You are on page 1of 5

Soalan 1

Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah ini.

Cadangan Jawaban:
1

Gambar ini menunjukkan kegiatan buruk murid-murid yang melepak di pasar raya.

Mereka berpakaian sekolah tetapi aksi mereka menunjukkan bahawa mereka tidak
berdisplin.

Mereka tidak menghiraukan orang ramai yang memerhatikan gelagat nakal mereka.

Sambil berbual-bual kosong di tepi tangga pasar raya itu, mereka menghisap rokok

Selain menghisap rokok , mereka mungkin juga terlibat dengan kegiatan ponteng
sekolah.

Soalan 2
Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah ini.

Cadangan Jawaban:
1

Seorang anggota polis trafik yang menunggang motosikal sedang mengejar seorang
pemuda yang menunggang motosikal.

Pemuda itu menunggang motosikalnya dengan laju dan telah melanggar undangundang jalan raya.

Perbuatan pemuda itu bukan sahaja membahayakan dirinya tetapi juga pengguna
jalan raya yang lain.

Polis trafik itu bertindak dengan cekap


tersebut.

Polis trafik itu mengeluarkan saman kepada pemuda itu atas kesalahan yang
dilakukannya.

dan akhirnya berjaya menahan pemuda

Soalan 3
Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah ini.

Cadangan Jawaban:
1

Cikgu Ramli dan murid-muridnya berada di makmal sains.

Pelajaran yang diajarkan beliau ialah fotosintesis oleh tumbuhan hijau.

Beliau sedang menerangkan proses daun tumbuhan membuat makanan dengan


bantuan cahaya matahari.

Selepas penerangan, beliau akan meminta murid-murid membuat uji kaji tentang
perkara yang diajarkan.

Beliau telah meminta murid-murid membawa daun tumbuhan untuk membuat uji kaji
tersebut.

Soalan 4
Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah ini.

Cadangan Jawaban:
1

Masyarakat Melayu kaya dengan pelbagai warisan termasuklah permainan tradisonal.

Permainan gasing menguji kemahiran pemainnya untuk memutarkan gasing paling


lama.

Permainan wau menjadi pilihan kaum lelaki di Pantai Timur untuk mengisi masa
lapang .

Permainan sepak raga sudah dikesan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.

Permainan tradisonal Melayu melambangkan kehalusan seni budaya masyarakat


Melayu.

Soalan 5
Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah ini.

Cadangan Jawaban:
1

Bergotong- royong ialah amalan mulia yang masih diteruskan oleh masyarakat kita.

Kegiatan gotong-royong memudahkan sesuatu pekerjaan kerana pekerjaan itu


dilakukan secara beramai-ramai.

Selain meringankan kerja, gotong-royong dapat mengeratkan hubungan


anggota masyarakat juga.

Kerja-kerja membersihkan kawasan seperti menebas rumput, mencuci longkang, dan


membuang sampah sarap, jika dilakukan selalu, dapat menjamin kebersihan dan
keselesaan penduduk.

Amalan gotong-royong perlu diteruskan kerana amalan ini banyak memberikan


kebaikan kepada semua anggota masyarakat.

sesama

You might also like