You are on page 1of 5

PENCAPAIAN

MALAYSIA DALAM
PISA
Tahun 2009
Berdasarkan kepada kajian PISA yang telah dijalankan pada tahun 2009, kedudukan Malaysia
di dalam PISA bagi domain Matematik adalah berada pada kedudukan ke 57 daripada 74
buah negara yang terlibat. Pada kedudukan ini, Malaysia berjaya memperolehi skor sebanyak
404.

Seterusnya bagi domain Sains pula, Malaysia berada pada kedudukan 52 daripada 74
buah negara dengan memperoleh skor sebanyak 422. Bagi domain Bacaan pula, Malaysia
terletak pada kedudukan 55 daripada 74 buah negara dengan skor sebanyak 414. Penglibatan
Malaysia kali pertama dalam PISA 2009 sedikit sebanyak mendorong kepada kedudukan
Malaysia dalam semua negara yang terlibat. Rajah di bawah merupakan purata skor dalam
PISA 2009.

Rajah 3 : Purata Skor dalam PISA 2009

Tahun 2012
Pada tahun ini, kedudukan Malaysia telah berubah. Bagi domain Matematik, Malaysia
menunjukkan peningkatan iaitu berada di tangga 52 daripada 65 buah negara yang terlibat
dengan jumlah skor sebanyak 421. Manakala bagi domain Sains, Malaysia mengalami
penurunan dan berada pada kedudukan 53 daripada 65 buah negara dengan jumlah skor
sebanyak 420. Malaysia telah mengalami penurunan skor sebanyak dua mata.
Seterusnya, domain Bacaan juga mengalami penurunan skor sebanyak 16 mata iaitu
daripada 414 menjadi 398 menjadikan Malaysia berada pada kedudukan 59 daripada 65 buah
negara. Pada tahun ini, domain yang difokuskan adalah domain Matematik dan terbukti
berlaku peningkatan daripada tahun sebelum ini iaitu sebanyak 21 mata.
Rajah di bawah merupakan graf pencapaian mengikut jantina bagi ketiga-tiga domain
pada tahun 2009 dan 2012. Berlaku perbezaan antara lelaki dan perempuan dan akan
dibincangkan dalam faktor yang mempengaruhi kedudukan Malaysia dalam PISA.

Rajah 4 : Graf Pencapaian Mengikut Jantina

Cadangan untuk memantapkan Sistem Pendidikan Malaysia (Boleh


diaplikasikan di Peringkat Rendah dan Menengah) July 19, 2011 at 1:45pm
Saya selaku rakyat biasa di Malaysia yang indah dan permai ini ingin
mencadangkan beberapa perkara yang difikirkan oleh saya mampu
meningkatkan tahap sistem pendidikan dan penyampaian pelajaran kepada
semua kelompok pelajar rendah dan menengah (1) Guru-guru di sekolah
diberikan ruang secara luas untuk melaksanakan tugas hakiki mereka di
dalam bilik darjah/kelas/padang/makmal dan sebagainya. Guru-guru jangan
sesekali dibebankan dengan kerja-kerja pentadbiran yang sehingga pada satu
tahap menenggelamkan peranan asal guru untuk mengajar. (2) Sistem
pentadbiran sekolah direvolusikan dengan membawa masuk/melantik baru
Pegawai dari skim pentadbiran untuk melaksanakan kerja-kerja pentadbiran
di sekolah. Dengan ini, guru akan mampu fokus sepenuhnya kepada tugas
hakiki mereka iaitu mengajar. Selain itu, perubahan dalam sistem ini juga
akan mewujudkan peluang pekerjaan baru dan sekaligus mengurangkan
masalah pengangguran negara. (3) Selain daripada itu, bagi mengelakkan
berlakunya tugas-tugas mengulang dan membebankan. Sepatutnya
diwujudkan dua bentuk skim perkhidmatan guru. Pertama, skim guru
akademik dan kedua skim guru ko-kurikulum. Guru akademik akan
memberikan fokus sepenuhnya kepada usaha mengajar di dalam kelas,
membuat kajian kendiri untuk meningkatkan teknik pengajaran dan
meningkatkan keupayaan akademik pelajar/murid. (4) Bagi guru kokurikulum pula, mereka akan memberikan fokus kepada persatuan-persatuan
kelab-kelab, acara-acara sukan, seni dan yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum. Guru kelompok ini bertanggungjawab meningkatkan keupayaan
penglibatan aktif pelajar di dalam ko-kurikulum, merangka pelan aktiviti yang
lebih komprehensif dan mewujudkan keseimbangan di dalam fokus hidup dan
masa depan pelajar/murid. (5) Untuk itu, perkara perubahan di dalam skim
perkhidmatan guru ini boleh dimulakan di maktab/institusi latihan
guru/universiti di mana pengkhususan adalah dibahagi kepada dua iaitu
pilihan untuk menjadi guru akademik atau guru ko-kurikulum. (6) Selepas
bakal guru membuat pilihan, modul fokus kepada subjek/aktiviti ko-kurikulum
akan diterapkan melalui pilihan yang ditentukan sendiri. Dengan perubahan
ini, kita akan dapat meningkatkan bilangan guru pakar dalam bidang
:-)

akademik dan ko-kurikulum secara fokus dan menyeluruh dan kesan baiknya
sudah pasti dirasai oleh pelajar/murid. Sekaligus mampu membantu
memberikan masa depan lebih baik untuk negara. (7) Konsep pengasingan
pelajar pandai dan kurang pandai hendaklah dihentikan. Seharusnya sesuatu
kelas itu perlu ada keseimbangan, daya saing yang sihat dan keterbukaan
dalam proses menerima dan memberi ilmu (8) Konsep kelas sains untuk
pelajar bijak dan kelas sastera untuk pelajar kurang bijak juga perlu
dihentikan dengan serta-merta. Pihak berkaitan perlu faham bahawa, Sains
dan Sastera adalah dua cabang ilmu berbeza, jadi mengaitkan kedua-dua
cabang ilmu ini dengan tahap kepandaian seseorang pelajar adalah salah
sama sekali. Pelajar boleh menjadi bijak dan menguasai aspek sesuatu
cabang ilmu jika mereka mempunyai minat yang mendalam dan usaha yang
berterusan terhadap sesuatu ilmu, bukan dengan cara memaksa pelajar
mempelajari aliran yang mereka tidak gemari. (9) Di sini, bagi memastikan
pelajar belajar aliran yang digemari, dicadangkan satu ujian kecenderungan
secara bertulis dan temuduga dijalankan. Penilaian sebegini penting dan
perlu dijalankan sebaik sahaja pelajar tamat belajar di Darjah 6. Ujian
kecenderungan ini juga perlu dinilai bersekali dengan tahap kelayakan
akademik pelajar bagi memastikan pelajar tidak secara sesuka hati membuat
pilihan tanpa melihat kepada keupayaan diri terlebih dahulu. (10) Penilaian
akademik berasaskan peperiksaan semata-mata adalah satu konsep
penilaian yang rigid dan tidak mampu menilai secara keseluruhan aspek
pencapaian pelajar. Oleh itu dicadangkan diwujudkan satu penilaian
berterusan untuk semua subjek dengan aspek permarkahan boleh
dipecahkan kepada dua sama ada 50:50, 60:40 atau 70:30 bergantung
kepada kesesuaian subjek dan keadaan semasa. Penilaian keseluruhan begini
akan memberikan guru dan pelajar peluang untuk membuktikan keupayaan
diri dalam tempoh yang lebih panjang. (11) Akhir sekali, dicadangkan Sekolah
Berasrama Penuh seperti Sekolah-Sekolah Sains dan MRSM diluaskan kepada
bidang-bidang bukan sains seperti ilmu kemanusiaan, sosiologi, sejarah,
kajian budaya, etnik dan kenegaraan demi mewujudkan masyarakat masa
hadapan yang lebih matang berfikir dan menambah kesesuaian dalam usaha
meningkatkan keupayaan modal insan negara.

You might also like