You are on page 1of 11

3.

0 Berdasarkan huraian daripada Soalan 1 (a), sama ada kata nama, kata kerja atau kata
adjektif, jelas dan huraikan proses pembentukan golongan kata bahasa Melayu.
3.1 KATA NAMA
3.1.1 Definisi
Bagi Abdullah Hassan (2003) mendefinisikan kata nama sebagai kata yang
menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat, dan nama perkara. Lutfi Abas
(1971) menyatakan kata nama sebagai kata yang terletak selepas bilangan atau
penjodoh bilangan. Terdapat tiga jenis kata nama iaitu kata nama am, kata nama khas
dan kata ganti nama.
3.1.2 Kata Nama Khas
Kata nama dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu kata nama khas, kata nama
am dan kata ganti nama. Nik Safiah Karim et al.(1996) menyatakan, kata nama khas
ialah kata yang digunakan untuk rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan,
benda, perbadanan, undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya.
Huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar dalam tulisan. Kata nama
khas pula dibahagikan kepada dua, iaitu nama khas hidup dan nama khas tidak hidup.
Nama khas hidup dibahagikan kepada dua, iaitu manusia dan bukan manusia.
3.1.3 Kata Nama Am
Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum
sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil
berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tidak hidup, manusia atau bukan
manusia, Institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak dan berbilang atau tak
berbilang.
3.1.4 Kata Ganti Nama
Menurut Nik Safiah et.al (1996), kata ganti nama sebagai perkataan yang menjadi
pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama dibahagikan kepada
dua golongan kecil, iaitu kata ganti nama diri; dan kata ganti nama tunjuk.

28

Kata ganti nama diri pula dibahagikan kepada dua, iaitu kata ganti nama diri
orang dan kata ganti nama diri tanya. Seterusnya, kata ganti nama diri orang
dibahagikan kepada tiga, iaitu kata ganti nama diri orang pertama, kedua dan ketiga
3.1.5 Proses pembentukan kata
Perkataan-perkataan yang tergolong dalam golongan kata nama boleh dikaji dari segi
pembentukan dan unsur-unsur yang ada di dalamnya. Berdasarkan itu, kata nama boleh
dibahagikan kepada empat bentuk, iaitu:

Pengandaan

Pemajmukaan

Pengimbuhan

Akronim

.2 PROSES PENGIMBUHAN
Proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan.
Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini,
apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan
kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif. Jadual dibawah akan menerangkan pembentukan kata
nama terbitan berawalan pen- dengan lebih terperinci.
Jadual 3.2 : Kaedah Imbuhan kata terbitan

29

Bentuk
awalan
penPe-

Kaedah pembentukan kata terbitan

Contoh
Kata dasar

Kata
Terbitan

Ragut
Warna
Main

Peragut
Pewarna
Pemain

Imbuhan ini juga diletakkan didepan


kata dasar yang bermula dengan huruf
k, p, t, dan s. Tetapi huruf pertama kata
dasar tersebut digugurkan dan
digantikan dengan bentuk sengau yang
sama daerah artkulasinya dengan
huruf yang pertama. Iaitu ;
ng = k
m=p
n=t
ny = s

Kunci
Pegang

Pengunci
Pemegang

Tampar
Soal

Penampar
Penyoal

Pem-

Awalan ini diimbuhkan dihadapan


kata dasar yang bermula dengan
huruf b, f dan v serta gugusan
konsonan yang bermula dengan
huruf b dan p.

Beli
Fitnah
Varnis
Proses

Pembeli
Pemfitnah
Pemvarnis
Pemproses

Pen-

Awalan ini diimbuhkan dihadapan


kata dasar yang bermula dengan
huruf c, d, j, sy dan z serta kata
pinjaman yang bermula dengan
huruf t dan s.

Cedok
Jemput
Syarah
Zina

Pencedok
Penjemput
Pensyarah
Penzina

Peng-

Awalan ini diimbuhkan dihadapan


kata dasar yang bermula dengan
huruf vokal, huruf h, g, kh dan kata
pinjaman yang bermula dengan
huruf k.

Gigit
Hantar
Khayal
Olah
Intip

Penggigit
Penghantar
Pengkhayal
Pengolah
Pengintip

Penge-

Awalan ini diimbuhkan pada kata


dasar yang berekasuku kata.

Bom
Cat

Pengebom
Pengecat

Diimbuhkan pada kata dasar yang


bermula dengan huruf l,m,n, ny, ng, r
dan w.

30

Gong Teck Chong menyatakan setiap awalan pen- mendukung makna tertentu. Makna
makna tersebut ialah ;
Jadual 3.2.1 :Kaedah Imbuhan kata terbitan awalan peNMakna yang didukung awalan pen-

Contoh
Pembaca, Pemburu, Penyamun

Orang yang melakukan sesuatu.

Pengawas, Pengarah, Pelakon

Orang yang menjawat tugas.

Penzina, Penjudi, Pemikir

Orang yang suka akan sesuatu.


Orang atau benda yang memiliki sifat kata
dasar.

Pemarah, pemabuk, penyabar


Penyapu, Pengelap, Pemadam

Alat untuk melakukan sesuatu.


Ukuran hasil daripada melakukan sesuatu.

Pelaung, Penanak, Pelontar


Penunjuk, pendapat

Makna abstrak

Selain awalan pen- yang telah dinyatakan, terdapat beberapa awalan kata nama lain
dalam Bahasa Melayu. Antara awalan yang dimaksudkan ialah pe-, per-, ke- dan juru- .
3.2.2 Akhiran Kata Nama
Akhiran an adalah satu satunya akhiran asli yang menbentuk kata nama dalam
bahasa Melayu (Goh Teck Chong, 2008). Kata dasar yang menerima imbuhan ini membawa
pelbagai makna yang berbeza. Jadual dibawah akan menunjukkan makna yang didukung oleh
kata dasar tersebut ;
Jadual 2.2.2 Kaedah imbuhan akhiran kata nama
Maksud
Hasil daripada melakukan maksud yang

Contoh
Ejekan = hasil ejekan

terkandung dalam kata dasar.


Menunjukkan maksud kawasan

Ulasan = hasil ulasan


Darat = daratan

atau

bidang yang luas.


Sesuatu yang banyak

Hamparan = hamparan
Longgok = longgokan
Timbun = timbunan
Acuan = alat untuk mengacu

Membawa maksud alat


Membawa maksud orang atau haiwan atau
benda yang menjadi penderita kerja.
Membawa

maksud

sesuatu

Usung = alat untuk mengusung


Buru = buruan
Tawan = tawanan

yang

Rampas = Rampasan
Asinan = sesuatu yang masin
31

mempunyai sifat yang terkandung pada


kata dasar.
Tempat melakukan sesuatu
Ukuran atau kiraan

Bulatan = sesuatu yang bulat


Manisan = sesuatu yang manis
Kurung = kurungan
Mingguan = kiraan berdasarkan minggu

3.2.3 Apitan Kata Nama


Terdapat empat apitan kata nama iaitu, pen-...-an, pe-... an, per-...an dan ke-...-an.
Apitan Kata Nama pen- ... an.
Seperti awalan kata nama, apitan kata nama pen-...-an juga mempunyai lima cabang
iaitu pe-...-an, pem-...-an, pen-...-an, peng-...-an dan penge-...-an. Kaedah pengabungan apitan
ini serupa dengan kata awalan pen-. Kata nama terbitan daripada apitan ini mempunyai kaitan
dengan kata kerja yang menerima imbuhan awalan me-, men-, mem-, menge- dan meng-.
Contohnya dapat dilihat dalam jadual dibawah.
Me- (merundingkan)
Mem- (membiayai)
Men- (mendahulukan)
Meng- (menguruskan)
Menge- (mengesahkan)

Pe- (perundingan)
Pem- (pembiayaan)
Pen- (pendahuluan)
Peng- (pengurusan)
Penge- (pengesahan)

Apitan pen- ... an membawa makna tertentu seperti yang boleh dilihat didalam jadual
berikut.

Contoh
Makna

Kata dasar
Dalam

Proses atau perbuatan


mengerjakan maksu yang
terkandung dalam kata dasar.

Kata terbitan
Pendalaman (proses
mendalamkan)
Pengilangan
(perbuatan
32

Kilang

mengilang)

Alam

Pengalaman
(sesuatu
dialami)

Hasil perbuatan

Pengetahuan (hasil
yang diketahui)

Tahu
Darat

yang

Pendaratan (tempat
mendarat)

Tempat perbuatan

Penginapan (tempat
untuk menginap)

Inap

Apitan Kata Nama pe- ... an


Kata nama terbitan yang terhasil daripada apitan ini agak terhad jumlahnya.
Peperangan, peperiksaan, perkarangan dan petempatan merupakan antara contoh kata
terbitan yang terhasil daripada imbuhan apitan ini. Seperti apitan kata nama yang lain, imbuhan
apitan ini juga mendukung beberapa makna. Ini dapat dilihat dalam jadual dibawah.

Maksud

Contoh

Tempat sesuatu dikerjakan atau tempat


yang khusus.

Pedalaman (tempat yang kedudukannya


jauh dari pantai.)

Menunjukkan makna hal yang terkandung


dalam kata dasar.

Peperangan (hal berperang)

Apitan Kat Nama per- ... an


Apitan ini boleh bergabung dengan mana- mana kata dasar. Kata nama terbitan ini juga
mempunyai kaitan dengan kata kerja yang berawalan ber-. Contoh ;
Beralih

Peralihan

Bekerja

Pekerjaan

Belajar

Pelajaran

33

Apitan per-... an membawa dua maksud iaitu untuk menunjukkan tempat dan untuk
menunjukkan makna hal yang berkaitan dengan kata dasar atau hasil daripada melakukan
maksud kata dasar.
Apitan Kata Nama ke-...-an.
Apitan ini biasanya bergabung dengan kata dasar daripada kata nama, kata kerja dan
kata adjektif untuk membentuk kata nama yang bersifat abstrak. Apitan ini mendukung
beberapa makna. Antara makna tersebut ialah untuk menunjukkan hal atau keadaan yang
terkandung dalam kata dasar, untuk menunjukkan tempat dan juga untuk menunjukkan hasil
daripada sesuatu.
3.2.4 Sisipan Kata Nama
Goay Teck Chong ada menyatakan bahawa bentuk sisipan yang membentuk kata nama
ialah el-, -er- dan em-. Menurut beliau juga,kata terbitan bersisipan ini membawa maksud
sesuatu yang mempunyai ciri yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya ;
Jadual 2.2.4 Sisipan kata nama
-elGembung

Gelembung

Saput

Selaput

-emGuntur

Gemuntur

Kuncup

Kemuncup

-erCucuk

Cerucuk

Gigi

Gerigi

3.3 Proses Pemajmukan


34

Menurut Abdullah Hassan, proses pemajmukan ialah penggabungan dua atau lebih
perkataan bagi membentuk kata nama lain yang berfungsi sebagai satu perkataan. Ada dua
cara kata nama majmuk dibentuk, iaitu ;
endosentrik
eksosentrik
Endosentrik
Kata nama majmuk yang terbentu melalui endosentrik ini terbentuk mengikut hukum
sintaksis dalam bahasa Melayu. Kata nama majmuk ini mengikut hukum D-M. Hukum D M ini
bermaksud yang diterangkan mendahului yang menerangkan. Contoh kata nama majumuk
yang terhasil mengikut bentuk ini ialah ;

Anakanda
Ketua menteri

Baja butir
Padang ragut

Menteri besar
Rumah rehat

Terdapat satu lagi bentuk kata nama majmuk yang terhasil mengikut cara endosentrik
ini, Namun cara ini tidak mematuhi sistem sintaksis Bahasa Melayu. Hal ini kerana, bentuk ini
terhad pada kata nama majmuk yang dipinjam daripada bahasa asing, dimana susunannya
tidak mematuhi hukum DM, tetapi hukum MD. Contoh kata tersebut ialah ;

Bumiputera

Perdana menteri

Kata nama majmuk yang terbentuk secara eksosentrik pula hanya berlaku kepada kata
nama majmuk yang terbentuk daripada dua unsur ayat yang mempunyai rentetan kata kerja +
objek atau pelengkap.
Contohnya ;
Kajibumi
Kaji (kata kerja)

Bumi (pelengkap)

3.4 Proses Penggandaan

35

Menurut Goay Teck Chong, penggandaan ialah proses menggandakan kata dasar untuk
membentuk kata ganda. Beliau juga menyatakan bahawa terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu
penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak.
3.4.1 Penggandaan Kata Nama
Penggandaan kata nama ini melibatkan ketiga tiga proses penggandaan. Sama ada
penggandaan penuh, penggandaan separa ataupun penggandaan seretak.
3.4.2 Penggandaan penuh
Dalam penggandaan ini, kata dasar nama boleh terdiri daripada kata nama tunggal, kata

nama terbitan dan kata nama majmuk.


Penggandaan penuh kata nama tunggal terbahagi kepada dua iaitu;
penggandaan kata nama tunggal tanpa imbuhan.
penggandaan kata nama tunggal dengan imbuhan an.

Penggandaan penuh kata nama terbitan pula terbentuk daripada kata nama yang
berawalan, berapitan, berakhiran ataupun bersisipan.
Penggandaan penuh kata nama majmuk pula dipengaruhi oleh bentuknya. Kata nama
majmuk yang dieja bercantum akan digandakan keseluruhannya. Contohnya perkataan
jawatankuasa, apabila digandakan akan menjadi jawatankuasa jawatankuasa. Manakala bagi
kata nama majmuk yang dieja terpisah, penggandaan hanya akan berlaku pada bahagian
awalnya sahaja. Sebagai contoh perkataan alat tulis, apabila digandakan akan menjadi alat
alat tulis.
3.4.3.Penggandaan Separa
Penggandaan separa terhadap kata nama muncul daripada kata dasar yang tergolong
dalam kata nama dan kata kerja.
3.4.4 Penggandaan Berentak
Penggandaan berentak terhadap kata nama muncul daripada kata dasar yang tergolong
sebagai kata nama.
3.4.5 Makna Kata Nama Ganda
Jadual ini akan menunjukkan maksud jenis jenis kata nama ganda.
Jadual 3.4.5 maksud jenis jenis kata nama ganda.

36

Makna

Contoh Kata Ganda

Penanda jamak

Buku buku, meja meja

Penanda nama haiwan

Labi labi, kura kura

Makna kesamaan atau keserupaan

Orang = Orang orang

Penanda kepelbagaian jenis

Kuih = Kuih muih

Penanda tidak tahu

Mana = Mana - mana

3.5 Kata Akronim

Mengikut Tatabahasa Dewan, turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal ialah kata
akronim. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal
suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta
dilafazkan sebagai kata yang wajar.
Contohnya :
ABIM
Bernama
Kugiran

- Angkatan Belia Islam Malaysia


- Berita Nasional Malaysia
- kumpulan gitar rancak

Cara Menulis Kata Akronim


Terdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu, bergantung pada cara
pembentukkannya.
Ditulis dengan huruf besar seluruhnya
Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang
disingkatkan,

keseluruhannya

ditulis

dengan

huruf

besar,

jika

kata

nama

khas.

Contohnya :
ABIM
Angkatan Belia Islam Malaysia
UMNO
United Malay National Organisation
Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya
Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata ditulis
dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas.
Contohnya :
tabika - taman bimbingan kanak-kanak
37

purata - pukul rata


kugiran - kumpulan gitar rancak
Ditulis bermula dengan huruf besar
Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku katanya
itu menjadi kata nama khas, kata akronim itu ditulis bermula dengan huruf besar.
Contohnya :
Bernama
Intan
Proton

Berita Nasional Malaysia


Institut Tadbir Awam Negara
Perusahaan Otomobil Nasiona

38

You might also like