You are on page 1of 8

SK LANGGAR

JALAN SULTAN YAHYA PETRA


15200, KOTA BHARU
KELANTAN

KERTAS CADANGAN PROJEK


MELUKIS MURAL

10 JULAI 2016 04 OGOS 2016

PROGRAM ANJURAN:
INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8

KERTAS CADANGAN PROJEK MELUKIS MURAL


SEKOLAH KEBANGSAAN LANGGAR

1.0 PENGENALAN
Institusi pendidikan membantu membangunkan minda komuniti warga sekolah melalui
persekitaran yang kondusif. Persekitaran kawasan di sekolah adalah sebagai wahana
untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang bermula dari
persekitaran sekolah yang kondusif. Persekitaran merupakan salah satu faktor
penyumbang kepada proses pembelajaran di sekolah di samping dapat menarik minat
murid untuk hadir ke sekolah. Menyedari kepentingan keindahan dan keceriaan sekolah
terhadap para murid, guru pelatih internship telah mendapatkan ilham untuk
mengadakan projek keceriaan sekolah dengan melukis mural. Mural yang bertemakan
alam ini akan dibuat berhampiran bilik guru untuk semua warga Sekolah Kebangsaan
Langgar. Projek keceriaan sekolah merupakan sebuah projek yang diadakan bertujuan
mengindahkan kawasan sekitar sekolah.

2.0 RASIONAL
Projek Keceriaan Sekolah ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk menceriakan
kawasan sekolah. Prasarana dan pengurusan kawasan persekitaran sekolah yang
kondusif menjadi agenda penting dalam rutin seharian di sekolah. Persekitaran yang
diwujudkan mestilah menepati cita rasa pelanggannya iaitu guru, kakitangan sekolah
dan para murid. Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan
persekitaran sekolah mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum supaya
perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati
penggunanya. Keselesaan dan suasana yang kondusif digabungjalinkan pula dengan
suasana persekitaran yang mendidik melalui pembinaan mural akan terasa lebih mesra.
Secara tidak langsung melalui lukisan mural, para murid akan dapat meningkatkan
motivasi diri mereka.

KERTAS CADANGAN PROJEK MELUKIS MURAL


SEKOLAH KEBANGSAAN LANGGAR
3.0 MATLAMAT
3.1 Mewujudkan dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menarik
secara tidak langsung di sekolah.
3.2 Melahirkan guru yang cekap dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan menarik serta dapat
dijadikan sumber perhatian terutamanya murid dan tetamu yang mengunjungi
sekolah.
4.2 Merancang dan melaksanakan projek yang dipersetuji oleh pihak sekolah.
4.3 Mewujudkan kerjasama dan persefahaman antara warga sekolah.
4.4 Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan
integrity dalam melaksanakan tugas.
4.5 Hasil kerja tangan guru pelatih internship sebagai buah tangan atau kenangkenangan apabila meninggalkan sekolah kelak.
5.0 NAMA PROGRAM
Projek Melukis Mural
6.0 ANJURAN
Guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu dan guru-guru
SK Langgar.
7.0 TARIKH
10 Julai 2016 hingga 04 Ogos 2016
8.0 TEMPAT
SK Langgar, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu, Kelantan.

KERTAS CADANGAN PROJEK MELUKIS MURAL


SEKOLAH KEBANGSAAN LANGGAR
9.0 ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
10.0

PELAN TINDAKAN PROJEK


Rujuk Lampiran B

11.0

SUMBER KEWANGAN
Peruntukan dari SK Langgar

12.0

ANGGARAN BELANJAWAN
Rujuk Lampiran C

13.0

PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan. Semoga projek menceriakan sekolah ini dapat meningkatkan motivasi diri
para murid di samping mengindahkan lagi kawasan sekolah. Semoga projek ini
mendapat manfaat kepada semua pihak. Oleh itu, kerjasama semua pihak amat
kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

KERTAS CADANGAN PROJEK MELUKIS MURAL


SEKOLAH KEBANGSAAN LANGGAR
Disediakan oleh:

...........
(SHATYAWATHI A/P SOMASUNDHARAM )
Guru Pelatih,
IPG Kampus Kota Bharu

Disemak dan Disahkan oleh:

(HJH ROSEMAWATI BT RAMLI)


Guru Besar,
SK LANGGAR

ULASAN :

...
.

KERTAS CADANGAN PROJEK MELUKIS MURAL


SEKOLAH KEBANGSAAN LANGGAR
Lampiran A

SENARAI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA INDUK PROJEK MELUKIS MURAL


SK LANGGAR

PENASIHAT

: PN. ROSEMAWATI BT RAMLI

PENGERUSI

: YUVARANI A/P SUBRAMANIAM

NAIB PENGERUSI

: NOR IRNAHANIS SOFIA BINTI ISMAIL

SETIAUSAHA

: SHATYAWATHI A/P SOMASUNDHARAM

PENOLONG SETIAUSAHA

: MUHAMAD AZIM HANIFI BIN KHILMI

KERTAS CADANGAN PROJEK MELUKIS MURAL


SEKOLAH KEBANGSAAN LANGGAR

Lampiran B
Langkah
1

Aktiviti

Mencari bahan yang sesuai untuk melukis melalui internet.

Menyediakan perkakasan untuk melukis seperti tali, pita


ukur dan kapur.

Menyediakan perkakasan untuk mengecat mural; cat pelaka


dan berus.

Melukis mural.
Mewarna secara berperingkat.

Memperbaiki mural yang dilukis.

Menulis laporan dan refleksi hasil projek yang dijalankan.

KERTAS CADANGAN PROJEK MELUKIS MURAL


SEKOLAH KEBANGSAAN LANGGAR
Lampiran C

HARGA
BIL.

PERKARA

UNIT

JUMLAH (RM)
SEUNIT (RM)

1.

2.

Cat Pelaka / Cat Mural


Hitam

RM17.00

RM17.00

Putih

RM17.00

RM17.00

Merah

RM17.00

RM17.00

Biru

RM17.00

RM17.00

Kuning

RM17.00

RM17.00

Hijau

RM17.00

RM17.00

Berus

RM 4.20

RM16.80

JUMLAH KESELURUHAN

RM118.80

You might also like