You are on page 1of 1

Program Pendidikan Awal kanak-kanak di Malaysia

Perkembangan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia berlaku dalam dua peringkat


sebelum merdeka dan selepas merdeka.Penubuhan pendidikan awal kanak-kanak pada awalnya
lebih bersifat pusat jagaan atau asuhan kanak-kanak.
Pusat-pusat ini hanya tertumpu di kawasan ladang dan lombong kepunyaan British tempat ibu
bapa kanak-kanak itu bekerja.Puast jagaan ini lebih menekankan kebajikan dan kesihatan dan
hanya tumpuan diberikan terhadap keperluan pendidikan.
Pada akhir tahun 1950-an dan awal tahun 1960-an,institusi pendidikan awal mula bercambah
dan peranan pusat jagaan mula berubah ke arah menekankan aspek pendidikan.Istilah tadika dan
tabika digunakan secara meluas untuk merujuk kepada pendidikan awal kanak-kanak.
Pada tahun 1969,Yayasan Asia telah menyalurkan bantuan kepada Perbadanan Buruh
Malaysia untuk memperkenalkan model pusat kanak-kanak ala Head Start di Selangor.Sasaran
utama program ini ialah kanak-kanak dari berbilang kaum yang berpendapatan rendah.
Pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia dianjurkan oleh badan yang tertentu seperti Agensi
Kerajaan dan Separa Kerajaan,Organisasi Sukarela,dan Organisasi Persendirian.

You might also like