You are on page 1of 2

LAPORAN AJK MAKANAN

LAWATAN ILMIAH
Sebelum
Sebelum bermulanya Lawatan Ilmiah ini AJK makanan telah berbincang bersama ahli
kumpulan bagi memudahkan segala urusan ketika keberadaan di Kuala Lumpur nanti.
Seperti yang telah dibincangkan semua bersetuju untuk memasukkan pakej makanan
bersama dengan penginapan sekali.
Semasa
Semasa lawatan ini berlangsung, AJK Makanan telah berurusan dengan pensyarah dan
rakan-rakan berkaitan dengan makanan. Hasil perbincangan kami telah mengambil
inisiatif

untk

membeli

makanan

dengan

wang

saku

masing-masing.

Walaubagaimanapun untuk makanan sarapan telah pun disediakan bersama-sama


dengan pakej penginapan.

Ketika keberadaan di Majlis Sukan Negara dan juga

Bahagian Sukan dan Kesenian, Putra Jaya telah disediakan makanan dan minuman
untuk peserta lawatan. Setiap kali berkumpul AJK makanan akan memastikan rakanrakan yang lain telah makan bagi menjamin kesejahteraan mereka dan menunaikan
tanggungjawab kami.
Selepas
Selepas lawatan selesai, kami telah diminta untuk menyediakan laporan dan refleksi
kendiri berkenaan pembelajaran dan pengalaman baharu yang diperoleh.
Penutup
Kesimpulannya, Program Lawatan Ilmiah yang dianjurkan pada tahun ini telah banyak
membantu untuk membina jati diri sebagai guru yang telah berkhidmat. Selaku
penganjur kami memohon seribu kemaafan andai ada kesalahan dan kesilipan
epanjang dami melaksanakan tanggungjawab kami dalam jawatankuasa kami. Diharap
sebarang kelemahan yang dapat dikesan dalam pengajuran ini dapat ditambahbaik
pada masa-masa akan datang.

Disediakan oleh,

Felamina anak Albert Silli Linsam


Pengerusi AJK Makanan
Lawatan Ilmiah
TSL2 PISMP Mod PJJ / Ambilan Jun 2011

You might also like