You are on page 1of 14

KURUN KE 17 DAN 18 DIPERSEPSIKAN SEBAGAI ZAMAN BUGIS DI MALAYSIA

1.0 Pengenalan
Kurun ke-17 dan ke-18 memang tidak asing lagi dalam sejarah melayu disebabkan
abad tersebut dipersepsikan sebagai zaman Bugis di Malaysia. Kedatangan awal
orang Bugis di tanah melayu adalah pada sekitar pertengahan dan akhir abad yang
ke-17 dan mereka telah menetap di sekitar Linggi, kuala Selangor dan Johor di
samping kepulauan Sumatera yang lain iaitu di Riau. Pasompe atau merantau
merupakan tradisi bagi masyarakat bugis di nusantara sejak dahulu lagi dengan
menggunakan phinisi iaitu sebuah kapal masyarakat Bugis ke nusantara. Orang
bugis atau dikenali juga dengan nama tougi terdiri daripada Bone, Wajo, Soppeng
dan Barangnipa adalah berasal dari tanah selatan sulawesi . Penghijrahan beramairamai orang Bugis ke Alam Melayu telah berlaku sekitar abad yang ke-18 dimana
pada abad tersebut bermulanya campurtangan mereka dalam kancah politik orang
melayu khususnya Kerajaan Johor. Namun penghijrahan orang Bugis juga diserta
oleh orang Mengkassar (tomengkasar) yang terdiri daripada Tombolo, Goa dan
Takalara. Istilah Daeng yang digunakan dalam suku tougi merupakan istilah dari
kelompok orang Mengkassar. Selain itu, dinyatakan juga bahawa kedua-kedua suku
ini berasimilasi menjadi Bugis-Mengkassar sejak dahulu lagi. Oleh hal yang
demikian, suku bangsa Sulawesi yang membuat penghijrahan dan terlibat dalam
politik alam melayu dapatlah dikatakan sebagai suku BugisMengkkassar iaitu
gabungan antara suku tougi dan tomengkassar.[1] Namun demikian menurut
Andaya, Bugis Wajo merupakan suku bugis yang banyaka melakukan penghijrahan
dari tanah Sulawesi ke Alam Melayu. Pengaruh dan penguasaaan Bugis ini telah
dikuatkan lagi dengan kedatangan golongan bangsawan Bugis iaitu lima Daeng
bersaudara antaranya Upu Daeng Perani, Upu Daeng Merewah, Upu Daeng Chelak,
Upu Daeng Menambun dan Upu Daeng Kemasi anak kepada Upu Tanderi Burung.
Lima orang bersaudara ini telah memainkan peranan yang cukup penting dalam
memperjuangkan pengaruh dan penguasaan mereka terhadap pentadbiran di tanah

melayu walaupun terdapat persaingan antara orang Bugis sendiri. Namun demikian ,
penghijrahan suku Bugis-Makassar disebabkan berlakunya perubahan pentadbiran
di Sulawesi Selatan .

2.0

Penguasaan orang Bugis di tanah melayu.

Penguasaan orang Bugis dalam politik orang melayu telah bermula setelah
kedatangan lima orang bangsawan Bugis iaitu putera-putera Upu Tanderi Burung
anak Lamdusalat Raja negeri Luwok di tanah bugis iaitu Daeng Perani, Daeng
Menambun, Daeng Merewah, Daeng Chelak dan Daeng Kemasi.[2]

Lima

bersaudara ini telah memainkan peranan penting dalam memperjuangkan pengaruh


Bugis di tanah melayu. Orang Bugis telah membuat petempatan awal pada
pertengahan abad ke-17 dan 18 di semenanjung barat tanah melayu seperti Linggi,
Kelang, Johor-Riau-Lingga. Pengaruh mereka dalam politik dan pentadbiran dapat
dirasai oleh golongan pembesar dan rakyat tanah melayu di samping dalam
perdagangan.
2.1

Penglibatan dan penguasaan Orang Bugis di Johor

Penglibatan dan penguasaan orang Bugis di Johor, bermula dengan bantuan lima
bersaudara Bugis dalam peperangan yang tercetus di Johor akibat daripada
perebutan kuasa bagi mendapatkan kerajaan Johor. Peperangan ini berlaku diantara
Sultan Abd. Jalil IV dan puteranya, Raja Sulaiman dengan Raja Kechil (Sultan Abdul
Jalil Rahmat Syah) yang dimenangi oleh Raja Kechil. Dengan bantuan lima
bersaudara Bugis dalam peperangan seterusnya, Sultan Abd. Jalil dan Raja
Sulaiman dapat merebut semula kerajaan Johor dari tangan Raja Kechil. Setelah
Raja Kechil dapat dikalahkan maka, pada

T.M 1722

anak-anak bugis lima

bersaudara melantik Raja Sulaiman menaiki takhta kerajaan menggantikan Sultan


Abd. Jalil IV dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.[3]
Kenaikan takhta Sultan Sulaiman ini secara langsung telah mengiktiraf penglibatan
orang Bugis dalam politik di Johor. Selain itu juga, orang Bugis dapat mengubah
status sistem kerajaan di Johor. Dengan ini, orang Bugis dapat dikatakan sebagai
pemansuh kerajaan lama dan menubuhkan kerajaan Johor yang baharu.[4] Hal ini

kerana, Sultan Sulaiman yang telah menjadi sultan Johor ini sememangnya bukan
lagi keturunan kerabat di raja tetapi keturunan bendahara, yang seterusnya telah
menghapuskan warisan kesultanan Melaka di Johor. Keadaan ini yang dikatakan
sebagai Johor melahirkan suatu konsep perajaan baharu di bawah dinasti
Bendahara yang berasaskan kepada kuasa penaungnya yang baharu, iaitu orang
Bugis. Peristiwa ini menjadi sejarah yang amat bermakna dalam ketamadunan
masyarakat melayu di Tanah Melayu. Malahan, segala pemerintahan terletak pada
tangan Yamtuan Muda iaitu Daeng Merewah yang berkuasa ke atas semua negeri
naungan Johor pada ketika itu.
Perkahwinan lima bersaudara Bugis dengan kerabat Diraja Johor mengukuhkan lagi
pengaruh dalam institusi kekeluargaan dan seterusnya peranan orang-orang Bugis
dalam politik dan pentadbiran Johor. Kalau kita lihat berlaku perkahwinan diantara
Daeng Perani dengan Tengku Tengah iaitu saudara Sultan Sulaiman di Johor, di
Selangor dengan anak raja Selangor dan di Kedah dengan adik Yamtuan Kedah
yang ketiga-tiganya mendapat seorang anak perempuan setiap seorang.[5] Setelah
pertabalan Sultan Sulaiman sebagai Sultan Johor, berlaku perkahwinan beramairamai di antara lima bersaudara Bugis ini dengan kaum kerabat di raja tempatan.
Sebagai contoh, Daeng Merewah iaitu Yamtuan Muda Johor pertama dikahwinkan
dengan Tun Encik Ayu, anak Temenggung Abd al-Jamal di Johor manakalah Daeng
Chelak Yang Dipertuan Muda (Yamtuan Muda) yang kedua berkahwin dengan
Tengku Puan anak Sultan Abd al-Jalil IV iaitu saudara perempuan Sultan Sulaiman.
[6] Hal ini demikian telah membawa kepada pengukuhan penguasaan dan
penglibatan orang Bugis di Alam Melayu khususnya di tanah Melayu.

2.2

Penglibatan dan penguasaan orang Bugis di Kedah

Titik mula penglibatan orang Bugis di Kedah apabila berlaku perang saudara yang
tercetus antara adik-beradik Raja Kedah. Raja Kedah yang tua telah meminta
bantuan Bugis untuk menyerang adindanya Raja Kedah yang muda dengan
menghantar surat jemputan kepada Daeng Perani untuk datang Kedah. Setelah

Daeng Perani dan saudaranya yang lain sampai di Kedah beliau telah melantik Raja
Kedah yang tua untuk menjadi Yang Dipertuan Kedah.[7] Hal ini telah diketahui oleh
Raja Kedah yang muda dan seterusnya menyerang raja Kedah yang tua. Maka
dengan itu berlakulah peperangan diantara kedua adik beradik ini dimana Raja
Kedah yang tua telah mendapat batuan daripada opu-opu Bugis ini dan telah
mengalahkan Raja Kedah muda. Dengan kejayaan dalam peperangan ini Opu-opu
Bugis ini telah diberikan habuan oleh Yang Dipertuan Kedah berbentuk wang ringgit.
[8] Maka dengan itu orang Bugis telah melakar penglibatan yang amat besar di
Kedah pada ketika itu dan telah menjadi titik tolak mereka dalam campur tangan di
Kedah. Selain itu, Daeng Perani juga dikatakan dinikahkan dengan adik Raja Tua
Kedah pada ketika Daeng Perani datang ke Kedah untuk membantu Raja Tua
Kedah.[9]. Selain itu, dalam perang Di Kedah juga Daeng Perani telah terbunuh
akibat tipu helah Raja Kecil yang membantu Raja Muda Kedah pada ketika itu.
Daeng Perani telah terkena peluru meriam Raja Kecil dan menyebabkan Daeng
Perani mangkat di sana. Hal ini menunjukkan kepada kita bahawa penglibatan dan
penguasaan orang Bugis terhadap politik dan sosial Kedah sangat menarik dan
memberikan satu pengukuhan kuasa terhadap penglibatan mereka di Kedah pada
ketika itu.

2.3

Penglibatan dan penguasaan Orang Bugis di Linggi


Penguasaan Orang Bugis di Linggi bermula pada pertengahan dan akhir

abad ke-17 iaitu sekitar 1700 dan telah diusir menyebabkan mereka berhijrah ke
Selangor namun dikatakan mereka telah kembali ke Linggi pada tahun berikutnya
iaitu 1703. Dalam beberapa tahun sehingga tahun 1711, lima bersaudara tersebut
telah Berjaya menguatkan kekuasaan mereka ke atas Orang Bugis yang tinggal di
Linggi.[10]

Hal ini menunjukkan bahawa Linggi sememangnya sudah berjaya

dikuasai oleh lima bersaudara ini selain itu mereka juga berjaya mempertahankan
Linggi sebagi tempat kediaman mereka untuk mendapatkan pengaruh yang lebih ke
atas politik dan ekonomi tanah melayu. Suasana politik di Linggi mulai tahun 1715 itu

hampir serupa dengan organisasi politik sepertimana yang diamalkan di barat daya
Sulawesi[11] Hal ini menunjukkan bahawa tahun tersebut merupakan penguasaan
orang Bugis terhadap kota Linggi pada ketika itu. Namun demikian dalam
mempertahankan Kota Linggi lima bersaudara Bugis ini mendapat tentangan yang
hebat daripada Johor yang mendapat bantuan daripada Rembau dan Sungai Ujong
yang tidak berpuas hati dengan petempatan orang Bugis di Linggi. Walaupun
beberapa siri peperangan dilancarkan oleh Johor namun orang Bugis tetap berusaha
mempertahankan kota Linggi pada masa tersebut. Orang Bugis juga berperanan
dalam menggerakkan kepentingan kota Linggi pada masa tersebut seterusnya
mengambil manfaat terhadap serangan Johor untuk menguasai Selat Melaka pada
masa tersebut. Selain itu, Penguasaan terhadap Linggi telah membuatkan mereka
mendapat sokongan daripada Belanda pada ketika itu. Selain itu, orang Bugis juga
Berjaya mempertahankan adat tradisi mereka ke atas orang melayu misalnya dalam
pembahagian harta rampasan perang iaitu

dalam sosiobudaya orang Bugis-

Mengkassar di Sulawesi amalan yang hampir serupa dengan sistem tuntutan orang
melayu tetapi hanya satu persepuluh daripada semua hasil, tanaman, barangan
atau harta rampasan perang. Hal ini menunjukkan bahawa peranan mereka dalam
membawa kebudayaan Bugis dalam politik juga membawa beberapa perubahan
kepada pentadbiran melayu.

2.4

Penglibatan dan penguasaan orang Bugis di Selangor

Lewat kurun ke-17 dan ke-18 orang-orang Bugis telah datang ke Selangor dan
bertapak disana tanpa restu Johor.[12] Namun pertolongan yang diberikan oleh
orang-orang Bugis telah membolehkan mereka terus bertapak di Selangor. Sebelum
Bugis ke Johor, mereka terlebih dahulu menetap di Selangor. Kedatangan Lima
Bugis Bersaudara yang telah menyatupadukan orang-orang Bugis melalui jawatan
Yang Dipertuan Muda sehingga mampu menjadi saingan kepada kuasa luar seperti
Belanda.[13] Apabila jawatan ini diberikan kepada wakil Lima Bugis Bersaudara,
orang-orang Bugis di Selangor berpindah ke Johor namun segelintir masih tetap di

Selangor dan memberikan sokongan kepada Bugis di Johor. Selain itu, mereka yang
tinggal di Selangor juga ingin mengukuhkan petempatan mereka. Oleh itu, mereka
juga banyak

terlibat

dalam

aktiviti

peperangan

dan

mencari jalan untuk

memantapkan penguasaan mereka sekaligus melepaskan diri daripada jajahan


Johor-Riau.
Penglibatan Bugis di Selangor bermula apabila mereka

membantu putera raja

Kedah untuk menaiki takhta sebagai Sultan Kedah hanya dengan dua buah kapal
dan 3 atau 4 ratus orang Bugis [14] dan kemenangan berpihak kepada mereka.
Kemahiran mereka dalam mengatur stategi dan teknik peperangan menjadi faktor
kejayaan mereka. Lewat daripada kemenangan mereka itu berlaku satu lagi kejadian
yang lantas menaikkan pengaruh mereka di Selangor iaitu mereka mencorak
kembali struktur pemerintahan di Selangor apabila perjanjian antara mereka dengan
Sultan Kedah dimungkiri dan perbezaan adat yang dimiliki oleh kedua-dua pihak.
Mengikut adat melayu separuh daripada hasil rampasan perang yang diperoleh oleh
orang Bugis seharusnya diserahkan kepada Yang Dipertuan mereka iaitu Johor [15]
namun berlaku pertikaian antara orang Bugis dan Johor kerana menurut adat orang
Bugis, hasil harta rampasan perang mereka hanya akan diberikan sebanyak satu
persepuluh sahaja.[16] Implikasinya, berlaku peperangan antara raja Johor dan
orang Bugis selama dua tahun. Namun,setiap serangan raja Johor dapat dipatahkan
dan akhirnya Raja Johor mengakui bahawa Selangor telah lepas daripada
kekuasaannya.
Disini,kekuatan orang-orang Bugis jelas terbukti apabila mereka berjaya
mengalahkan angkatan perang Johor yang jauh lebih ramai dan besar daripada
meraka. Oleh itu, pengaruh Bugis di Selangor bertambah mantap kesan daripada
kemenangan mereka melawan Johor. Pertapakan mereka dikukuhkan lagi apabila
pada tahun 1766 Raja Lumu ditabalkan menjadi Sultan Selangor oleh Sultan Perak
iaitu Sultan Mahmud[17] . Oleh hal ini demikian kerana Sultan Perak merupakan
waris sah bagi Kesultanan Melayu Melaka pada ketika itu dan bukannya daripada
golongan bendahara seperti Sultan Johor.

Hasilnya Selangor lepas daripada

pemerintahan Johor-Riau.
Kemahiran Bugis dalam pelayaran dan aktiviti perdagangan menjadi faktor
kejayaan mereka di Selangor. Menurut Francis Light pada tahun 1794, orang-orang
Bugis ialah saudagar-saudagar yang terbaik di Kepulauan Timur dan nilai-nilai kargo
mereka yang begitu tinggi menyebabkan kedatangan mereka begitu dinanti-nantikan
oleh semua peniaga.[18] Ini kerana, orang-orang Bugis sentiasa memperdagangkan
barangan yang mempunyai kualiti yang baik. Secara tidak langsung pelabuhan
Selangor menjadi tumpuan utama pedagang dan pembeli seterusnya menjadi
pelabuhan yang maju.
Bugis juga meningkatkan perdagangan bijih timah di Selangor dan ini terbukti
apabila pada tahun 1724, Selangor merupakan negeri utama dalam pengeluaran dan
penghasilan bijih timah sebagaimana di Kuala Lumpur, Ulu Kelang, Lukut dan Kuala
Kubu.[19] Oleh itu,orang-orang Bugis yang berada di Selangor menjadi kaya akibat
daripada perniagaan bijih timah yang pada masa itu mempunyai fungsi

seperti

menjadi ubat bedil. Selain itu, mereka juga menjalankan aktiviti perikanan dan ini
terbukti apabila terdapat penyataan yang menyokong keadaan ekonomi ini iaitu Ikan
di laut mana-mana rezekiku masuklah ia dan mana-mana tidak terlepaslah.[20]

2.5

Penglibatan dan penguasaan Bugis di Perak


Penglibatan dan penguasaan orang Bugis di Kedah bermula apabila

pembesar-pembesar Perak pada abad yang ke-18 meminta bantuan daripada Daeng
Merewah. Pada tahun 1728 Daeng Merewah Yamtuan Muda Johor bersama-sama
orang Bugis pada ketika itu telah ke Selangor telah membantu Sultan Perak untuk
memerangi abangnya Sultan Alauddin Mughayat Syah. Namun dalam peperangan di
Perak telah menyebabkan Daeng Merewah terbunuh dan jawatan Yamtuan Muda
diserahkan kepada Daeng Chelak pada ketika itu. Oleh hal yang demikian, orangorang Bugs ini juga telah melibatkan diri mereka dalam politik di negeri Perak
malahan dalam pentadbiran dan sosial juga , orang Bugis telah membawa satu
kebudayaan terhadap pentadbiran Perak iaitu gelaran Orang Kaya Temenggung
Paduka Raja iaitu merupakan salah seorang daripada Orang Besar Empat Negeri

Perak . Selain itu, pada tahun 1743 pembesar-pembesar Perak yang tidak berpuas
hati itu membuat perikatan dengan Bugis di Selangor bagi menjatuhkan Sultan
Muzaffar Syah (mangkat 1752).[21] Hal ini demikian menyebabkan Perak terbahagi
kepada dua pusat pemerintah iaitu di sebelah hilir dan hulu Sungai Perak, akibat
daripada bantuan orang Bugis Sultan Muzaffar tidak dapat menewaskan Raja
Iskandar pada ketika itu.
Selain itu, pengiktirafan Sultan Perak iaitu Sutan Mahmud pada tahun
1766[22] mengukuhkan lagi penguasaan Bugis di tanah Melayu khususnya di Negeri
Selangor . Sultan Perak telah memberikan alat kebesar Diraja bagi menabalkan anak
kepada Daeng Chelak iaitu Raja Lumu bagi menaiki taktha Sultan Selangor yang
pertama dengan gelaran Sultan Salehuddin Shah. Oleh hal yang demikian,
penglibatan dan penguasaan Orang Bugis dalam negeri Perak membuktikan kepada
kita bahawa orang Bugis dan Sultan Perak amat memerlukan antara satu dengan
yang lain.
3.0

Faktor kejayaan Orang Bugis pada abad ke-17 dan 18.


Terdapat beberapa faktor kejayaan orang Bugis ke atas pengaruh mereka

dalam politik nusantara. Salah satunya adalah melalui sikap suku bangsa Bugis itu sendiri
yang mempunyai cita-cita tinggi dan memiliki perjuangan yang gigih misalnya dalam

kehidupan mereka mengamalkan satu adat

iaitu siri iaitu harga diri ataupun

martabat seseorang individu. Malahan siri juga amat penting dalam berpasompe misalnya
untuk mencapai matlamat dalam pasompe mereka menjalankan pendekatan tiga hujung iaitu
pertama orang Bugis harus bergantung kepada hujung lidah.[23].Dalam hal ini untuk mencapai
matlamat siri mereka orang bugis perlu melalui perbincangan dan permuafakatan. Kebiasaannya ,
melalui kaedah pertama ini orang Bugis akan membuat perjanjian dan sumpah yang melibatkan
dua pihak . Kaedah kedua yang dikenali hujung keris[24] pula akan wujud sekiranya berlaku
penipuan dan perlanggaran janji antara kedua pihak yang membawa kepada peperangan, kalah
atau menang bergantung kepada kekuatan penyokong, strategi dan kemahiran pihak yang terlibat
dan kaedah yang terakhir dikenali sebagai hujung kemaluan[25] iaitu melalui perkahwinan.
Kaedah-kaedah ini amat penting dalam berpasompe keranan ia akan membuatkan matlamat siri

meningkatka siri mereka akan tercapai.


Kelebihan orang bugis dalam peperangan juga merupakan faktor kejayaan mereka di
nusantara iaitu pakaian baju berantai[26]. Pakaian ini berfungsi untuk melindungi mereka

dketika berada dalam medan peperangan. Jikalau aku lawan bertikam , tiada aku
tahan , kerana ia besar panjang , dengan baju berantai . Baik aku bedil dengan
lela[27], Hal ini menyatakan ketika Raja Kecil hendak melawan Daeng Perani dia
terpaksa melakukan helah ketika peperangan di Kedah disebabkan pakaian berantai
yang digunakan oleh Daeng Perani pada ketika itu. Hal ini demikian, baju besi
berantai juga amat penting dalam masyarakat Bugis khususnya dalam peperangan
di nusantara.
Sifat lahiriah orang Bugis itu sendiri mendorong kepada kejayaan mereka pada abad
tersebut,misalnya orang Bugis menjadi aktiviti merantau ataupun pasompe sebagai salah satu
tradisi yang diamalkan sejak turun temurun bagi menegakkan martabat dan harga diri mereka
dalam kehidupan seharian malahan dalam karya sastra Bugis iaitu La Galigo

menyatakan bahawa seorang tokoh Bugis iaitu Sawerigading telah melakukan


penjelajahan ke seluruh nusantara menggunakan kapal beliau iaitu wakka tana
walinonoe [28] . Oleh hal yang demikian melalui kepercayaan ini mereka telah
menjadikan sompe atau merantau itu menjadi satu amalan tradisi bagi meneruskan
martabat dan harga diri orang Bugis itu.

4.0

Penglibatan orang Bugis dalam Ekonomi Nusantara pada abad ke-18

Penglibatan orang Bugis dalam ekonomi khusunya dalam perdagangan memang


tidak dapt dinafikan sama sekali. Hal ini demikian kerana, kemahiran mereka dalam ilmu
pelayaran dan ilmu-ilmu laut membuatkan mereka mengatasi Orang Laut yang pada suatu ketika
dahulu menguasai perairan Selat Melaka. Pada tahun 1718, , tidak ada kerajaan melayu

yang muncul untuk mengisi kekosongan peranan sebagai pengawal lalulintas


dagang di selat melaka[29]. Hal ini membuatkan orang Bugis mengambil peranan
orang laut untuk mengawal perairan Melaka pada ketika itu . Misalnya Francis Light
pernah menyatakan bahawa mereka adalah saudagar yang terbaik di kepulauan
TimurNilai kargo mereka yang tinggi menyebabkan tibaan mereka sentiasa

ditunggu oleh semua kaum peniaga [30] Hal ini demikian kerana pelangganan
orang-orang Bugis di sesebuah pelabuhan akan menjadi anak kunci kepada
pelabuhan tersebut. Selain itu, ini menunjukkan bahawa peranan orang Bugis dalam
perdagangan pada ketika itu amat penting kerana meraka akan membawa hasil
dagangan rempah dari tanah Sulawesi sebagai bahan dagangan. Selain itu, mereka
juga menguasai perdagangan biji timah di Selangor memandangkan Selangor pada
masa itu merupakan salah satu pengeluar yang terbesar. Tentera upahan juga
merupakan salah satu sumber ekonomi bagi orang Bugis pada abad ke-17 dan 18 .
Misalnya, Daeng Merewah telah membantu Sultan Kedah bagi mendapatkan taktha
baginda daripada adiknya dan Daeng Merewah bersama orang Bugis telah diberikan
ganjaran dua belas pucuk meriam oleh Sultan Kedah[31] malahan ada juga orang
Bugis yang lain membantu pembesar-pembesar melayu dan diberikan ganjaran.
Oleh hal yang demikian, tentera upahan juga memberikan sumber ekonomi kepada
orang Bugis pada abad tersebut di samping mengukuhkan lagi penguasaan mereka
terhadap Alam Melayu.

5.0 Penutup
Secara keseluruhannya, kurun-17 merupakan kedatangan awal Bugis- Mengkassar
ke Alam Melayu ataupun tanah melayu manakala kurun ke-18 merupakan
penguasaan mereka terhadap politik , ekonomi dan sosial tanah melayu. Oleh hal
yang demikian, Lima Daeng bersaudara iaitu Daeng Perani, Daeng Kemasi, Daeng
merewah , Daeng Menambun dan Daeng Chelak memainkan peranan penting dalam
meluaskan pengaruh mereka terhadap pentadbiran disebabkan berlakunya konflik
perebutan kuasa dalam kalangan pembesar melayu. Oleh itu, orang Bugis tidak
seharusnya dipersepsikan sebagai lanun ataupun pelarian pada abad tersebut
kerana orang Bugis

telah membantu dalam mencorakkan pemerintahan orang

melayu pada masa itu malahan menurut hikayat Goa terdapat juga perhubungan
yang erat antara orang johor dan orang Bugis-Mengkassar pada abad yang ke 16
dan petempatan orang johor di mengkassar pada ketika itu.

Bibliografi
Andaya, Barbara Watson

dan Andaya, Leonard Y. (1983). Sejarah Malaysia.

Petaling Jaya: Macmillan Publisher (M) Sdn. .Bhd


Buyung Adil (1971). Sejarah Selangor,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Gullick, J M (2004). A History of Selangor(1766-1939).Kuala Lumpur: The Malaysia
Branch of the Royal Asiatic Society
Hooker, Virginia Matheson (1991), Tuhfat Al-Nafis sejarah Melayu Islam terjemahan
Ahmad Fauzi Basri Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khazin Mohd. Tamrin . Selat Melaka dan penjelajahan orang Bugis. Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Norhalim Hj. Ibrahim (1998). Sejarah Linggi : Pintu Gerbang Sejarah Pembangunan
Negeri Sembilan. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd
Dirawikan oleh Tengku Said diselenggarakan oleh Muhammad Yusoff Hashim
(1992). Hikayat siak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian
Pelajaran Malaysia
Rafiuddin Afkari Hj.Abdul Fattah,

Mikdar Rusdi dan Md.Akbal Abdullah (2011).

Penghijrahan masyarakat Bugis ke Alam Melayu: Kajian kes Bugis di Indragiri Hilir
Riau. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Shaharom Husain (1995). Sejarah johor: kaitannya dengan negeri melayu. Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd
Shamsuddin Jaafar, Kerajaan Johor 1641-1728 pembangunan ekonomi dan politik
Leonard Andaya, Malaysia: Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian
Pendidikan Malaysia

[1] Norhalim Hj. Ibrahim (1998). Sejarah Linggi : Pintu Gerbang Sejarah
Pembangunan

Negeri Sembilan. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Hlm.28-30
[2] Shaharom Husain (1995). Sejarah johor: kaitannya dengan negeri melayu. Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm. 29
[3]Shaharon Husain (1995), Sejarah Johor kaitannya dengan Negeri Melayu,
Malaysia: Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Hlm 34.
[4] Shamsuddin Jaafar, Kerajaan Johor 1641-1728 pembangunan ekonomi dan
politik Leonard Andaya, Malaysia: Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia, Hlm 21-22.
[5] Virginia Matheson Hooker (1991). Tuhfat Al-Nafis sejarah Melayu Islam
terjemahan Ahmad Fauzi Basri. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.
154.
[6] Ibid, Virginia Matheson Hooker (1991), Tuhfat Al-Nafis sejarah Melayu Islam.
Terjemahan Ahmad Fauzi Basri Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Hlm
157.
[7]Ibid. Hlm 219.
[8]Ibid. Hlm 220.
[9] Dirawikan oleh Tengku Said diselenggarakan oleh Muhammad Yusoff Hashim
(1992). Hikayat siak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian
Pelajaran Malaysia.Hlm.136.
[10]Norhalim Hj. Ibrahim (1998). Sejarah Linggi : Pintu Gerbang Sejarah
Pembangunan Negeri Sembilan. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. , hlm.
36.
[11] Ibid. hlm. 40.
[12] Buyung Adil (1971).
Pustaka. hlm. 6.

Sejarah Selangor. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan

[13] Kedatangan Bugis menyebabkan ekonomi di Selangor berkembang dan ini


mengancam pelabuhan Belanda di Melaka.
[14] Barbara Watson Andaya dan Leonard Y(1983) . Andaya ,Sejarah Malaysia.
Kuala Lumpur:Syarikat R&S.hlm 92.
[15] Ibid,hlm. 93.
[16] Norhalim Hj. Ibrahim (1998). Sejarah Linggi : Pintu Gerbang Sejarah
Pembangunan Negeri Sembilan. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. hlm.
43.
[17] J M Gullick (2004). A History of Selangor(1766-1939).Kuala Lumpur: The
Malaysia Branch of the Royal Asiatic Society. Hlm. 1.
[18]Barbara Watson

Andaya dan Leonard Y. Andaya(1983). Sejarah Malaysia.

Petaling Jaya: Macmillan Publisher (M) Sdn. Bhd. Hlm 9


[19] Buyung Adil (1971). Sejarah Selangor, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan
Pustaka. hlm. 142.
[20]Barbara Watson

Andaya dan Leonard Y. Andaya(1983). Sejarah Malaysia.

Petaling Jaya: Macmillan Publisher (M) Sdn. Bhd. , hlm.114.


[21] Ibid. hlm. 100.
[22] J M Gullick (2004). A History of Selangor(1766-1939).Kuala Lumpur: The
Malaysia Branch of the Royal Asiatic Society. Hlm. 1
[23] Khazin Mohd. Tamrin . Selat Melaka dan penjelajahan orang Bugis. Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Hlm. 13
[24] Ibid. Hlm. 13
[25] Ibid. hlm.13
[26] Norhalim Hj. Ibrahim (1998). Sejarah Linggi : Pintu Gerbang Sejarah
Pembangunan Negeri Sembilan. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. hlm. 47
[27] Dirawikan oleh Tengku Said diselenggarakan oleh Muhammad Yusoff Hashim
(1992). Hikayat siak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian
Pelajaran Malaysia. hlm. 138
[28] Rafiuddin Afkari Hj.Abdul Fattah, Mikdar Rusdi dan Md.Akbal Abdullah (2011).

Penghijrahan masyarakat Bugis ke Alam Melayu: Kajian kes Bugis di Indragiri Hilir
Riau. Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 8
[29] Barbara Watson

Andaya dan Leonard Y. Andaya(1983). Sejarah Malaysia.

Petaling Jaya: Macmillan Publisher (M) Sdn. .Bhd. hlm. 377


[30]Ibid.hlm. 92.
[31] Norhalim Hj. Ibrahim (1998). Sejarah Linggi : Pintu Gerbang Sejarah
Pembangunan Negeri Sembilan. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm.39

You might also like