You are on page 1of 24

Penulis

SABARYAH @ SABARIAH BINTI SHAFIEE


No. Matrik: J44884
Semester 6 [2015]

BBK 4201

KARYA AGUNG

PENGAJARAN AYAT DALAM TEKS

KARYA AGUNG MELAYU

Program Pensiswazahan Guru


Bachelor Pendidikan
[Pendidikan Sekolah Rendah]
dengan Kepujian [Bahasa Melayu]

Pensyarah
Prof. Madya Dr. Arbaei Sujud
Jabatan Bahasa Melayu, FBMK
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang Selangor

PENGAJARAN AYAT DALAM TEKS


KARYA AGUNG MELAYU
[Hikayat Merong Mahawangsa]

ISI KANDUNGAN

1.0 Pendahuluan

Muka Surat

1.1 Objektif kajian . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 3


1.2 Batasan kajian

1.3 Definisi Karya Agung Melayu . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 5


2.0 Ciri-ciri ayat dalam teks Karya Agung Melayu

2.1 Definisi ayat . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 6


2.2 Ciri-ciri ayat dalam teks HMM

2.3 Peranan ayat dalam teks HMM. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 9


3.0 Pengajaran ayat dalam teks Hikayat Merong Mahawangsa [HMM]

10

3.1 Ayat majmuk gabungan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 12


3.2 Ayat majmuk pancangan

13

3.3 Ayat majmuk campuran . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 17


4.0 Kesan pengajaran ayat dalam teks HMM

18

5.0 Kesimpulan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 19
6.0 Bibliografi

20

7.0 Lampiran . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 22

2 | HMM

PENGAJARAN AYAT DALAM TEKS KARYA AGUNG MELAYU


1.0 PENDAHULUAN

Dengan lafaz Bismillah, mari kita tinjau dahulu maksud dan konsep tajuk yang akan saya
bincangkan. Tajuk Pengajaran Ayat dalam teks Karya Agung Melayu ini telah saya
definasikan kepada 2 pecahan, iaitu: (1) Pengajaran Ayat, (2) Karya Agung Melayu.
Pengajaran berasal daripada perkataan ajar yang bermaksud petunjuk supaya diketahui
(diikut dll) sebagai bimbingan atau panduan untuk melakukan sesuatu (Kamus Dewan,
2005). Dengan mengambil pemahaman dari Pusat Rujukan Persuratan Melayu (2008)
dan juga Kamus Dewan (2005), pengajaran boleh didefinasikan sebagai segala sesuatu
(perihal) yang berkaitan dengan mengajar, mengajarkan, diajarkan atau ajaran; seperti
cara, sistem, perbuatan, aspek yang dipentingkan, kaedah, pendekatan, bahan dan alat
bantuan mengajar, termasuklah pengajar yang mengajar dan pelajar yang belajar; supaya
dapat dijadikan pedoman dan peringatan.

Dengan maksud yang sedemikian, aspek pengajaran ayat yang dipentingkan di dalam
kajian, telah saya fokuskan kepada bahan mengajar; yakni teks yang digunakan dalam
Karya Agung Melayu (KAM). Ini bermaksud penulisan saya akan bertumpu kepada
penekanan sintaksis dan bukan kepada leksikologi ayat.

1.1 Objektif Kajian

Objektif utama kajian adalah untuk mengenal pasti bentuk ayat yang digunakan dalam
teks KAM. Bagi tujuan ini saya telah memilih beberapa teks Hikayat Merong

3 | HMM

Mahawangsa (HMM). Daripada teks HMM yang telah dipilih, kita akan mengkaji
bebrapa bentuk ayat majmuk yang digunakan dalam teks tersebut sebagai salah satu
pengajaran ilmiah kepada pelajar. Oleh kerana terdapat kepelbagaian bentuk ayat di
dalam teks KAM tersebut, maka saya akan mengkhususkan kajian dan perbincangan
kepada ayat majmuk dan ayat tunggal. Namun, beberapa jenis ayat lain juga akan
diselitkan. Seterusnya, saya akan merumuskan beberapa kesimpulan yang boleh kita
ambil daripada ayat dalam teks tersebut sebagai pengajaran ayat dan juga dapatan kajian.

1.2 Batasan kajian

KAM pilihan saya adalah Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) yang di tulis oleh Dato
Professor Dr. Siti Hawa Haji Salleh (1998). Batasan utama dalam penulisan ini ialah
batasan bahasa. Oleh kerana teks kajian adalah hasil transliterasi Dr. Siti Hawa, maka
bahasanya hanya tercakup kepada Bahasa Melayu (BM) yang ditulis dalam huruf rumi.

Batasan kedua adalah skop kajian ayat. Skop kajian ayat termaktub kepada teks yang
telah saya pilih seperti yang akan dinyatakan dalam perbincangan. Teks pilihan utama
dibuat secara rawak dari HMM. Batasan seterusnya adalah rujukan saya yang terhad.
Saya hanya melayari laman sesawang terpilih dan beberapa buah buku daripada
perpustakaan negara Malaysia. Kekangan lain ialah penulisan telah dihadkan kepada 18
muka surat. Beberapa singkatan kata akan digunakan bagi tujuan melancarkan penulisan.
Dapatan kajian yang saya maksudkan dalam perbincangan ini merujuk kepada hasil
penulisan.

4 | HMM

1.3 Definisi Karya Agung Melayu

Bagi kefahaman seterusnya, Karya Agung atau masterpiece, secara mudahnya, boleh
didefinasikan sebagai a work of outstanding artistry, skill, or workmanship (Google,
2015). Ini termasuklah hasil kerja pelukis seperti Vincent van Gogh, pemuzik seperti
Ludwig van Beethoven, pengarah filem seperti Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, biduanita
seperti Datin Sri Saloma (Allahyarhamah), juga penulis seperti William Shakespeare dan
Tun Sri Lanang yang menulis Hikayat Hang Tuah (Wikipedia, 2015). Oleh itu, Karya
Agung Melayu (KAM) bolehlah didefinasikan sebagai hasil kerja seni yang bermutu
tinggi daripada seseorang seperti seniman, pujangga, ahli madah, ahli falsafah, dan yang
setara dengannya, atau seseorang yang mempunyai kebolehan, pengetahuan, pengalaman
dan kesenian yang sangat tinggi dari kalangan orang Melayu yang dapat memberi
kesan yang sangat besar dan positif kepada masyarakat sekelilingnya.

Hasil kerja seni agung tersebut mewakili kemuncak zaman atau peradaban bangsa
Melayu terdahulu. Ia melambangkan keunggulan daya cipta seniman, penulis dan
pemikir bangsa Melayu dahulu kala dalam menggambarkan idealisme, nilai, pandangan
hidup, adat, budi, kesedaran moral dan visi bangsa dan masyarakatnya melalui bentuk
sastera dan seni yang tinggi nilainya sehingga kesan seni, budaya dan falsafah kekal
sepanjang zaman dalam minda kolektif bangsa Melayu (Yayasan Karyawan, 2015).
KAM juga bererti karya agung yang ditulis atau diungkapkan atau dilisankan (pepatah,
pantun, lipur lara, dan lain-lain) dalam bahasa Melayu, tidak mengambil kira kelompok
bangsa/etnik dalam kawasan dunia Melayu ini, sama ada orang Melayu di Semenanjung
Tanah Melayu, atau orang Melayu Brunei, atau orang Aceh, orang Bugis, orang
5 | HMM

Minangkabau, dan lain-lain yang menghasilkan karya itu. Dari segi ini sempadan
geografi dan etnik tidak timbul, tidak kira di manakah daerah asalnya dunia Melayu ini;
dan mampu mencetuskan dalam bentuk dan gaya yang luar biasa, unsur-unsur pemikiran,
sistem nilai dan kepercayaan, falsafah atau pandangan hidup bangsa Melayu secara turunmenurun (Yayasan Karyawan, 2015).

2.0 CIRI-CIRI AYAT DALAM TEKS KARYA AGUNG MELAYU

2.1 Definisi Ayat


Ayat merangkumi aspek teks, penulisan, pembacaan dan pertuturan. Ayat merupakan
tahap tertinggi dalam tatabahasa kerana ayat merupakan nahu dan sendi bahasa.
Penggunaan ayat adalah seni berbahasa. Ayat mempunyai hujung dan pangkal;
dimulakan dengan senyap dan diakhiri dengan senyap jua. Ayat boleh berupa sepatah
kata/perkataan ataupun lebih; dan juga dengan beberapa tempat berhenti. Ayat
mempunyai benda (subjek) dan cerita (predikat). Ayat melambangkan simbol, maksud
dan makna. Di dalam ayat itu mengandungi maklumat dan nilai. Ayat adalah perkataan
yang lazimnya boleh difahami penulis, pembaca, penutur dan pendengar. Ayat adalah
kata yang disusun dan tersusun; juga merangkumi kata yang tidak tersusun. Ayat itu
boleh menjadi mudah dan juga sangat kompleks. Ringkasnya, ayat digunakan sebagai
tatacara untuk berkomunikasi [Disesuaikan dan diekstrak daripada Pelajar Bahasa
(2013) yang diambil pemahamannya daripada Pendita Zaaba, Abdullah Hassan, Ainon
Mohd dan Asmah Hj Omar et.al.].

6 | HMM

2.2 Ciri-ciri Ayat Dalam Teks HMM


Teks awal HMM bermula Dengan nama Allah, Tuhan yang Amat Murah dan Amat
Mengasihani. dan disusuli dengan Adalah pada suatu zaman Sultan Muazzam Syah
ibnu Sultan Muzalfal Syah yang maha mulia kerajaan negeri Kedah, pada suatu hari
{dan ayat seterusnya sehingga} serta dikurniakan dengan sejarahnya. pada
perenggan yang kedua (Rujuk Lampiran 1).

Dalam perenggan ketiga, penulisan mengimbau serba-sedikit tentang penulis. Manakala,


perenggan keempat si penulis merujukkan pula kepada tuan empunya cerita, dan
memulakan ceritanya pada perenggan yang kelima (baris 27) sedemikian;

Sebermula, maka tersebutlah perkataan pulau Langkapuri itu. {dan ayat seterusnya
sehingga} Sekarang ini ia hendak meminang anak raja Benua Cina, kerana
negeri kedua itu terlalu jauhnya, sebuah negeri itu di sebelah matahari naik dan
sebuah negeri di sebelah matahari mati, maka kehendaknya raja Rom itu hendak
mengantarkan anaknya itu berperahu dan belayar. - Teks 1 [HMM: m.4-5]

Di antara ciri utama teks HMM ialah mempunyai struktur ayat yang sangat panjang.
Penceritaannya dibuat secara analogi, terperinci, halus dan sangat mendalam sehingga ia
menjadi berlebih-lebihan. Pemerian ayat sebegini menjadikan HMM seolah-olah
menggunakan teknik hiperbola dengan penekanan yang bersangatan (Norirdina, 2012).
Struktur ayat yang panjang ini dikategorikan sebagai ayat majmuk yang berlapis dan
kompleks.

7 | HMM

Ayat dalam teks karya agung juga kerap menggunakan penanda wacana

Contoh

atau kata yang serupa pada pangkal (perdu) ayat atau perenggan.

wacana/
perdu ayat:-

Penggunaan penanda wacana atau kata yang serupa ini berperanan sebagai

Maka,

kata hubung di hadapan dan di tengah ayat. Perkataan yang paling kerap

Hatta,

digunakan sebagai kata hubung dalam ayat ialah maka, hatta, lalu,
pun, nya, lah, adapun.

Adapun,
Sebermula,
Setelah

Di dalam HMM terdapat banyak pengulangan perkataan yang serupa. Ini dipanggil
repitisi yang boleh dikategorikan sebagai anaphora, epifora dan juga responsi.

Ayat dalam teks HMM juga banyak dipengaruhi oleh kata bahasa asing seperti bahasa
Arab dengan tulisan Melayu-Jawi (Aksara Jawi). Pengaruh India dengan istilah
gelarannya seperti Maha dan Raja. India pula pada asalnya banyak dipengaruhi
bahasa/tulisan Sanskrit. Pengaruh Parsi, Jawa, Rom dan Cina juga meresap masuk ke
dalam teks HMM kerana kerajaan Merong Mahawangsa jua saling berkasih-kasihan
dengan kerajaan yang lainnya, maka begitu juga rakyatnya. Akhirnya, istilah dan kosa
kata asing ini banyak diserap masuk ke dalam penulisan di era Melayu Klasik.

Selain pengaruh asing, ayat dalam teks HMM juga


banyak dipengaruhi oleh istilah/kosa kata klasik.

Contoh Istilah/Kosa Kata Klasik:dagang senteri=pedagang asing

Laras bahasa istana juga memang kerap digunakan

para penggawa=ketua kampung

dalam

bingkisan hadiah=cenderamata

ayat

kerana

penulis

asal

HMM

sememangnya diarahkan oleh paduka raja untuk

timur menenggara=timur tenggara

menulis hikayat tersebut sebagaimana diceterakan.

8 | HMM

Contoh Laras Bahasa Istana:- titah raja=perintah/arahan raja,


menitah=memberi perintah, bertitah=mengeluarkan perintah,
bermohonlah serta menyembah=meminta izin, persantapan=makanan diraja,
berangkat=pergi, negeri beta=negeri saya, patik=saya (untuk raja),
hamba=saya (untuk rakyat), berkasih-kasihan=bersahabat

2.3 Peranan ayat dalam teks HMM

Kebanyakan ayat dalam teks HMM bertindak sebagai ayat hubung untuk menyampaikan
nilai, maksud dan makna. Dengan ayat dalam teks tersebut pengarangnya dapat
mewariskan:-

1. Lambang kemelayuan dan pesanan yang hendak disampaikan sebagai pedoman


atau panduan kepada generasi mendatang.
2. Nilai budaya Melayu dan pandangan hidup (falsafah) masyarakat Melayu pada
zaman tersebut. Ini termasuk nilai etika dan estetika kemelayuan.
3. Ilmu, nilai dan maklumat yang dimaksud secara tersurat. Dengan tersuratnya
penulisan HMM maka makna yang tersirat juga dapat diperolehi oleh pembaca.
4. Teknik kepengarangan kepada pembaca dan pendengar serta penulis selepasnya,
untuk mengenali perwatakan pengarang dan tuan empunya cerita riwayat. Teknik
kepengarangan ini melambangkan asal-usul dan sebab penulisan tersebut dibuat.
5. Seni berbahasa orang Melayu yang santun, berhemah, tinggi, terperinci dan
mendalam. Daripada kesenian berbahasa ini dapatlah pembaca merenung dan
menimba kemahiran, kebolehan dan pengetahuan pengarang/penulis hikayat.

9 | HMM

3.0 PENGAJARAN AYAT DALAM TEKS HMM

Seperti yang telah saya khususkan, saya ingin membincangkan tentang ayat majmuk
dalam teks HMM. Ayat majmuk adalah terbitan dari dua atau lebih ayat tunggal (Laila,
2013). Ayat tunggal pula lebih dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis. Ianya
ringkas. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat (Laila, 2013).

Ayat yang ditekankan di dalam HMM (Teks 1) adalah ayat majmuk yang telah
dipisahkan dengan tanda koma seperti berikut:

Sekarang ini ia hendak meminang anak raja Benua Cina,

kerana negeri kedua itu terlalulah jauhnya,

sebuah negeri itu di sebelah matahari naik dan sebuah negeri di sebelah
matahari mati,

maka kehendaknya raja Rom itu hendak mengantarkan anaknya itu berperahu
dan belayar.

Untuk menjadikan teks diatas sebagai Ayat Tunggal, kita boleh susun ayat tersebut
seperti berikut: (Merah untuk Subjek dan Hijau untuk Predikat)

Raja Rom

hendak meminang anak raja Benua Cina.

Negeri kedua itu

terlalu jauh.

Sebuah negeri itu

di sebelah matahari naik.

Sebuah negeri itu

di sebelah matahari mati.

Raja Rom itu

hendak mengantar anaknya berperahu.

Raja Rom itu

hendak mengantar anaknya belayar.

10 | HMM

Untuk menjadikan penceritaan dalam bentuk ayat tunggal, kita boleh susun ayat dalam
teks HMM tersebut dengan mengolah dan menghilangkan serba-sedikit kandungan
(kaedah ellipsis) teksnya seperti berikut:

Raja Rom hendak meminang anak raja Benua Cina. Negeri Cina itu terlalu jauh.
Sebuah negeri itu di sebelah matahari naik. Sebuah negeri itu di sebelah matahari
jatuh. Raja Rom hendak menghantar anaknya berperahu. Raja Rom hendak
menghantar anaknya belayar. [Ayat 1]

Permasalahannya jika dibuat ayat mudah sedemikian [Ayat 1], maka seni asal susunan
ayat tersebut akan hilang kerana ayat sebegini sudah menjadi bentuk Ayat Penyata
moden. Jika kita perhatikan, Teks 1 sangat berseni dan mempunyai beberapa perhiasan
dalaman dan juga luaran. Susunan Ayat 1 juga kelihatan seperti Ayat Mudah. Agak
telanjang. Ia kelihatan seperti seseorang yang hanya memakai baju dan seluar sahaja.
Namun, ianya mudah bagi kefahaman murid sekolah rendah. Berbanding dengan Teks 1,
ia mempunyai beberapa aksesori. Ia bagaikan seseorang yang bukan hanya memakai baju
dan seluar, tetapi lengkap dengan jam tangan, bertopi, berstokin dan berkasut, jika ianya
lelaki; dan jika ia seorang wanita, dia akan dilengkapi dengan beberapa utas rantai di
leher, gelang di tangan dan di kaki, subang di telinga, sanggul di hujung rambut dan
selendang/tudung menutup kepala. Teks 1 bukan sahaja berseni, malahan sangat rinci.
Perinciannya jelas boleh di dapati di ayat lain dalam teks HMM seperti berikut:

serta dengan segala permainan daripada gong, gendang, serunai, nafiri, harbab,
kecapi, dandi, muri, kopak, ceracap, serdam, bangsi, nahara,
Teks 2 [HMM: m.34] sila rujuk Lampiran 2
11 | HMM

Rata-rata, ayat-ayat yang digunakan dalam teks HMM adalah sangat panjang dan hampir
kesemua ayat yang digunakan dalam teks HMM kebanyakannya adalah jenis ayat
majmuk, berlapis dan kompleks. Seterusnya, ayat majmuk dalam teks HMM tersebut
boleh kita kategorikan seperti berikut:-

3.1 Ayat Majmuk Gabungan

Ayat majmuk gabungan terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih yang dicampurkan
dengan kata hubung atau hentian nada suara (koma) sebagai penanda (Rosmina, 2013).
Ayat tunggal boleh berdiri dengan sendiri. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan
untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan, rangkai kata dengan rangkai kata,
ayat dengan ayat; seperti kata dan dalam Teks 1.

Di dalam Teks 1, kata hubung tersebut ditandakan dengan warna merah dan koma.

Sekarang ini ia hendak meminang anak raja Benua Cina, kerana negeri kedua itu
terlalulah jauhnya, sebuah negeri itu disebelah matahari naik dan sebuah negeri di
sebelah matahari mati, maka kehendaknya raja Rom itu hendak mengantarkan
anaknya itu berperahu dan belayar. [Teks 1, HMM: m.4-5]

Tidak keterlaluan jika saya nyatakan bahawa contoh teks HMM ini juga mempunyai ayat
hubung. Tanpa ayat hubung (ditandakan hijau seperti di atas), ia masih tidak
menjejaskan maksud penceritaan. Keseluruhan Teks 1 tersebut akan begini bunyinya
tanpa ayat hubung tersebut:

12 | HMM

Sekarang ini ia hendak meminang anak raja Benua Cina, kerana negeri kedua itu
terlalulah jauhnya, maka kehendaknya raja Rom itu hendak mengantarkan
anaknya itu berperahu dan belayar. [Ayat 2]

3.2 Ayat Majmuk Pancangan


Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara.Ini
bermakna dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau
lebih klausa tidak bebas atau ayat kecil (Rosmina, 2013). Ayat kecil dipancangkan di
dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubung kerana dalam Ayat 2 di atas.
Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada 3 jenis ayat
majmuk, iaitu: Pancangan Relatif, Pancangan Komplemen, dan Pancangan Keterangan
(Rosmina, 2013).

(a) Ayat Majmuk Pancangan Relatif


Ayat majmuk pancangan relatif menggunakan kata relatif yang seperti contoh Teks 3
berikutnya. Ayat itu terdiri daripada Ayat Induk dan Ayat Kecil Relatif.

Maka tempayan yang besar dari negeri Kelinggi itu pun dibawa oranglah naik
daripada kapal Rom itu ke darat, disandarkan pada sepohon kayu yang bernama rukam
yang besar seperti gelung aring rupa besarnya. Teks 3 [HMM: m.35]

Ayat relatif terdiri daripada satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa
terikat atau ayat kecil yang menerangkan ayat utama/induk (Fairose, 2015).
13 | HMM

Ayat Induk

Tempayan itu besar

Ayat Kecil

Tempayan besar itu dari negeri Kelinggi

Kata Hubung Relatif

Yang

AM Pancangan Relatif

Tempayan yang besar dari negeri Kelinggi

Namun, ayat dalam Teks 3 tersebut adalah juga sejenis Ayat Berlapis. Maka perlu
dipecahkan dahulu lapisannya sehingga kita mendapat Ayat Intinya (Yeoh, 2011).
Ayat Lapisan 1:

Maka tempayan yang besar dari negeri Kelinggi itupun

dibawa oranglah naik daripada kapal Rom itu ke darat.


Ayat Inti 1: Tempayan itu besar. Tempayan itu dari Kelinggi. Tempayan itu
dibawa orang. Tempayan itu dibawa naik. Tempayan itu dibawa ke darat.
Ayat Lapisan 2:

Maka tempayan yang besar dari negeri Kelinggi itupun

disandarkan pada sepohon kayu yang bernama rukam yang besar seperti
gelung aring rupa besarnya.
Ayat inti 2: Tempayan itu disandarkan. Pohon itu bernama rukam. Pohon
rukam itu besar. Pohon rukam itu seperti gelung aring. Pohon rukam itu
sebesar gelung aring.

Ayat Induk

Sepohon kayu bernama rukam

Ayat Kecil

Sepohon kayu besar

Kata Hubung Relatif

yang

AM Pancangan Relatif

Sepohon kayu yang bernama rukam yang besar

14 | HMM

Terdapat 2(dua) Ayat Majmuk Pancangan Relatif dalam contoh Sepohon kayu yang
bernama rukam yang besar dari contoh Ayat Lapisan 2 dalm teks tersebut.
AM Pancangan Relatif 1: Sepohon kayu yang bernama rukam
AM Pancangan Relatif 2: Sepohon kayu yang besar seperti gelung aring

(b) Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

Ayat majmuk pancangan keterangan menggunakan beberapa jenis kata keterangan


seperti keterangan musabab, (kerana, lantaran, oleh, sebab); keterangan waktu (sejak,
setelah, sementara, tatkala, ketika); keterangan keadaan (walaupun, sungguhpun,
meskipun, kendatipun, sedangkan, sekalipun); keterangan harapan (supaya, agar,
moga, semoga,

kalau-kalau); keterangan cara (dengan, sambil); keterangan

tunjuk/penjelasan (untuk, bagi, demi); keterangan akibat (jika, kalau, sekiranya,


andainya, sehingga) dan keterangan perbandingan (seperti, bagai, seolah, bak,
umpama, macam, seakan) (Fairose, 2015).
Contoh AM Pancangan Keterangan:
akhirnya bernama Gunung Jerai kerana sebab tingginya.

[HMM: m.35, b.20]

sepohon kayu yang bernama rukam yang besar seperti gelung aring rupa
besarnya.

[HMM: m.5, b.9]

Maka dipandangnya pula ke sebelah utara barat laut seperti Tanjung Bara yang
lakunya lagi ke tengah laut dengan Pulau Keriang itu pun rupanya tiada lama lagi

15 | HMM

hendak bersatu dengan tanah daratan juga, akhirnya bernama Bukit Tunjang dan
sebiji itu Gunung Keriang namanya.

- Teks 4 [HMM: m.35, b.21-24]

(c) Ayat Majmuk Pancangan Komplemen

Ayat majmuk pancangan komplemen terbina daripada ayat induk dan ayat komplemen
yang menggunakan kata hubung komplemen bahawa atau untuk (Fairose, 2015).
Penggunaan kata hatta, maka, lalu dan adapun juga adalah sejenis kata hubung
pancangan komplemen yang menjadikan teks ayat HMM tersebut berbentuk majmuk.
Saya mengatakan sedemikian kerana perkataan hatta dan maka itu, misalannya,
selalu digunakan sebagai pemula kata kepada ayat dalam teks untuk menghubungkan
ayat yang sebelumnya dan bertindak untuk menerangkan ayat tersebut bagi
meningkatkan penceritaan seterusnya, samada secara langsung mahupun secara tidak
langsung.
Ini kerana perkataan komplemen itu boleh didatangkan daripada ayat complimentary
yang bermaksud combining in such a way as to enhance or emphasize the qualities of
each other or another (Google, 2015).

Contoh:

Maka menteri keempat menyembah lalu berjalan kembali

mengadap Raja Merong Mahadipusat maklumkan segala perintah itu. Maka apabila
didengar oleh Raja Merong Mahadipusat sembah menteri itu, maka terlalulah
kesukaannya,

- Teks 5 [HMM: m.41, b.13-16]

16 | HMM

3.3 Ayat Majmuk Campuran


Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat,
iaitu yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan jenis
ayat majmuk dengan menggunakan pelbagai kata hubung (Fairose, 2015). Contohnya:
Maka tempayan yang besar dari negeri Kelinggi itu pun dibawa oranglah naik
daripada kapal Rom itu ke darat, disandarkan pada sepohon kayu yang bernama
rukam yang besar seperti gelung aring rupa besarnya.

Teks 3 [HMM: m.35]

Hatta, tiada beberapa lamanya selang-selang tahun, maka datanglah sakit Raja
Merong Mahadipusat, lalu baginda itu pun hilanglah.

Teks 6 [HMM: m.41]

Selain daripada jenis ayat majmuk yang telah dibincangkan, terdapat beberapa lagi
jenis ayat majmuk lain seperti ayat majmuk pasif dan ayat majmuk songsang. Ayat
majmuk pasif mengutamakan objek dan perbuatan. Ayat songsang pula mendepan
predikat daripada subjek. Penyongsangan ayat banyak berlaku di dalam teks HMM.
Ayat pasif juga banyak kedapatan dalam teks HMM.

Teks 3 dan 6 di atas juga mencontohkan ayat songsang. Untuk membetulkan ayat
tersebut, kita boleh menulisnya sebegini:
Raja Merong Mahadipusat pun sakit selang beberapa tahun kemudian. [Ayat 3]
Mereka pun membawa naik tempayan besar Kelinggi itu daripada kapal Rom
tersebut ke darat lalu disandarkan pada sepohon rukam yang sebesar gelung aring.
[Ayat 4]
17 | HMM

4.0 KESAN PENGAJARAN AYAT DALAM TEKS HMM

Hasil daripada kajian ini telah memperlihatkan bahawa HMM menggunakan ayat-ayat
Bahasa Melayu Klasik (Norirdina, 2012). Penggunaan perkataan dan juga susunan ayat
dalam teks HMM berbeza dengan ayat-ayat BM moden. HMM sering menggunakan ayat
yang panjang dan pemerian kata yang berulang-ulang. Adakalanya, berbelit-belit dan
menjadikannya sukar difahami.

Ianya juga sering menggunakan ayat pasif, ayat songsang dan laras bahasa istana.
Penggunaan kosa kata klasik lagi asing berdasarkan pengaruh Arab dan Parsi dengan
penggunaan aksara Jawi sering menjadikan sesebuah ayat yang terkandung dalam teks
HMM tidak dapat difahami langsung secara total. Ini boleh menimbulkan kebosanan
kepada pembaca yang baru ingin berjinak-jinak dengan KAM.

Namun demikian, ayat yang digunakan dalam teks HMM mencabar pembaca untuk
meneroka ke suatu zaman silam yang penuh dengan unsur-unsur mitos dan realiti;
mengkaji kembali hikayat sambil merenung ke dalam perjalanan riwayat dalam teks ayat.
Kepelbagaian teknik penyampaian ayat dan konsistensi rima ayat mengajak pembaca
untuk menjadi seorang yang teliti dan teguh pendirian.

Ayat dalam teks HMM menampilkan kepelbagaian bentuk dan ragam, seperti
penggunaan ayat majmuk, ayat tunggal, ayat berlapis, ayat hubung, ayat songsang dan
ayat pasif. Kesemua teknik penggunaan ayat ini bisa menarik pembaca untuk menelusuri
kembali sebuah sejarah yang maha agung dan hebat.

18 | HMM

5.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Dapatan kajian mendapati struktur ayat yang sangat panjang pada hampir kesemua
perenggan teks HMM. Struktur ini serupa seperti ayat majmuk yang berlapis-lapis serta
sangat terperinci. Perinciannya menjadikan sebahagian besar teks itu sangat panjang.
Teks juga kerap menggunakan pengulangan perkataan yang serupa di awal, di tengah dan
di akhir ayat. Ayat juga mempunyai pengaruh bahasa asing, dan juga laras istana.

Ayat majmuk yang berlapis-lapis ini menjadikan pemecahan ayat agak rumit dan
kompleks. Pembaca perlu mengenal pasti inti ayat terlebih dahulu sebelum melangkah
pergi kepada pengenalan ayat mudah dan ayat tunggal dalam teks HMM tersebut. Dalam
mengesan kepelbagaian ayat majmuk untuk disingkap sebagai pengajaran, pembaca akan
berjumpa pula dengan jenis-jenis ayat yang lain seperti ayat pasif dan juga ayat songsang.
Ini menambahkan lagi kerumitan pembaca untuk memahami arah, tujuan dan isi ayat.
Namun ianya boleh di atasi sekiranya pembaca dapat mengenalpasti ibu ayat terlebih
dahulu, iaitu dengan membezakan ayat induk dan ayat-ayat sampingan yang lain.

Penggunakan ayat yang amat kepelbagaian ragam ini menggambarkan keseluruhan


kesenian dan ketinggian berbahasa dalam teks hikayat. Dengan ini, dapatlah pembaca
merenung dan menimba kemahiran, kebolehan, pengalaman dan pengetahuan
pengarang/penulis hikayat di samping mencerna penceritaan, nilai, budaya, tatasusila dan
cara, pandangan, falsafah, ilmu dan maklumat yang hendak disampaikan. Pada masa
yang sama juga, pembaca hikayat haruslah berwibawa untuk meneliti sendiri unsur realiti
dan mitos untuk dijadikan sempadan.
19 | HMM

6.0 BIBLIOGRAFI
Ajar (2005). Kamus Dewan (ed.4, ms.20-21). Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur
Google (2015). Definition of Complimentary. Dipetik pada 1hb April 2015 daripada
https://www.google.com.my/webhp?sourceid=chromeinstant&ion=1&espv=2&ie=UTF-8#q=definition%20of%20complementary
Fairose Shamsudin (2015). Tatabahasa STPM: Ayat majmuk pancangan relatif.
Dipetik pada 1hb Mac 2014 daripada
http://tatabahasastpm.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=
1175&Itemid=509
Fairose Shamsudin (2015). Tatabahasa STPM: Ayat majmuk pancangan komplemen.
Dipetik pada 1hb Mac 2014 daripada
http://tatabahasastpm.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=
1176&Itemid=510
Fairose Shamsudin (2015). Tatabahasa STPM: Ayat majmuk pancangan keterangan.
Dipetik pada 1hb Mac 2014 daripada
http://tatabahasastpm.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=
1177&Itemid=511
Fairose Shamsudin (2015). Tatabahasa STPM: Ayat majmuk campuran.
Dipetik pada 1hb Mac 2014 daripada
http://tatabahasastpm.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=
1178&Itemid=512
Laila Ayob (2013). Ayat Majmuk. Dipetik pada 30hb Mac 2015 daripada
http://lailaayob.blogspot.com/2013/04/ayat-majmuk.html
Masterpiece (2015). Google: The definition of masterpiece. Dipetik pada 28hb Februari
2015 daripada https://www.google.com.my/webhp?sourceid=chromeinstant&ion=1&espv=2&ie=UTF-8#q=the+definition+of+masterpiece
20 | HMM

MRY (2013). Sejarah realiti Kedah. Antara hikayat, riwayat dan ayat. Dipetik pada 1hb
Mac 2015 daripada http://sejarahrealitinagarakedah.blogspot.com/2013/07/antarahikayat-riwayat-dan-ayat.html
Norirdina (2012). HBML4103: Perbezaan antara bahasa Melayu klasik dan bahasa
Melayu moden dari sudut perkataan (morfologi) dan ayat (sintaksis): Open
University Malaysia. Dipetik pada 30hb Mac 2015 daripada
http://assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML4103SMP/18764/680408055358
_128442_final.pdf
Pelajar bahasa (2013). Sintaksis Bahasa Melayu: Susunan ayat (unsur-unsur yang
terdapat dalam susunan ayat). Dipetik pada 30hb Mac 2015 daripada
http://sintaksisbahasaperlis.blogspot.com/
Pengajaran (2008). Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). Dipetik pada 28hb
Februari 2015 daripada http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=Pengajaran
Rosmina (2013). Ayat Majmuk. Dipetik pada 31hb Mac 2015 daripda
http://rosmeena.blogspot.com/2013/08/ayat-majmuk.html
Siti Hawa Haji Salleh (1998). Hikayat Merong Mahawangsa. Kuala Lumpur: Yayasan
Karyawan dan Penerbit Universiti Malaya
Wikipedia (2015). Tun Sri Lanang. Dipetik pada 30hb Mac 2015 daripada
http://en.wikipedia.org/wiki/Tun_Sri_Lanang
Yayasan Karyawan (2015). Maksud Karya Agung: Karya Agung Melayu.
Dipetik pada 23hb Mac 2015 daripada
http://www.yayasankaryawan.com/index.php?option=com_content&task=view&i
d=6&Itemid=1
Yeoh Teik Hai. (2011). Halaman bahasa Melayu cikgu Yeoh. Dipetik pada 1hb April
2015 daripada http://halaman-bahasamelayu.blogspot.com/2011/05/ayat-inti.html

21 | HMM

7.0 LAMPIRAN

Lampiran 1: Sebahagian sorotan teks dari muka 1: Hikayat Merong Mahawangsa

Lampiran 2: Singakatan Kata

HMM

Hikayat Merong Mahawangsa

KAM

Karya Agung Melayu

BM

Bahasa Melayu

m.

muka

b.

baris
22 | HMM

Lampiran 3: Jenis Alat Muzik

(Sumber: Dipetik pada 31hb Mac 2015 daripada http://prpm.dbp.gov.my/)

Kecapi = alat bunyi-bunyian bertali yg dipetik sbg gitar (spt cerempung); memetik~

Nafiri = sejenis serunai (trompet) panjang.

Harbab = rebab = sejenis alat bunyi-bunyian (spt biola) yg bertali dua atau tiga;

Dandi = (slanga) sejenis gendang kecil, tambur; 2. sejenis alat bunyi-bunyian

Muri = (slanga) sejenis serunai atau suling.

Kopak = sejenis alat bunyi-bunyian; kopok

Bangsi = 1. serunai (drpd buluh), suling; 2. sj serunai drpd batang padi; 3. harmonika,
genggong.

Ceracap = (slanga) alat bunyi-bunyian spt canang kecil atau buluh yg dihantukhantukkan.

Serdam = sejenis seruling drpd buluh; berserdam, meniup serdam.

Nahara = Alat muzik tradisional, sejenis dram membranofon. Baluhnya berbentuk periuk
dengan satu permukaan kulit, diketuk dengan kayu ringan. Alat muzik ini dimainkan
dalam muzik nobat. Nahara yang berasal dari Timur Tengah, dikenali juga sebagai naker,
nekara dan nengkara.

23 | HMM

Lampiran 4: Ayat Majmuk dan Pecahannya

Ayat
Majmuk
Gabungan

Ayat
Majmuk
Campuran

AYAT
MAJMUK

Ayat Majmuk
Pancangan

Pancangan
Keterangan

Pancangan
Komplemen

Pancangan
Relatif

24 | HMM

You might also like