You are on page 1of 1

Bahagian B

[15 markah]
[Masa dicadangkan : 25 minit]
Baca petikan di bawah.
Tulis ulasan tentang Kepentingan Menjaga Alam Sekitar dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Kepentingan Menjaga Alam Sekitar


Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru dan pelajar-pelajar
sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah Kepentingan Menjaga Alam Sekitar. Alam
sekitar ialah alam sekeliling kita. Kita perlu memelihara keseimbangan alam kerana Alam
sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik.
Hadirin sekalian,
Alam sekitar adalah sumber keperluan hidup kita. Misalnya, sungai merupakan sumber
air manakala lautan adalah sumber makanan kita. Justeru, semua pihak haruslah
memelihara sumber keperluan ini.
Di samping itu, alam sekitar yang bersih dan terpelihara akan menjadi daya tarikan para
pelancong. Kedatangan para pelancong akan memajukan sektor-sektor perniagaan negara
kerana mereka akan berbelanja di negara kita. Oleh sebab itu, jagalah alam sekitar untuk
menarik kedatangan pelancong ke negara kita.
Hadirin sekalian,
Pemeliharaan alam sekitar juga akan menjamin keseimbangan alam. Kita bernafas
menggunakan oksigen yang terhasil daripada tumbuh-tumbuhan. Oleh sebab itu, jagalah
tumbuh-tumbuhan agar udara disekeliling kita lebih bersih, sejuk dan segar.
Hutan pula ialah habitat semula jadi haiwan. Oleh sebab itu, alam sekitar yang
terpelihara akan memastikan generasi seterusnya juga dapat melihat pelbagai jenis
kehidupan haiwan di dunia ini.
Kesihatan kita juga amat dipengaruhi oleh alam sekitar. Pencemaran udara, air dan
lain-lain akan menyebabkan kita mudah jatuh sakit. Tumbuhan-tumbuhan seperti pokok
pegaga pula merupakan sumber ubat-ubatan. Oleh sebab itu, jagalah alam sekitar agar
sumber ubat-ubatan terpelihara.
Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama memelihara alam sekitar yang
merupakan hadiah yang tidak ternilai kepada generasi yang akan datang. Marilah kita samasama menyelamatkan alam sekitar daripada dimusnahkan.
Sekian, terima kasih.

You might also like