You are on page 1of 1

Cream Caramel

5biji telur
1tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis (boleh kurangkan sikit kalau tak suka manis)
sedikit esen vanilla
secubit garam (ini saya yg tambah.. bg saya sedap..boleh avoid kalau tak suka)
Bahan2 Caramel
Gula setengahcawan
Sesudu air
Kaedah :Mula2 buat caramelnya dulu. Masukkan gula..letak air.. dan masak atas api.. kene jaga
takboleh tinggal sbb takut hangus.. Bile die dah mula brown, get ready dgn sesudu lagi air..
masa ni warna akan cepat berubah.. kene pandai timing.. masuk je coklat gelap, tutup api..
terus letak air. Hati2.. takut caramelnya merecik kuat. (ini penting utk stabilkan suhu caramel
daripada terus hangus).. Angkat dan masukkan dalam loyang.
Ketepikan
Pecahkan telur, masukkan semua bahan2 lain mcm susu, susu pekat manis, esen vanilla dan
garam.
Whisk perlahan2 jangan sampai berkocak.
Dah sebati semua
Tapis adunan dengan penapis utk asingkan putih2 telur yang berketul. (sekiranya ada..ni kalau
telur lama)
Masukkan dalam loyang berisi caramel tadi .
Tutup dengan aluminium foil untuk elak air wap masuk. Saya tak buat pun sebab nak cepat
masak. Nantibila dah masak suface tak cantik sangat sbb wap air masuk dan kene buang
wap2 air yang bertakung atas caramel.
Nak tau bila dah masak?.. Bila bahagian tengah nampak sama keras mcm yang kat tepi..dan
bila kita selak guna garfu dibahagian tepi loyang, air caramel naik..Itu tanda dah masak..
Ok.. angkat dan letak atas redai. Dahsejuk sikit boleh peti ais.. Sedap makan sejuk2.. =p

You might also like