You are on page 1of 2

Nama: Anis Sabihah Binti Aidid

Kelas: R14A
Text: Hujan Hitam oleh Masuji Ibuse

Soalan: How was your understanding of cultural and contextual considerations of the
work developed through the interactive oral?
Menurut kajian, budaya merupakan sebuah perkongsian dalam sesebuah
masyarakat yang membentukkan adat istiadat masyarakat tersebut. Dalam
karya Hujan Hitam, pengarang telah menggambarkan pelbagai jenis budaya
yang terdapat pada masyarakat Jepun. Budaya-budaya yang telah digambarkan
dalam karya merupakan budaya yang telah diamalkan oleh masyarakat Jepun
secara turun-temurun.
Pengkaji telah mendapati bahawa mayarakat pada zaman Perang Dunia
Kedua masih mengamalkan pemakaian tradisional mereka iaitu pemakaian
kimono. Pada ketika ini, masyarakat Jepun memakai kimono sebagai pakaian
harian mereka. Dari segi bahasa, kimono bermaksud pakaian dalam bahasa
Jepun. Terdapat pelbagai jenis kimono antaranya ialah kimono musim panas
yang nipis atau kimono musim sejuk yang dipakai secara berlapis.Selain itu,
kimono dipakaikan sebagai pakaian harian mereka di mana mereka juga pakai
kimono ketika tidur. Pakaian kimono juga merupakan lambang rasmi sesebuah
keluarga. Terdapat corak pada pakaian kimono yang merupakan cap mohor
keluarga. Hal ini melambangkan status sosial sesebuah keluarga itu. Dalam
karya Hujan Hitam, Shigematsu telah menyalin diari Yasuko dan di dalam diari itu
telah menerangkan jenis-jenis kimono untuk dihantar ke kampong.
Selain itu, terpadat upacara minum teh atau Chado dalam kebudayaan
masyarakat Jepun. Upacara ini diadakan untuk merapatkan hubungan antara
keluarga dan tetamu yang dijemput. Selain itu, upacara ini juga dapat
mencerminkan disiplin orang yang menyediakan teh dalam upacara ini. Upacara
minum teh ini merupakan sebua kesenian kepada masyarakat Jepun di mana

Nama: Anis Sabihah Binti Aidid


Kelas: R14A
Text: Hujan Hitam oleh Masuji Ibuse
dalam upacara dapat menggambarkan kelembutan dan kesopanan yang
masyarakat Jepun. Di samping itu, upacara minum teh perlu dpelajari oleh kaum
perempuan untuk melatih disiplin dan keperibadian mereka. Jikalau mereka tidak
dapat melaksanakan upacara minum the dengan baik, mereka akan dianggap
seorang wanita yang tidak dapat menguruskan rumahtangganya dengan baik
Di samping itu, budaya lain yang digambarkan dalam karya Hujan Hitam
ialah budaya perkahwinan. Dalam karya Hujan Hitam, Shigematsu dan isterinya
Shigeko amat risau akan keadaan Yasuko yang masih belum berkahwin. Bagi
masyarakat Jepun pada ketika itu, mereka amat pentingkan perkahwinan pada
usia yang muda. Jikalau seseorang masih belum berkahwin apabila mereka
mencapai usia 30, mereka akan dianggap bernasib malang. Sebelum berkahwin,
anak-anak muda akan dihantar ke kelas petang khususnya kaum wanita. Mereka
akan dididik untuk menjadi suri rumah yang baik serta diajar menyusun bunga,
upacara minum teh dan sebagainya.
Pengkaji telah mempelajari pelbagai budaya masyarakat Jepun melalui
karya Hujan Hitam. Pengarang telah menggambarkan budaya Jepun deengan
baik dan jelas. Budaya ini melambang keperibadian masyarakat Jeun dan
sesetengah budaya ini masih lagi diterapkan dalam masyarakat zaman sekarang
malah dipelajari juga di negara lain.
(399 patah perkataan)

You might also like