You are on page 1of 3

LDK: lembut lidah

LDK 1: Ice Breaking Objektif: I. Membentuk kumpulan dalam kalangan peserta supaya mudah
dalam proses penyampaian maklumat sepanjang program berjalan. II. Merapatkan jurang antara
peserta dan fasilitator agar tugas fasilitator dapat diperjelaskan lagi sebagai pemudahcara dan
pembimbing peserta. III. Merapatkan lagi jurang pemisah antara ahli supaya hubungan yang
lebih eratdapat diwujudkan pada masa hadapan. IV. Membentuk ikatan berkumpulan dan
semangat kerjasama dalam kumpulan agar segala masalah dapat diselesaikan secara bersama
untuk masa hadapan. Pecahan Kumpulan (puzzle) Langkah: I. Peserta akan diberi cebisan
gambar setiap seorang. II. Peserta dikehendaki mencari ahli kumpulan mereka berdasarkan
gambar tersebut dan membentuk sekeping gambar yang lengkap. III. Seterusnya membentuk
kumpulan. Taaruf- Pukulan Kasih I. Fasilitator akan menanyakan nama penuh,nama
panggilan,asal,hobi,cita-cita, dan sebagainya mengikut kesesuaian. II. Peserta dikehendaki
membuat satu bulatan mengikut kumpulan masing-masing. III. Seorang peserta dikehendaki
berdiri di tengah-tengah. IV. Fasilitator akan menyebut nama seorang ahli dalam kumpulan
tersebut dan peserta di tengah hendaklah memukul nama yang disebut dengan
lembut,menggunakan surat khabar yang digulung. V. Setiap orang peserta hendaklah diberi
peluang berdiri di tengah dan memukul ahli yang lain pula sehingga semua nama ahli telah
disebut. Aduhai Kumpulanku Sayang Aktiviti dalam kumpulan. I. Ahli kumpulan diminta
untuk memikirkan nama untuk kumpulan mereka. II. Setelah itu setiap kumpulan akan
mempersembahkan nama kumpulan dan sorakan mereka. Falsafah: -Memupuk kerjasama di
kalangan ahli di dalam kumpulan masing-masing. -Menunjukkan bahawa setiap kumpulan
mempunyai identiti masing-masing. -Meningkatkan keyakinan diri peserta. -Melatih peserta agar
peka dan bertanggungjawab terhadap kumpulan mereka sendiri.
2: World Cup Objektif: -menguji kepekaan peserta terhadap arahan yang diberi -melatih
kerjasama antara ahli kumpulan Kaedah: -setiap kumpulan akan diberikan satu perkataan seperti
sepak,tendang,tanduk dan gol. -ketua fasilitator yang bertindak sebagai central akan memberikan
arahan kepada setiap kumpulan bagi melaungkan perkataan bagi kumpulan masing-masing
-permainan akan diteruskan berdasarkan budi bicara ketua fasilitator yang bertindak central
LDK:3 Tarikan Kasih Objektif; -melatih kerjasama antara ahli kumpulan -membentuk sikap
sabar dan berhati-hati dalam diri peserta -melatih sifat kepimpinan peserta Kaedah; -setiap
kumpulan akan dibekalkan secawan air dan setiap ahli kumpulan akan mendapat seutas tali
-setiap peserta dikehendaki mengikatkan tali masing-masing pada cawan tersebut -setiap
kumpulan dikehendaki bergerak dari garisan permulaan hingga ke garisan penamat sambil
membawa caawan yang berisi air tersebut dimana setiap peserta akan menarik hujung tali
masing-masing -permainan akan dinilai berdasarkan isipadu air yang masih terdapat dalam
cawan tersebut
LDK 4: Telefon rosak Objektif; -melatih sifat peka dalam diri peserta -membentuk kerjasama
antara ahli kumpulan -melatih kreativiti peserta dalam berfikir Langkah; -setiap kumpulan akan
diberikan satu frasa ayat -peserta pertama yang menerima frasa tersebut dikehendaki
memberitahu frasa tersebut kepada peserta yang berikutnya dan akan berterusan hingga kesemua
ahli kumpulan mengetahui frasa tersebut -peserta yang terakhir dikehendaki menterjemahkan
frasa tresebut dalam bentuk lukisan

LDK 5: PEMBAHAGIAN KUMPULAN Nama pelajar akan diagihkan oleh fasi. Nama akan
ditampal di papan kenyataan sekolah bersama nama fasi. Objektif: 1) Menggalakkan peserta
bergaul dan berkenalan diantara satu sama lain. 2) Menyedarkan peserta bahawa kerjasama itu
penting. Falsafah: 1) Membina semangat untuk bekerjasama yang lebih erat antara satu sama
lain. 2) Menggalakkan interaksi didalam kumpulan Taaruf (20 minit)- Aktiviti Dalam Kumpulan
i) Fasilitator akan menanyakan nama penuh, nama panggilan, asal, hobi, cita-cita dan sebagainya
mengikut kesesuaian ii) Kemudian fasilitator boleh membuat aktiviti ringkas untuk mengingati
nama peserta dan berkenalan dengan rapat mengikut kekreatifan masing-masing jika
berkesempatan. iii) Setiap kumpulan juga diminta untuk melantik ahli kumpulan masing-masing.
Aduhai Kumpulanku Sayang (60 minit)-Aktiviti Dalam Kumpulan Objektif: i) Mencipta nama
kumpulan sendiri mengkut kretiviti masing-masing. ii) Mencipta sorakkan semangat untuk
kumpulan sendiri. iii) Menghasilkan ahli kumpulan yang teguh. Langkah: i) Ahli kumpulan akan
diarahkan untuk menulis nama kumpulan di atas sekeping kertas. ii) Kemudian peserta juga akan
diminta untuk membuat sorakan kumpulan. iii) Setelah itu setiap kumpulan akan
mempersembahkan nama kumpulan dan sorakan mereka. Falsafah : -Memupuk kerjasama
dikalangan ahli di dalam kumpulan masing-masing -Menunjukkan bahawa setiap kumpulan
mempunyai identiti masing- masing -Meningkatkan keyakinan diri peserta -Melatih peserta agar
peka dan bertanggung jawab terhadap kumpulan mereka sendiri.
SLOT 1 Tajuk: Mari Berkenalan Masa : 20 Minit Alatan : Borang Bingo, Pen Objektif: 1)
Menggalakkan ahli berkenalan diantara satu sama lain. 2) Menyedarkan ahli bahawa terdapat
orang lain yang mempunyai minat yang sama dengan mereka. Langkah: 1) Fasilitator
menerangkan kepada peserta bahawa aktiviti ini memerlukan mereka bergerak dan mencari
rakan yang mempunyai minat yang sama dengan mereka dalam masa 5 minit. 2) Fasilitator akan
mengedarkan borang Bingo dan meminta peserta menandakan sekurang-kurangnya 6 hobi
mereka. 3) Dalam masa 3 minit, peserta perlu mencari rakan yang mempunyai hobi yang sama
dan menurunkan tandatangan mereka pada ruang berkenaan. Satu tandatangan bagi satu ruang.
Falsafah: 1) Penting bagi semua mengetahui maklumat rakan supaya perhubungan dapat
dieratkan lagi. 2) Membina perasaan rasa dipunyai.
BORANG BINGO: Layari Internet Membela binatang Membaca novel Menolong keluarga
Kumpul setem Tidur Membeli-belah Menjahit Kerja amal Kumpul syiling lama Memancing
Berkhemah Menanam pokok bunga Panjat gunung Memasak Berbasikal Bersukan Gubah bunga
Mengemas rumah Berkelah Menonton televisyen Kumpul majalah Mendengar radio Berkayak
Melancong Kad Harapan Tajuk : kad Harapan Masa : 30 minit Alat : 2 kad/1 kertas A4(dibahagi
2) & pensel warna Objektif: 1) mengalakan pelajar berkongsi dan berinteraksi dalam kumpulan
2) memupuk pendedahan kendiri supaya pelajar dapat mengenali rakan dengan lebih rapat.
Langkah-langkah 1) pelajar dibekalkan 2 kad dan pensel warna setiap seorang dan disuruh
melukis 1 kad tentang harapan dan 1 kad ketakutan diri. 2) dalam masa 10 minit, pelajar disuruh
berhenti dan tidak dibenarkan rakan-rakan melihatnya. 3) kemudiannya, pelajar akan disuruh
untuk membentangkan kad tersebut dalam kumpulan tentang harapan dan ketakutan yang ada
dalam diri. 4) fasi hanya bertindak sebagai pendengar kumpulan tersebut. Falsafah Perlu berani
tonjolkan diri dan perlu berkeyakinan dalam menghadapi cabaran hidup

LDK 6 TAJUK: LEMBUT LIDAH Objektif i. Meningkatkan kecekapan otak atau minda bagi
mentafsir input (rangkap Lidah Tergeliat yang diberi) dengan cepat dalam masa yang singkat ii
Menguji kelancaran dan kefasihan bertutur. Menguji kemahiran menuturkan perkataan yang
hamper sama sebutannya. Dapat meringankan tekanan. Kaedah Permainan i Pemain hanya
diberikan peluang sekali sahaja untuk menyebutkan anglap yang diberi dan tidak boleh
mengulanginya. ii. Sebutan hendaklah jelas,tidakterhenti-henti dan pantas.
Peraturan Permainan Para peserta dikehendaki menyebutkan rangkap-rangkap berikut: PETER
PIPER PICKED A PACK OF PEPPER DID PETER PIPER PICK A PACK OF PEPPER? IF
PETER PIPER PICKED A PACK OF PEPPER, WHERES THE PACK OF PEPPER PETER
PIPER PICKED? LANKY LAWRENCE LOST HIS LASS AND LOBSTER DID LANKY
LAWRENCE LOSE HIS LASS AND LOBSTER? IF LANKY LAWRENCE LOST HIS LASS
AND LOBSTER, WHERE ARE THE LESS AND LOBSTER LANKY LAWRENCE LOST?

You might also like