You are on page 1of 4

Ayat menurut Arbak Othman (1981: 222) ialah suatu ucapan yang mengandungi satu

fikiran yang sempurna. Untuk suatu ucapan itu mengandungi fikiran yang sempurna ianya
biasanya terdiri daripada suatu susunan perkataan yang penjelmaannya didahului dan
diakhiri oleh kesenyapan. Menurut Nik Safiah Karim et al (2014: 432) pula, ayat ialah unit
pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi
makna yang lengkap, yang pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan, serta
mengandungi intonasi yang sempurna. Demikian juga ahli-ahli bahasa luar negara telah
memberi definisi ayat yang sama. Menurut Donald et al (1990: 1), A sentence is a selfcontained grammatical unit, usually containing a subject and a verb, that conveys to the
listener or the reader a meaningful assertion, command or exclaimation.
Terdapat empat jenis ayat dalam bahasa Melayu berdasarkan lagu bahasa dan
tujuannya iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan. Berdasarkan cerpen
yang telah dianalisis, jenis-jenis ayat yang telah dinyatakan adalah seperti berikut:
1. Ayat penyata.
Ayat penyata ialah ayat yang bertujuan untuk memberikan keterangan atau
menyatakan sesuatu perkara, benda atau orang. Ayat ini diujarkan dengan maksud
membuat penyataan, justeru ayat ini biasanya diujarkan dengan intonasi yang sederhana
dan mengalami perendahan sebelum kesenyapan. Ayat ini juga disebut sebagai ayat berita
atau ayat keterangan. Antara contoh ayat penyata yang terdapat dalam cerpen ialah:

BI
L
1.
2.

CONTOH AYAT

PERENGGAN DAN BARIS

Anak-anak Sulida kecil-kecil lagi.


Dia memilih mata pahat yang kecil untuk memahat

Perenggan 1 baris 15 dan 16


Perenggan 2 baris 2 hingga 5

belulang patung wayang kulit di hadapannya itu.


3.
4.

Matanya terasa amat pedih.


Pak Yasok ke surau dan ke masjid seperti orang lain

Perenggan 3 baris 4
Perenggan 5 baris 11 hingga

5.

juga.
Pak Yasok mengesat mata tuanya yang basah.

13
Perenggan 7 baris 5 hingga 7

6.

Hujan semakin reda.

Perenggan 10 baris 2 dan 3

7.

Pak Yasok tercenggang.

Perenggan 12 baris 1

8.

Pak Yasok menjawab penuh salam tersebut.

Perenggan 12 baris 10 hingga

9.

Bajunya sedikit lembap kerana terkena biasan hujan

12
Perenggan 14 baris 9 hingga

10.

di pelantar dapur.
Pak cik tak pernah belajar kat mana-mana universiti.

11
Perenggan 18 baris 2 hingga 4

10

Jadual 1 Jadual contoh ayat penyata


Bentuk asas ayat penyata ialah subjek dan predikat manakala strukturnya pula boleh
terdiri daripada ayat tunggal seperti yang terdapat pada contoh 6 (Hujan semakin reda.) dan
ayat majmuk contoh 9 (Bajunya sedikit lembap kerana terkena biasan hujan di pelantar
dapur.) Binaan ayat penyata dimulakan dengan huruf besar dan diakhiri dengan noktah
yang menandakan kesenyapan dan berakhirnya ayat tersebut.
2. Ayat Tanya.
Ayat tanya ialah ayat yang bertujuan untuk menanyakan sesuatu hal. Intonasi ayat
tanya berbeza daripada ayat penyata dari segi nada akhirnya, iaitu nada menaik. Dalam
penulisan, ayat tanya digambarkan melalui penggunaan tanda tanya atau tanda soal (?)
pada akhir ayat. Ayat tanya pula dapat digolongkan kepada dua jenis utama iaitu:

BIL.
1.

2.

Ayat tanya tanpa kata tanya.


Ayat tanya dengan kata tanya.

JENIS AYAT TANYA


Ayat tanya tanpa kata tanya

CONTOH AYAT

PERENGGAN DAN

Pernah kau lihat aku tak

BARIS
Perenggan 6 baris 13

sembahyang

hingga 15

dan

aku

Ayat tanya dengan kata ganti

tak puasa?
Siapakah yang ke mari

Perenggan 11 baris 6

nama diri tanya

dalam

hingga 8

hujan-hujan

begini?
3.
Ayat tanya terbuka
4.
Ayat tanya tertutup
5.

Ada apa anak datang ke

Perenggan 16 baris 1

rumah pak cik hujan-

hingga 3

hujan begini?
Adakah dia mengenali

Perenggan 11 baris 6

atau tidak susuk yang

hingga 8

semakin hampir dengan


tangga rumahnya?
Rumah Pak Yasok?
Jadual 2 Jadual contoh ayat tanya

Perenggan 13 baris 1

Berdasarkan jadual 2 di atas, ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang lazimnya
diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Bagi contoh
yang kedua pula merupakan ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya iaitu siapa. Dalam
penulisan, ayat jenis ini perlulah menerima partikel kah pada unsur yang dikedepankan
seperti yang terdapat dalam contoh. Contoh 3 pula merupakan ayat tanya jenis terbuka yang
11

terdapat dalam cerpen. Ayat tanya terbuka ialah ayat yang jawapannya tidak terhad kepada
perkataan ya atau tidak/bukan sebaliknya bergantung pada maksud yang terkandung dalam
ayat tanya tersebut. Berbeza dengan contoh ayat 4 dan 5, ayat tersebut merupakan ayat
tanya tertutup yang memerlukan jawapan ya atau tidak/bukan.
3. Ayat perintah.
Ayat perintah pula ialah ayat yang mengandungi unsur arahan oleh penutur kepada
pendengar dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada
orang kedua seperti kamu, awak dan engkau tetapi kata ganti nama diri orang kedua ini
biasanya digugurkan. Ayat perintah diujarkan dengan intonasi perintah, iaitu dengan nada
yang menurun tetapi keras pada mana-mana perkataan yang hendak ditekankan
maksudnya. Nada sedemikian adalah untuk mendapatkan respon daripada pendengar.
Seterusnya, ayat perintah dapat dibahagikan kepada empat jenis berdasarkan penggunaan
kata khusus tersebut. Antara jenis-jenis ayat perintah adalah seperti di bawah:

BIL.
1.

Ayat suruhan
Ayat larangan
Ayat silaan
Ayat permintaan

JENIS AYAT

CONTOH AYAT
Ayah berhentilah buat kerja

PERENGGAN DAN BARIS


Perenggan 4 baris 1 dan 2

yang sia-sia ni ayah.


Ayat suruhan
2.

Kau

tak

layak

untuk

Perenggan 6 baris 1

nasihatkan aku.
3.

Ayat silaan

Ya, naiklah.

4.

Ayat permintaan

Harap

dapatlah

Perenggan 14 baris 1
pakcik

Perenggan 16 baris 8

bantu saya.
Jadual 3 Jadual contoh ayat perintah
Berdasarkan jadual 3 di atas, contoh ayat 1 dan 2 merupakan ayat suruhan iaitu ayat
yang digunakan dengan tujuan memberi arahan. Dalam contoh tersebut, partikel lah telah
digunakan melembutkan di samping menegaskan predikat. Subjek ayah pula dikekalkan
untuk tujuan penegasan subjek. Ayat silaan dalam contoh 3 pula ialah ayat dengan tujuan
untuk menjemput atau mempersilakan seseorang. Seperti ayat lain juga, ayat ini boleh
dilembutkan dengan penggunaan partikel penegas lah seperti dalam contoh, naiklah.
Seterusnya, ayat permintaan ialah ayat yang digunakan bertujuan untuk memohon
permintaan dan pertolongan seperti dalam contoh ayat 4.

12

4. Ayat seruan.
Ayat seruan merupakan ayat yang diucapkan untuk melahirkan berbagai-bagai
perasaan seperti gembira, sedih, kagum dan sebagainya. Gambaran perasaan penutur
dapat dilihat dengan berdasarkan kata seru yang digunakan serta intonasi naik atau turun
pada akhir ayat bergantung pada ragam perasaan yang hendak ditunjukkan oleh penutur.
Contoh ayat seruan yang terdapat dalam cerpen yang telah dikaji ialah:

BIL.
1.

CONTOH AYAT
PERENGGAN DAN BARIS
Ah, lamunanku terlalu jauh, getus Pak Yasok.
Perenggan 10 baris 1 dan 2
Jadual 4 Jadual contoh ayat seruan
Dalam penulisan ayat seruan di atas, ayat seruan dapat dikenal pasti melalui

penggunaan kata seru ah dan tanda seru (!) pada akhir ayat.
Kesimpulannya, ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam
susunan tatabahasa dan terbahagi kepada empat jenis ayat utama yang terdapat dalam
bahasa Melayu iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan. Ayat-ayat ini
mempunyai fungsi yang berbeza-beza dalam penggunaan seharian mengikut tujuan si
penutur dan turut berlainan dari segi intonasi ayat-ayat tersebut diujarkan.

13

You might also like