You are on page 1of 3

Kepentingan Pembelajaran Information and Technology (ICT) Kepada Guru Pelatih

Pendidikan Awal Kanak-kanak di Kolej Pekembangan Awal Kanak-kanak (KPAKK)

Kepentingan Subjek ICT Kepada KanakKanak


Oleh : Noorfarahin Bt Muhamad Fadzil
Pembelajaran ICT merupakan suatu bidang yang amat penting dalam membina rangkaian
dan memenuhi cabaran persaingan masa kini. Memahami kepentingan ini, Kolej
Perkembangan Awal Kanak-Kanak (KPAKK) telah menyediakan pelajar yang dapat
memenuhi keperluan dan kehendak pasaran terutama berkaitan tahap kesediaan guru
PAKK mengaplikasikan penggunaan ICT dalam proses pembelajaran dan pengajaran di
dalam kelas kepada kanak-kanak. Pembelajaran berasaskan penggunaan ICT mampu
memberi kesan keatas hasil kerja dan tingkah laku murid-murid terutamanya kanakkanak di institusi pendidikan awal kanak-kanak seperti TASKA, TADIKA dan
prasekolah. Tahap kesediaan guru PAKK merujuk kepada bagaimana seseorang guru itu
bersedia atau menyiapkan diri untuk mengajar subjek yang berkaitan dengan penggunaan
ICT atau sesuatu yang berkait dengan penggunaan alat-alat berteknologi seperti
komputer.
Manakala pengaplikasian penggunaan ICT adalah proses menggunakan sepenuhnya
fungsi-fungsi peralatan tersebut seoptimum mungkin dengan melibatkan prinsip, kaedah
dan teknik pembelajaran yang sesuai dengan bimbingan guru yang terlatih dalam bidang
tersebut. Abdul Halim (2008), menyatakan bahawa perisian maklumat ICT yang
digunakan mampu menambah pengetahuan kanak-kanak, mendapat pengalaman
bermakna, meningkatkan kemahiran kanak-kanak dalam mempelajari ilmu sains dan
teknologi. Pembelajaran dengan mengaplikasikan penggunaan ICT ini selaras dengan
kehendak yang digariskan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 20062010 dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu membangunkan ICT dalam
pendidikan yang mengambilkira keperluan kanak-kanak untuk mengetahui dan
mempelajari literasi ICT, memperoleh kemahiran ICT dan menggunakan ICT ketika
proses pembelajaran dan pengajaran berlaku secara langsung.

Guru pendidikan awal kanak-kanak di KPAKK diterapkan


dengan amalan pembelajaran ICT.

Persekitaran seperti makmal komputer yang disediakan di KPAKK mampu menilai


sejauhmana tahap kesediaan guru PAKK dalam menyediakan bahan bantu mengajar
berasaskan ICT yang mampu menarik minat kanak-kanak terhadap isi pelajaran dan
kesan pengajaran terhadap hasil kerja dan tingkah laku kedua-dua pihak iaitu guru dan
kanak-kanak. Pembelajaran ICT di KPAKK turut melibatkan aspek kesediaan guru
PAKK, kemudahan fizikal dan kesesuaian bahan ICT. Amalan ICT kepada kanak-kanak
dibilik darjah TASKA, TADIKA atau prasekolah mampu merangsang perkembangan
menyeluruh kanak-kanak.
Pendedahan berkaitan pengetahuan dan penggunaan asas ICT akan diterapkan kepada
guru PAKK bagi menyediakan bahan bantu mengajar berasaskan penggunaan ICT di
institusi pendidikan awal kanak-kanak. Hal ini kerana, aktiviti pembelajaran dan
pengajaran berasaskan ICT akan memperkembangkan kecerdasan pelbagai seseorang
individu seperti kecerdasan intelektual, linguistik, intrapersonal dan sebagainya.Aspek
seterusnya adalah melibatkan tahap kemudahan fizikal makmal komputer di KPAKK
dalam proses pembelajaran dan pengajaran menggunakan ICT. Kemudahan-kemudahan
peralatan ICT seperi komputer, LCD projector, speaker dan lain-lain disediakan bagi
memenuhi keperluan pembelajaran guru PAKK.
Selain itu, aspek pembelajaran ICT juga dinilai melalui tahap kesesuaian bahan yang
digunakan semasa proses pembelajaran dan pengajaran penggunaan ICT. Tahap
kesesuaian bahan mungkin dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti tidatidak mencakupi
hasil pengajaran atau objektif pembelajaran, tidak relevan dengan perkembangan kanakkanak iaitu bahan yang disediakan tidak mengikut tahap umur kanak-kanak atau
kebolehan dan keupayaan kanak-kanak untuk menggunakan bahan yang telah dibekalkan.
Maka amat penting kepada guru PAKK menguasai ilmu ICT kerana golongan ini akan
bekerja dengan kanak-kanak pada masa akan datang. Keseluruhannya apabila guru
KPAKK menguasai pembelajaran berasaskan ICT proses pengajaran dan pembelajaran
akan berlaku dengan lancar. Bagi memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran
ICT, KPAKK sentiasa bersedia bagi mempersiapkan guru dengan pengetahuan,
kemahiran dan penggunaan ICT selari dengan perkembangan dunia teknologi.
Penggunaan ICT akan melancarkan keberkesanan sesuatu topik pembelajaran apabila
adanya bantuan video, audio, teks dan sebagainya.
Penggunaan ICT dalam pembelajaran kanak-kanak di KPAKK bukanlah satu kemestian
tetapi dalam dunia berteknologi sekarang guru harus memperkenalkan literasi ICT
kepada kanak-kanak kerana perkembangan kognitif dan teknologi kanak-kanak dapat
ditingkatkan. Kanak-kanak perlu mendapat pendedahan awal tentang penggunaan ICT
supaya mereka dapat menggunakan aplikasi internet kearah yang positif dan membantu
dalam proses pembelajaran. Pembelajaran berkaitan ICT juga mempengaruhi hasil kerja
dan tingkahlaku kanak-kanak. Seterusnya dengan konsep pembelajaran ICT guru
KPAKK turut membantu dalam melahirkan generasi yang celik ICT selaras dengan
matlamat kerajaan yang mengutamakan penggunaan ICT.

Source :http://www.kpakk.edu.my/artikel/kepentingan-pembelajaran-information-andtechnology-ict-kepada-guru-pelatih-pendidikan-awal-kanak-kanak-di-kolejpekembangan-awal-kanak-kanak-kpakk/

You might also like