You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT

JALIL
KUALA LUMPUR
KERTAS KERJA
PROJEK MURAL: FOTOSINTESIS

TARIKH:
25THJULY 29THJULY 2016

PROGRAM ANJURAN:
GURU PELATIH IPG KAMPUS ILMU
KHAS
INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8

PISMP AMBILAN JANUARI 2014

1.0

PENGENALAN
Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan insan

ke arah kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran


sekolah yang kondusif khususnya di sekitar bilik sains dapat menimbulkan
keselesaan dan rasa selamat kepada komuniti sekolah khususnya di bilik sains
sepanjang menjalankan aktiviti. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
atau di luar bilik sains juga dapat berjalan dengan lancer dan sempurna. Salah
satu cara yang dapat dijalankan ialah dengan mewujudkan kawasan sekolah
yang ceria dan indah. Oleh itu, guru-guru pelatih akan mengambil peluang ini
bagi menceriakan persekitaran sekolah dan mewujudkan suasana yang kondusif
semasa bekerja dalam kalangan guru.
Projek melukis mural merupakan antara tugasan yang perlu dilaksanakan
oleh guru pelatih sepanjang menjalani internship di sekolah-sekolah yang telah
ditetapkan oleh unit praktikum institute pendidikan guru masing-masing. Projek
yang dijalankan ini merupakan usaha sama antara guru pelatih dengan pihak
sekolah tempat para guru pelatih mengajar. Projek ini merupakan sumbangan
guru-guru pelatih kepada sekolah sebagai tanda terima kasih atas layanan baik
serta kerjasama yang diberikan sepanjang berada di sekolah. Diharapkan
program sebegini dapat memperkukuhkan lagi hubungan sekolah dengan institut
pendidikan guru yang diwakili oleh para guru pelatih.

2.0

RASIONAL
Prasarana dan pengurusan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi

agenda utama serta salah satu budaya yang perlu diterapkan di sekolah.
Persekitaran yang perlu diwujudkan mestilah bersesuaian dengan warga sekolah

yang terdiri daripada guru, kakitangan sekolah dan murid-murid yang terdiri
daripada pelbagai bangsa dan agama. Justeru, sebagai tempat yang menjadi
perhatian ramai, kawasan persekitaran sekolah mestilah berperanan dalam
menarik perhatian umum supaya perkhidmatannya diguna pakai secara optimum
demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya. Keselesaan dan suasana
yang kondusif digabungjalinkan dengan suasana persekitaran yang mendidik
melalui pembinaan mural akan terasa lebih mesra. Secara tidak langsung tetamu
yang melalui kawasan sekolah akan membaca kata-kata hikmah serta mengenal
motif seni yang dijadikan mural. Mural yang dibina juga dapat dijadikan wadah
yang menonjolkan budaya sekolah.

3.0

MATLAMAT

Matlamat Program ini ialah menceriakan dinding di sekitar bilik sains dengan
lukisan mural yang berunsurkan motivasi dan akademik. Projek ini juga bertujuan
sebagai member kemahiran dan menambah ilmu baharu dalam kalangan guru
pelatih dalam menghasilkan tugasan projek yang berkualiti serta bermanfaat
kepada sekolah.

4.0

OBJEKTIF

Objektif pelaksanaan projek mural ini adalah seperti berikut:


i.

Untuk menceriakan suasana bilik sains 2 khususnya di bahagian luar.


Pelaksanaan projek mural ini amat bertepatan memandangkan lokasi bilik

ii.

sains ini yang terletak berdekatan dengan tangga murid.


Merancangdan melaksanakan aktivti atau projek yang dipersetujui oleh

iii.

pihak sekolah.
Menyumbang tenaga dan buah fikiran sebagai sumbangan terhadap

iv.

sekolah.
Hasil kerja guru pelatih sebagai tanda kenangan apabila selesai menjalani
internship di sekolah ini.

v.

Dapat member pengalaman baru kepada guru pelatih dalam pengurusan


keceriaan sekolah dan pengalaman ini dapat digunakan apabila kami
bakal berkhidmat sebagai guru sebenar pada masa yang akan datang.

Melalui Projek Melukis Mural ini, para guru pelatih juga akan dapat :
i.
ii.

Meningkatkan kreativiti diri.


Mewujudkan kerjasama yang lebih intim dalam kalangan guru-guru pelatih

iii.

dan guru sekolah.


Memotivasikan warga sekolah dengan kata-kata yang menarik.

5.0

TEMPOH DAN TEMPAT PELAKSANAAN

Tempoh: 1 minggu (25th 29th July 2016)


Tempat: Dinding tepi bilik sains 2 (laluan ke bilik guru atau ke kelas)

6.0

SASARAN

Pelawat, guru dan murid Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil, KL.

7.0

AHLI JAWATANKUASA

Penasihat: PUAN JAMILAH BINTI IBERAHIM


Pengerusi: PUAN NORZILA BINTI OTOH
Naib Pengerusi: PUAN RAJA SHAHDA BINTI MANSOR
Penyelaras Projek: VENESSA TAN ZHI WEI
Penolong Penyelaras : DHARSHIGA A/P SELVARAJU
Setiausaha: VENESSA TAN ZHI WEI

Reka Grafik: SOFFEATUL RAUNAQIAH BINTI MOHAMAD RAHIM

8.0

ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil.

Perkara

Harga/Kos

Berus

RM 20.00

Cat Mural

RM 50.00

Cat Dinding

RM 30.00

Jumlah

RM 100.00

*Alatan dan cat telah disediakan oleh bilik Pendidikan Seni Visual. Tiada
perbelanjaan dikeluarkan.

9.0

SUMBER KEWANGAN

Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

10.0 PERANCANGAN PROJEK


Bil.
1
2

Aktiviti
Perbincangan

mengenai

Bahan
idea

Gambar

mural bertemakan fotosintesis

fotosintesis

Pembinaan kertas kerja

Kertas kerja

Tindakan
-

Semua guru pelatih


- Setiausaha

Perbincangan
3

dan

pemilihan

bersama pihak pentadbiran untuk


khidmat nasihat bagi mendapat
kelulusan daripada Guru Besar.
Pemilihan

Kertas Cadangan
-

Pengurus Projek
AJK
Pengerusi Projek
Guru Besar

gambar-gambar

fotosintesis yang bersesuaian di

Tema Fotosintesis - Semua guru pelatih

tepi dinding bilik sains.


5

Projek dimulakan

Refleksi dan dokumentasi

Bahan dan alatan


melukis mural
Kertas
Dokumentasi

- Semua guru pelatih


-

Pengurus projek

11.0 PENUTUP
Perancangan kertas kerja projek ini adalah untuk memudahkan
pengurusan yang akan dikendalikan oleh guru pelatih dari Institut Pendidikan
Guru Kampus Ilmu Khas. Kami berharap projek melukis mural ini dapat
dilaksanakan seperti yang dirancangkan. Projek seperti ini akan menjadi satu
pengalaman secara tidak langsung kepada guru-guru pelatih mengenai
pengurusan keceriaan di luar bilik sains serta mengeratkan hubungan antara
guru-guru pelatih dengan warga Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil. Semoga projek
yang bakal dilaksanakan ini dapat menceriakan lagi persekitaran Sekolah
Kebangsaan Bukit Jalil.

LAMPIRAN
CADANGAN LUKISAN MURAL

Disediakan oleh:

.......................................
(VENESSA TAN ZHI WEI)
Setiausaha,
Projek Mural Fotosintesis

Disemak oleh:

........................................
(VENESSA TAN ZHI WEI)
Penyelaras,
Projek Mural Fotosintesis.

Diluluskan oleh:

.........................................
(PUAN JAMILAH BINTI IBERAHIM)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil, KL

Disahkan oleh:

........................................
(PUAN NORZILA BINTI OTOH)
Guru Penolong Kanan 1,
Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil, KL

You might also like