You are on page 1of 3

Falsafah merupakan Philosophy yang berasal daripada perkataan Greek (Philosophia) bermaksud

cintakan kebijaksanaan iaitu "love of wisdom". Istilah ini digunakan oleh Phythagores yang dibahagikan
kepada tiga jenis manusia iaitu:- Sukatan keseronokan
- Mereka yang sukakan aktiviti
- Mereka yang sukakan kebijaksanaan
Falsafah Pendidikan ialah kepercayaan mengenai bagaimana kanak-kanak berkembang dan belajar
serta bagaimana mereka sepatutnya diajar. Ia juaga dihayati oleh guru akan membantunya menentukan
arah tuju matlamat pengajarannya dan keyakinan seorang guru tentang sebaik mana kanak-kanak
belajar menentukan pilihan strategi pengajarannya yang menggunakan kaedah inidivu atau kaedah yang
sama kepada semua pelajarmya.
Menurut Friedrich Froebel (1782-1852) yang digelar sebagai "Bapa Tadika" telah mencadangkan
menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui cara membuat contohnya, dalam
mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya.
Menurut Ibnu Khaldun seorang pakar Sejarah Arab teragung. Beliau menyarankan pengajaran kanakkanak bersesuaian dengan tahap perkembangan kerana kaedah pengajaran secara berperingkat
diterapkan kepada kanak-kanak. Pedidikan akan terbukti lebih berkesan kepada kanak-kanak.
Kurikulum pula proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah tidak terhad kepada sesuatu
kurikulum yang rigid seperti kurikulum Sejarah atau Sains di sekolah atau Universiti. Ianya bergantung
pada satu kerangka kurikulum daripada segi falsafah dan matlamat pembelajaran kanak-kanak.
Kurikulum juga merupakan panduan bagi kanak-kanak supaya mencapai perkembangan optima dan
holistik.

~~
Menurut The New Encyclopaedia pula , mendefinisikan pendidikan sebagai suatu disiplin yang berurusan
dengan kaedah pelajaran dan pembelajaran yang di dilakukan di sekolah atau persekitarannya. Keduadua ini menyatakan bahawa sekolah merupakan institusi yang penting dalam usaha memberikan
pendidikan yang lebih efektif kepada anak-anak di zaman moden ini dan dilakukan dalam keadaan
terancang dan sistematik.

Falsafah boleh ditakrifkan seagai suatu pemikiran yang melihat suatu permasalahan dalam
pelbagai perspektif. Ia dilakukan dalam keadaan yang sistematik, penuh keinginan serta kritis
bagi mendapatkan suatu pandangan atau teori murni yang tidak bias kepada mana-mana
pemikiran dalam mencari kebenaran. Oleh kerana itulah falsafah juga dikenali bertujuan untuk
mencari kebenaran sekaligus memberi arah tuju kepada perkara penting dalam kehidupan.Di
Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diguna pakai oleh setiap institusi sekolah ,
bukan sahaja memudahkan usaha mendidik malah telah menjadi suluh halatuju kepada usaha
mengembang dan memajukan pendidikan negara.

Berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara , berikut adalah beberapa huraian yang diambil bagi
menjelaskan falsafah yang digariskan dalam usaha menuju pencapaian Matlamat Falsafah
Pendidikan Negara :
- Memperkembangkan potensi individu.
- Mewujudkan individu yang seimbang dan harmonis.
- Rakyat Malaysia yang berketerampilan.
Antara contoh tokoh pendidkan awal kanak-kanak ialah Arnold Gesell. Beliau telah
mengemukakan satu teori iaitu teori kematangan biologi yang mengatakan tingkah laku individu
berkembang mengikut jadual masa yang ditetapkan. Ini bermaksud apabila sudah sampai masa
perkembangan manusia itu pasti berlaku. Bagi beliau , kematangan merupakan faktor yang
utama dan menentukan proses pembelajaran. Perkembangan bagi kelakuan, pertumbuhan tisu
dan organ serta fungsi-fungsi lain berkembang mengikut pola dan urutan yang terkawal. Oleh
itu, perlakuan kanak-kanak boleh diramalkan. Oleh itu beliau mempercayai kematangan menjadi
faktor utama dalam proses pembelajaran. Ini bererti beliau mementingkan baka sebagai
penggerak utama terhadap perkembangan kanak-kanak.
Seterusnya , penggunaan pendidikan awal kanak-kanak dalam bidang kokurikulum . Hal ini
sangat penting kepada kanak yang normal dan mendapat bimbingan yang sepatutnya maka
secara tidak langsung akan dapat melahirkan individu yang cemerlang , berakhlak mulia dan
seimbang dari aspek jasmani, rohani, emosi dan sebagainya.Kokurikulum seperti yang tercatat
dlam Akta Pendidikan Malaysia 1996 dan Peraturan-peraturan Kokurikulum Kebangsaan
Pendidikan 1937 merujuk kepada program pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan ,
kemahiran , norma , nilai , unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan
seseorang murid dengan sepenuhnya untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang
diingini untuk menyampaikan pengetahuan.
~~
Terlebih dahulu, Falsafah pendidikan dapat didefinisikan sebagai suatu pemikiran sistematik, kritis, penuh
usaha untuk mencari kebenaran dalam menetapkan halatuju yang berkaitan dengan pendidikan.
-Falsafah pendidikan sesebuah negara diwujudkan berdasarkan ideologi yang dipegang oleh sesebuah
negara tersebut. Pendidikan prasekolah mula berkembang di Eropah. Ahli Falsafah Eropah yang terkenal
iaitu Friedrich Froebel, adalah orang pertama mendirikan tadika di dunia iaitu di Negeri Jerman pada
tahun 1837 dan menamakan tadika itu Kindergarten yang bermaksud Garden of Children.Menurut beliau
kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama tukang kebun, kindergarten pula ialah
taman untuk kanak-kanak. Oleh itu kanak-kanak perlu belajar dalam persekitaran yang terancang dan
kanak-kanak berkembang melalui main
Antara idea-idea Froebel ialah:

Taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak-kanak.
Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang terang, mempunyai bilik yang senang dimasuki cahaya,
dipenuhi dengan taman-taman, binatang dan gambar-gambar.
Ketika itu,penubuhan prasekolah tertumpu kepada kanak-kanak dari golongan yangberada sahaja.
Manakala kanak-kanak yang miskin terbiar dan tidak mendapat pendidikan awal. Oleh itu, Program
Headstart telah dirancang dan dikelolakan untuk membantu kanak- kanak yang datang dari kawasan
mundur dan keluarga miskin. Mereka ditempatkan di satu kawasan dan diberi kemudahan
pembelajaran. Sistem pendidikan di luar negara dijadikan panduan untuk kita memahami
kepentingan pendidikan awal kanak-kanak.
-Di Malaysia pula,falsafah pendidikan kebangsaan boleh dirumuskan sebagai sebuah falsafah yang
digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis, berlandaskan idealogi negara sebagaimana yang
dimanifestikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan termasuk rukun negara. Hasil falsafah pendidikan
kebangsaan ini digunakan sebagai suluh yang memberi pedoman kepada segala usaha pendidikan yang
dijalankan di dalam negara bagi memenuhi keperluan individu, masyarakat dan negara. Falsafah
Pendidikan ini amat penting bagi mencapai matlamat untuk melahirkan rakyat yang berilmu
pengetahuan.Pendidikan di Malaysia juga merupakan satu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembanng potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan , berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
-Kurikulum prasekolah berasaskan empat prinsip iaitu :
i.Perkembangan diri secara menyeluruh dan bersepadu - memberi fokus kepada penyuburandari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani.
ii.Pembelajaran yang menggembirakan- memberi penekanan kepada minat dan semangat untuk belajar.
Semangat ini akan dapat dipupuk melalui suasana dan persekitaran pembelajaran yang menarik, selesa,
mencabar dan menggembirakan.
iii.Pengalaman pembelajaran yang bermakna- memberi penekanan kepada penglibatan murid secara
aktif dalam aktiviti sebenar supaya mereka dapat mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman
kehidupan seharian . Usaha ini akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan bermakna.
iv.Pendidikan sepanjang hayat-adalah suatu usaha yang berterusan untuk memperolehan dan
pemindahan pengetahuan , nilai murni dan kemahiran . Pengalaman pendidikan prasekolah yang
mengembirakan dan bermakna akan dapat mengekalkan minat untuk terus belajar dalam diri sesorang
sejak kecil hingga ke akhir hayat.

You might also like