You are on page 1of 6

Refleksi

Sepanjang tempoh menjalankan kajian, saya dapati sesuatu aktiviti atau program yang
dirancang perlulah menjalani proses perancangan yang rapi sebelum ianya dijalankan. Hal
ini kerana, tanpa perancangan yang secukupnya, pelaksanaannya juga tidak akan
sempurna. Hal ini telah menyedarkan saya untuk merancang jadual pelaksanaan kajian agar
ianya dapat dijadikan panduan kepada saya semasa menjalankan kajian tindakan ini. Selain
itu, saya juga merasa teruja dengan sokongan dan kerjasama yang ditunjukkan oleh pihak
sekolah untuk membantu saya melaksankan kajian saya dengan baik sekali, kerana saya
telah mendapat kebenaran daripada Guru Besar serta telah mendapat bantuan nasihat dan
alatan keperluan daripada guru Pendidikan Jasmani bagi melancarkan proses kajian. Antara
kelemahan yang saya hadapi sepanjang proses kajian tindakan ini adalah seperti masalah
alatan yang tidak mencukupi, masalah kehadiran murid iaitu subjek kajian saya semasa sesi
latihan intervensi, kelemahan daripada saya sendiri iaitu kurang peka untuk memaklumkan
kepada murid berkaitan penjagaan diri semasa berhadapan dengan masalah cuaca
persekitaran yang boleh menyebabkan penyakit seperti masalah jerebu dan hujan.
Abstrak
Kajian Tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan daya tahan otot tangan
murid tahun 6 menggunakan kaedah latihan bebanan. Kajian telah dijalankan ke atas 10
orang murid-murid berusia 12 tahun di salah sebuah sekolah di daerah Hulu Langat.
Tinjauan awal telah dijalankan menggunakan ujian Tekan Tubi 1 Minit lelaki dan Tekan Tubi
Suaian 1 Minit perempuan bagi menguji tahap daya tahan otot tangan. Analisis ujian
mendapati seramai 6 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan berada pada tahap
sederhana, lemah dan sangat lemah. Bagi mengatasi masalah ini, latihan bebanan telah
dijalankan selama 3 minggu yang telah terpilih. Data dikumpul menggunakan kaedah
pengujian dan pemerhatian. Data dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa terdapat peningkatan bilangan ulangan pull-ups dalam ujian pasca
berbanding ujian pra yang dijalankan kepada subjek lelaki. Manakala terdapat peningkatan
catatan masa bagi flexed-arm hang dalam ujian pasca berbanding ujian pra yang dijalankan
ke atas subjek perempuan. Ini menunjukkan bahawa latihan bebanan dapat meningkatkan
daya tahan otot tangan subjek. Bagi kajian selanjutnya, pengkaji mencadangkan agar
tempoh intervensi dipanjangkan serta menambah bilangan subjek kajian yang terlibat dalam
kajian tersebut.
Rosinah Edinin. (2012). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan
Pustaka
Menurut Rosinah Edinin (2011), pemerhatian menggunakan senarai semak adalah lebih
senang di analisis berbanding dengan pemerhatian tidak berstruktur.
Tempoh aktiviti dalam sesi latihan dapat dipanjangkan iii Memvariasikan lagi aktiviti yang
dijalankan

You might also like