You are on page 1of 51

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

[KES NO: 16/4-336/13]


DI ANTARA
MOHD NASIR ATAN
DAN
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
AWARD NO. 871 TAHUN 2015
Di Hadapan

Y. A. TUAN ROSLAN BIN MAT NOR


- PENGERUSI

Tempat

Mahkamah Perusahaan Malaysia


Cawangan Johor

Tarikh Rujukan

26.02.2013.

Tarikh Sebutan

29.04.2013; 15.07.2013; 18.09.2013; 27.10.2014;


28.10.2014.

Tarikh Perbicaraan

04.12.2014; 18.01.2015; 08.03.2015; 05.04.2015.

Perwakilan

Pihak menuntut - Hadir


Bagi pihak menuntut - A Sivananthan; Kongres
Kesatuan Sekerja Malaysia

Bagi pihak responden - Vinu Kamalananthan; T/n


Lee Hishammuddin Allen & Gledhill
Rujukan:
Ini adalah suatu rujukan yang dibuat di bawah Seksyen 20(3), Akta
Perhubungan Perusahaan 1967 yang timbul dari pembuangan kerja
Mohd Nasir bin Atan (selepas ini disebut sebagai Pihak Menuntut) oleh
Bank Islam Malaysia Berhad (selepas ini disebut sebagai Pihak Responden)
pada 02.10.2012. Kes ini telah dirujuk oleh Y. B. Menteri Sumber Manusia pada
26.02.2013 dan diterima oleh Mahkamah Perusahaan ini pada 05.03.2013.
AWARD
Fakta Kes
1.

Pihak Menuntut telah mula bekerja dengan syarikat sebagai kerani pada

08.07.1985. Pada masa Pihak Menuntut ditamatkan jawatan, Pihak Menuntut


ialah Pengurus Cawangan dengan gaji sebanyak RM5,335.00 sebulan.
Pada 11.07.2012 Pihak Menuntut telah digantung kerja atas alasan berkelakuan
tidak wajar semasa menjalankan tugas. Pihak Responden telah mengeluarkan
notis siasatan dalaman pada 04.09.2012 atas kesalahan yang dikatakan telah
dilakukan oleh Pihak Menuntut seperti yang terdapat di halaman 22B COB1

seperti berikut:
That you had between 8.01 a.m. and 8.09 a.m. On 9 July 2012,
alleged to have hugged and kissed an office cleaner, Puan
Rodziah binti Mokhtar, who is employed by the Banks appointed
janitor company, Ekatrade Sdn. Bhd., in the toilet and/or pantry
area on the Ground Floor of Bank Islam Kulaijaya Branch
premises.
Siasatan dalaman telah dijalankan pada 13.09.2012. Nota siasatan dalaman
dapat dilihat di halaman 23 sehingga 144 COB1. Pada akhir siasatan dalaman,
panel telah mendapati Pihak Menuntut bersalah. Pandangan panel siasatan
dalaman tersebut dapat dilihat di halaman 165 sehingga 166 COB1. Ekoran
daripada

keputusan

tersebut,

Pihak

Responden

telah

menamatkan

perkhidmatan Pihak Menuntut melalui surat bertarikh 02.10.2012 di halaman


167 COB1.
Keterangan Pihak Responden
2.

Pihak Responden telah mengemukakan enam (6) orang saksi semasa

perbicaraan. COW1 adalah merupakan Pengurus di Unit Perhubungan


Perusahaan Bahagian Sumber Manusia Syarikat. Di dalam keterangan COW1
beliau telah

memberikan keterangan berdasarkan kepada rekod-rekod

perkhidmatan Pihak Menuntut dan juga mengesahkan dokumen-dokumen


berkenaan dengan siasatan dalaman, surat tunjuk sebab dan surat pemecatan
Pihak Menuntut oleh syarikat. Dalam erti kata lain, keterangan Pihak Menuntut
lebih kepada prosedur dan tatacara syarikat dalam urusan Sumber Manusia.
Seterusnya, COW2 adalah merupakan Pengerusi Siasatan Dalaman yang
dikendalikan terhadap Pihak Menuntut pada 13.09.2012. Keterangan COW2
menjelaskan bahawa siasatan dalaman telah dilakukan secara adil dan bebas.
Ini dapat dilihat melalui jawapan kepada soalan sembilan (9) COWS2 apabila
COW2 menyatakan seperti berikut:
9.

Sila

maklumkan

bagaimana

proses

kepada

Mahkamah

Siasatan

Dalaman

Yang

Mulia

tersebut

ini
telah

dikendalikan?
Siasatan Dalaman ini telah dikendalikan dengan mengikut
prinsip rules of natural justice and procedural fairness.
Siasatan Dalaman ini telah dikendalikan pada 13.09.2012
pada 10.00 pagi di mana saya telah memperkenalkan
semua yang terlibat di dalam sesi Siasatan Dalaman ini.
Tuduhan yang telah dikenakan terhadap Yang Menuntut
telah dibacakan kepada beliau dan beliau ditanya sama ada
beliau memahami tuduhan yang dikenakan terhadap beliau.

3.

Seterusnya

COW2

sebagai

Pengerusi

Siasatan

Dalaman

telah

menjelaskan semasa perbicaraan di mahkamah alasan dapatan panel siasatan


dalaman mengenai kebersalahan Pihak Menuntut dengan menyatakan seperti
berikut:
S:

Apakah keputusan siasatan dalaman?

J:

Pihak Menuntut bersalah.

S:

Apakah alasan dapatan itu?

J:

Di muka surat 165 COB1, panel berpendapat mangsa


adalah konsisten memberi keterangan. Keterangan pihak
saksi bank iaitu Puan Salelah dan Haslinda adalah selari
dengan keterangan mangsa iaitu Puan Roziah. Saksi Puan
Salelah menunjukkan kepercayaan kepada mangsa dengan
datang awal ke pejabat awal pada keesokan harinya.
Laporan CCTV 08:01:47 dan juga 08:03:52 sehingga
08:08:50 menunjukkan kedudukan Pihak Menuntut dan
pantry berkenaan.
Pihak Menuntut menunjukkan kelebihan yang melampau
lebih dari tanggungjawab beliau seperti bertanya cuti,
memberi hadiah dan mengajak makan.
Cawangan BSM (Bank Service Manager) tidak mempunyai
rekod komplen mengenai perkhidmatan pembersihan.

Saksi Pihak Menuntut hanya memberi pandangan peribadi


kepada Pihak Menuntut. Anak lelaki Pihak Menuntut hanya
berada di dalam bilik. Berdasarkan balance of probability
adalah lebih menunjukkan salah laku. Pihak Menuntut juga
gagal membuktikan kepada panel bahawa misconduct itu
tidak berlaku.
COW2 juga menafikan tidak memberi peluang kepada saksi-saksi untuk
memberikan keterangan di dalam panel siasatan dalaman.
4.

Seterusnya saksi penting syarikat ialah COW3 yang merupakan mangsa

kepada gangguan seksual yang telah dilakukan oleh Pihak Menuntut. COW3
adalah merupakan seorang cleaner yang digajikan oleh Syarikat Ekatrade Sdn.
Bhd. untuk membersihkan cawangan syarikat Responden. COW3 di dalam
pernyataan saksinya telah memberikan keterangan apakah yang berlaku pada
09.07.2012 yang melibatkan Pihak Menuntut dan COW3 seperti berikut:
5.

Boleh anda terangkan dengan jelas kepada mahkamah


mengenai apa yang terjadi pada 09.07.2012?
Pada 09.07.2012, saya telah sampai di bank pada pukul
7.45 pagi untuk memulakan tugas-tugas pembersihan di
premis bank. Pegawai Keselamatan Bank yang bertugas

pada ketika itu memaklumkan kepada saya bahawa Yang


Menuntut telah sampai ke bank bersama anaknya.
Saya terus masuk ke stor bank untuk ambil barang untuk
cuci tandas dan menghala ke pantry dan tak lama selepas
itu Yang Menuntut telah pergi ke belakang untuk fotostat di
pantry. Saya kemudiannya berkirim salam dengan Yang
Menuntut.
Saya memaklumkan kepada Yang Menuntut bahawa saya
ingin memohon cuti yang lama sedikit kerana ibu saya telah
mengalami suatu kemalangan dan telah dimasukkan ke
wad. Dia bertanyakan keadaan ibu saya dan kemudiannya,
Yang Menuntut telah merapati dan memujuk saya. Saya
tergamam

apabila

beliau

merapatkan

badannya

dan

menepuk belakang dan memeluk saya. Oleh kerana dia


seorang pengurus, saya tergamam dan tidak tahu apa nak
dibuat.
Setelah itu, Yang Menuntut kembali ke dalam pejabatnya
dan saya menyambung kerja saya mencuci tandas.
6.

Apakah yang berlaku selepas itu?


Yang Menuntut telah memberitahu saya bahawa beliau
ingin

menggunakan

tandas

semasa

saya

tengah

membersihkan tandas tersebut. Saya kemudiannya keluar

dari tandas dan membersihkan pantry semasa beliau


mengunakan tandas. Seterusnya, Yang Menuntut telah
memanggil saya dan bertanya jika air yang terkandung di
dalam baldi di dalam tandas hendak digunakan atau tidak.
Saya menjawab tidak dan saya kembali semula untuk lap
kaunter.
Yang Menuntut memanggil saya semula dan apabila saya
berada di luar pintu tandas, beliau telah menarik tangan
saya dari pintu masuk ke dalam tandas dan memeluk dan
mencium pipi kanan, kiri dan dahi saya. Dia juga
merapatkan pipinya kepada saya dan meminta saya untuk
mencium dia.
Saya panik ketika itu sebab Yang Menuntut masih memeluk
saya dan saya tidak tahu nak berbuat apa dan walaupun
saya tidak rela, saya terpaksa mencium pipinya untuk
melepaskan diri.
5.

Semasa memberi keterangan di mahkamah COW3 mengakui bahawa

beliau bukanlah bekerja dengan syarikat Responden. Sebaliknya dengan


Syarikat Ekatrade Sdn. Bhd. yang menjalankan kerja pembersihan di syarikat
Responden. Oleh yang demikian, urusan cuti adalah di bawah bidang kuasa
Syarikat Ekatrade Sdn. Bhd. dan bukannya di bawah bidang kuasa Pihak

Menuntut. COW3 juga menyatakan bahawa selepas daripada kejadian yang


berlaku di antara Pihak Menuntut dan COW3, beliau telah bercuti selama lima
(5) hari disebabkan ingin menjaga ibunya yang sedang sakit. COW3
menyatakan beliau memberitahu kejadian tersebut kepada Puan Haslinda iaitu
COW6 yang merupakan Pengarah Syarikat Ekatrade Sdn. Bhd. COW3
menyatakan beliau tidak memberitahu kejadian tersebut sebelum berjumpa
dengan COW6 pada 10.07.2012. Dalam pertemuan tersebut, COW3
menyatakan beliau ingin mendapatkan cuti sekurang-kurangnya lima (5) hari
untuk menjaga ibunya. Namun, COW6 hanya meluluskan dua (2) hari sahaja.
Ekoran daripada tindakan COW6 tersebut, COW3 telah memberitahu beliau
merasa tertekan dan minta untuk berhenti kerja.
S:

Adakah Puan Haslinda luluskan cuti anda?

J:

Dia benarkan dua (2) hari sahaja.

S:

Apakah reaksi puan tentang cuti itu?

J:

Saya berasa tertekan dan minta berhenti kerja.

S:

Oleh sebab Puan Haslinda beri dua (2) hari sahaja cuti,
anda nyatakan hendak letak jawatan. Adakah anda letak
jawatan?

J:

Saya tidak letak jawatan sebab dia pujuk saya.

6.

Seterusnya semasa pemeriksaan balas COW3 menyatakan beliau telah

memaklumkan kepada seorang kakitangan bank yang juga bertugas bersamasama dengan Pihak Menuntut iaitu Puan Salelah yang merupakan COW5.
COW3 menyatakan seperti berikut:
S:

Pada 09.07.2012 lebih kurang petang, anda beritahu Puan


Salelah seperti di muka surat 146 COB1?

J:

Saya setuju.

Catatan COW5, Puan Salelah binti Sirat telah disahkan seperti di halaman 146
COB1. Seterusnya COW3 juga dalam keterangannya mengesahkan pada hari
kejadian tersebut anak Pihak Menuntut berada di dalam bilik Pihak Menuntut.
Kejadian tersebut dikatakan berlaku di kawasan pantry seperti yang telah
ditandakan XY di gambarajah kasar COB5 yang disediakan oleh COW3 semasa
perbicaraan. COW3 menafikan bahawa beliau tidak menjerit semasa kejadian
tersebut kerana rela dengan kejadian tersebut. Sementara itu, COW3 juga
menyatakan kejadian kedua yang berlaku pada hari tersebut telah berlaku di
kawasan yang ditandakan Z di COB5.
7.

COW3 juga di dalam mahkamah memperihalkan kejadian yang berlaku

pada hari tersebut dengan merujuk kepada butiran di dalam COWS-3 soalan

10

tujuh (7), lapan (8) , sembilan (9) , 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17 dan 18. COW3
juga menyatakan bahawa beliau tidak memberitahu suaminya berkenaan
kejadian tersebut pada hari tersebut. Alasannya adalah seperti keterangannya
semasa perbicaraan di mahkamah seperti berikut:
S:

Adakah anda beritahu suami anda?

J:

Saya tidak beritahu suami. Saya malu, tidak tahu apa


hendak buat. Suami saya tidak boleh dengar perkara yang
mengaibkan ini. Suami saya nampak perubahan saya pada
hari itu.

COW3 juga telah membuat laporan polis berkenaan insiden tersebut pada
10.07.2012 seperti di halaman 150 COB1 iaitu Kulai Report 008526/12. Ekoran
daripada laporan tersebut, Pihak Menuntut telah dituduh di Mahkamah Majistret
Kulaijaya di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan melalui kes nombor 83-69809/2012.
8.

Seterusnya COW4 pula adalah suami kepada COW3. Di dalam

pernyataan saksinya COW4 menyatakan bahawa beliau telah berjumpa dengan


Pihak Menuntut untuk bertanyakan kejadian yang menimpa isterinya
disebabkan kelakuan Pihak Menuntut. Semasa memberi keterangan di

11

mahkamah COW4 mengesahkan beliau telah berjumpa dengan Pihak Menuntut


pada

11.07.2012

jam

10.30

pagi.

COW4

juga

menyatakan

tujuan

perjumpaannya adalah untuk bertanyakan kejadian yang melibatkan isteri


beliau. Perincian kepada pertemuan tersebut telah dinyatakan oleh COW4 di
dalam keterangannya di mahkamah seperti berikut:
S:

Apakah anda beritahu Pihak Menuntut?

J:

Apa yang telah berlaku sekarang ini Haji? A to Z isteri saya


telah beritahu saya. Ketika itu saya panas baran. Saya
berdua sahaja. Saya nyatakan bagaimana jika isteri Pihak
Menuntut

tahu.

Pihak

Menuntut minta

saya

jangan

sampaikan kepada isteri Pihak Menuntut. Dia tidak


endahkan. Pihak Menuntut telah hubungi saya untuk
berjumpa. Pihak Menuntut minta saya tarik balik kes ini.
Saya bincang dengan isteri saya untuk tarik balik.
S:

Selepas itu apa berlaku?

J:

Dia meminta maaf dan berpelukan dengan saya.

S:

Semasa anda di dalam premis adakah Pihak Menuntut


panggil sekuriti?

J:
9.

Tidak.

COW4 juga mengesahkan semasa beliau berjumpa Pihak Menuntut,

Pihak Menuntut tidak menghalau beliau dan perbincangan dilakukan secara


baik walaupun kadang kala ianya menjadi panas. Walaupun semasa pertemuan

12

tersebut Pihak Menuntut dan COW4 berpelukan dan bermaaf-maafan namun ia


hanyalah kebiasaan untuk dilakukan oleh dua (2) orang yang berjumpa dan ia
tidak bermakna kejadian yang berlaku kepada isteri COW4 telah selesai.
Malahan, COW4 dalam keterangannya menyatakan bahawa Pihak Menuntut
telah mengakui kejadian tersebut. COW4 menyatakan seperti berikut:
S:

Pihak Menuntut tidak mengaku salah kepada anda bahawa


beliau telah salah?

J:
10.

Tidak setuju kerana dia mengakui di depan saya.

Selanjutnya, COW5 yang merupakan salah seorang pegawai di cawangan

syarikat Responden telah menyatakan di dalam pernyataan saksinya bahawa


pada 09.07.2012 COW3 telah berjumpa dengan beliau dan menceritakan
kejadian yang berlaku di antara COW3 dan Pihak Menuntut. Pada 09.07.2012
lebih kurang 03.05 petang COW5 telah terserempak dengan COW3. COW3
telah memaklumkan kepada COW5 bahawa beliau ingin berbincang
dengannya. COW5 menyatakan bahawa dalam pertemuan tersebut COW3
telah menceritakan bahawa Pihak Menuntut telah memeluk dan menciumnya di
pantry pada pagi tersebut sambil menangis. COW5 mencadangkan supaya
COW3 berbincang dengan suami beliau berkenaan dengan kejadian tersebut
dan COW3 memaklumkan kepada COW5 bahawa beliau tidak ingin bekerja lagi

13

dengan pihak bank setelah kejadian tersebut.


11.

Seterusnya, COW5 menyatakan COW3 telah meminta beliau untuk

datang awal bekerja di bank pada keesokannya disebabkan COW3 takut untuk
bertemu dengan Pihak Menuntut. COW5 telah bersetuju dengan permintaan
COW3 tersebut dan telah masuk kerja pada keesokannya pada jam 07.55 pagi
untuk menemani COW3.
COW5 semasa pemeriksaan utama di mahkamah telah merujuk kepada CCTV
yang dikemukakan di halaman 156 COB1 dan menyatakan bahawa CCTV
tersebut akan merekodkan pergerakan dan terdapat 14 buah kamera CCTV di
premis syarikat. Ia adalah merupakan motion capture. COW5 di dalam
pemeriksaan balasnya bersetuju bahawa apa yang berlaku pada 09.07.2012
yang melibatkan COW3 dan Pihak Menuntut tiada saksi yang melihat kejadian
tersebut. COW5 juga menyatakan bahawa selepas COW3 memberitahunya
berkenaan kejadian tersebut, COW5 tidak bertemu dengan Pihak Menuntut bagi
bertanyakan mengenai kejadian tersebut. COW5 juga mengesahkan bahawa
selepas cuti COW3 tamat COW3 balik bekerja di syarikat Responden. COW5
memberikan penjelasan kepada soalan mahkamah berkenaan apakah yang
dimaksudkan oleh beliau terkejut dengan kejadian tersebut. COW5 menyatakan

14

seperti berikut:
S:

Apakah makna anda terkejut?

J:

Saya terkejut bagaimana perkara tersebut berlaku di dalam


Bank Islam dan terkejut melihat COW3 menangis.

Akhirnya, saksi terakhir Pihak Responden iaitu Pengurus Syarikat Ekatrade


Sdn. Bhd. dalam pernyataan saksinya menyatakan bahawa pada 10.07.2012
COW3 telah bertemunya di premis syarikat Responden. COW3 telah
memberitahu COW6 bahawa beliau ingin mengambil cuti yang lama. COW6
menyatakan COW3 tidak boleh mengambil cuti yang lama. Seterusnya, COW3
menyatakan bahawa beliau ingin berhenti dengan notis 24 jam. COW6
menyatakan COW3 pada masa tersebut telah memberitahunya mengenai
kejadian beliau telah dicabul kehormatan oleh Pihak Menuntut pada
09.07.2012. COW6 telah mencadangkan COW3 membuat laporan polis. Semasa
perbicaraan COW6 menyatakan bahawa pada tarikh tersebut beliau telah
bertemu dengan COW3 dan COW5. COW3 menceritakan kejadian tersebut
kepada COW5 selepas berjumpa dengan COW6. Semasa pemeriksaan utama
di mahkamah, COW6 menegaskan bahawa apa yang diceritakan oleh COW3
kepadanya dalam keadaan menangis bukanlah suatu lakonan. COW6 semasa
pemeriksaan balas mengesahkan bahawa beliau tidak dihubungi oleh COW5

15

pada 09.07.2012 dan mengesahkan bahawa COW3 ada menghubunginya


melalui panggilan telefon pada 10.07.2012 memaklumkan bahawa beliau ingin
mengambil cuti kecemasan. Ketika itu, COW6 berada di Johor Bahru. COW6
bersetuju bahawa COW3 tidak menceritakan kejadian tersebut melalui
panggilan telefon itu. COW6 menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju dengan
cadangan bahawa COW3 masih bekerja di premis syarikat Responden selepas
beliau balik dari bercuti. Begitu juga, COW6 tidak bersetuju bahawa Pihak
Menuntut sebagai Pengurus Cawangan telah memberitahu beliau berkenaan
dengan mutu kerja COW3 di premis Responden. COW6 bersetuju bahawa
beliau yang mencadangkan supaya COW3 membuat laporan polis. COW6
semasa menjawab soalan mahkamah menyatakan bahawa COW3 tidak pernah
melaporkan kejadian yang sama sebelum ini semasa bertugas di syarikat
Responden. COW6 menyatakan bahawa beliau tidak percaya dengan apa yang
diberitahu oleh COW3 berkenaan kejadian tersebut. Alasan beliau tidak percaya
dinyatakan seperti berikut:
J:

Saya tidak percaya kerana Pihak Menuntut adalah Tuan


Haji. Tidak mungkin dia buat begitu kepada anda.

16

Keterangan Pihak Menuntut


12.

Pihak Menuntut dalam keterangan saksinya di CLWS1 mengesahkan

bahawa pada 09.07.2012 beliau ada mengarahkan COW3 membuat kerja-kerja


pembersihan di Bank Muamalat Kulaijaya. Pihak Menuntut memanggil COW3
ke biliknya. Di dalam keterangannya di mahkamah, Pihak Menuntut
menjelaskan versinya apakah yang berlaku pada pagi 09.07.2012 dengan
menyatakan bahawa lebih kurang jam 08.00 pagi beliau telah pergi ke arah
belakang membawa dokumen untuk difotostat. Sebelum itu, beliau telah ke
tandas sebentar. Dokumen yang telah difotostat oleh Pihak Menuntut adalah
dokumen marketing. Ketika Pihak Menuntut sedang fotostat, COW3 menyapa
Pihak Menuntut dan memberitahunya bahawa ibunya sedang sakit. Semasa
kerja memfotostat dibuat, Pihak Menuntut berada jauh dari COW3. Pihak
Menuntut berada di mesin fotostat sementara COW3 berada di pantry. Pihak
Menuntut menyatakan beliau telah memberitahu COW3 bahawa urusan cuti
tersebut adalah urusan majikannya. Pihak Menuntut terus menyelesaikan
dokumen yang telah difotostatnya. Selepas lima (5) minit Pihak Menuntut telah
beredar ke biliknya pada jam lebih kurang 08.05 pagi. Pihak Menuntut
menyatakan semasa beliau pergi ke tandas COW3 berada di kawasan pantry
sedang membasuh pinggan mangkuk. Pihak Menuntut menafikan apa yang
dikatakan bahawa beliau telah melakukan gangguan seksual kepada COW3.

17

Jarak di antara Pihak Menuntut dan COW3 menurut Pihak Menuntut adalah
lima (5) hingga enam (6) kaki iaitu di kawasan yang ditandakan W oleh Pihak
Menuntut di dalam COB5. Pihak Menuntut juga mengesahkan pada hari itu
beliau ada membawa anaknya yang berumur 17 tahun. Pada masa itu, anaknya
berada di bilik Pihak Menuntut. Pihak Menuntut mengesahkan bahawa anak
beliau ada membuat laporan polis seperti yang terdapat di halaman tujuh (7)
CLB1 melalui laporan Kulai Report 009176/12 bertarikh 23.07.2012.
Pihak Menuntut juga ketika ditunjukkan halaman 156 COB1 menyatakan
bahawa pada jam 08:03:52 beliau tidak pergi ke pantry tetapi pergi ke tandas
dan bersetuju bahawa beliau ke kawasan pantry pada jam 08:08:51. Pihak
Menuntut bersetuju bahawa CCTV yang mempunyai motion picture akan
merakam apabila ada pergerakan. Ketika ditunjuk halaman 10 COB1 iaitu
kronologi kejadian yang disediakan oleh Pihak Menuntut terutamanya di
perenggan e, Pihak Menuntut masih menyatakan bahawa perbualan berlaku di
antara Pihak Menuntut dan COW3 namun tiada tindakan menyentuh tubuh
COW3. Pihak Menuntut juga mengesahkan bahawa urusan cuti COW3 bukan di
dalam bidang kuasa Pihak Menuntut. Begitu juga apabila Pihak Menuntut
ditunjuk pada muka surat 153 COB1 iaitu rekod catatan kehadiran pada
09.07.2012 yang menunjukkan bahawa nama Pihak Menuntut berada di

18

bahagian atas sekali dalam jadual kedatangan tersebut, Pihak Menuntut tidak
menafikan.
13.

Seterusnya, Pihak Menuntut juga tidak menafikan bahawa COW4 iaitu

suami COW3 ada menemui Pihak Menuntut pada 11.07.2012 dan tidak
bersetuju dengan cadangan yang menyatakan bahawa sekiranya Pihak
Menuntut tidak melakukan perkara yang didakwa COW3, maka tidak
sewajarnya beliau bertemu dengan COW4. Namun demikian, Pihak Menuntut
menyatakan beliau ada membuat laporan polis pada 19.07.2012 setelah
menerima ugutan melalui SMS seperti yang terdapat di halaman enam (6)
CLB1. Laporan tersebut dibuat pada 19.07.2012. Pihak Menuntut juga ketika
ditunjukkan halaman 157 hingga 159 COB1 terutamanya di halaman 158 di xviii
tidak bersetuju bahawa tindakannya itu melanggari peraturan syarikat yang
berkenaan.
14.

Pihak Menuntut di dalam keterangannya menyatakan beliau telah dituduh

di Mahkamah Majistret Kulaijaya di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan


berkaitan dengan aduan yang dikemukakan oleh COW3 kepada pihak polis.
Pihak Menuntut menyatakan bahawa kes tersebut telah diselesaikan pada
26.12.2012 di mana keputusannya Pihak Menuntut adalah dilepaskan dan

19

dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri. Pengesahan pembebasan


tersebut dapat dilihat melalui surat daripada Mahkamah Majistret Kulaijaya
bertarikh 09.01.2013 di CLB2.
15.

Seterusnya, Pihak Menuntut juga mengemukakan seorang saksi iaitu

CLW2 yang mengesahkan bahawa surat di halaman 25 hingga 26 CLB1 telah


ditulis oleh beliau kepada Pihak Menuntut. Di dalam surat tersebut bertarikh
12.09.2012 CLW2 mengesahkan ada meminta bantuan bagi cleaner yang
bertugas di tempat Pihak Menuntut diminta bertugas di Bank Muamalat yang
mana ketika itu CLW2 adalah Pengurus Cawangan tersebut.
Penilaian Keterangan dan Undang-Undang
16.

Adalah

jelas

dan

nyata

berdasarkan

kepada

pertuduhan

yang

dikemukakan kepada Pihak Menuntut di dalam notis siasatan dalaman di


halaman 21 CLB1 serta nota siasatan dalaman dan keterangan-keterangan
yang dikemukakan, Pihak Menuntut telah dituduh melakukan satu kesalahan
yang melibatkan gangguan seksual. Jika diteliti kepada peraturan syarikat yang
diakui oleh Pihak Menuntut di halaman 158 COB1 jelas menunjukkan peraturan
syarikat yang menghalang kakitangan syarikat dari terlibat di dalam kejadian
gangguan seksual. Ia menyatakan seperti berikut:

20

xviii. An employee shall not commit gross indecency or immoral


acts or be involved in any act of sexual harassment;
Adalah tidak dapat dinafikan bahawa sesebuah syarikat perlu memandang
serius kepada kegiatan yang boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual. Ia
bagi membolehkan kakitangan yang berlainan jantina di sesebuah organisasi
dapat dijamin keselesaan dan keselamatannya semasa menjalankan tugas di
samping maruah masing-masing terpelihara. Dalam konteks ini, adalah didapati
bahawa kesalahan gangguan seksual adalah sesuatu yang dipandang serius.
Ini dapat dilihat melalui pandangan yang dikemukakan oleh Mahkamah Rayuan
di dalam kes Mohd Ridzwan Abdul Razak v. Asmah Hj Mohd Nor [2015] 4
CLJ 295 di halaman 306 di mana Y. A. Hakim Zaharah Ibrahim menyatakan
seperti berikut:
[41] In the absence of statutory provisions on sexual harassment,
the question that we needed to ask was: could acts of
sexual harassment be allowed to be inflicted on a person
without any sanction on the perpetrator?
[42] We were of the considered view that where the acts of sexual
harassment were serious enough so as to cause adverse
psychological effect on the victim, those acts would fall
within the tort of intentionally causing nervous shock similar

21

to that in Wilkinson v. Downton [1897] 2 QB 57.


Malahan mahkamah juga di dalam kes tersebut menekankan tentang
keseriusan kesalahan gangguan seksual tersebut sehingga menyebabkan
kerajaan Malaysia memperkenalkan kod berkenaan dengannya. Y. A. Hakim
menyatakan di halaman 304 seperti berikut:
[34] The Malaysian Government had accepted that sexual
harassment in the workplace, especially, is to be abhorred. In
1999 a Code of Practice on the Prevention and Eradication of
Sexual Harassment in the Workplace was formulated by the
Government and employers were urged to adopt it. While the
Code has no force of law, it signalled the change in the mindset of
the authorities on sexual harassment in the workplace.
Ini ditambah pula dengan pindaan yang dibuat kepada Akta Kerja 1955 dengan
memasukkan bahagian XVA yang secara khusus memperuntukkan berkaitan
dengan gangguan seksual pada tahun 2012. Oleh yang demikian, adalah tidak
syak lagi bahawa kesalahan berkaitan dengan gangguan seksual adalah
sesuatu yang perlu dipandang serius oleh mahkamah bagi memastikan
keharmonian perhubungan perusahaan di sesebuah organisasi.

22

16.

Di dalam kes ini, keterangan yang dikemukakan oleh COW3 yang

memperincikan kejadian yang dilakukan oleh Pihak Menuntut kepadanya tidak


dapat disokong oleh saksi-saksi mata yang melihat kejadian tersebut. COW5
dan COW6 adalah merupakan saksi yang mendengar COW3 menceritakan apa
yang dilakukan oleh Pihak Menuntut kepada COW3. COW5 dan COW6 hanya
mengetahui berkenaan kejadian tersebut selepas daripada kejadian setelah
diberitahu oleh COW3. Oleh yang demikian, mahkamah perlu melihat sama ada
keterangan COW3 adalah suatu yang boleh dipercayai atau sebaliknya.
17.

Adalah tidak dapat dinafikan bahawa kejadian yang melibatkan COW3

dan Pihak Menuntut hanya berdasarkan kepada keterangan COW3 dan Pihak
Menuntut. COW3 mendakwa kejadian itu telah berlaku sementara Pihak
Menuntut pula menafikan kejadian tersebut. Keterangan COW4, COW5 dan
COW6 adalah dibuat berdasarkan pemberitahuan COW3. Pada masa yang
sama, Pihak Responden juga telah mengemukakan salinan CCTV untuk diteliti
oleh mahkamah. Namun mahkamah mendapati CCTV tersebut tidak dapat
menunjukkan kelakuan Pihak Menuntut terhadap COW3 seperti yang didakwa
telah dilakukan olehnya ke atas COW3. Hakikat sebenarnya apa yang berlaku
pada 09.07.2012 hanya diketahui oleh Pihak Menuntut dan COW3. Namun,
mahkamah perlu membuat dapatan berdasarkan keterangan yang dikemukakan

23

berasaskan kepada perimbangan kebarangkalian sama ada salah laku yang


dikatakan telah dilakukan oleh Pihak Menuntut telah dibuktikan oleh Pihak
Responden? Jika diteliti keterangan COW3 dan setelah meneliti lakaran yang
disediakan oleh Pihak Menuntut sendiri di COB3 adalah didapati bahawa
kedudukan Pihak Menuntut dan COW3 adalah tidak berdekatan. Di samping itu,
jika diteliti kepada catatan CCTV pada waktu yang berkenaan adalah didapati
bahawa Pihak Menuntut tidak berada di tempat COW3 berada pada masa yang
sama bagi membolehkan kejadian berlaku. Namun demikian, mahkamah juga
harus menimbangkan apakah alasan yang boleh dikatakan COW3 sengaja
mereka cerita dan memalsukan keterangan berkenaan kejadian tersebut. Ini
ditambah pula dengan keterangan COW6 dengan menyatakan bahawa COW3
telah memberitahu berkenaan kejadian tersebut kepada beliau dalam keadaan
menangis. Pada masa yang sama, tiada juga keterangan yang mencadangkan
bahawa ada sebab lain untuk COW3 memalsukan keterangan terhadap Pihak
Menuntut. Tiada keterangan yang menunjukkan timbul masalah berkaitan
dengan kerja COW3 di premis di mana Pihak Menuntut bekerja selama tempoh
lebih kurang 12 bulan di tempat tersebut.
18.

Pada masa yang sama, mahkamah perlu menimbangkan keterangan

yang menunjukkan bahawa tiada sebarang jeritan COW3 semasa Pihak

24

Menuntut dikatakan melakukan ganggguan seksual tersebut. Sedangkan


keterangan menunjukkan bahawa terdapat pegawai keselamatan di premis di
mana kejadian itu dikatakan berlaku. Ini bermakna jika COW3 menjerit ia akan
menarik perhatian pegawai keselamatan di premis tersebut untuk bertindak.
Namun begitu, mahkamah juga perlu menimbangkan keterangan COW3 yang
menyatakan bahawa beliau tidak menjerit kerana merasa terkejut dengan
perbuatan Pihak Menuntut. Keterangan juga menunjukkan bahawa pada hari
kejadian Pihak Menuntut telah membawa anaknya yang berumur 17 tahun.
Anak beliau berada di dalam bilik Pihak Menuntut. Adakah suatu yang
munasabah untuk Pihak Menuntut melakukan perbuatan yang sedemikian
kepada COW3 di dalam masa anaknya berada di premis yang sama? Ini adalah
kerana jika perbuatan Pihak Menuntut terhadap COW3 pada hari tersebut dapat
diketahui oleh anak beliau sudah tentu ia akan menimbulkan masalah kepada
Pihak Menuntut. Apakah Pihak Menuntut boleh mengambil risiko yang
sedemikian dengan melakukan gangguan seksual kepada COW3 pada hari di
mana anak lelakinya berada di premis tersebut? Selain daripada itu, mahkamah
juga perlu menimbangkan keterangan COW3 bahawa beliau tidak memberitahu
kejadian tersebut kepada suaminya kerana bimbangkan tindak balas suaminya
yang panas baran. Namun, keterangan menunjukkan bahawa COW4 iaitu
suami COW3 telah pergi berjumpa dengan Pihak Menuntut di pejabat bagi

25

membincangkan kejadian tersebut. COW4 juga menyatakan di dalam


keterangannya di mahkamah bahawa Pihak Menuntut telah mengakui
berkenaan kejadian tersebut. Walau bagaimanpun, dakwaan COW4 bahawa
Pihak Menuntut telah mengaku akan kejadian tersebut tidak disokong oleh
sebarang keterangan. Ia dapat difahami oleh mahkamah kerana pertemuan di
antara COW4 dan Pihak Menuntut hanya melibatkan mereka berdua sahaja.
Oleh yang demikian, adalah mustahil untuk mahkamah mengharapkan COW4
boleh mengemukakan sebarang saksi bagi menyokong dakwaan bahawa Pihak
Menuntut telah mengakui gangguan seksual terhadap COW3.
19.

Selain daripada itu, mahkamah perlu meneliti keterangan COW5 yang

telah diberitahu oleh COW3 berkenaan kejadian tersebut pada 09.07.2012.


COW5 telah mengambil langkah proaktif dengan datang awal pada
keesokannya bagi menemani COW3 untuk mengelakkan daripada sebarang
tindakan yang tidak wajar oleh Pihak Menuntut terhadap COW3. COW5 adalah
merupakan salah seorang pengurus di syarikat Responden yang bekerja
bersama-sama dengan Pihak Menuntut. Namun tiada keterangan yang
menunjukkan bahawa COW5 setelah menerima maklumat daripada COW3
telah membuat laporan rasmi kepada pihak pengurusan syarikat Responden
berkenaan aduan tersebut. Ini dapat difahami disebabkan COW3 bukanlah

26

merupakan pekerja kepada syarikat tetapi adalah pekerja kepada syarikat yang
diuruskan oleh COW6. Oleh yang demikian, sudah pasti COW5 boleh
menjadikan

alasan

tersebut

untuk

menyokong

tindakannya

tidak

mengemukakan sebarang aduan kepada syarikat setelah menerima maklumat


daripada COW3. Pada masa yang sama, mahkamah juga mendapati tiada
keterangan yang menunjukkan COW5 telah melaporkan serta merta kepada
COW6 yang merupakan majikan COW3. Malahan keterangan menunjukkan
COW3 sendiri memaklumkan kejadian tersebut kepada COW6 di dalam
pertemuannya pada 10.07.2012. Hal tersebut telah dinyatakan oleh COW3
kepada COW6 setelah permohonan cutinya yang panjang ditolak oleh COW6.
Dalam erti kata lain, COW3 tidak mengemukakan laporan kepada COW6
sebaik-baik sahaja bertemu dengan COW6 tetapi menunggu sehingga
permohonan cutinya ditolak barulah memaklumkan kepada COW6 berkenaan
kejadian tersebut. Persoalannya ialah jika kejadian gangguan seksual yang
dilakukan oleh Pihak Menuntut kepada COW3 berlaku, ia sudah pasti menjadi
keutamaan COW3 untuk mengemukakan aduan kepada COW6. Ini adalah
disebabkan gangguan seksual tersebut melibatkan maruah COW3. Pada masa
yang sama, mahkamah perlu mengambil perhatian bahawa kelewatan COW3
untuk mengemukakan laporan tidak boleh dijadikan alasan untuk menyatakan
bahawa kebolehpercayaan keterangan COW3 berkenaan kejadian tersebut

27

boleh dipertikaikan. Ini adalah disebabkan kejadian yang menimpa COW3


adalah sesuatu yang melibatkan maruah beliau. Oleh itu, sudah tentu seboleh
mungkin COW3 tidak ingin kejadian tersebut diketahui oleh mana-mana pihak
tanpa perlu COW3 mengemukakan aduan tersebut. Dalam konteks ini, COW3
perlu memberikan aduan kepada COW6 bagi menjelaskan mengapa COW6
perlu mempertimbangkan cuti yang panjang kepada COW3. Apa yang jelas
ialah selepas COW3 memberikan maklumat kepada COW6, atas nasihat COW6
beliau telah mengemukakan laporan polis berkenaan kejadian tersebut. Hasil
daripada laporan tersebut Pihak Menuntut telah dituduh di mahkamah di bawah
seksyen 354 Kanun Keseksaan. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa Pihak
Menuntut telah dibebaskan dan dilepaskan tanpa dipanggil membela diri.
20.

Dalam kes ini mahkamah perlu berhati-hati dan tidak menjadikan

pembebasan di Mahkamah Jenayah sebagai alasan untuk menyatakan bahawa


Pihak Menuntut tidak melakukan salah laku tersebut. Ini adalah disebabkan di
dalam kes jenayah beban pembuktian yang perlu dibuktikan adalah pada tahap
melampaui keraguan yang munasabah. Sedangkan dalam kes di mahkamah ini
tahap pembuktiannya hanya di peringkat perimbangan kebarangkalian. Ini telah
dinyatakan di Mahkamah Rayuan di dalam kes Telekom Malaysia Kawasan
Utara v. Krishnan Kutty Sanguni Nair & Anor [2002] 3 CLJ 314 seperti

28

berikut:
Thus, we can see that the preponderant view is that the Industrial
Court, when hearing a claim of unjust dismissal, even where the
ground is one of dishonest act, including theft, is not required to
be satisfied beyond reasonable doubt that the employee has
committed the offence, as in a criminal prosecution. On the
other hand, we see that the courts and learned authors have used
such terms as solid and sensible grounds, sufficient to measure
up to a preponderance of the evidence, whether a case... has
been made out, on the balance of probabilities and evidence
of probative value. In our view the passage quoted from
Administrative Law by H.W.R. Wade & C.F. Forsyth offers the
clearest statement on the standard of proof required, that is the
civil standard based on the balance of probabilities, which is
flexible, so that the degree of probability required is proportionate
to the nature of gravity of the issue. But, again, if we may add,
these are not passwords that the failure to use them or if some
other words are used, the decision is automatically rendered bad
in law.
The Industrial Court should be allowed to discharge its functions
as it was intended to be by statute. The Industrial Court should be
more flexible to enable it to regulate the relations between
employers and workmen and to prevent and settle differences
and disputes arising from their relationship. That is what it is
meant to be.

29

21.

Pada masa yang sama, mahkamah juga perlu meneliti apakah yang

dimaksudkan dengan perimbangan kebarangkalian yang perlu dilaksanakan


oleh Pihak Responden di dalam kes ini. Ini adalah disebabkan adalah menjadi
tanggungjawab Pihak Responden untuk menunjukkan bahawa pembuangan
kerja Pihak Menuntut adalah adil dan beralasan. Sebelum itu, Pihak Responden
juga perlu terlebih dahulu membuktikan terdapatnya salah laku yang dilakukan
oleh Pihak Menuntut. Mahkamah Rayuan di United Kingdom di dalam kes
Abrath v. The North Eastern Railway Company 11 Q.B.D., 440 menyatakan
seperti berikut:
I been reasonable inquiry as to the truth of the case, and if the
plaintiff gives evidence which, unless it be answered, ought to
lead the jury to the conclusion that there has been a want of
reasonable inquiry, and if the defendant gives no evidence at all,
the jury ought to find the question in favour of the plaintiff. I further
agree that if the defendant gives evidence of facts which he
desires to prove, it lies upon him to satisfy the jury that the
circumstances alleged in his evidence are correct. But then it is
contended (I think fallaciously), that if the plaintiff has given prima
facie evidence, which, unless it be answered, will entitle him to
have the question decided in his favour, the burden of proof is
shifted on to the defendant as to the decision of the question
itself. This contention seems to be the real ground of the decision

30

in the Queens Bench Division. I cannot assent to it. It seems to


me that the propositions ought to be stated thus : the plaintiff may
give prima facie evidence which, unless it be answered either by
contradictory evidence or by the evidence of additional facts,
ought to lead the jury to find the question in his favour: the
defendant may give evidence either by contradicting the plaintiffs
evidence or by proving other facts: the jury have to consider upon
the evidence given upon both sides, whether they are satisfied in
favour of the plaintiff with respect to the question which he calls
upon them to answer; if they are, they must find for the plaintiff;
but if upon consideration of the facts they come clearly to the
opinion that the question ought to be answered against the
plaintiff, they must find for the defendant. Then comes this
difficulty-suppose that the jury, after considering the evidence, are
left in real doubt as to which way they are to answer the question
put to them on behalf of the plaintiff: in that case also the burden
of proof lies upon the plaintiff, and if the defendant has been able
by the additional facts which he has added to bring the minds of
the whole jury to a real estate of doubt, the plaintiff has failed to
satisfy the burden of proof which lies upon him.
Prinsip di dalam kes Abrath telah diterima pakai oleh mahkamah di Malaysia di
dalam kes Selvaduray v. Chinniah [1939] 8 MLJ 253 di halaman 255 di mana
Terrell, Ag. C. J. telah menyatakan seperti berikut:

31

Applying the principles laid down by the Court of Appeal in the


above case, it is clear that the onus is on the plaintiff to prove his
case. After the conclusion of the whole case there must be some
preponderance in his favour. It may be true that the plaintiff
established a prima facie case, but at the conclusion of the trial
the learned Judge has found that the position was exactly even,
ie, that any preponderance in the plaintiffs favour had
disappeared. That being the case the plaintiff must necessarily
fail, as he has not discharged the onus which is upon him. No
doubt the defendant would equally have failed if he had been the
claimant and had tried to establish, as a substantive part of his
case, the alternative version which he tried to prove in answer to
that of the plaintiff. But as he was not the claimant, that
consideration is quite immaterial. It is quite sufficient for his
purpose if he can satisfy the Court that the plaintiff has not
established his case and the learned Judge has so found.
22.

Di dalam kes ini mahkamah perlu memberi perhatian bahawa Pihak

Responden hanya dikehendaki pada peringkat perimbangan kebarangkalian


untuk membuktikan salah laku Pihak Menuntut. Persoalannya adakah
berdasarkan keterangan COW3 iaitu mangsa gangguan seksual yang dikatakan
dilakukan oleh Pihak Menuntut dan keterangan COW5 dapat melepaskan
beban pembuktian Pihak Responden di dalam kes ini? Apa yang nyata ialah
COW3 dalam keterangannya menjelaskan apakah yang telah dilakukan oleh

32

Pihak Menuntut ke atasnya. Mahkamah mendapati tiada saksi mata yang


melihat kejadian di antara Pihak Menuntut dan COW3. Ini bermakna mahkamah
perlu menimbangkan keterangan-keterangan sokongan lain bagi menyokong
keterangan COW3 tersebut seperti yang telah dinyatakan di dalam kes Jennico
Associates Sdn. Bhd. v. Lilian Therera De Costa & Anor [1998] 3 CLJ 583.
Apakah keterangan COW5, COW6 dan COW4 iaitu suami kepada COW3 dapat
menyokong keterangan COW3? Mahkamah berpendapat bahawa keterangan
COW3 berkenaan kejadian tersebut tidak dapat berdiri dengan sendiri
melainkan memerlukan sokongan daripada keterangan-keterangan yang lain.
Ini adalah disebabkan tiada tindakan yang dilakukan oleh COW3 yang boleh
menunjukkan bahawa kejadian itu telah dilakukan oleh Pihak Menuntut seperti
COW3 menjerit atau meminta pertolongan semasa kejadian tersebut. Pada
masa yang sama juga, mahkamah perlu melihat CCTV yang dikemukakan dan
perlu juga mengambil kira keterangan bahawa COW3 ada membuat laporan
polis berkenaan kejadian tersebut setelah dinasihatkan oleh COW6 untuk
membuat laporan polis tersebut. Dalam erti kata lain, mahkamah perlu melihat
keseluruhan keterangan-keterangan tersebut bagi memperolehi sokongan
kepada keterangan COW3. Dalam konteks ini adalah wajar sekiranya
mahkamah meneliti prinsip berkenaan dengan keterangan sokongan di bawah
undang-undang keterangan bagi membolehkan ianya digunakan di dalam kes

33

ini. Hal ini telah dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Dato Dr.
Seri Anwar Ibrahim v. Public Prosecutor [2015] 2 CLJ 145 seperti berikut:
[72] We now turn to the issue of corroboration of PW1s evidence.
[73] The law on corroboration of the evidence of a victim in a
sexual offence is settled in our jurisdiction. In this regard, the
Court of Appeal had correctly addressed the law by referring to
various authorities both here and in other Commonwealth
jurisdictions. As a matter of practice and prudence, not of law,
corroboration is normally required in a sexual offence. Where
corroboration is dispensed with, and the complainants evidence
is accepted as having established the case against an accused,
the judge as a matter of law is required to warn himself of the
danger of convicting on the uncorroborated evidence of the
complainant. This requirement of the law is aptly put by Robert CJ
in PP v. Emran Nasir [1986] 1 LNS 69; [1987] 1 MLJ 166 in the
following words:
I warn myself that, on a charge of rape, it is dangerous to convict
on the evidence of the complainant alone, since experience has
shown that female complainants have told false stories for various
reasons. However, it is open to me, giving full weight to the
warning that it is dangerous for me to convict without
corroborative evidence, if I conclude that the complainant is,
without doubt, speaking the truth.

34

The case also propounded that To amount to corroboration the


evidence must confirm to some important respect to the girls
evidence that intercourse took place... and that it was the
defendant who committed the offence. Although the case
pertains to a female victim in a rape case it is equally applicable
to a male victim in a sodomy case, such as in this appeal.
[74] It was submitted by the prosecution that the evidence of
PW1, even without any corroboration is credible and probable,
and on its own was sufficient to prove the charge against the
appellant. His evidence, it was argued, is akin to that of a female
rape victim who will not ordinarily stake her reputation by
levelling a false charge concerning her chastity (a phrase taken
from State of Maharashtra v. Chandraprakash Kewalchand Jain,
AIR [1990] 1 SCC 550). Similarly, for PW1 to come out publicly to
testify that he had been sodomised would obviously subject him
and his family to ridicule. There was therefore no reason for him
to level a false accusation against the appellant as the stigma will
remain for his lifetime.
[75] This

proposition

is

supported

by

passage

in

Chandraprakash Kewalchand Jain where the Supreme Court of


India stated:
A prosecutrix of a sex offence cannot be put on par with an
accomplice. She is in fact a victim of the crime. The Evidence Act
nowhere says that her evidence cannot be accepted unless it is
corroborated in material particulars...

35

What is necessary is that the court must be alive to and conscious


of the fact that it is dealing with the evidence of a person who is
interested in the outcome of the charge levelled by her. If the
court keeps this in mind and feels satisfied that it can act on the
evidence of the prosecutrix, there is no rule of law or practice
incorporated in the Evidence Act similar to illustration (b) to
Section 114 which requires it to look for corroboration. If for some
reason the court is hesitant to place implicit reliance on the
testimony of the prosecutrix it may look for evidence which may
lend assurance to her testimony short of corroboration required in
the case of an accomplice.
[76] Similarly, our Evidence Act does not require any
corroboration in sexual offences and a conviction for such
offences may rest entirely on the credibility of the complainant.
The need for corroboration remains a rule of good practice and
prudence as stated by Thomson LP in Din v. PP [1964] 1 LNS 33;
[1964] MLJ 300, who opined:
But the desirability for corroboration of the evidence of the
prosecutrix in a rape case (which in any event has not yet
crystallized into something approaching a rule of law and which is
still a rule of practice and of prudence) springs not from the nature
of the witness but from the nature of the offence. Never has it
been suggested that the evidence of a woman as such invariably
calls for corroboration. If a woman says her handbag has been
snatched and if she is believed there can be no question of a
conviction on such evidence being open to attack for want of

36

corroboration. If, however, she complains of having been raped


then both prudence and practice demand that her evidence
should be corroborated.
[77] Similarly, in PP v. Mardai [1949] 1 LNS 65; [1950] 16 MLJ
33, Spenser Wilkinson J had occasion to say:
Whilst there is no rule of law in this country that in sexual offences
the

evidence

of

the

complainant

must

be

corroborated;

nevertheless it appears to me, as a matter of common sense, to


be unsafe to convict in cases of this kind unless either the
evidence of the complainant is unusually convincing or there is
some corroboration of the complainants story. It would be
sufficient, in my view, if that corroboration consisted only of a
subsequent complaint by the complainant herself provided that
the statement implicated the accused and was made at the first
reasonable opportunity after the commission of the offence.
(emphasis added)
[78] The unusually convincing test was explained in PP v.
Mohammed Liton Mohammed Syeed Mallik [2008] 1 SLR 601 in
the following words:
... testimony that, when weighed against the overall backdrop of
the available facts and circumstances, contains that ring of truth
which leaves the court satisfied that no reasonable doubt exists in
favour of the accused.
[79] The Indian Supreme Court in State of Kerala v. Kurissum

37

Moottil Antony [2007] AIR SCW 1507 took a similar stand that
corroboration is not a pre-condition to secure a conviction in
sexual offences. What is required is that a judge must be
conscious, as a matter of prudence, that in some instances it is
necessary to have corroboration. It opined:
Corroboration is not the sine qua non for conviction in a rape
case...
The rule, which according to the cases has hardened into one of
law, is not that corroboration is essential before there can be a
conviction but that the necessity of corroboration, as a matter of
prudence, except where the circumstances make it safe to
dispense with it, must be present to the mind of the judge...
[80] That case also decided that the same principle applies to a
case under s. 377 of the Indian Penal Code the equipollent of our
s. 377A of the Penal Code.
[81] A judge is entitled in law to convict even without corroboration
if convinced of the truth of a complainants evidence (Chiu Nang
Hong v. PP [1964] 1 LNS 24; [1965] 1 MLJ 40 PC). If the
evidence of a complainant in a sexual offence inspires confidence
then it should be relied upon without the need of corroboration. It
has been said that a refusal by the courts to convict based on the
testimony of a victim of a sexual offence alone in the absence of
corroboration, amounts to adding insult to injury (Bharwada
Bhoginbhai Hirjibhai v. State of Gujarat [1983] SC 753).

38

[82] Corroboration is independent evidence which implicates the


accused by connecting or tending to connect him with the crime
(The King v. Baskerville [1916] 2 KB 658). This may be in the form
of independent witnesses or medical evidence (Syed Abu Tahir
Mohamed Esmail v. PP [1988] 1 LNS 126; [1988] 3 MLJ 485) or
other scientific evidence such as DNA profiling.
23.

Oleh yang demikian, di dalam kes ini mahkamah perlu melihat keterangan

bebas daripada COW4, COW5 dan COW6 serta rakaman CCTV yang
dikemukakan. Mahkamah telah melihat salinan CCTV tersebut terutamanya di
antara waktu 08:03 sehingga 08:09 dan hanya mendapati bahawa pergerakan
keluar masuk individu yang disahkan sebagai Pihak Menuntut. Namun, tiada
rakaman CCTV menunjukkan apakah yang berlaku di kawasan di mana Pihak
Menuntut dikatakan telah melakukan gangguan seksual kepada COW3. Walau
bagaimanpun, ia tidak dapat dinafikan bahawa CCTV tersebut mengesahkan
bahawa Pihak Menuntut berada di kawasan tersebut dalam jangkamasa yang
dinyatakan di dalam pertuduhan. Namun, ia masih hanya dapat menunjukkan
pergerakan Pihak Menuntut sahaja tanpa sebarang petanda Pihak Menuntut
telah keluar dengan tergesa-gesa setelah melakukan gangguan seksual seperti
yang didakwa oleh COW3. Ia hanyalah merupakan pengesahan pada tarikh
tersebut dan masa yang dinyatakan Pihak Menuntut berada di tempat kejadian.

39

Persoalannya adakah ia dapat menyokong perlakuan Pihak Menuntut terhadap


COW3? Jika diteliti keterangan COW3 berkenaan cara Pihak Menuntut
melakukan gangguan seksual kepadanya ia sudah pasti akan menunjukkan
Pihak Menuntut keluar dari kawasan tersebut dalam keadaan yang
mencurigakan. Namun mahkamah mendapati hal yang demikian tidak
digambarkan melalui CCTV tersebut. Oleh itu, adalah sukar untuk menyatakan
bahawa keterangan CCTV itu dapat menyokong dan membantu keterangan
COW3 berkenaan kejadian tersebut.
24.

Seterusnya, berkenaan keterangan COW5 dan COW6 adalah didapati

bahawa mereka mendengar maklumat mengenai kejadian tersebut melalui


COW3. Apa yang dinyatakan dalam kenyataan COW5 dan COW6 adalah
berpunca daripada maklumat yang diberikan oleh COW3. Apa yang dapat dilihat
daripada keterangan COW5 dan COW6 tersebut ialah ia hanya mengesahkan
bahawa mereka telah menerima maklumat berkenaan kejadian tersebut
daripada COW3. COW5 dalam keterangannya pula menyatakan bahawa beliau
tidak mengambil tindakan serta merta setelah mendapat maklumat daripada
COW3. COW5 tidak mengambil tindakan dengan menghubungi pegawai atasan
syarikat bagi memaklumkan dakwaan COW3 tersebut. Sementara itu, COW6
hanya mengetahui kejadian tersebut daripada COW3 setelah beliau berjumpa

40

dengannya

pada

keesokan

harinya.

Ia

timbul

setelah

COW6

tidak

membenarkan COW3 memohon cuti yang panjang sehingga menyebabkan


COW3

menceritakan

kejadian

tersebut

kepada

COW6.

Secara

perbandingannya, adalah didapati bahawa maklumat yang diberikan oleh


COW3 kepada COW5 dan COW6 adalah konsisten. Walaupun tidak dinafikan
bahawa semasa COW3 menyampaikan kepada COW5, COW3 didapati
menangis dan COW3 hanya memberikan maklumat itu kepada COW6 setelah
beliau dihalang daripada bercuti panjang. Namun hakikatnya, keterangan
COW3 kepada COW5 dan COW6 menyatakan bahawa Pihak Menuntut telah
melakukan gangguan seksual kepada COW3. Selain daripada itu, mahkamah
juga perlu meneliti keterangan yang menunjukkan anak kepada Pihak Menuntut
berada di pejabat pada masa tersebut. Oleh yang demikian, adalah tidak
munasabah untuk Pihak Menuntut melakukan gangguan seksual tersebut pada
masa itu. Ini ditambah pula dengan ketiadaan jeritan atau tindakan COW3 yang
boleh dikategorikan sebagai tidak bersetuju dengan tindakan Pihak Menuntut
seperti yang terdapat di dalam kes Zulkifflee Jusoh v. Etiqa Takaful Berhad
[2014] 4 ILR 59. Pengerusi Mahkamah Perusahaan di dalam kes tersebut telah
membuat dapatan fakta berdasarkan keterangan seperti berikut:

41

[45] Setelah

meneliti

prinsip

undang-undang

mengenai

keterangan sokongan maka kini adalah wajar untuk mahkamah


melihat keterangan oleh responden khususnya oleh pengadu,
COW2 iaitu rakan sekerja COW1. Berkenaan kejadian gangguan
seksual, COW2 menyatakan dalam

keterangan utamanya

bahawa sekitar November 2010 semasa COW2 bertugas di


kaunter 4 di aras bawah, COW2 mendengar jeritan COW1 yang
agak kuat dan selepas itu COW2 menuju ke arah COW1 untuk
memeriksa

apa

yang

terjadi

terhadapnya.

COW1

memberitahunya sambil menangis bahawa yang menuntut telah


melakukan gangguan seksual terhadapnya dengan meraba buah
dadanya dengan kuat. COW1 berada dalam keadaan terkejut dan
sedang menangis. Dalam pemeriksaan semula COW1 memberi
keterangan seperti berikut:
S4:

Apakah tindakan anda apabila yang menuntut meraba?

J:

Saya menangis dan menjerit.

[46] Memandangkan keterangan dan kebolehpercayaan keduadua COW1 dan COW2 yang tidak dicabar, mahkamah ini
memutuskan bahawa keterangan mereka adalah keterangan
yang mencukupi untuk membuktikan salah laku ke atas yang
menuntut.
Pada masa itu, Pihak Menuntut boleh menjerit atau melarikan diri dari tempat
tersebut tetapi COW3 tidak melakukan sedemikian.

42

25.

Selain daripada itu, di dalam kes ini mahkamah perlu berhati-hati dengan

keterangan yang menunjukkan bahawa Pihak Menuntut telah dibebaskan


daripada tuduhan di Mahkamah Jenayah terhadap tuduhan di bawah Seksyen
354 Kanun Keseksaan. Adakah keputusan tersebut menunjukkan bahawa Pihak
Menuntut sebenarnya telah tidak dibuktikan melakukan kesalahan seperti yang
dikemukakan oleh Pihak Responden kepada Pihak Menuntut? Adalah tidak
dinafikan bahawa bagi kes kesalahan jenayah beban pembuktiannya adalah
lebih tinggi jika dibandingkan kes di Mahkamah Perusahaan yang mana
bebannya hanyalah pada peringkat perimbangan kebarangkalian. Selain
daripada itu, mahkamah turut melihat sejauh manakah keputusan Mahkamah
Jenayah itu mempunyai kesan di Mahkamah Sivil termasuklah Mahkamah
Perusahaan. Ini telah dapat dilihat di dalam kes She Eng Gek v. DA De Silva
[1957] MLJ 55. Sebenarnya, prinsip yang menyatakan bahawa Mahkamah Sivil
adalah tidak terikat dengan dapatan atau keputusan yang dibuat oleh
Mahkamah Jenayah adalah dinyatakan dalam kes Hollington v. Hewthorn &
Co. Ltd. [1943] 2 All ER 35 di mana Y. A. Hakim Goddard, L.J. menyatakan
antara lain di halaman 43 seperti berikut:
In many, perhaps in most, cases the correctness of the conviction
would not be questioned; but where it is, only by a retrial on the
same evidence can its value be assessed. However convenient
the other course may be, it is, in our opinion, safer in the interests

43

of justice that on the subsequent trial the court should come to a


decision on the facts placed before it, without regard to the result
of other proceedings before another tribunal.
Prinsip di dalam kes Hollington tersebut telah diterima pakai juga di dalam kes
Ong Tee Chor v. Lee Bee Tong [1976] 1 MLJ 187 dan DP Vijandran v. Karpal
Singh & Ors [2000] 3 MLJ 22. Malahan, Mahkamah Rayuan pada 29.05.2015
telah menjelaskan rasional prinsip di dalam kes Hollington dan pemakaiannya
dalam konteks seksyen 43 Akta Keterangan 1950. Ini dinyatakan di dalam kes
Datuk S. Nallakaruppan & 2 Lagi v. Datuk Seri Anwar bin Ibrahim Rayuan
No: W-02(IM)(NCVC)-153-01/2013. Di dalam kes tersebut ia melibatkan
tindakan pihak plaintif berkaitan dengan tuntutan fitnah. Pihak defendan dalam
kes tersebut di dalam pernyataan pembelaannya telah menyatakan bahawa
mereka bergantung dengan sabitan plaintif terhadap tiga (3) pertuduhan amalan
rasuah di bawah seksyen Emergency (Essential Powers) Ordinance No. 22 of
1970 pada 24.04.1998. Begitu juga, pihak defendan bergantung kepada
pernyataan keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Dato Seri Anwar
bin Ibrahim v. PP & Anor [2004] 3 MLJ 405 yang menyatakan bahawa
terdapat keterangan yang menunjukkan pihak plaintif terlibat di dalam kegiatankegiatan homoseksual walaupun pihak plaintif telah berjaya dalam rayuan di

44

Mahkamah Persekutuan terhadap sabitan kesalahan liwat di bawah seksyen


377B Kanun Keseksaan. Hakim Mahkamah Rayuan telah menyatakan
berkenaan dengan prinsip di dalam kes Hollington seperti berikut:
[22]

The rational underlying s. 43 can be gleaned from the statement in

Hollingtons case (supra) which is as follows: The Court which has to


tr y the claim for dam ages knew nothing of the evide nce that was
befor e the cr im inal cour t. I t cannot know what ar gu m ents wer e
addr es s ed to the cour t or what influence the cour t in ar r iving at its
decision. Moreover, the issue in the criminal proceeding in not identical
with that raised in claim for damages.. In other words, as said in the
Indian case of Gopalkrishna Gupthan v. Annmalu Ammal AIR
[1972] KER 196:
... it is the duty of the court to scrutinize the soundness or validity of
opinion evidence exercising its own independent jud gment. In the case
of a previous judgment such scrutiny is impossible because the court
trying the subsequent case cannot reopen the case a nd hear it on the
merits as if the court is hearing an appeal or is r etrying the previous
cas e on fr es h evide nce. The cour t in the s ubs equent cas e has to
decide it on th e m a ter ials befor e it ex e r cis ing its own independent
judgm ent. . . .
[23]

In the face of overwhelming authorities locall y and from foreign

jurisdictions in particular UK (before the statutor y intervention) and


India that had been considered by the learned Judicial Commissioner
that a judgment in a criminal case cannot be used as proof of a fact in
issue in a civil case for claim for damages, we are inclined, as the

45

learned Judicial Commissioner did, to agree with the above statement.

[24]

Therefore, with regard to the defendants defence of justification,

we are in agreement with the learned Judicial Commissioner that s. 43


of the Evidence Act would be a bar to the defendants to rely on the
judgment or order or decree of another court proceeding more so it is a
criminal proceeding.

26.

Oleh yang demikian, mahkamah tidak seharusnya dipengaruhi dengan

dapatan Mahkamah Majistret yang membebaskan Pihak Menuntut dari


pertuduhan jenayah di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan. Sebaliknya
mahkamah perlu memutuskan kes ini berdasarkan kepada keterangan yang
dikemukakan oleh saksi-saksi dan keterangan-keterangan lain di mahkamah ini.
Ini ditambah pula dengan hakikat bahawa beban pembuktian di Mahkamah
Perusahaan adalah sama dengan beban pembuktian di dalam kes sivil iaitu
perimbangan kebarangkalian, sedangkan di Mahkamah Jenayah beban
pembuktian adalah melampaui keraguan yang munasabah.
27.

Apa yang jelas daripada keterangan Pihak Responden ialah COW3

menjelaskan apakah yang telah dilakukan oleh Pihak Menuntut terhadapnya


kepada COW5 dan COW6. Selain daripada itu, keterangan juga menunjukkan
COW4 iaitu suami COW3 telah berjumpa dengan Pihak Menuntut. Di samping
itu, laporan polis juga telah dibuat. COW3 juga telah dikemukakan soalan

46

bertalu-talu semasa pemeriksaan balas berkenaan dengan kejadian gangguan


seksual tersebut tetapi tetap menyatakan Pihak Menuntut telah melakukan
gangguan seksual terhadapnya. Mahkamah perlu menimbangkan adakah
munasabah keterangan yang diberikan oleh COW3 berkenaan dengan kejadian
tersebut. Ini ditambah pula tiada keterangan yang menunjukkan COW3 menjerit
atau cuba meminta pertolongan semasa Pihak Menuntut dikatakan melakukan
gangguan seksual terhadapnya. Pada masa yang sama, mahkamah juga perlu
menimbangkan adakah COW3 sanggup mengemukakan laporan polis
berkenaan kejadian tersebut serta menceritakannya kepada COW5 dan
COW6? Adakah COW3 merekapalsu berkenaan kejadian tersebut? Ini adalah
disebabkan pendedahan COW3 berkenaan kejadian tersebut kepada COW5
dan COW6 serta suaminya iaitu COW4 akan melibatkan maruah COW3. Pada
masa yang sama, mahkamah juga mendapati tiada keterangan yang
menunjukkan bahawa COW3 mempunyai masalah perhubungan pekerjaan
dengan Pihak Menuntut. Malahan, Pihak Menuntut bukanlah merupakan
majikan COW3. Majikan COW3 adalah COW6. Oleh yang demikian, adalah
sukar untuk menyatakan bahawa COW3 mempunyai motif buruk untuk
mereka palsu keterangan berkenaan dengan kejadian tersebut. Begitu juga
dengan COW6 iaitu majikan COW3 yang mempunyai kontrak pembersihan di
premis pejabat Pihak Menuntut. Dalam hal ini, mahkamah perlu meneliti

47

keterangan yang dikemukakan oleh COW6 yang menyatakan bahawa beliau


ada mengesahkan panggilan telefon kepada Encik Ahmad Badrudin bin Hasan
seperti di dalam halaman 23 CLB1 memaklumkan bahawa Pihak Menuntut telah
mencabul kehormatan pekerjanya di Kulaijaya. Jika diteliti surat tersebut
menyatakan bahawa panggilan tersebut dibuat pada bulan Julai 2012.
28.

Di dalam kes ini, mahkamah sedar bahawa adalah sukar untuk sesuatu

perbuatan gangguan seksual dibuktikan berlaku. Ini adalah disebabkan pada


kebiasaannya, gangguan seksual adalah melibatkan dua (2) orang individu
yang perlakuan gangguan seksual tersebut tidak dilihat oleh pihak ketiga. Oleh
sebab itulah, mahkamah memerlukan keterangan-keterangan sokongan yang
lain bagi mengesahkan kejadian gangguan seksual tersebut. Di antara
keterangan sokongan yang boleh menyokong dakwaan salah laku gangguan
seksual adalah misalnya salinan rakaman CCTV, laporan perubatan, tingkah
laku mangsa selepas kejadian, jeritan mangsa, kecederaan fizikal mangsa,
laporan pakar psikologi mengenai kesan gangguan seksual ke atas mangsa,
emosi mangsa selepas kejadian dan keterangan saksi-saksi yang dimaklumkan
mengenai kejadian tersebut oleh mangsa sebaik-baik sahaja kejadian itu
berlaku. Sepintas lalu, ia seolah-olah menunjukkan bahawa adalah sukar untuk
membuktikan kesalahan gangguan seksual. Malahan, jika keterangan-

48

keterangan sokongan demikian diperlukan oleh mahkamah ia seolah-olah


menunjukkan mahkamah telah meletakkan beban yang tinggi kepada majikan
untuk membuktikan kes gangguan seksual. Jika ini dilakukan ia sudah pasti
akan menggambarkan bahawa keselamatan pekerja-pekerja dari gangguan
seksual adalah sesuatu yang tidak dititikberatkan oleh mahkamah. Namun
demikian, suatu hakikat yang perlu difahami ialah mahkamah memutuskan kes
berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan dan tidak boleh
memutuskan

kes

berdasarkan

anggapan-anggapan

dan

kemungkinan-

kemungkinan tanpa sebarang keterangan. Walaupun Mahkamah Perusahaan


tidak terikat dengan aspek-aspek teknikal undang-undang seperti dinyatakan di
bawah seksyen 30(5) Akta Perhubungan Perusahaan 1967, namun ia tidak
membawa maksud mahkamah bebas membuat dapatan tanpa berdasarkan
keterangan.
29.

Oleh itu, dalam kes ini setelah meneliti keterangan-keterangan yang

dikemukakan oleh Pihak Responden dan Pihak Menuntut adalah didapati


bahawa pada peringkat perimbangan kebarangkalian, Pihak Responden tidak
dapat membuktikan bahawa Pihak Menuntut telah melakukan gangguan
seksual kepada COW3. Oleh yang demikian, mahkamah berpendapat bahawa
pembuangan kerja Pihak Menuntut adalah tidak adil dan tidak beralasan.

49

Remedi
30.

Di dalam kes ini, mahkamah berpendapat bahawa penempatan semula

Pihak Menuntut di tempat asal beliau sebelum dibuang kerja adalah sesuatu
yang tidak wajar dilakukan. Ini adalah disebabkan jenis pertuduhan yang
dilakukan oleh Pihak Responden terhadap Pihak Menuntut adalah sesuatu yang
tidak memungkinkan Pihak Menuntut dapat bekerja dengan sewajarnya di
syarikat Responden. Pada masa yang sama, Pihak Responden juga pasti tidak
dapat menerima Pihak Menuntut kembali ke dalam organisasi syarikat. Ini akan
menimbulkan ketidakharmonian di tempat Pihak Menuntut bekerja. Oleh itu,
adalah wajar sekiranya Pihak Menuntut diberikan pampasan sebagai galang
ganti kepada perlantikan semula. Di samping itu, mahkamah juga mendapati
bahawa Pihak Menuntut di dalam keterangannya menyatakan beliau kini
bekerja sebagai pemandu teksi. Beliau menyatakan telah menganggur selama
satu (1) tahun selepas dibuang kerja. Pihak Menuntut menyatakan seperti
berikut:
S:

Adakah kini sedang bekerja?

J:

Ya, sebagai pemandu teksi. Lebih kurang satu (1) tahun.

Ini bermakna, Pihak Menuntut tidak bekerja setahun sahaja dari tarikh beliau
dibuang kerja. Jawatan akhir Pihak Menuntut ialah Pengurus Cawangan dengan

50

gaji akhir RM5,335.00 sebulan. Oleh itu, bayaran upah kebelakang ialah seperti
berikut:
RM5,335.00 x 12 = RM64,020.00
Pihak Menuntut telah bekerja semenjak dari 08.07.1985 iaitu selama 27 tahun
sebelum dibuang kerja. Oleh yang demikian, mahkamah berpendapat bayaran
galang ganti kepada perlantikan semula ialah:
RM5,335.00 x 27 = RM144,045.00
Jumlah keseluruhan remedi bagi Pihak Menuntut ialah RM208,065.00.
Bayaran kepada Pihak Menuntut hendaklah dibuat dalam tempoh 60 hari dari
tarikh Award ini.

DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH 13HB. JULAI 2015.

(ROSLAN BIN MAT NOR)


PENGERUSI
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA
CAWANGAN JOHOR

51

You might also like