You are on page 1of 7

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MELUKIS FIGURA MANUSIA DALAM BIDANG

MENGGAMBAR BAGI MURID TAHUN DUA MENGGUNAKAN ARTISTIC PAPER


DOLL (APED)
Mohd Hafizuddin bin Abd Ghani
Mat Ali bin Abdul Ghani
Pendidikan Seni Visual 3
hafiz_zud93@yahoo.com
Abstrak
Kajian ini dijalankan bertujuan meningkatkan kemahiran melukis figura manusia dalam bidang
Menggambar bagi murid tahun dua menggunakan Artistic Paper Doll (APED). Fokus kajian
lebih tertumpu kepada masalah murid tidak dapat melukis figura mengikut kemahiran yang
betul dan tidak kreatif melukis figura seperti pergerakan, kesempurnaan dan penambahan
pada lukisan figura. Peserta kajian ini terdiri daripada empat orang murid tahun dua di salah
sebuah sekolah di daerah Besut, Terengganu. Tinjauan awal dilaksanakan telah mendapati
kelemahan murid melukis figura mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Instrumen
yang digunakan untuk membantu kajian ini ialah kaedah pemerhatian dan analisis dokumen.
Pemerhatian secara berstruktur dijalankan untuk menguji kriteria kemahiran murid melukis
figura. Hasil dapatan senarai semak pemerhatian menunjukkan peserta kajian mengalami
peningkatan dalam kemahiran melukis figura selepas tindakan dijalankan. Manakala analisis
dokumen juga dilaksanakan bagi menilai skor, markah dan gred hasil lukisan figura sebelum
dan selepas tindakan dijalankan. Hasil penilaian tersebut juga menunjukkan peningkatan dari
segi kemahiran murid melukis figura dan kreatif melukis pergerakan, kesempurnaan dan
penambahan pada lukisan figura. secara ringkasnya, alat APED ini terbukti berkesan
meningkatkan kemahiran melukis figura manusia dengan betul dan realistik. Alat APED juga
boleh ditambahbaik melalui mempelbagaikan rekabentuk dan saiz APED supaya boleh
digunakan oleh semua murid mengikut peringkat umur dan tahap kebolehan murid serta
meluaskan lagi penggunaan bahan APED dalam mata pelajaran lain pada masa hadapan.
Kata kunci: Artistict Paper Doll (APED), meningkatkan kemahiran dan kreativiti melukis figura
manusia.

Pengenalan
Penggunaan figura manusia sebagai tema dalam penghasilan lukisan kanak-kanak
dalam kajian adalah berdasarkan Teori Representasi oleh Arnheim (1974). Kanakkanak sememangnya mempunyai konsep yang jelas tentang figura manusia. Ada
pendapat yang menyatakan bahawa konsep visual merupakan dasar kepada aktiviti
representasi. Dalam kajian yang telah dijalankan terhadap sekumpulan kanak-kanak
dengan membahagikan mereka kepada beberapa tugasan yang berlainan seperti
melukis, membentuk dan menyambung atau melengkapkan beberapa bahagian
tertentu, keputusan yang diperoleh mendapati bahawa kanak-kanak sememangnya
mempunyai kefahaman yang jelas tentang bentuk figura manusia.
Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang lalu, pengkaji mendapati
segelintir murid mengalami kesukaran melukis figura dalam melaksanakan aktiviti
menggambar. Penilaian awal telah dilaksanakan dengan melihat kepada hasil karya
murid sebelum ini. Pengkaji merumuskan bahawa murid tahun dua sebenarnya
mampu untuk melukis bentuk figura, namun masih kurang dari aspek kemahiran dan
kreativiti. Terdapat kriteria-kriteria yang masih perlu ditingkatkan dan ditambahbaik
bagi menghasilkan lukisan figura yang baik dan realistik. Oleh itu, pengkaji telah
memilih empat orang murid untuk dijadikan peserta kajian bagi membantu mereka
dalam menguasai kemahiran dan kreativiti melukis figura manusia.

Dengan itu, pengkaji telah mengambil inisiatif untuk menggunakan APED


sebagai bahan konkrit untuk membantu peserta kajian meningkatkan kemahiran dan
kreativiti melukis figura. Melalui penggunaan bahan APED juga, murid akan cepat
mendapat konsep dan cara yang betul untuk melukis figura selain APED cenderung
untuk peserta kajian belajar dalam keadaan yang seronok dan belajar sambil
bermain.
Fokus Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji memberi fokus kepada masalah murid tahun dua yang
mengalami masalah pembelajaran melukis figura manusia. Empat orang murid telah
didapati kurang mahir dan tidak kreatif dalam melukis figura manusia walaupun telah
diajar berulang kali oleh pengkaji di hadapan kelas. Peserta kajian tidak dapat
memenuhi kriteria-kriteria lukisan figura yang baik yang telah ditetapkan oleh
pengkaji dan melalui penilaian, peserta kajian melukis seolah-olah mereka
menconteng kertas dan hanya menggunakan bentuk-bentuk seperti bulatan dan segi
empat untuk melukis figura manusia. Selain itu, peserta kajian juga sukar untuk
melukis dengan menentukan skema figura yang betul bagi perbandingan saiz
sebenar dan melukis pergerakan figura manusia. Sedar akan masalah ini, pengkaji
telah mereka suatu bahan pembelajaran iaitu APED, menurut Mohd Dahlan (1992),
penggunaan pelbagai alat bantu mengajar mengikut cara yang bersesuaian dapat
meningkatkan mutu atau tumpuan murid-murid terhadap pembelajaran. Pengkaji
yakin melalui penggunaan bahan APED dapat membantu murid bagi meningkatkan
kemahiran dan kreativiti mereka menghasilkan lukisan figura manusia yang baik.
Objektif Kajian
Berikut adalah objektif kajian dalam kajian tindakan ini iaitu:
1. Membantu murid meningkatkan kemahiran melukis figura manusia dengan
menggunakan APED.
2. Membantu meningkatkan kreativiti
murid seperti melukis pergerakan,
kesempurnaan dan penambahan pada lukisan figura manusia menggunakan
APED.
Soalan Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab soalan kajian berikut:
1. Adakah penggunaan APED dapat meningkatkan kemahiran murid melukis
figura manusia?
2. Adakah APED dapat meningkatkan kreativiti murid seperti pergerakan,
kesempurnaan dan penambahan pada lukisan figura manusia?
Peserta Kajian
Kajian tindakan ini melibatkan seramai empat orang murid tahun dua yang terdiri
daripada dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Mereka ini
mempunyai pencapaian akademik yang sederhana dalam Pendidikan Seni Visual.
Semua peserta kajian ini terdiri daripada bangsa yang sama iaitu Melayu. Tiga dari
empat orang peserta kajian ini tidak pernah mengikuti atau pernah belajar melukis
figura sebelum ini. Tinjauan awal menunjukkan bahawa murid-murid tahun dua ini
kurang diberi pendedahan mengenai lukisan figura secara formal di sekolah tetapi
mempunyai pengalaman melukis figura manusia bersama rakan sebaya dan
bersama keluarga di rumah. Jika dilihat daripada aspek jantina pula, didapati bahawa
murid-murid perempuan dapat menghasilkan lukisan figura yang lebih terperinci
berbanding dengan lukisan figura kanak-kanak lelaki.

Tindakan yang Dijalankan


Pengkaji telah menjalankan tiga penilaian seperti berikut.
Penilaian awal Dijalankan pada minggu pertama, pengkaji tidak memberi
penerangan kepada peserta kajian tentang lukisan figura. Peserta kajian diminta
melukis figura manusia mengikut kebolehan dan pengalaman masing-masing
melukis figura manusia. Pengkaji juga tidak menetapkan syarat dan peserta kajian
bebas untuk melukis figura manusia menggunakan kaedah, cara dan bahan masingmasing. Penilaian awal ini bertujuan untuk menguji tahap kemahiran dan kreativiti
peserta kajian melukis figura.
Penilaian pertama Penilaian ini diadakan pada minggu kedua. Pengkaji
meminta peserta kajian mengaplikasikan bahan bantu APED bagi melukis figura
manusia. Pada mulanya, pengkaji memberi sedikit pemahaman melalui penerangan
dan seterusnya demonstrasi tentang cara menggunakan APED kepada peserta
kajian. Seterusnya peserta kajian diberi peluang untuk menggunakan APED.
Caranya, mereka akan menggayakan kedudukan dan pergerakan patung APED dan
menekap rupa APED pada kertas lukisan. Sebagai contoh, patung APED digayakan
pada kedudukan berlari, murid akan menekap rupa APED tersebut pada kertas
lukisan dan seterusnya murid akan membuat penambahan dan menyempurnakan
rupa figura yang ditekap tadi. Seterusnya, pengkaji juga memberi masa dan peluang
kepada peserta kajian untuk bermain dan mengaplikasikan APED sebagai latih tubi.
Melalui latihan, murid dapat melatih kemahiran kawalan tangan terhadap garisan dan
lakaran figura. Kemudian, pengkaji akan melaksanakan penilaian pertama. Dimana,
pengkaji meminta murid untuk memilih pergerakan yang mereka sukai dan melukis
figura manusia menggunakan APED. Peserta kajian akan mewarna dan menambah
hiasan dan mementingkan unsur kesempurnaan pada lukisan figura.
Penilaian kedua - Diadakan pada minggu ketiga selepas penilaian pertama.
Peserta kajian mengalami beberapa kali latihan melukis figura manusia
menggunakan APED pada minggu kedua dan ketiga. Pada penilaian ini, akhirnya
pengkaji meminta murid melukis figura tanpa menggunakan APED. Tujuannya
adalah supaya dapat menguji kemahiran dan kreativiti peserta kajian. Adakah tanpa
menggunakan APED murid masih mampu melukis figura manusia dengan baik
mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.
Pengkaji telah menggunakan kaedah mengumpul data melalui instrumen
pemerhatian dan analisis dokumen seperti berikut. Pertama ialah melalui
pemerhatian. Pengkaji telah menggunakan senarai semak pada tiga penilaian iaitu
penilaian awal, pertama dan kedua. Selain daripada itu, pengkaji juga menyediakan
rubrik pemarkahan bagi menilai pemerhatian hasil lukisan figura murid melalui dua
aspek iaitu kemahiran dan kreativiti. Kedua, melalui analisis dokumen. Pengkaji
mengumpul data melalui hasil karya murid. Pengkaji memberi skor, markah dan gred
terhadap hasil karya murid seterusnya merekod data tersebut dalam bentuk jadual
dan graf.
Pengkaji juga telah menggunakan cara mengumpul data melalui dua
instrumen iaitu pemerhatian dan analisis dokumen. Bagi pemerhatian, pengkaji telah
menggunakan senarai semak bagi melihat skor pencapaian murid melukis figura
manusia. Pengkaji telah membina satu jadual rubrik penilaian bagi menilai hasil
karya peserta kajian dari aspek kemahiran dan kreativiti.

Jadual 1
Rubrik penilaian pemerhatian hasil karya peserta kajian.
Skor

Tahap

56

Baik

34

Sederhana

02

Lemah

Diskriptif
Kawalan tangan seimbang, garisan terkawal, rupa bentuk
figura terkawal, lukisan realistik, skema betul dan aplikasi
unsur seni dan perinsip rekaan baik.
Kawalan tangan sederhana, garisan kurang terkawal, rupa
bentuk figura sederhana, lukisan kurang realistik, skema
sederhana betul dan aplikasi unsur seni dan perinsip
rekaan sederhana.
Kawalan tangan tidak terkawal, garisan tidak terkawal,
rupa bentuk figura tidak terkawal, lukisan tidak realistik,
skema kurang betul dan tiada aplikasi unsur seni dan
perinsip rekaan.

Bagi analisis dokumen, pengkaji menganalisis hasil karya peserta kajian


melalui penilaian awal, pertama dan kedua. Pengkaji merekod dan mengumpul data
skor, peratus markah dan gred dalam bentuk jadual. Berdasarkan pencapaian,
pengkaji melihat peningkatan peratusan markah hasil karya peserta kajian.
Jadual 3
Pencapaian skor, peratus markah dan gred peserta kajian keseluruhan.
PENILAIAN ASPEK KEMAHIRAN
Murid

Awal
(Minggu 1)

Pertama
(Minggu 2)

Kedua
(Minggu 3)

Markah
(%)

Gred

Markah
(%)

Gred

Markah
(%)

Gred

M1

60

95

83

M2

44

86

76

M3

60

98

86

M4

57

98

86

Cara menyemak data pula, pengkaji telah melakukan teknik triangulasi masa
dalam penyelidikan tindakan ini. Dalam triangulasi masa pengkaji telah mengumpul
data skor pencapaian analisis dokumen sebagai satu alat pengumpulan data yang
dilakukan dalam suatu jangka masa. Pengkaji fokus membuat perbandingan skor,
peratus markah dan gred pencapaian analisis dokumen empat orang peserta kajian
dalam masa yang berlainan. Jurang masa ini bertujuan melihat kesan penggunaan
bahan APED terhadap kemahiran dan kreativiti peserta kajian. Perbandingan ini
membolehkan pengkaji menyemak kredibiliti data yang diperolehi.
Dapatan Kajian
1. Adakah penggunaan bahan APED dapat meningkatkan kemahiran murid
melukis figura manusia?

Pada bahagian ini, pengkaji menunjukkan pencapaian data analisis skor yang telah
dikumpul pada penilaian awal, penilaian pertama dan penilaian kedua. Data yang
telah dikumpul telah membuktikan bahawa penggunaan bahan APED dapat
membantu meningkatkan kemahiran murid melukis figura manusia.
120
100
80
Markah (%)

60

95
83

86
76

60

98
86
60

98
86
57
Penilaian Awal

44

40

Penilaian 1

20

Penilaian 2

0
M1

M2

M3

M4

Murid

Berdasarkan rajah 1, menunjukkan pencapaian murid dalam aspek


kemahiran melukis figura pada tiga penilaian yang berbeza mengikut minggu. Pada
penilaian awal, peserta kajian memperoleh pencapaian sederhana dan markah yang
agak rendah iaitu antara 44% hingga 60 %. Namun, selepas menggunakan bahan
bantu APED, pencapaian peserta kajian telah meningkat daripada sederhana kepada
baik dan markah kesemua peserta kajian mendapat gred A iaitu antara 86% hingga
98%. Pada penilaian kedua pula, walaupun tanpa menggunakan bahan bantu APED,
peserta kajian masih menunjukkan prestasi yang baik iaitu markah antara 76%
hingga 86%. Tiga dari empat orang peserta kajian memperoleh gred A dan seorang
memperoleh gred B. Namun begitu, murid tersebut masih menunjukkan peningkatan
iaitu dari gred C ke gred B apabila dibandingkan dengan pencapaian pada penilaian
awal. Oleh itu, melalui perbandingan rekod pencapaian tersebut, dapat membuktikan
keberkesanan bahan APED dalam meningkatkan kemahiran dan kreativiti peserta
kajian.
2. Adakah bahan APED dapat meningkatkan kreativiti murid seperti
pergerakan, kesempurnaan dan penambahan pada lukisan figura manusia?
Hasil data yang dikumpul melalui analisis dokumen, borang temu bual dan
pemerhatian juga dapat membuktikan penggunaan bahan bantu APED dapat
meningkatkan kreativiti peserta kajian dalam melukis figura manusia.

Markah (%)

100
90 78
80
70
60
50 39
40
30
20
10
0
M1

94

94

78

50

44
Penilaian awal
Penilaian 2

6
M2

M3

M4

Murid

Rajah 2 menunjukkan prestasi peserta kajian dalam aspek kreativiti pada dua
kali penilaian yang dijalankan selama dua minggu. Graf garis di atas menunjukkan
pebandingan peratus markah aspek kreativiti peserta kajian pada penilaian awal dan
penilaian kedua. Pada penilaian pertama peserta kajian menggunakan bahan APED
manakala pada penilaian kedua peserta kajian tidak menggunakan bahan APED.
Pengkaji membandingkan markah pada penilaian ini kerana pengkaji ingin melihat
peningkatan peserta kajian dari aspek kreativiti tanpa menggunakan bahan bantu
APED. Hasilnya, terdapat peningkatan pada penilaian kedua dimana dua orang
peserta kajian mendapat gred A iaitu markah 94% manakala dua orang peserta
kajian lagi mendapat gred B iaitu markah 78%. Berbanding pada penilaian awal,
peserta kajian hanya memperoleh antara gred E hingga C iaitu markah antara 6%
hingga 50%. Oleh yang demikian, peningkatan markah dan gred ini menjadi bukti
yang jelas bahawa selepas menggunakan bahan APED, peserta kajian meningkat
dari aspek kreativiti dalam melukis figura manusia.
Refleksi
Pengkaji berharap hasil daripada dapatan kajian ini dapat memberikan manfaat
kepada guru, individu, serta diri sendiri pada masa hadapan untuk meningkatkan
kemahiran dan kreativiti murid dalam melukis figura manusia. Kajian ini dapat
dijadikan sebagai panduan kepada pengkaji untuk membuktikan bahawa
penggunaan bahan Artistic Paper Doll (APED) ini telah banyak membantu dalam
mempertingkatkan kemahiran dan kreativiti lukisan figura peserta kajian.
Sebelum intervensi dilaksanakan, pengkaji telah meminta murid
menghasilkan lukisan figura mengikut pengalaman dan kebolehan melukis masingmasing. Didapati murid-murid tidak dapat mencapai kriteria-kriteria lukisan figura
mengikut teori Artistik Victor Lowenfeld pada peringkat umur mereka. Hal ini
demikian kerana mungkin disebabkan faktor peserta kajian yang tidak pernah
menerima pendidikan asas melukis figura secara formal samada di sekolah atau di
mana-mana kelas tambahan. Namun, selepas menggunakan bahan APED ini muridmurid kelihatan meningkat dari segi kemahiran dan kreativiti melukis figura. Peserta
kajian sudah mahir mengawal pergerakan tangan semasa melukis dan kreatif
membuat pergerakan, kesempurnaan dan membuat penambahan pada lukisan
figura.
Keseluruhannya, objektif kajian ini dicapai melalui peningkatan pencapaian
yang telah ditunjukkan oleh peserta kajian berdasarkan data yang diperolehi

sepanjang kajian. Pengkaji telah menunjukkan hasil dapatan kajian dalam bentuk
jadual dan graf agar peningkatan yang dicapai oleh peserta kajian dapat dilihat
dengan lebih terperinci.
Cadangan Tindakan Susulan
Melihat kepada keberhasilan kajian ini, saya bercadang untuk membuat
penambahbaikkan atau tindakan lain pada masa akan datang, iaitu:
1. Mempelbagaikan rekabentuk dan saiz Artistic Paper Doll (APED) supaya
boleh digunakan oleh semua murid mengikut peringkat umur dan tahap
kebolehan murid.
2. Kualiti alat dan bahan APED juga boleh diubahsuai dengan menggunakan
kertas atau plastik yang lebih tahan lama dan tidak mudah rosak.
3. Meningkatkan aras kesukaran melalui penggunaan bahan APED yang lebih
kompleks untuk meningkatkan kreativiti murid dalam melukis figura manusia.
4. Meluaskan penggunaan bahan APED dalam mata pelajaran lain.
Rujukan
Othman Lebar. (2014). Penyelidikan Kualitatif. Perak: Universiti Pendidikan Sulatn
Idris.
Haslina Madon. (2007). Menggambar. Selangor: Open University Malaysia,
Jasmi, K. A. (2012). Kesahan dan Kebolehpercayaan dalam Kajian Kualitatif Dalam
Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012 at Puteri Resort Melaka on 28-29
Mac 2012. Organized by Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus
Temenggong Ibrahim.
Zamri bin Mohd Nor dan Nor Tholihah binti Ali. (2013). Pendidikan Seni Visual
Sekolah Kebangsaan Tahun 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mona Brookes. (1838). Drawing With Children. New York: G. P. Putnams Sons
Gagne, R. R., Briggs, L. J.,& Wager, W. W. (1992). Principles of instructional design
(4th ed.). Forth Worth, TX: Harcourt Brace Jovanovich College Publisher.
Merriam, S. B. (1988). Case study research in education. San Francisco, CA:
Jossey-Bass Inc.
Merriam, S.B. (1997). Qualitative research and case study applications in education.
San Francisco: Jossey-Bass.
Ryan, T.G. (2007). The reflective classroom manager: A required preservice mode.
Networks, 9 (1), 1-6.
Schmuck, R. A. (1997). Practical Action Research for Change. Sage Publications.
Stringer, E.T. (2004). Action research in education. Upper Saddle River, New
Jersey: Pearson.

You might also like