You are on page 1of 11

Pada masa kini bahasa Melayu telah digunakan secara meluas dalam

kalangan Negara rumpun melayu. Seperti yang kita ketahui bahasa Melayu
merupakan satu bahasa yang sangat indah dan sangat tinggi nilai seninya.
Namun masih ramai lagi di antara kita yang masih lagi tidak mengetahui
bagaimanakah sebenarnya bahasa ibunda kita ini wujud dan bagaimana pula ia
boleh tersebar secara meluas di Malaysia.
Bahasa Melayu merupakan suatu bahasa yang telah wujud sejak abad ke-7
Masihi lagi. Sejarah mencatatkan bahawa penggunaan bahasa Melayu telah mula
diperkenalkan oleh Kerajaan Sriwijaya sebahasa bahasa perhubungan seharian
serta bahasa yang digunakan dalam kerajaan atau dipanggil lingua franca
sehingga abad ke-14. I Tsing, iaitu seorang pengembara yang telah singgah di
Sriwijaya pada tahun 672 Masihi sewaktu perjalanannya dari China ke India telah
mencatatkan bukti kewujudan dan penyebaran bahasa Melayu pada zaman ini.
Istilah lingua franca berasal daripada bahasa Latin. Lingua bermaksud bahasa
dalam bahasa Inggeris. Franca pula berasal daripada perkataan Frank, sebuah
negara bangsa di Eropah Barat pada masa dahulu. Istilah ini muncul semasa
berlakunya

Perang

Salib

pada

9 Masihi.

Asmah

Hj

Omar (2007) telah

mendefinisikan lingua franca sebagai bahasa yang diketahui kebanyakan penutur


walaupun

hanya

pada

peringkat

asas.

Janet

Holmes

(2001)

pula

telah

mendefinisikan lingua franca sebagai penggunaan sesuatu bahasa untuk


berkomunikasi di antara penutur yang bahasa pertama mereka berbeza antara
satu sama lain.
Seterusnya, bahasa Melayu terus dikembangkan lagi dengan kebangkitan
Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Ini adalah kerana peranan Melaka yang
sangat terkenal sebagai pusat perniagaan bagi kawasan Kepulauan Melayu dan
Melaka juga menguasai lalu lintas di Selat Melaka. Selain membawa kesan positif
kepada perkembangan bahasa Melayu, keadaan ini juga menyumbang kepada
penyebaran agama Islam. Perkembangan agama Islam ini juga telah memberi
pengaruh dan perubahan yang sangat ketara terhadap penggunaan bahasa
Melayu pada masa itu. Di antara kesan penyebaran agama Islam kepada
perkembangan bahasa Melayu ialah, satu sistem tulisan yang baru iaitu tulisan
jawi yang mana merupakan satu adaptasi huruf-huruf arab ke bahasa Melayu.
Pada zaman ini juga terdapat banyak naskah arab yang telah diterjemahkan ke
dalam bahasa Melayu. Pada tahun 1511, iaitu setelah Melaka jatuh ke tangan
Portugis, kegemilangan bahasa Melayu telah berpindah ke tangan Acheh. Acheh

mengambil alih fungsi Melaka sebagai pusat perkembangan tamadun di


Nusantara. Seterusnya, akibat kemerosotan kerajaan Acheh, Johor-Riau pula telah
mengambil alih sebagai pusat kegemilangan melayu. Pada masa ini, bahasa
Melayu telah memainkan peranan yang sangat penting dalam semua bidang
termasuklah keagamaan, kesusasteraan, kebudayaan, ekonomi dan juga politik.
Terdapat penghasilan makalah-makalah berbahasa Melayu seperti Sejarah
Melayu dan Hikayat Hang Tuah pada abad ke-17 dan banyak lagi memberikan
kita gambaran mengenai perkembangan dan kehebatan bahasa Melayu sebagai
bahasa Ilmu serta sebagai lingua franca di alam melayu. Namun keagungan ini
berakhir setelah kerajaan Johor-Riau dijajah oleh Belanda. Melalui sejarah ini jelas
menunjukkan bahawa bahasa Melayu pada awalnya hanya berfungsi sebagai
bahasa rasmi etniknya sahaja namun ia telah berkembang fungsinya sebagai
bahsa rasmi dalam beberapa kerajaan Melayu seterusnya menjadi bahasa
dominan di Asia Tengara.
Selaras dengan dunia yang semakin moden dan membangun dalam
globalisasi, bahasa Melayu tidak terlepas daripada berdepan dengan pelbagai
cabaran yang sedikit sebanyak memberikan kesan kepada kelestarian bahasa ini
dalam rumpunnya sendiri. Ada dalam kalangan orang melayu sendiri yang tidak
mampu untuk menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam percakapan dan
penulisan harian mereka. Di antara cabaran-cabaran bahasa Melayu dalam era
ini ialah bahasa pertuturan kedua rakyat Malaysia iaitu bahasa Inggeris.
Kenyataan yang menyatakan bahawa penguasaan bahasa Inggeris adalah sangat
penting bagi seorang pelajar bagi menjadikan mereka seorang yang berwibawa
di peringkat tinggi dalam dunia pekerjaan kelak. Selain itu, bahasa Inggeris
dijadikan bahasa komunikasi bagi mereka yang berada dalam kalangan kelas
atasan dan kelas menengah bagi bangsa bukan Melayu. Selain itu, orang Melayu
terutamanya dari golongan elit dan mendapat pendidikan dari barat sendiri
berasa selesa menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan mereka.
Kekurangan bahan rujukan terutamanya bagi tujuan pendidikan juga menjadikan
pelajar mahu atau tidak harus menguasai bahasa Inggeris bagi mendapatkan
sumber yang terbaik. Bahasa Inggeris juga digunakan secara meluas dalam
sektor swasta, perdagangan, perindustrian serta digunakan sebagai bahasa
perantaraan di Institusi Pengajian Tinggi di Negara ini. Cabaran seterusnya ialah
apabila terdapat dilemma dalam bahasa Melayu itu sendiri apabila kerajaan
memperkenalkan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Seksyen 17(1). Akta ini
menyatakan

bahawa

Menteri

Pendidikan

Malaysia

diberi

kuasa

untuk

mengecualikan penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar


pendidikan.

Rajah 1
Dengan termaktubnya akta ini, penggunan bahasa Inggeris di Institusi Pengajian
Tinggi sama ada awam mahupun swasta semakin bertambah dengan tujuan para
pelajar kita mampu menempuh dunia tanpa sempadan. Namun kerajaan masih
mengawal penggunaan bahasa ini supaya ia tidak mengatasi penggunaan
bahasa ibunda. Namun sekali lagi kerajaan telah merubah dasar pengajaran dan
pembelajaran matapelajaran Sains dan Matematik apabila mengarahkan sesi
pengajaran dua subjek itu harus dijalankan dalam bahasa Inggeris. Hal ini terjadi
kerana kerajaan mendapati bahawa pelajar luar Bandar kurang menguasai
bahasa Inggeris. Dalam dasar ini, kepentingan pengajaran bahasa Melayu telah
diambil oleh masa pengajaran bagi bahasa Inggeris dan ini menyebabkan
kurangnya rasa penting dan nilai bahasa Melayu dalam kalangan warga sekolah.
Apabila"Bahasa
dilihat Kebangsaan
penggunaan
bahasa
melayu
ini pengantar
dalam bidang
hendaklah
menjadi
bahasa
utama dipentadbiran,
semua
institusi pendidikan
sistem Pendidikan
Kebangsaan
kecuali
sekolah
undang-undang,
penyiarandalam
dan pendidikan,
ia bukanlah
semakin
meluas
bahkan
jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana

semakin
mengecil.
Di tambah
denganoleh
penggunaan
bahasadaripada
pasar dan
institusi
pendidikan
lain yangpula
dikecualikan
Menteri Pendidikan
ini."
rojak. subseksyen
Hal ini seterusnya
akan mengakibatkan pupusnya jumlah penutur yang

mampu menghormati dan menggunakan bahasa Melayu dengan betul.


Setelah dihuraikan mengenai cabaran-cabaran bahasa Melayu dalam arus
globasasi, sudah pastinya ada kesan-kesan yang boleh kita lihat hasil daripada
cabaran-cabaran yang harus kita tempuhi itu. Sebagai contoh penggunaan
bahasa komunikasi dalam kalangan masyarakat kita menerusi perkhidmatan
pesanan ringkas, laman sosial, laman sesawang dan sebagainya mampu
memberi gambaran kepada kita tentang sejauh mana kita menghargai dan
menghormati bahasa Melayu.

Rajah 2
Merujuk kepada Rajah 2, penutur seakan menggunakan satu bahasa yang asing
apabila menggunakan khidmat pesanan ringkas sehingga ia sukar difahami.
Mencampur aduk bahasa Melayu bersama bahasa Inggeris serta bahasa pasar
dilihat

sangat

mencemarkan

proses

komunikasi

itu

sendiri.

Mesej

yang

disampaikan juga kurang jelas dan ini boleh mengakibatkan salah faham oleh
orang yang menerima mesej tersebut. Dari segi ejaan pula, ia terlalu
diringkaskan

dan

akhirnya

ayat

menjadi

sangat

sukar

untuk

difahami

terutamanya jika mesej ini dihantar kepada golongan yang tidak pernah
menggunakan ejaan seperti penghantar mesej. Selain itu ejaan perkataan juga
diubahsuai mengikut apa yang mereka rasa sesuai dan kadangkali perubahan
ejaan itu boleh membawa maksud yang sangat berbeza dari apa yang ingin
mereka sampaikan. Biasanya hal ini dilakukan oleh golongan yang masih
menuntut di sekolah rendah dan menengah. Apabila anak-anak ini kurang
diterapkan tentang betapa pentingnya menghormati bahasa dan nilai bahasa itu
sendiri, tidak mustahil ramai lagi generasi pelapis kita akan bertutur bahasa
alien.

Rajah 3
Selain dari kesalahan yang datang dari pengguna media sosial dalam proses
komunikasi mereka, peranan media cetak juga adalah sangat penting dalam
penyebaran kesedaran bagi menggunakan bahasa yang betul. Jika dilihat pada
Rajah 3, jelas menunjukkan bahawa media di atas telah menjadi penggalak
kepada pembacanya bagi menuturkan bahasa rojak dalam perbualan seharian
mereka. hal ini mungkin nampak hebat dan menyeronokkan bagi mereka namun
sebenarnya tanpa mereka sedari mereka menanamkan rasa kurang penting
dalam menghormati nilai dan keindahan bahasa itu sendiri. Tiada salahnya jika
menggunakan ayat, Abang, mahu makan di sini atau bawa pulang?.

Rajah 4
Ada segelintir daripada kita yang berpendapat bahawa mereka akan kelihatan
lebih bijak dan akan dipandang tinggi apabila bertutur dalam bahasa Inggeris.
Namun malangnya apabila mereka tidak menguasai sepenuhnya bahasa kedua
tersebut lalu mencampur adukkan penggunaan kedua-dua bahasa dengan cara
yang tidak sepatutnya. Contoh perlakuan ini boleh dilihat dalam Rajah 4. Ia
bukan sahaja mencacatkan nilai pada sesuatu bahasa, bahkan contoh kesilapan
pertuturan ini mungkin akan menjadi ikutan kepada yang mendengarnya

terutama

sekali

golongan

kanak-kanak

seterusnya

ia

mungkin

akan

mempengaruhi gaya percakapan mereka kelak.

Rajah 5
Rajah 5 menunjukkan satu lagi contoh pencemaran penggunaan bahasa Melayu
dalam kalangan masyarakat kita. Sikap kurang peka dalam membitarakan
bahasa kebangsaan ini jelas memberikan kesan yang sangat mendukacitakan
apabila terdapat banyak papan tanda perniagaan mahupun papan tanda
pemberitahuan menggunakan ejaan dan ayat yang kurang sesuai. Cuba
bayangkan sekiranya pelancong dari negara asing menyaksikan pemandangan
bahasa yang tidak sihat ini mahupun membaca blog yang dipenuhi dengan
bahasa rojak, ayat-ayat yang kasar serta menggunakan kependekan yang
melampau. Apakah reaksi dan persepsi mereka terhadap bangsa Melayu dan
bahasa Melayu yang bertaraf bahasa kebangsaan? Berkemungkinan pandangan
negatif akan tercetus di benak mereka. Siapakah yang harus dipersalahkan?
Justeru semua pihak yang memegang taraf warganegara Malaysia tanpa mengira
etnik seharusnya memikul tanggungjawab untuk mendaulatkan dan memelihara
maruah bahasa Melayu daripada terus tercemar. Pelbagai usaha perlu dilakukan
untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya peranan setiap individu
dalam sesuatu masyarakat itu bagi membitarakan bahasa kebangsaan mereka.
Justeru, beberapa usaha perlu dilakukan bagi memperkasakan bahasa
Melayu di persada dunia. Selepas Negara kita mencapai kemerdekaan, status
bahasa Melayu telah mendapat perhatian yang meluas. Peruntukkan dalam
Dasar Bahasa Kebangsaan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah
mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
Negara. Ini adalah kerana bahasa Melayu dilihat sebagai bahasa yang paling

sesuai bagi memangkin kejelekitan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat


Malaysia yang berbilang etnik.
Pengajaran bahasa Melayu mestilah meliputi pelbagai kemahiran iaitu
kemahiran menulis, membaca, dan mendengar. Di antara ciri utama yang
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa adalah kerana ia
merupakan satu bahasa yang senang dan mudah difahami. Berbanding bahasa
Jepun, bahasa Melayu mempunyai kelebihan kerana ia menggunakan abjad rumi
yang telah digunakan secara meluas oleh banyak negara. Masalah dalam
mengenal huruf dalam kalangan individu yang mahu menguasai bahasa ini dapat
dikurangkan. Perkara yang penting sekali adalah pengajaran nahu yang menjadi
teras bahasa. Tahap kesukaran dalam pengajaran bahasa juga perlu diselaraskan
dengan tahap-tahap pembelajaran. Bagi menjamin komunikasi antara penutur
dengan pendengar dapat dijalankan dengan berkesan, kemahiran mendengar
yang baik amatlah diperlukan. Perancangan sistematik dalam bahasa Melayu itu
sendiri amat penting dan perlu dirancang bagi menjamin penggunaannya secara
mudah dan efisien oleh semua golongan dan pelbagai bidang yang ada di negara
ini. Sebelum sesuatu perancangan dapat dilakukan, bahasa Melayu itu sendiri
perlu di nilai dan analisis tentang punca dan di mana pemasalahannya. Menurut
Asmah (2003), masalah dalaman bahasa Melayu melibatkan dua faktor penting
iaitu yang pertama merupakan reformasi sistem ejaan dan faktor kedua
merupakan perkembangan dalam penggunaan istilah saintifik. Hal ini adalah
penting kerana dalam sejarah perkembangan bahasa Melayu, ia telah melalui
pelbagai

proses

pemerintahan

reformasi

kerajaan

dan

Sriwijaya,

evolusi.
bahasa

Sebagai
Melayu

contoh,
telah

pada
dieja

zaman
dengan

menggunakan huruf palava namun setelah berkembangnya ajaran Islam di Tanah


Melayu, bahasa Melayu dieja pula dengan menggunakan huruf jawi. Sehinggalah
penjajahan Eropah menukar cara penulisan bahasa Melayu dengan huruf rumi.
Sebagai seorang individu yang dilahirkan di bumi Melayu yang bertuah ini, kita
seharusnya bersama-sama memikirkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi
memperkasakan penggunaan bahasa Melayu ini beberapa langkah perlu diambil
oleh pihak berwajib, masyarakat mahupun individu itu sendiri. Justeru, terdapat
beberapa langkah yang boleh dipraktikkan bagi mencapai ke arah matlamat
untuk memperkasakan bahasa Melayu di mata dunia.
Langkah pertama yang boleh diambil ialah dengan cara menghakis sikap
negatif terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam

pelbagai bidang iaitu termasuklah bidang sains, teknologi dan pendidikan tinggi.
Ia boleh dilakukan dengan mengadakan kempen, seminar mahupun syarahan
umum

di

peringkat

kebangsaan

dan

antarabangsa.

Selain

itu,

proses

perancangan dalam bahasa Melayu perlu melibatkan perancang ekonomi, ahli


perniagaan, ahli sains dan ketua-ketua Institusi Pengajian Tinggi secara aktif dan
produktif kerana kewibawaan mereka dalam kepimpinan sangat diperlukan.
Langkah kedua yang boleh diambil ialah menggunakan bahasa Melayu dalam
membina budaya ilmu, sains dan teknologi semaksima yang boleh. Hal ini boleh
dicapai dengan peruntukan dana kewangan semaksima yang boleh dari pihak
kerajaan bagi usaha menggalakkan penghasilan pelbagai karya ilmiah dalam
bahasa Melayu. Ini adalah kerana dengan adanya dana yang mencukupi maka
banyak insentif dapat ditawarkan kepada para ilmuan dan ahli sains bagi
menghasilkan dan menterjemah karya ke dalam bahasa Melayu. Selain itu,
penubuhan

sebuah

Majlis

Buku

Ilmiah

Bahasa

Melayu

Kebangsaan

dan

Antarabangsa yang bertanggungjawab dan berhubung terus dengan Menteri


Pendidikan Tinggi. Tugas Majlis ini termasuklah merancang dan melaksanakan
penghasilan, penulisan, penterjemahan, penyebaran, penggunaan, penggalakkan
dan penilaian sumber-sumber rujukan dalam pebagai bidang. Ia harus dianggotai
oleh pakar dan ahli bahasa serta penterjemah yang tugasnya khusus bagi
meneliti dan menilai hasil penerbitan dari seluruh dunia. Majlis ini juga
berperanan dalam mewujudkan jaringan, perhubungan dan kerjasama akademik
dengan

sebanyak

mungkin

institusi,

pusat-pusat

penyelidikan,

sumber

penerbitan artikel dan jurnal dan perpustakaan dari seluruh dunia bagi
mengemaskinikan sumber pengetahuan dari seluruh dunia. Ia juga ditubuhkan
bagi merancang kerjasama erat dengan negara serumpun iaitu Indonesia, Brunei
dan Singapura bagi menggabungkan usaha untuk memajukan bahasa Melayu.
Langkah seterusnya ialah dengan mengadakan promosi secara konsisten dan
berterusan. Gerak kerja promosi ini haruslah mampu meyakinkan audien bagi
tujuan mengantarabangsakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam
Association

Of

Southeast

Asian

Nation

(ASEAN)

secara

tidak

langsung

menggantikan bahasa Inggeris. Hal ini adalah kerana bahasa Melayu mempunyai
jumlah penutur terbesar dalam ASEAN. Oleh kerana bahasa Melayu juga
merupakan bahasa kelima terbesar di dunia dari segi jumlah penuturnya, ia juga
harus digunakan sebagai salah satu bahasa rasmi dalam persidangan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Langkah terakhir yang boleh dilaksanakan ialah
dengan menubuhkan beberapa buah Akademi Pembelajaran Bahasa Inggeris dan

Bahasa Moden Wilayah yang dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan dan


kepakaran profesional bagi melatih anak Malaysia secara intensif mengenai
penggunaan bahasa inggeris dan bahasa-bahasa moden yang lain ke peringkat
paling tinggi bagi membolehkan mereka memikul tanggungjawab serta tugastugas khas seperti aktiviti pengumpulan ilmu dan pemindahan teknologi,
perdagangan antarabangsa, seminar dan bengkel di peringkat antarabangsa dan
sebarang aktiviti seumpamanya.
Melalui huraian-huraian di atas jelas menunjukkan bahawa keagungan
bahasa Melayu telah dapat dicapai pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan ia
memainkan peranan selaku bahasa pertuturan dalam pelbagai bidang bagi
memenuhi keperluan negara dan rakyat. Bermula sebagai bahasa bertaraf lingua
franca dan mungkin kepada bahasa bertaraf antarabangsa pada suatu masa
nanti, kini bahasa Melayu menjadi salah satu bahasa yang terbesar jumlah
penggunanya dalam senarai lima bahasa dunia dan menjadi bahasa kebangsaan
serta bahasa rasmi bagi negara serumpun iaitu Brunei Darussalam, Indonesia
dan Malaysia. Merujuk kepada perkara di atas juga dapat memberi gambaran
bahawa impian untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa
bukanlah sekadar omongan kosong tetapi ia merupakan suatu sasaran yang
boleh dicapai melalui kerjasama semua pihak. Ia bermula dengan kesedaran dari
semua pihak demi membitarakan bahasa Melayu dalam kalangan individu dan
masyarakat terlebih dahulu dan harus disemai dalam setiap hati rakyat. Hal ini
bukan

bermakna

menafikan

kepentingan

bahasa

Inggeris

dalam

arus

pembangunan dan globalisai, tetapi ia haruslah dikawal agar kedudukan bahasa


Melayu

dalam

Persekutuan

Malaysia

tidak

terjejas.

Seandainya

segala

perancangan ini dapat dicapai dan akhirnya bahasa Melayu mampu muncul
sebagai satu bahasa antarabangsa yang yang dihormati, ia pastinya akan
memberikan suatu hasil yang positif dari segi imej Malaysia dan menjadikan
negara kita lebih dihormati kerana berpegang teguh kepada prinsip dan nilai
bahasa.

RUJUKAN

Hashim (2008). Pemerkasaan Bahasa Melayu Di Arena Antarabangsa


Demi Kemajuan Negara Bangsa Malaysia Di Persada Dunia. Universiti
Malaya, Kuala Lumpur.

Jaafar (2008). Cabaran Dan Proses Pemantapan Bahasa Melayu. Jurnal


Pengajian Melayu, Jilid 19.

Juriah (2005). Cabaran-Cabaran Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa


Melayu Dalam Era Gobalisasi Dan Teknologi Maklumat. Universiti
Kebangsaan Malaysia, Selangor.

Ku Hasnita, Adlina & Mohd Hafiz (2013). Keupayaan Bahasa Melayu di


Persada Antarabangsa. International Journal of the Malay World and
Civilization Vol. 1 (pg 55-65).

Perpustakaan Universiti Malaya. Bab 2 Perkembangan Pendidikan Bahasa


Melayu.

You might also like