You are on page 1of 32

Tajuk/Tema Karangan Ramalan 2016 (UPSR)

1. Faedah lawatan sambil belajar


Kebanyakan sekolah sering mengadakan lawatan sambil belajar melalui persatuan,
kelab dan sebagainya. Lawatan ini biasanya dianjurkan ke tempat-tempat
_____1____, pusat-pusat pameran dan juga tempat-tempat yang menarik.
Kebiasaannya murid-murid dibawa ke tempat lawatan dengan menaiki bas yang
_____2____khas.
Antara faedah mengikuti lawatan sambil belajar ialah kita dapat
menambahkan pengetahuan. Sebagai contoh, jika kita melawat ke Pusat Sains
Negara, kita akan memperoleh banyak ____3_____ tentang ilmu sains dan teknologi.
Secara tidak langsung, kita dapat menggunakan pengetahuan tersebut dalam mata
pelajaran Sains ketika _____4_____ di dalam kelas.
Selain itu, kita akan dapat memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti
_____5____ sekiranya kita tidak mengikuti lawatan, kita mungkin akan membuang
____6_____ dengan menonton televisyen sahaja atau menghabiskan masa bermain
permainan viseo. Hal ini sudah pasti akan menyebabkan masa kita akan terbuang
dengan _____7______.
Seterusnya kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara guru dan
rakan-rakan. Melalui sesebuah lawatan, kita akan _____8______ dan bekerjasama
antara satu sama lain. Hal ini sudah pasti akan mewujudkan ______9_____ yang lebih
mesra dalam kalangan rakan yang berlainan kelas dan _______10________.
Mengikuti lawatan sambil belajar juga dapat menenangkan fikiran. Contohnya
jika kita melawat ke tempat-tempat peranginan. Suasana yang mendamaikan ini
dapat ______11_____ otak kita setelah penat belajar. Keindahan alam semula jadi
tentu membantu menghilangkan stress.
Kesimpulannya, mengikuti lawatan sambil belajar merupakan aktiviti yang
banyak membawa faedah kepada diri kita. Oleh itu, jika ada ______12______
janganlah melepaskan peluang untuk mengikuti lawatan yang dianjurkan oleh pihak
sekolah.

2. Kepentingan kokurikulum
Contoh 1
Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti luar bilik darjah yang dibimbing oleh guru-guru.
Pelbagai aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah, misalnya aktiviti kelab dan
persatuan, sukan dan permainan serta pasukan beruniform. Oleh yang demikian,
aktiviti kokurikulum perlu disertai oleh murid-murid kerana ada banyak
kepentingannya.

Kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang. Dengan menyertai aktiviti


kokurikulum, kita tiada masa untuk melepak dan bergaul dengan budak-budak
nakal. Secara tidak langsung akan dapat menghindari diri kita daripada terjebak
dengan gajala sosial. Contohnya, jika kita aktif dalam bidang sukan, masa lapang
kita akan diisi dengan latihan yang diselia oleh guru-guru.

Selain itu, kegiatan kokurikulum dapat membentuk disiplin diri. Contohnya, semasa
menyertai aktiviti persatuan, sukan atau unit beruniform, kita akan dilatih menepati
masa, berpakaian kemas dan mematuhi peraturan. Disiplin sangat penting untuk
mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya.

Di samping itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin.
Ada pelbagai jawatan dalam persatuan seperti pengerusi, setiausaha, bendahari,
ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang sesuatu jawatan maka
kita akan belajar menjadi ketua dan menguruskan aktiviti persatuan. Oleh hal yang
demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi
pemimpin.

Seterusnya, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap unit


kokurikulum mempunyai ramai ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti
Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan
berkumpul. Kita boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama
dalam melakukan sesuatu aktiviti. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesama
ahli.

Kesimpulannya, banyak kepentingan kegiatan kokurikulum kepada murid-murid di


sekolah. Oleh itu, pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk
menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anakanak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum.

Contoh 2
Kepentingan Aktiviti Kokurikulum
Semua pejajar di setiap sekolah diwajibkan menyertai aktiviti kokurikulum.
Aktiviti ini dijalankan pada sebelah petang atau pun pada sebelah pagi bagi pelajar
sesi petang. Para pelajar wajib menyertai tiga aktiviti yang dijalankan, iaitu kelab
dan persatuan, unit beruniform dan aktiviti permainan. Kini kegiatan kokurikulum
dilihat sama penting dengan bidang akedemik, malahan ada yang berpendapat
kokurikulum lebih berkesan dalam membentuk EQ seseorang pelajar.

Melalui aktiviti ini, terutamanya aktiviti sukan dan permainan tubuh badan
akan menjadi sihat dan minda pun cerdas. Hal ini dikatakan demikian kerana
apabila kita melakukan sesuatu aktiviti, otot-otot akan bergerak dengan aktif,
seterusnya badan kita akan mengeluarkan toksin dari dalam badan melalui peluh.
Apabila kita sihat, mudahlah untuk kita mengikuti pelajaran dan yang pasti kita
dapat hadir ke sekolah. Sebaliknya, jika seseorang itu malas menghadiri aktiviti
kokurikulum dia akan menjadi pasif dan mudah mendapat penyakit. Jika tubuh
badan kita tidak sihat, kita akan menjadi cepat keletihan, badan lesu dan tidak
bermaya seterusnya minat untuk belajar pun luntur.

Selain itu, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar dapat


memanfaatkan masa lapang dengan bijak. Sekiranya pelajar tidak menyertai aktiviti
kokurikulum, masa yang terluang pasti akan digunakan untuk menonton televisyen,
bermain permaiinan video, melayari internet dan berkemungkinan akan mengikut
rakan-rakannya berpeleseran di pusat beli-belah, akhirnya boleh terlibat dengan
pennyalahgunaan dadah dan jenayah, atau sekurang-kurangnya boleh terjebak
menjadi perokok. Jelaslah bahawa, aktiviti kokurikulum ini dapat mengelakkan
megeka daripada terjerumus ke dalam kancah masalah sosial, seperti jenayah,
merempit, meragut, menagih dadah, mengedar dadah dan banyak lagi.

Apabila menyertai aktiviti kokurikulum, secara tidak langsung para pelajar


juga boleh menambah kenalan. Hal ini dikatakan demikian kerana penyertaan
dalam persatuan mahupun aktiviti sukan adalah tidak mengira dari kelas mana,
ataupun apakah bangsa dan warna kulit seseorang pelajar itu? Jadi, apabila ramai
kenalan para pelajar tidak akan berasa bosan dan dapat berbincang tentang
pelajaran dengan rakan rakan. Apabila para pelajar di sesebuah sekolah kenal-

mengenali maka wujudlah perpaduan dan persefahaman antara mereka sekaligus


dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Aktiviti kokurukulum juga diisi dengan aktiviti yang berbentuk pertandingan,


sama ada pertandingan di peringkat sekolah, zon, daerah, peringkat negeri,
malahan sehingga ke peringkat antarabangsa. Melalui pertandingan dalam aktiviti
kokurikulum tersebut seorang pelajar boleh mencipta kejayaan dan mengharumkan
nama sekolah sekiranya dia atau pasukannya memenangi kejohanan yang disertai.
Jika pada peringkat sekolah, para pelajar ini sudah berjaya mengharumkan nama
sekolah, apabila dewasa kelak, tidak mustahil para pelajar ini juga boleh
mengharumkan nama Negara.

Intihanya, jelaslah bahawa aktiviti kokurikulum memberi manfaat yang


banyak kepada kita. Oleh itu, para pelajar, mesti memanfaatkan masa yang
terluang dengan menyertai aktiviti kokurikulum. Apalah gunanya menjadi pelajar
pintar yang mendapat gred A bagi semua mata pelajaran dalam peperiksaan, tetapi
tubuh badannya tidak bermaya, lebih buruk lagi jika dia hidup dalam kesepian
kerana tidak mempunyai kawan.

Contoh 3
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, ParaHakim
yang Bijaksana, guru-guru,dan rakan-rakan sekalian. Salam Sejahtera
saya ucapkan. Tajuk Syarahan saya pada petang ini ialah KepentinganKokurikulum
.
Hadirin Sekalian,
Secara umumnya tajuk ini membawa maksud bahawa aktiviti kokurikulum di
sekolah dapat memupuk dan membentuk keperibadian unggul seseorang
pelajar.Kegiatan kokurikulum ialah kegiatan luar bilik darjah.Ia wajib bagi semua
murid.Antara kegiatan kokurikulum yang terdapat di sekolah ialah unit beruniform,
persatuan dan kelab serta sukan permainan, contohnya Pengakap,Kelab Badminton,
dan sebagainya.
Kepentingan kokurikulum kepada pelajar ialah mereka dapat menimba ilmu
pengetahuan sampingan yang amat berguna. Jika mereka menyertai Pasukan Bulan
Sabit Merah umpamanya, mereka dapat belajar cara-cara merawat luka, memberi
pertolongan kecemasan dan sebagainya.
Pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum juga terikat dengan disiplin yang ketat.
Dengan itu secara tidak langsung pelajar-pelajar ini telah didedahkan dan dilatih
untuk mendisiplinkan diri. Disiplin amat penting bagiseorang pelajar.
Semangat bekerjasama sangat diperlukan terutamanya ketika mereka menyertai
perkhemahan. Pendedahan nilai seperti ini amat berguna kepadapelajar-pelajar.
Mereka akan melakukan sesuatu tugasan itu dengan semangatbekerjasama. Mereka

dapat memasak, mendirikan khemah, mencari kayu api dan sebagainya dengan
sikap kerjasama ini. Ia juga dapat melahirkan rasa tanggungjawab terhadap rakanrakan.Pelajar yang tidak menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah tidak medapat
pengalaman yang diperoleh oleh mereka yang menyertai aktiviti kokurikulum.
Sekian,terima kasih.

Contoh 4
KEBAIKAN KOKURIKULUM KEPADA PELAJAR

Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan di luar


bilik darjah. Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan, pertubuhan
pakaian seragam dan kelab atau persatuan. Setiap pelajar diwajibkan supaya
menyertai sekurang-kurang satu daripada setiap aktiviti tersebut. Kegiatan
kokurikulum ini bukan sahaja dapat memberikan keseronokan malahan dapat
mendatangkan pelbagai kebaikan kepada pelajar yang menyertainya.

Salah satu kebaikan yang diperoleh daripada kegiatan kokurikulum ialah para
pelajar dapat meningkatkan daya kepemimpinan. Daya kepemimpinan ini dapat
dipupuk apabila seseorang pelajar dilantik sebagai ketua dalam sesuatu kegiatan.
Daya kepemimpinan ini juga amat berguna kepada para pelajar apabila sudah
dewasa. Sebagai contohnya, pelajar yang pernah memimpin sesuatu pertubuhan
seperti pengakap, kadet remaja, dan sebagainya, mereka akan lebih yakin untuk
menjadi pemimpin sesuatu organisasi pada suatu hari nanti. Oleh itu, daya
kepemimpinan ini haruslah dipupuk sejak awal lagi kerana kalau hendak melentur
buluh biarlah dari rebungnya.

Selain itu, kesihatan yang baik dan otak yang cerdas akan diperoleh daripada
kegiatan kokurikulum. Kebanyakan pelajar di sekolah lebih suka menyertai kegiatan
sukan atau permainan disebabkan faktor-faktor tertentu. Kegiatan sukan ini dapat
membina stamina yang kuat serta membolehkan para pelajar mengeluarkan peluh,
iaitu salah satu bahan perkumuhan manusia. Sebagai contohnya, aktiviti sukan dan
permainan seperti bola sepak dapat membina kekuatan stamina, manakala sukan
catur pula akan mencerdaskan minda seseorang. Pepatah Melayu mengatakan
bahawa badan sihat, otak cerdas.

Seterusnya, kegiatan kokurikulum juga dapat memupuk semangat perpaduan


dalam kalangan pelajar. Semangat perpaduan ini adalah amat penting dalam
mewujudkan negara yang aman dan makmur. Semangat perpaduan dapat dipupuk
apabila pelajar berbilang kaum bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam
sesuatu kegiatan. Sebagai contohnya, pelajar berbilang kaum mewakili pasukannya
untuk bertanding dalam acara sukan yang diadakan setiap tahun seperti dalam
pasukan bola sepak. Secara tidak langsung, hubungan antara pelajar akan
bertambah erat dan kukuh ibarat isi dengan kuku serta bersatu untuk mencapai
matlamat yang diharapkan kerana bersatu teguh bercerai roboh.

Kegiatan kokurikulum juga dapat mengembangkan potensi seseorang pelajar.


Sesetengah pelajar tidak mengetahui kelebihan yang terdapat pada dirinya. Melalui
kegiatan kokurikulum, kelebihan itu akan dapat diketahui apabila seseorang pelajar
bergiat dalam kokurikulum. Sebagai contohnya, ada pelajar yang tidak mengetahui
kelebihan yang ada pada dirinya, tetapi setelah menyertai kegiatan kokurikulum,
bakatnya terserlah dan terus bergiat dalam acara yang diminati, yang akhirnya
menjadi juara di kelabnya. Dengan ini, pelajar itu akan berpeluang untuk mewakili
kelabnya untuk bertanding pada peringkat sekolah. Secara tidak langsung, kejayaan
pada peringkat sekolah ini akan membawa pelajar ini untuk mewakili daerah,
negeri, dan kemudiannya negara.

Kesimpulannya, pihak sekolah hendaklah memainkan peranan supaya pelajar


bergiat cergas dalam kegiatan kokurikulum. Hal ini demikian kerana kegiatan
kokurikulum ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk menjadi lebih giat
dan cergas. Selain itu, kerjasama daripada semua pihak terutamanya ibu bapa
harus diperkukuh supaya segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan.
Pepatah Melayu mengatakan bahawa hati gajah sama dilapah, hati kuman sama
dicecah. Oleh itu, semua pelajar digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti
kokurikulum supaya pelajar yang berdaya saing, berketerampilan, kreatif dan
inovatif dapat dihasilkan.

3. Kebaikan amalan gotong-royong


Contoh 1
Gotong royong merupakan satu amalan yang baik. Terdapat banyak faedah
amalan bergotong-royong.Antara faedah bergotong-royong ialahkerja yang sukar
dapat dilaksanakan dengan lebih mudah. ini kerana sesuatu kerja itu dilakukan
secara beramai-ramai. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan lebih cepat.
Faedah gotong-royong yang kedua adalah dapat mengeratkan hubungan
silaturahim. Semasa bergotong-royong, kita dapat berbual-bual dan bertukar fikiran
antara satu sama lain. Malahan kita juga dapat menambah kenalan.
Di samping itu, amalan bergotong-royong juga dapat menyihatkan badan.
Apabila kita melakukan aktiviti bergotong-royong seperti membersihkan surau,
sudah tentu kita ada mengeluarkan peluh. Badan yang sihat juga dapat
mengelakkan seseorang tiu terkena penyakit.
Seterusnya, amalan bergotong-royong dapat mengisi masa lapang
seseorang. Dengan ini, kita dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara
yang tidak berfaedah umpapanya bergaul dengan budak nakal.
Jelaslah kepada kita bahawa amalan bergotong royong banyak faedahnya.
Oleh itu kita hendaklah menjadikan gotong-royong sebagai amalan.

Contoh 2

Kebaikan Gotong-royong dalam MasyarakatGotong-royong bermaksud


sesuatu aktiviti masyarakat yang dijayakan dengan konsep kerjasama, tolongmenolong dan bermuafakat. Amalan bergotong-royong dapat meringankan kerjakerja yang hendak dilakukan. Sesuatu kerja yang berat seperti mengadakan majlis
kenduri-kendara, mengurus kematian dan membina jambatan dapat dilakukan
dengan mudah.
Gotong-royong ini juga dapat menjimatkan masa wang. Apabila sekumpulan
anggota masyarakat melakukan sesuatu kerja,kerja itu dapat diselesaikan dalam
masa yang singkat. Semangat gotong-royong juga dapat menyemai benih-benih
perpaduandalam kalangan masyarakat.
Pada zaman moden ini, penduduk bandar sibuk dengan tugas seharian sehingga
jiran di sebelah rumah pun tidak dikenali tetapi, semangat gotong-royong dapat
mengelakkan keadaan ini. Kehidupan masyarakat akan bertambah sejahtera
melalui amalan gotong-royong ini.Ini adalah kerana sikap bertanggungjawab dan
tolak ansur dapat dipupuk melalui aktiviti ini.

Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing adalah dasar gotong-royong.Justeru


itu, semangat bergotong-royong ini harus dipupuk sejak kecil lagi dalam diri setiap
insan.Ini akan mewujudkan masyarakat yang lebih bertanggungjawab di hari muka.

Contoh 3
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang
arif lagi bijaksana, Guru Besar, guru-guru, dan para hadirin. Ada pagi yang mulia ini,
saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk Faedah Bergotongroyong
Hadirin sekalian,
Kamus Dewan 2009, konsep gotong-royong membawa maksud mengerjakan
atau mengusahakan sesuatu secara bersama-sama. Berdasarkan makna ini,
sebarang aktiviti kerja yang dilaksanakan secara bersama-sama bolehlah dianggap
sebagai bergotong-royong.
Amalan bergotong-royong memastikan semua kerja dapat dilaksanakan
dengan cepat, mudah dan menjimatkan kos serta meriah. Sebagai contoh, majlis
perkahwinan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan jika semua ahli masyarakat
bekerjasama melaksanakannya selain menjimatkan kos untuk mengupah orang
datang memasak atau membina pelamin buat pasangan pengantin. Ringkasnya,
sikap mementingkan diri dapat dihindarkan menerusi amalan yang murni ini.
Di kampung-kampung, amalan ini masih lagi boleh dilihat dan berlaku
sehingga hari ini. Dengan amalan ini, kita bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan
masa tetapi mengeratkan perpaduan sesama ahli masyarakat setempat kerana
berlakunya interaksi ketika amaln bergotong-royong ini dilakukan.Oleh itu, amalan
ini merupakan satu tradisi mulia yang perlu dikekalkan.

Kita sebagai rakyat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu
mengekalkan amalan murni ini supaya satu masyarakat yang bersatu-padu mampu
dihasilkan dengan mudah. Perpaduan yang selama ini wujud banyak bergantung
kepada kekerapan aktiviti bergotong-royong ini dilakukan.Memandangkan masa
tidak mengizinkan saya untuk terus berkata-kata, biarlah saya mengundurkan diri
dahulu.
Sekian, terima kasih.

Contoh 4
Kepentingan Amalan Gotong-royong
Contoh Pendahuluan
Kegiatan gotong-royong merupakan amalan turun-temurun. Kegiatan ini masih
diamalkan di kawasan kampung. Oleh itu, kegiatan ini perlu disemarakkan kembali
kerana banyak manfaatnya kepada masyarakat.
Contoh Isi Penting
Kegiatan ini dapat mengeratkan silaturahim antara sesama kita. Masyarakat yang
sejahtera dapat diwujudkan. Usaha kerajaan untuk menyatupadukan rakyat
pelbagai kaum dapat direalisasikan melalui kegiatan seperti ini.
Contoh Penutup
Kesimpulannya, amalan ini hendaklah dipupuk kepada golongan muda. Amalan
yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas ini mampu mewujudkan sebuah
negara yang bersih, harmoni, dan bersatu padu.

Contoh 5
Mengikut Kamus Dewan, gotong-royong bermaksud tolong-menolong atau
kerja bersama-sama. Aktiviti gotong-royong masih banyak dilakukan di kampungkampung dan kurang dilakukan di bandar pada masa ini. Pada pendapat saya,
aktiviti gotong-royong ini perlu dihidupkan kembali dalam masyarakat di negara
kita.
Terdapat beberapa kebaikan amalan gotong-royong jika diamalkan dalam
kehidupan seharian.Kebaikan pertama amalan gotong-royong ialah dapat
memudahkan kerja yang kita lakukan. Dengan membuat kerja secara gotongroyong, kerja yang kita lakukan akan lebih senang. Di kampung, majlis yang
diadakan biasanya dibuat secara gotong-royong seperti majlis perkahwinan. Dalam
sesuatu majlis yang diadakan itu, penduduk kampung akan membantu tuan rumah
khususnya dalam kerja memasak khemah.
Selain itu, amalan gotong-royong juga dapat menjimatkan masa dan
tenaga.Kerja yang dilakukan akan mengambil masa yang lebih singkat jika
dilakukan secara gotong-royong. Contohnya, gotong-royong dalam membersihkan
kawasan balai raya atau sekolah. Apabila kerja yang kita lakukan cepat siap, secara
tidak langsung kita dapat menjimatkan masa dan tenaga. Amalan gotong-royong
juga membolehkan kita menjimatkan belanja. Dalam sesetengah keadaan, kita
boleh menjimatkan perbelanjaan sehingga lima puluh peratus. Sebagai contoh, jika
sesebuah majlis perkahwinan dibuat secara gotong-royong, kita tidak perlu
membayar upah pekerja dan kos penyediaan makanan. Selainitu, kita juga boleh

menjimatkan perbelanjaan membina tempat menunggu bas, jika dibuat secara


gotong-royong.
Di samping itu, aktiviti gotong-royong juga dapat memupuk nilai-nilai murni
dalam kehidupan kita. Amalan nilai-nilai murni ini amat penting dalam mewujudkan
sebuah masyarakat yang bertanggungjawab. Antara nilai-nilai murni yang dapat
dipupuk dalam aktiviti gotong-royong ialah bekerjasama, bertolak ansur dan
kerajinan. Selain itu,amalan bergotong-royong juga dapat memupuk sikap berjimat
cermat dalam masyarakat.
Aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum. Perpaduan
kaum amat penting di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
kaum dan agama. Contohnya, dengan mengadakan gotong-royong bagi
menjayakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan, perpaduan masyarakat akan
terjalin secaralangsung atau secara tidak langsung. Sesungguhnya, dengan
wujudnya perpaduan kaum dalam kalangan rakyat, negara kita akan terus aman
dan maju.
Sebagai kesimpulan, aktiviti gotong-royong mempunyai beberapa faedah
kepada masyarakat dan negara. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa Melayu
Maufakat Membawa berkat'. Pada pendapat saya, pihak kerajaan boleh juga
memupuk amalan gotong-royong melalui kempen yang diadakan di televisyen dan
surat khabar secara berterusan. Aktiviti gotong-royong ini wajar diamalkan semula.
Oleh itu, semua pihak mestilah memainkan peranan dengan mengamalkan budaya
hidup bergotong-royong ini dalam kehidupan seharian.

4. Cara-cara mengisi masa lapang


Contoh 1
Pelbagai istilah tentang masa yang kita dengar atau lihat. Antaranya ialah
"Masa itu Emas", "Masa ialah Kehidupan" dan sebagainya. Ini menunjukkan masa
sangat penting dalam kehidupan kita kerana masa yang berlalu tidak dapat diganti.
Oleh itu, kita harus bijak mengurus masa supaya tidak membazir begitu sahaja.
Masa dapat digunakan dengan berfaedah apabila kita memenuhinya dengan
melakukan hobi yang bermanfaat. Contohnya, bersukan, melancong, berekreasi,
mengumpul setem dan sebagainya. Jika kita gunakan masa dengan hobi yang
bermanfaat akan dapat memberikan kepuasan kepada kita.
Selain itu, kita dapat gunakan masa yang terluang dengan menziarahi sanak
saudara, datuk dan nenek serta teman-teman. Selain dapat bersiar-siar, kita akan
dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan.
Aktiviti yang paling bermanfaat untuk mengisi masa lapang ialah membaca.
Pelbagai bahan bacaan dapat dibaca seperti buku rujukan, surat khabar, novel,

majalah, jurnal dan sebagainya. Kita dapat mencedok ilmu dan maklumat sebanyak
mungkin daripada bahan bacaan ini.
Di samping itu, kita dapat menggunakan masa yang terluang dengan
membantu ibu bapa membuat kerja-kerja rumah. Kita perlu faham situasi ibu bapa
kita yang seharian penat bekerja. Oleh itu, jika kita membantu mereka mengemas
rumah, menyapu sampah dan sebagainya, kita secara tidak langsung dapat
meringankan beban mereka. Kita juga akan dapat mengeratkan hubungan
kekeluargaan.
Kesimpulannya, kita sebagai manusia sewajarnya mendisiplinkan diri supaya
tidak membuang masa begitu sahaja kerana masa sangat berharga. Oleh itu,
uruslah masa dengan bijak.
Contoh 2
Cara-cara Mengisi Masa Lapang
Setiap orang ada masa lapang atau masa senggang masing-masing. Masa lapang
yang diisi dengan baik pasti mendatangkan faedah kepada kita. Oleh itu , kita perlu
merancang aktiviti dengan bijak.
Antara cara mengisi masa lapang adalah dengan membaca buku. Membaca
buku akan menambahkan ilmu pengetahuan dan kita pastnya tidak dianggap
seperti katak di bawah tempurung. Selain itu dengan membaca bahan-bahan
ilmiah , kita dapat menambahkan perbendaharaan kita.
Selain itu , kita juga boleh menggunakan masa lapang dengan beriadah.
Beriadah dapat menyihatkan badan. Apabila badan kita sihat , otak kita akan
menjadi cerdas.
Berkebun sayur juga merupakan aktiviti yang amat berfaedah. Selain dapat
mengeluarkan peluh , kita juga mendapat kebaikan daripada tanaman yang
ditanam. kita dapat menjimatkan perbelanjaan kerana tidak perlu membeli sayursayaran di pasar.
Mengumpul setem juga merupakan aktiviti yang berfaedah dilakukan pada
masa lapang. Kita akan mengetahui adat budaya masyarakat di negara lain serta
menambahkan kenalan daripada pelbagai bangsa.
Oleh itu , kita haruslah menghargai masa lapang kerana masa yang berlalu tidak
akan kembali lagi.

Contoh 3
Setiap orang mempunyai aktiviti masing-masing. Begitu juga dengan saya.
Terdapat pelbagai aktiviti berfaedah yang boleh saya lakukan untuk mengisi masa
lapang.
Antara aktiviti berfaedah yang saya lakukan untuk mengisi masa lapang
adalah bersukan. Pada waktu petang, saya bermain bola sepak dengan rakan-rakan
di padang. Dengan bersukan, saya dapat menyihatkan badan dan mencerdaskan
otak.

Selain itu, saya membaca untuk mengisi masa lapang. Saya suka membaca
buku cerita, majalah dan komik. Dengan membaca, saya dapat menambahkan ilmu
pengetahuan dan perbendaharaan kata saya.
Seterusnya, aktiviti berfaedah yang saya lakukan bergotong-royong sebagai
cara menghargai masa lapang. Saya membantu keluarga saya untuk membersihkan
rumah. Dengan bergotong-royong semua kerja dapat dilakukan dengan cepat.
Setelah itu, rumah saya menjadi bersih dan cantik.
Akhir sekali, saya memancing untuk mengisi masa lapang. Pada hujung
minggu, saya mengikut ayah ke sungai. Dengan pergi memancing, saya dapat
merehatkan minda dan dapat menikmati keindahan alam.
Pelbagai aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan sebagai cara menghargai
masa lapang. Oleh itu, kita haruslah bidak mengurus masa agar masa kita tidak
terbuang begitu sahaja, sebaliknya dapat dipenuhi dengan aktiviti berfaedah. Bak
kata pepatah, masa itu emas.

5. Cara-cara menjadi murid cemerlang


Contoh 1
Setiap orang mahukan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Namun demikian, kecemerlangan tersebut tidak dating dengan sendirinya,
sebaliknya, perlu disusuli dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

Bagi mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, seseorang


murid perlulah tekun belajar. Contohnya ketika di dalam kelas, kita perlu
menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh. Dengan ini,
kita dapat memahami dan mengingati pelajaran yang disampaikan oleh guru.
Selain itu, kita juga perlu mengulang kaji pelajaran. Contohnya, apabila di
rumah, kita perlu membaca nota pelajaran yang diberikan oleh guru. Oleh itu,
sesuatu topic itu akan kekal dalam ingatan dan minda kita.
Seterusnya, kita juga boleh mengikuti kelas tambahan yang dianjurkan oleh
pihak sekolah. Ini kerana melalui kelas tambahan, guru-guru akan member
penekanan pada topic-topik yang sukar. Kesannya, pemahaman terhadap sesuatu
pelajaran itu akan meningkat.
Di samping itu, kita juga perlu banyak membuat latihan. Contohnya, latihanlatihan berbentuk soalan peperiksaan perlu kita lakukan berulang kali. Ini akan
memudahkan kita menjawab soalan-soalan peperiksaan kerana sudah biasa dengan
pola-pola soalan tersebut.
Kesimpulannya, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi
murid yang cemerlang dalam pelajaran. Kejayaan kita pasti akan menggembirakan
ibu bapa dan guru-guru.

Contoh 2
Antara cara-cara menjadi pelajar cemerlang ialah pelajar mesti memiliki sikap
rajin. Pelajar mesti rajin membaca buku di sekolah dan juga di rumah. Pelajar juga
mesti rajin menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru dan mereka perlu
bertanya kepada guru jika mereka tidak faham tentang sesuatu perkara atau topic.
Apabila peperiksaan, pelajar mesti mengulang kaji pelajaran dengan legih
bersungguh-sungguh lagi.
Selain itu, pelajar juga mesti mempunyai displin diri yang tinggi. Pelajar mesti
menepati masa dan menggunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin. Oleh
itu, sewajarnyalah pelajar mempunyai jadual belajar yang lengkap dan mereka
mesti mematuhi jadual belaar tersebut. Pada masa lapang pula pelajar mesti
melakukan aktiviti berfaedah seperti membaca bahan ilmiah dan melayari internet
bagi menambahkan lagi pengetahuan mereka.
Jika pelajar ingin cemerlang dalam pelajaran, pelajar mestilah sentiasa
menghormati ibu bapa dan guru-guru. Pelajar juga mesti mendengar nasihat ibu
bapa dan guru-guru. Pelajar mesti menerima teguran ibu bapa dan guru-guru
dengan fikiran yang terbuka dan positif. Pelajar juga mesti menyayangi ibu bapa
dan guru-guru agar pelajar juga akan sentiasa disayangi dan diberkati.
Di samping itu, pelajar juga mesti aktif dalam aktiviti kokurikulum. Terdapat
banyak faedah jika pelajar mengikuti aktiviti kokurikulum. Antara faedahnya ilah
pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum akan menjadi cergas dan mereka juga
dapat menambahkan pengetahuan serta pengalaman. Selain itu, terdapat
pengetahuan dalam bidang kokurikulum yang dapat membantu pelajar semasa
menjawab soalan peperiksaan.

Pelajar yang cemerlang juga akan menjaga kesihatan diri. Sesungguhnya,


kesihatan yang baik membolehkan pelajar menumpukan sepenuh perhatian kepada
pelajar. Dengan kesihatan yang baik juga, pelajar dapat mengulang kaji pelajaran
dengan baik terutama ketika menjelang peperiksaan. Semasa hari peperiksaan
pula, pelajar yang mempunyai kesihatan yang baik akan menjawab soalan-soalan
peperiksaan dengan baik.
Ibu bapa perlu membantu anak-anak dalam menyediakan kemudahan
belajar. Pada pendapat saya, pihak sekolah perlu mengadakan program-program
motivasi agar mereka terdorong untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Pelajar pula
mestilah membuat persediaan lebih awal dalam menghadapi peperiksaan agar
mereka boleh menjadi pelajar yang cemerlang.

Contoh 3
Memang tidak dapat dinafikan setiap pelajar ingin menjadi yang
cemerlang.Cita-cita dan harapan ini, akan menjadi nyata jika seseorang pelajar itu
melakukan perkara yang terbaik buat dirinya. Dalam mencapai impian ini, ada
pelajar yang berjaya dan ada juga yang kecundang.
Menjadi pelajar cemelang memerlukanseseorang itu berdisiplin. Mereka perlu
menumpukan sepenuh perhatian terhadap bidang yang diceburi. Apa jua bidang,
kurikulum atau kokurikulum mesti dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan
berdisiplin. Jika tidak, harapan untuk menjadi pelajar cemerlang akan musnah.
Selain itu, mereka mesti bijak membahagikan masa. Urusan pelajaran harus
diutamakan. Urusan-urusan lain seperti membantu ibu bapa dan rakan-rakan yang
lain tidak harus diketepikan. Sebagai pelajar yang cemerlang, kita wajib membantu
ibu bapa apabila diperlukan. Jangan hampakan harapan mereka.
Untuk mencapai kejayaan cemerlang, seseorang pelajar harus taat kepada
perintah agamanya. Mereka harus mengamalkan suruhan agama dan meninggalkan
apa yang dilarang. Tinggalkan perkara-perkara yang ditegah oleh agama agar hidup
lebih diberkati.
Jika inginkan kejayaan yang cemerlang, seseorang pelajar juga perlu
menghormati kedua ibu bapanya, guru-guru serta rakan-rakan. Sekalipun sibuk
dengan pelajaran, ibu bapa harus diutamakan. Guru-guru harus dihormati dan
hubungan dengan rakan juga perlu dijaga dengan baik.
Kejayaan tidak datang bergolek. Kejayaan hadir dengan komitmen yang
tinggi untuk berjaya. Setiap individu boleh berjaya dengan usaha yang berterusan
dan bersungguh-sungguh. Jadi terpulang kepada seseorang pelajar sama ada
menjadi pelajar cemerlang atau tidak.

Contoh 4

6. Cara-cara menjaga kesihatan diri

Contoh 1
anagt ternilai. Oleh itu, kita mestilah menjaga kesihatan diri kita pada setiap masa.
Terdapat pelbagai cara untuk menjaga kesihatan diri kita seperti bersenam, makan
makanan berkhasiat dan menjaga kebersihan diri.

Pemilihan makanan mengikut piramid makanan juga cara menjaga kesihatan


diri. Kita perlulah memilih makanan yang berkhasiat dan memberi tenaga seperti
nasi, ikan dan susu. Sayur-sayuran dan buah-buahan banyak mengandungi vitamin
yang dapt menyihatkan badan. Contohya, kita makan pisang untuk melawaskan
siatem perkhumuhan. Makanan yang manis perlu dikurangkan bagi mengelakkan
penyakit kencing manis.

Kita juga akan sihat jika sentiasa menjaga kebersihan diri. Kita mestilah
mencuci rambut kita tiga hari seminggu. Kita hendaklah menyikat rambut dengan
rapi supaya mengelakkan jangkitan kutu. Selain daripada itu, kita juga memakai
pakaian yang bersih untuk menjaga kesihatan diri. Pastikan kuku sentiasa pendek
dan mencuci tangan sebelum makan dapat mencegah jangkitan kuman. Memberus
gigi dapat mengelakkan kerosakkan gigi. Mandi pula dapat mengeluarkan segala
daki daripada mendap yang melekat pada anggota badan kita.

Bersenam adalah salah satu cara untuk menjaga kesihatan diri. Kita boleh
melakukan aktiviti di mana-mana sahaja kita berada seperti di taman permainan, di
padang dan banyak lagi. Lakukan aktiviti senaman tiga kali seminggu dan empat
puluh minit setiap sesi. Bersenam dapat menyihatkan badan, mencerdaskan otak
dan mengelakkan kegemukkan.

Di samping itu, kesihatan kita juga akan terpelihara jika kita menjaga
kebersihan persekitaran tempat tinggal. Persekitaran yang bersih dapat menjauhi
kita daripada penyakit berbahaya seperti demam denggi. Kita hendaklah
membuang sampah di tempat yang disediakan. Kebersihan tempat tinggal
membolehkan kita hidup dengan selesa.

Kesimpulannya, kita perlu menjaga kesihatan diri untuk hidup dengan sihat
seperti peribahasa Melayu berbunyi "sediakan payung sebelum hujan" , kerana
pencegahan lebih baik daripada mengubati.

Contoh 2
Semua orang perlu menjaga kesihatan mereka sendiri supaya mereka dalam
keadaan yang sihat dalam hidup mereka. Ada banyak cara untuk memastikan
kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.
Cara yang laing mudah ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri. Aktiviti
mandi dan memakain pakaian yang bersih serta memastikan kawasan sekeliling
rumah bersih merupakan langkah yang paling praktikal untuk dilakukan oleh
sesiapa sahaja.
Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang
berzat. Makanan segera perlulah dijauhkan tetapi air hendaklah diambil dalam
kuantiti yang banyak dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang baik.
Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang
baik. Senaman memastikan peluh dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang
mampu memberikan seseorang itu tahap imunisasi yang tinggi terhadap sebarang
serangan penyakit.
Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor mengikut jadual berkala.
Pemeriksaan yang berjadual sebegini mampu mengesan penyakit ketika di
peringkat awal lalu mudah menyembuhkannya dan nasihat doktor hendaklah
dipatuhi selalu.
Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggung jawab yang
harus dilaksanakan dengan penuh amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja
menijmatkan kos perubatan seseorang itu tetapi memberikan satu kehidupan yang
penuh ceria kepada diri dan keluarga.

Contoh 3
Semua individu perlu menjaga kesihatan diri sendiri supaya kita hidupdalam
keadaan yang sihat sejahtera. Ada beberapa cara untukmemastikan kesihatan
seseorang itu dalam keadaan baik.
Cara yang utama ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri.Contoh
menjaga kebersihan diri ialah seperti mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari,
memakai pakaian yang bersih sertamemastikan kawasan sekeliling rumah bersih.
Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutamamakanan yang
berzat. Kita mestilah makan makanan yang mempunyaivitamin dan mineral yang
tinggi. Kita tidak perlu mengambil makananringan atau makanan segera kerana
makanan ini tidak menjaminkesihatan yang sempurna.
Malah, aktiviti bersenam juga boleh menjamin kesihatan yang baik.Senaman
boleh mengeluarkan peluh. Oleh itu toksik di dalam badandapat dikluarkan.Ini
dapat mengelakkan jangkitan penyakit.

Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor sekurang-kurangnya dua


kali dalam setahun. Pemeriksaan yang berjadualsebegini mampu mengesan
penyakit ketika di peringkat awal. Segalanasihat doktor hendaklah dipatuhi selalu.
Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggung jawabyang
harus dilaksanakan dengan penuh amanah. Kesihatan yang baikbukan sahaja
menijmatkan kos perubatan seseorang itu tetapimemberikan satu kehidupan yang
sejahtera kepada diri dan keluarga.

Contoh 4

7. Cara-cara berjimat cermat


Contoh 1
Amalan berjimat-cermat harus dipupuk sejak dari kecil lagi. Berjimat-cermat
bermaksud menggunakan apa yang kita miliki untuk perkara-perkara yang perlu
sahaja tanpa pembaziran.

Banyak faedahnya apabila kita berjimat-cermat. Antara faedahnya ialah kita boleh
menyimpan atau menabung wang untuk tujuan yang lebih penting. Wang itu nanti
boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah seperti membeli buku-buku
latihan dan sebagainya lagi.

Selain itu, sikap berjimat-cermat akan menyebabkan seseorang sentiasa berfikir


panjang sebelum membeli sesuatu barangan. Sikap seperti ini boleh mengurangkan
kesilapan membeli sesuatu barangan yang kurang perlu sehingga akhirnya
barangan tersebut terbuang begitu sahaja. Ini tentu merugikan kita.

Berjimat-cermat juga mengelakkan seseorang daripada terjebak dengan masalah


hutang. Orang yang berbelanja dengan boros biasanya tidak berfikir panjang untuk
berbelanja sehingga mereka sanggup berhutang. Ini menyebabkan mereka terjerat
dengan masalah hutang hingga menyusahkan diri mereka sendiri.

Berjimat-cermat juga bermakna kita dapat memanfaatkan masa dengan sebaik


mungkin. Sebagai contoh, mengisi masa lapang dengan bersukan akan menjadikan
tubuh kita sihat dan cergas. Ini dapat mengelakkan kita daripada selalu berulangalik ke klinik atau hospital akibat daripada masalah kesihatan. Hal yang demikian
tentu akan membazirkan masa dan wang untuk mendapatkan rawatan.

Di samping itu, amalan berjimat-cermat juga menjadikan seseorang itu berdisplin


tinggi. Mereka sentiasa mengambil berat tentang penjimatan dan kecermatan.
Misalnya, mereka akan sentiasa menutup kembali barangan elektrik seperti kipas,
pendingin hawa dan sebagainya selepas digunakan. Ini akan mengelakkan mereka
daripada membayar bil elektrik yang tinggi.

Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha bagi memastikan amalan berjimatcermat menjadi budaya hidup kita. Amalan ini pasti akan menguntungkan kita serta
mengelakkan kita ditimpa pelbagai masalah.

Contoh 2

Contoh 3
(Baca sahaja)

Amalan berjimat cermat merupakan suatu amalan yang amat penting dalam
kehidupan kita. Amalan ini perlu disemai dalam jiwa kita terutamanya sejak kita
kecil lagi seperti pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kita harus
berjimat cermat dalam aspek seperti air, elektrik, wang dan sebagainya untuk
menjamin masa depan kita. Wang amat berguna dalam kehidupan. Oleh itu, kita
perlu bijak menggunakan dengan melaksanakan cara-cara yang dapat
mengamalkan amalan berjimat cermat supaya wang ini dapat digunakan apabila
kita mengalami masalah yang amat memerlukan wang seperti pepatah sediakan
payung sebelum hujan.
Terdapat pelbagai cara untuk berjimat cermat dalam aspek wang. Cara yang
terutama dan biasanya digunakan oleh orang ramai ialah menabung sama ada
di dalam tabung ataupun di dalam bank. Ini merupakan cara yang berkesan
kerana wang ini dapat digunakan apabila kita memerlukan pada masa depan. Oleh
hal demikian, kita tidak berhutang dengan orang lain dengan meminjam duit
daripada orang lain terutamanya daripada Ah Long.
Seterusnya, bagi wang yang dtabung dalam bank, wang kita akan bertambah. Hal
ini demikian kerana wang tersebut akan dilaburkan dan keuntungannya akan
dibahagikan kepada kita sebagai penyimpan. Selain itu, wang yang kita
simpan dalam bank lebih terjamin daripada dicuri atau hangus dalam kebakaran.
Dengan itu, kita masih mempunyai wang untuk digunakan sekiranya ditimpa
kemalangan. Di samping itu, wang yang kita simpan dalam bank juga dapat
membantu kerajaan bagi menjalankan projek pembangunan. Dengan cara ini,
negara kita yang sedang membangun ini akan bertambah maju dan makmur dan
dapat berbanding dengan negara lain seperi pepatah berdiri sama tinggi, duduk
sama rendah. Dengan itu, jelaslah bahawa menyimpan wang di bank memang
banyak faedahnya selain menjamin masa depan kita dan negara.
Kita bukan sahaja perlu berjimat cermat dalam wang, malahan kita juga perlu
berjimat cermat dalam air. Air merupakan sumber yang amat penting dan
dikurnia oleh Tuhan kepada kita. Ia boleh digunakan semasa memasak, menyiram
pokok bunga, mencuci, mandi dan sebagainya. Natijahnya, kita perlu berjimat
cermat semasa menggunakan air dengan menutup paip dengan ketat apabila tidak
menggunakan air. Menelefon tukang paip dengan segera untuk membaiki paip air
yang berpecah supaya tidak berlakunya pembaziran air yang banyak dan
meningkatkan kos bayaran air. Kita juga boleh menggunakan semula air seperti air
mencuci nasi untuk menyiram pokok bunga.
Tambahan pula, kita juga harus menjimatkan penggunaan elektrik supaya tidak
boros dan menyebabkan kita perlu membayar kos elektrik yang tinggi.
Memadamkan lampu dan menutup suis peralatan elektrik seperti television, radio,
komputer dan lain-lain lagi apabila kita tidak menggunakannya. Kita harus
menggunakan peralatan elektrik yang baru dan dapat menjimatkan elektrik bagi
menggantikan peralatan elektrik yang memerlukan banyak eletrik dan sentiasa
digunakan seperti peti sejuk.
Tuntasnya, cara-cara mengamalkan sikap berjimat-cermat amat diperlukan
bagi melahirkan anak-anak yang berakhlak kerana mereka merupakan
generasi yang bakal mendukung wawasan pada masa akan datang seperti bak kata

pepatah pemuda bangsa harapan, pemudi tiang negara. Oleh hal demikian ,kita
harus berjimat cermat supaya dapat menjamin masa depan kita yang cerah.

8. Kepentingan sains dan teknologi


Contoh 1

Contoh 2
Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT
amat penting. Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan
teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap
perkara di hujung jari sahaja.
Kemajuan ICT telah menyumbang dalam meningkatkan pengurusan dan
pentadbiran negara ke arah lebih sistematik dan teratur. Segala urusan baik
kerajaan mahupun swasta dapat dipercepat melalui kemajuan ICT. Keadaan ini
bukan sahaja menjimatkan masa, bahkan tenaga, dan wang kerajaan serta rakyat
sendiri.
ICT bukan sahaja membantu dalam pentadbiran dan pengurusan negara, malah ICT
penting dalam ramalan cuaca dan panduan pelayaran.Sekarang, dengan
adanya satelit cuaca, fenomena alam dapat diramal dengan lebih tepat serta
terperinci. Melalui satelit cuaca ini, siri gambar awan dapat diambil dan seterusnya
kita dapat meramalkan keadaan cuaca dunia. Persediaan awal dapat kita buat
untuk mengelakkan berlakunya kerugian harta benda dan pengorbanan nyawa.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa ICT memainkan peranan yang penting kepada
dunia. Hal ini dapat dibuktikan apabila ICT mempercepat hubungan
antarabangsa. Dunia seakan-akan menjadi semakin kecil dengan wujudnya ICT.
Kita dapat menghubungi sesiapa sahaja di seluruh dunia. Perkara ini ternyata sekali
mengukuhkan ungkapan Dunia Tanpa Sempadan.
Kewujudan ICT turut membantu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran
(P&P). Sistem pendidikan di sekolah dimajukan oleh ICT sekali gus mewujudkan
sekolah bestari. Pelajar mendapatkan maklumat dari seluruh dunia melalui Internet
untuk melakukan kerja atau projek-projek di sekolah. Pelajar akan belajar mengikut
kemampuan mereka serta melahirkan generasi yang celik komputer.
Bertitik tolak dari itu, kita dapat melihat bahawa pembangunan negara bergantung
pada kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).Semua pihak tidak kira
pihak kerajaan ataupun pihak swasta, perlulah berganding bahu melonjakkan
nama negara Malaysia ke pentas dunia.

9. Kebaikan belajar secara berkumpulan


Contoh 1
(Baca sahaja)

Contoh 2
KARANGAN: KEBAIKAN BELAJAR SECARA BERKUMPULAN
(Bina karangan)

Soalan : Pelbagai kaedah dan teknik belajar dilakukan oleh pelajar yang akan
menduduki peperiksaan. Antara kaedahnya ialah belajar secara berkumpulan.
Berikan pendapat anda tentang kebaikan-kebaikan belajar secara berkumpulan.

Pendahuluan
(setiap pelajar mempunyai kaedah belajar yang tersendiri perlu memilih kaedah
dan teknik belajar yang paling berkesan dan mudah)

Isi-isi Penting
(1) mudah menerima pelajaran meminta bantuan daripada rakan yang lebih bijak
dapat mengetahui maklumat dengan lebih cepat
(2) mengurangkan kos membeli bahan bacaan dan latihan dapat berkongsi buku
rujukan dapat berkongsi maklumat dengan lebih banyak
(3) mengeratkan hubungan silaturahim menjadi lebih baik berbincang dalam
suasana yang menyeronokkan menghindarkan kebosanan
(4) dapat menilai tahap pencapaian diri mewujudkan persaingan yang sihat
meningkatkan motivasi untuk belajar berusaha untuk menjadi lebih rajin

Penutup
(perlu dilaksanakan dengan terancang dan teratur perlu berdisiplin berusaha
untuk mencapai tujuan belajar)

Contoh 3
Belajar merupakan satu proses yang penting untuk menjadi murid cemerlang.
Terdapat pelbagai cara untuk kita belajar iaitu secara berkumpulan ataupun secara
berseorangan sahaja.

Belajar secara berkumpulan adalah lebih baik jika dibandingkan denan belajar
berseorangan. Penerangan dan perbincangan dengan kawan-kawan akan membuat
kita lebih mudah mengingati apa yang dipelajari. Kesannya, sesuatu pelajaran itu
akan sentiasa kekal di dalam minda kita.

Belajar secara berkumpula juga tidak membosankan .Perbincangan yang dibuat


akan menjadikan kita lebih bersemangat dan berminat untuk belajar. Ini kerana
suasana pembelajaran tidak kaku dan kita boleh bercakap untuk menyuarakan
pendapat.

Kita juga akan memperoleh maklumat yang lebih banyak dan mendalam kerana
rakan-rakan dalam kumpulan tersebut membaca buku rujukan yang berlainan
tentang tajuk yang dibincangkan. Dengan ini semua maklumat tersebut dapat
dikongsi bersama. Kesannya, sesuatu tajuk itu akan dapat difahami dengan lebih
mendalam.

Kesimpulannya, belajar secara berkumpulan lebih banyak membantu murid-murid


memahami sesuatu tajuk dengan berkesan berbanding dengan belajar secara
bersendirian. Oleh itu, murid-murid boleh memilih kaedah pembelajaran yang
bersesuaian untuk mencapai kecemerlangan.

10. Kepentingan komputer kepada murid


Contoh 1
Penggunaan komputer amat penting pada masa kini. Komputer membolehkan kita
melakukan pelbagai perkara seperti belajar, berhibur, berkomunikasi, bekerja dan

sebagainya lagi. Justeru, ramai orang ingin memiliki komputer untuk kegunaan
mereka semasa di rumah atau di mana-mana sahaja.

Komputer membolehkan kita belajar seperti belajar secara dalam talian. Komputer
juga memudahkan pelajar mendapatkan sumber rujukan menerusi laman sesawang
yang boleh diakses daripada komputer yang dilengkapi sambungan internet.
Komputer juga akan memudahkan pelajar menyiapkan tugasan mereka.

Kita boleh berhibur dengan lebih mudah dengan menggunakan komputer. Melalui
komputer kita boleh menonton video, mendengar muzik, bermain permainan video
dan sebagainya lagi. Dengan itu, kita akan lebih mudah untuk menenangkan fikiran
setelah penat belajar atau bekerja.

Komputer juga memudahkan kita berhubung dengan orang lain. Pelbagai aplikasi
boleh kita gunakan untuk berkomunikasi seperti email, forum, `facebook` dan
sebagainya lagi. Secara tidak langsung ini akan mengeratkan persahabatan dan
persaudaraan antara kita.

Kebanyakan pekerjaan dapat dilakukan dengan lebih mudah apabila menggunakan


komputer . Misalnya, untuk menaip, menyimpan data atau maklumat dan mengira.
Oleh itu, tidak hairanlah kebanyakan pejabat seperti di bank akan dilengkapi
dengan berpuluh-puluh komputer.

Kesimpulannya, komputer amat diperlukan pada masa kini kerana banyak memberi
faedah kepada manusia. Walau bagaimanpun kita mesti mengawal diri daripada
terlalu leka menggunakan komputer kerana ia juga boleh mendatangkan masalah
seperti tidak fokus kepada pelajaran dan sebagainya.

Contoh 2

Komputer merupakan alat elektronik yang menyimpan maklumat pada


cakera atau pita bermagnet, menganalisisnya dan mengeluarkan maklumat
selanjutnya apabila diperlukan. Penggunaan komputer semakin popular di dunia
dewasa ini. Terdapat pelbagai jenis komputer seperti komputer peribadi, komputer
meja, komputer mudah alih, komputer talapak dan sebagainya. Murid-murid
terdedah kepada dunia komputer sejak peringkat sekolah rendah lagi.
Pendedahan ini memberikan banyak faedah kepada mereka. Antaranya,
murid-murid boleh meluaskan pengetahuan dan minda mereka melalui penggunaan
internet. Murid-murid dapat mencari maklumat terkini dengan cepat dan mudah.
Oleh yang demikian, dapat membantu murid-murid dalam proses pembelajaran.
Secara tidak langsung ini akan membantu murid-murid meningkatkan prestasi
akademik mereka.
Di samping itu, komputer memudahkan tugas kita. Banyak kerja dan tugasan
kini dilakukan dengan bantuan komputer, seperti kerja-kerja penaipan, pelukisan
grafik, dan penyediaan laporan. Komputer membolehkan kita menyiapkan kerja
tersebut dengan mudah dan cepat. Bagi murid-murid, penggunaan komputer dapat
menjimatkan masa dalam pembelajaran dan pengajaran sama ada di rumah
mahupun di dalam kelas.
Penggunaan komputer dalam pengajaran akan dapat menarik minat muridmurid mengikuti pelajaran. Teknik kapur dan papan hitam yang digunakan pada hari
ini mungkin akan membosankan para murid yang dibesarkan dalam zaman
teknologi maklumat ini. Komputer, dengan konsep multimedia, iaitu gambar, bunyi
dan warna, mampu menarik minat para pelajar. Sudah pastinya, setiap murid akan
berasa seronok dan ingin melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran secara aktif.
Justeru, akan memudahkan murid memahami sesuatu pelajaran kerana mereka
mendapat gambaran yang tepat tentang sesuatu topik yang dipelajari.
Komputer juga mempunyai program untuk memperkembang bahasa,
contohnya tesaurus. Murid-murid boleh belajar makna perkataan dan
penggunaannya. Justeru, murid-murid akan bijak menyampaikan idea. Penulisan
karangan juga akan menjadi lebih mantap dengan penggunaan kosa kata yang
lebih meluas.
Kesimpulannya, komputer sangat berguna dalam kehidupan pada hari ini.
Guru-guru dan juga murid-murid perlu menjadikan komputer sebagai alat teknologi
yang berkesan dalam pembelajaran. Ibu bapa wajar menggalakkan anak-anak
menggunakan komputer sejak dari kecil lagi agar mereka dapat menggunakan
teknologi komputer sebaik-baiknya supaya tidak ketinggalan dalam arus globalisasi
masa ini.

Contoh 3

You might also like