerhatian (senarai semak)
Pemerhatian berstruktur ini dianalisis melalui senarai semak. Senarai semak
tersebut mengandungi beberapa item untuk dicatatkan jumlah subjek kajian yang
melaksanakan setiap item tersebut. Kemudian data dianalisis secara kuantitatif.
Rajah ?? menunjukkan formula pengiraan peratus data bagi soal selidik.

Peratus, % =

kekerapan

x 100

Bil. Peserta Kajian


Rajah ??. Formula Pengiraan Peratus Data PEmerhatian

6.2.3 Soal Selidik (Peratus)


Soal selidik dianalisis menggunakan frekunsi (kekerapan) dan peratus. Setelah
data daripada borang soal selidik dikumpul, data tersebut kemudiannya dianalisis
kedalam bentuk graf. Rajah ?? menunjukkan formula pengiraan peratus data
bagi soal selidik.

Peratus, % =

kekerapan

x 100

Bil. Peserta Kajian

Rajah ??. Formula pengiraan peratus data soal selidik.

You might also like