11 Anjakan PPPM

You might also like

You are on page 1of 20

1.

0 Pengenalan
Sistem pendidikann negara telah mengalami satu perubahan yang besar sejajar dengan
keperluan memenuhi piawaian antarabangsa. Sepanjang lebih lima dekad Malaysia telah
melahirkan ramai cerdik pandai berpandukan dasar-dasar yang digubal demi memenuhi
tuntutan masyarakat yang berbilang kaum. Keberkesanan sistem pendidikan negara
sentiasa dikaji dan diperbaharui semenjak Laporan Razak (1956), kemudian Laporan
Rahman Talib (1960), Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), penggubalan Akta
Pendidikan 1996, sehinggalah yang terakhir Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(2006-2010).
Kerajaan terus komited dalam usaha memastikan Malaysia terus kehadapan sebaris
dengan negara-negara maju terutamanya dalam bidang pendidikan.
120
96

100

99
88

87

97

80

67

77

60
40

40

20
0
Enrolmen SK Rendah

Numerasi

Namun

demikian,

dalam

era

globalisasi yang semakin sengit Malaysia sebenarnya masih jauh terbelakang di peringkat
pentaksiran antarabangsa dalam beberapa bidang utama iaitu Bacaan, Matematik dan
Sains. Pencapaian Malaysia dalam ujian Programme for International Student
Assessment (PISA) 2009 meletakkan Malaysia pada kedudukan sepertiga bawah daripada
74 buah negara yang mengambil bahagian. Rentetan keputusan yang membimbangkan
itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memulakan usaha mengkaji semula sistem
pendidikan negara pada bulan Oktober 2011. Panel Dialog Nasional Pendidikan Negara
telah dibentuk untuk mengumpul pandangan masyarakat umum mengenai langkahlangkah yang perlu diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan.
Pandangan, kajian dan pelbagai memorandum telah diperoleh dari pelbagai pihak
termasuklah input-input kajian daripada UNSCO, OECD, Bank Dunia, Institusi-institusi
Pendidikan Tinggi Awam tempatan, pelbagai pertubuhan dan individu serta Penel Penilai
Bebas Malaysia maka terbentuklah Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan.
Setelah dibentangkan kepada Kabinet pada Disember 2012, sejarah pendidikan negara
1

terlakar dengan pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang


melambangkan cita-cita dan pengharapan rakyat terhadap sistem pendidikan negara.
Dalam merangka Pelan ini, 9 bidang keutamaan yang dikenal pasti hasil daripada
Laporan Penilaian Pendidikan Negara telah diperhalusi. Sembilan perkara tersebut ialah:
2012

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Memartabatkan profesion keguruan.


Meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah.
Meningkatkan kualiti sekolah.
Memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran.
Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa.
Mengukuhkan pelibatan ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat sebagai rakan

7.

kongsi dalam pendidikan.


Meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam pendidikan tinggi

8.
9.

dan pasaran kerja.


Memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber.
Membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian pendidikan.

Daripada keseluruhan 9 bidang keutamaan ini, Kementerian telah mengenalpasti 11


anjakan yang perlu dilakukan bagi menzahirkan pencapaian pendidikan negara dapat
dibaiki. 11 anjakan tersebut ialah:
1. Anjakan Pertama
Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf
antarabangsa.
2. Anjakan Kedua
Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam Bahasa Malaysia dan
3.
4.
5.
6.

Bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan.


Anjakan Ketiga
Melahirkan rakyat yang menghayati nilai.
Anjakan Keempat
Mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan.
Anjakan Kelima
Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
Anjakan Keenam
Mengupayakan JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus
berasaskan keperluan.

7. Anjakan Ketujuh
Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia
8. Anjakan Kelapan
Mentransformasikan keboleh dan keupayaan penyampaian kementerian.
9. Anjakan Kesembilan
Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara meluas.
10. Anjakan Kesepuluh
2

Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.


11. Anjakan Kesebelas
Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung.
2.0

Penjelasan 11 Anjakan Transformasi Pendidikan dan Perbandingan dengan


Sistem Pendidikan Antarabangsa yang Menjadi Penanda Aras.
2.1

Anjakan Pertama: Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan


berkualiti bertaraf antarabangsa.
2.1.1

Menanda aras pembelajaran bahasa, Matematik dan Sains dengan


standard antarabangsa.
Murid akan diberikan asas literasi dan numerasi sebagai kemahiran
asas untuk pembelajaran masa hadapan. Subjek Sains pula akan diajar
mengikur kurikulum yang digubal berdasarkan standard sistem
pendidikan berprestasi tinggi. Penetapan dan pemantauan sasaran
pencapaian murid dalam pentaksiran peringkat antarabangsa seperti
PISA dan TIMSS akan dilaksanakan.
Kedudukan Malaysia dalam PISA:
Tahun

Bacaan

Matematik

Sains

2009

54

57

52

2012

59

52

53

Pada tahun 2009 Malaysia menduduki tangga sepertiga bawah


daripada 74 buah negara yang mengambil bahagian dalam pentaksiran
PISA. Manakala pada tahun 2012 Malaysia menduduki tangga 52
daripada 65 buah negara yang menyertai.
Kedudukan Malaysia dalam TIMSS
Subjek
Matematik
Sains

1999
16
22

2003
10
20

2007
20
21

2011
26
32

2.1.2

Melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan


Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula
pada 2017.
KSSR dan KSSM perlu disemak bagi mengimbangi set ilmu
pengetahuan dan kemahiran serta pemikiran kreatif, inovasi,
penyelesaian masalah, dan kepimpinan. Kurikulum yang berpusatkan
murid dan mengutamakan penyelesaian masalah ini memberi
kelebihan kepada murid berprestasi tinggi untuk menamatkan SPM
dalam tempoh 4 tahun dan UPSR dalam tempoh 5 tahun.

2.1.3

Merombak peperiksaan kebangsaan dan pentaksiran berasaskan


sekolah (PBS) untuk meningkatkan secara berperingkat peratusan
soalan yang mentaksir kemahiran berfikir aras tinggi pada 2016.
Soalan berbentuk pemikiran aras tinggi akan diimplimenkan sebanyak
40% dalam UPSR dan 50% dalam SPM. Penekanan ini akan
membawa

arus

baharu

dalam

penekanan

menjawab

soalan

peperiksaan. PMR dimansuhkan pada 2013 dan digantikan dengan


PBS yang merangkumi Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat (PT3),
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), dan
Pentaksiran Psikometrik (PPsi). Peningkatan sebanyak 36.8% sekolah
berada di Band 1 dan 2 pada 2014 berbanding dengan 31% pada tahun
2013.

2.1.4

Meningkatkan kualiti pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan


Matematik (STEM).
Semua mata pelajaran STEM akan dikaji semula sebagai sebahagian
daripada reformasi KSSR dan KSSM. Penekanan pada aplikasi
pengetahuan dan praktikal sejajar dengan pentaksiran PISA dan
TIMSS.

2.1.5

Memperluas akses dan meningkatkan kualiti laluan pendidikan,


bermula dengan pendidikan vokasional.
4

Kolej Vokasinal Miri telah menjalinkan kerjasama pintar dengan


syarikat minyak gergasi Sarawak Shell Bhd melalui Projek Latihan
Kimpalan Industri (ProjectLINK). 60% graduan telah diambil bekerja
dengan syarikat cari gali minyak, 30% bekerja dengan syarikat
perkapalan dan fabrikasi, manakala 10% lagi bekerja sebagai Inspektor
kimpalan bertauliah.
2.1.6

Meningkatkan kualiti prasekolah dan menggalakkan enrolmen sejagat


menjelang 2020.
Kadar enrolmen prasekolah meningkat dari 81.7% pada 2013
berbanding 84.2% pada 2014. Peningkatan yang memberangsangkan
enrolmen jika dibandingkan dengan negara terpilih seperti Singapura
(99%), Finland (99%), England (95%) dan Massachusetts (99%).

2.1.7

Meningkatkan pelaburan dalam sumber fizikal dan sumber pengajaran


untuk murid berkeperluan khusus.
Pada tahun 2014 kerajaan telah berjaya meningkatkan enrolmen murid
berkeperluan khas (MBK) daripada 9.6% pada tahun 2013 kepada
18.4% pada tahun 2014. Bilangan sekolah aliran perdana yang
menawarkan program ini juga turut meningkat sebanyak 61% pada
2014.

2.1.8

Melanjutkan pendidikan wajib daripada 6 tahun kepada 11 tahun


bermula pada umur 6 tahun.
Menjelang 2020, setiap murid akan meninggalkan alam persekolahan
dengan kelayakan minimum SPM atau kelayakan vokasional yang
setara. Perubahan ini bermaksud pendidikan wajib akan ditingkatkan
daripada 6 tahun kepada 11 tahun. Enrolmen murid dianggarkan akan
meningkat masing-masing sebanyak 5%, 10% dan 20% di peringkat
pendidikan rendah, menengah rendah dan menengah atas (berdasarkan
kadar enrolmen pada 2011 untuk sekolah awam dan swasta). Murid
yang mempunyai risiko tercicir akan dibantu menerusi pelbagai
5

inisiatif, merangkumi bimbingan pemulihan untuk ibu bapa dan


kaunseling murid, bagi mengekalkan mereka dalam sistem pendidikan.
2.2

Anjakan Kedua: Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam


Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa
tambahan.
2.2.1

Melaksanakan

KSSR

Bahasa

Malaysia

untuk

Sekolah

Jenis

Kebangsaan dengan sokongan pemulihan yang insentif bagi murid


yang memerlukan.
Pada tahun 2011, KPM telah memperkenalkan kurikulum baharu
Bahasa Malaysia. Kurikulum ini dirangka khas untuk mengajar murid
yang bahasa ibundanya bukan Bahasa Malaysia. Program pemulihan
ini akan mengalami kitaran lengkapnya pada tahun 2016.
2.2.2

Memperluaskan program LINUS supaya meliputi literasi bahasa


Inggeris.
Pada tahun 2013, program LINUS telah memasukkan kompenan
literasi Bahasa Inggeris. Kohort 2013 telah menunjukkan pencapaian
literasi Bahasa Inggeris sebanyak 63.3% di Tahun 1, dan meningkat
sebanyak 24% kepada 78.3% pada Tahun 2. Literasi Bahasa Inggeris
bagi kohort 2014 Tahun 1 telah mencapai sebanyak 70.2% menandingi
pencapaian

kohort

sebelumnya.

Pencapaian

ini

menandakan

peningkatan yang signifikan di dalam program yang dilaksanakan.


2.2.3

Meningkatkan kemahiran guru bahasa Inggeris.


Program Peningkatan Kemahiran Profesional Guru Bahasa Inggeris
(ProELT) merupakan intervensi KPM untuk meningkatkan kecekapan
berbahasa Inggeris dan kemahiran pedagogi guru. Sasaran KPM ialah
85% guru Bahasa Inggeris berjaya meningkat satu tahap band
kecekapan yang lebih tinggi berdasarkan Common European
Framework of References for Languages (CEFR). Berdasarkan
keputusan ujian Aptis, sejumlah 519 dari 591 orang guru (87.8%) telah
meningkat dari tahap B1 ke B2 manakala sejumlah 1716 dari 3979
6

orang guru (43.1%) telah meningkat dari tahap B2 ke C1. Secara


keseluruhan 2244 orang guru (49%) telah meningkat satu tahap
kecekapan, sementara 166 orang guru (3.6%) telah meningkat dua
tahap kecekapan.
2.2.4

Menjadikan mata pelajaran Bahasa Inggeris kertas wajib lulus


peringkat SPM dan memperluaskan peluang bagi pendedahan terhadap
bahasa Inggeris.
Bahasa Inggeris sebagai kertas wajib lulus peringkat SPM akan
dimulakan pada tahun 2016.

2.2.5

Mengalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan menjelang


2025.
Pada tahun tahun permulaan, Kementerian akan memberikan tumpuan
untuk menambahkan bilangan guru bahasa Cina, bahasa Tamil dan
bahasa Arab bagi memastikan bilangan guru bahasa-bahasa itu sepadan
dengan keperluan murid. Apabila sistem pendidikan negara dapat
meningkatkan

kebolehan

dan

keupayaan,

Kementerian

akan

memperkenalkan bahasa penting lain seperti bahasa Sepanyol, bahasa


Perancis dan bahasa Jepun. Pengajaran bahasa tambahan juga akan
dimasukkan dalam waktu pengajaran di sekolah menengah, seperti
dalam KSSR.

2.3

Anjakan Ketiga: Melahirkan rakyat yang menghayati nilai.


2.3.1

Mengukuhkan Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral dengan


lebih tumpuan kepada perpaduan dan memupuk persefahaman yang
erat antara murid.

2.3.2

Membangunkan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan


penyertaan murid dalam 1Sukan, 1Kelab, dan 1Badan Beruniform.

2.3.3

Mengukuhkan dan memperluaskan RIMUP mulai 2016 untuk


memudahkan cara interaksi antara jenis sekolah.
7

Kementerian telah membangunkan model perpaduan dan satu


instrumen untuk menentukan Indeks Perpaduan di sekolah. Instrumen
ini mengandungi tiga konstruk utama iaitu Menerima Kepelbagaian,
Menghormati Kepelbagaian dan Mengurus Kepelbagaian manakala 10
nilai perpaduan yang digariskan adalah bersikap terbuka, toleransi,
kerjasama, percaya, berhemah tinggi, menghargai, prihatin, adil,
amanah, dan rasional. Instrumen ini telah dirintis di 136 buah sekolah
rendah dan 175 buah sekolah menengah, melibatkan 4,467 orang guru
dan 4,639 orang murid. Dapatan daripada kajian tersebut memberi
maklumat kepada Kementerian mengenai garis asas Indeks Perpaduan.
Pada keseluruhannya didapati tahap perpaduan berada pada tahap
antara sederhana hingga tinggi merentasi semua 10 nilai bagi guru dan
murid.
Dapatan kajian bagi murid menunjukkan konstruk dengan tahap nilai
paling tinggi adalah Menghormati Kepelbagaian, sementara konstruk
dengan tahap nilai paling rendah adalah Menerima Kepelbagaian.
Dapatan kajian bagi guru pula menunjukkan konstruk dengan tahap
nilai yang paling tinggi adalah Mengurus Kepelbagaian sementara
konstruk dengan tahap nilai paling rendah adalah Menerima
Kepelbagaian.

2.4

Anjakan 4: Mentranformasi profession keguruan menjadi profession pilihan


Anjakan yang keempat ialah mentranformasikan profession keguruan menjadi
profession pilihan. Kerjaya guru merupakan satu bidang yang menjadi pilihan
untuk masa kini. Peluang pekerjaan yang terjamin dan pekerjaan yang mulia
menjadi antara kelebihan kerjaya guru. Dalam anjakan yang keempat ini,
KPM menekankan tentang proses mengetatkan syarat kemasukan guru mulai
2013 supaya terdiri daripada kalangan graduan 30% teratas. Hal ini untuk
memastikan guru mempunyai kualiti yang tinggi dan terdiri daripada individu
yang berkelayakan. Berdasarkan Laporan PPPM 2014 yang disediakan oleh
8

KPM, ambilan pelajar IPG pada 2014 menunjukkan sebanyak 99.8% pelajar
IPG mendapat sekurang-kurangnya 5A dalam SPM berbanding 70% pada
2013. Ini menunjukkan kualiti pemilihan pelajar untuk belajar di IPG
meningkat. Walaupun begitu, berbanding negara lain seperti Korea Selatan,
mereka menetapkan hanya 5% pelajar terbaik sahaja berkelayakan menjadi
guru berbanding Malaysia sebanyak 30% pelajar terbaik. Ini menunjukkan
kualiti pelajar bakal guru di Korea adalah tergolong dalam golongan pelajar
cemerlang. Dalam anjakan ini juga KPM bercadang untuk merombak IPG
setanding dengan standard bertaraf dunia menjelang 2020. Ini bertujuan untuk
memastikan kualiti pendidikan IPG berada pada tahap yang tinggi. Kita dapat
lihat IPG sudah mengalami banyak tranformasi dari tahun ke tahun untuk
memastikan hasrat ini tercapai termasuklah pertukaran nama dan status IPG.
KPM juga mahu meningkatkan kualiti program Pembangunan Profesional
Berterusan (CPD) mulai 2013. Program ini sudah berjalan secara meluas di
semua sekolah di Malaysia dan guru besar atau pengetua akan membuat
laporan berkaitan pelaksanaan ini untuk dibentangkan di PPD. KPM juga
mahu memastikan guru memberi tumpuan kepada fungsi teras pengajaran
mulai 2013. KPM ingin mengurangkan beban guru dan antara langkah yang
sudah diambil ialah mengurangkan beban pentadbiran yang ditanggung guru.
Untuk memastikan peningkatan prestasi guru, KPM melaksanakan laluan
kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi menjelang 2016. Proses
kenaikan pangkat secara time-based memastikan guru yang berkelayakan
mendapat kenaikan pangkat dan guru-guru yang menunjukkan prestasi yang
cemerlang juga diberi peluang untuk naik pangkat dengan lebih cepat melalui
saluran Guru Cemerlang. Anjakan ini juga menyatakan tentang memperluas
laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran, dan pakar bidang
khusus menjelang 2016 dan membudayakan kecemerlangan berasaskan
teladan rakan setugas dan proses pensijilan mulai 2025. Semua hasrat ini
untuk memastikan guru menjadi satu profession yang disegani dan
mempunyai kualiti yang tinggi. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah
Program Pembangunan untuk Guru Permulaan, Kursus Pembangunan
Kompetensi, Kursus Pembangunan Kompetensi mengiikut Gred dan Video eGuru. Mulai 2014, prestasi guru diukur dengan menggunakan Instrumen
Bersepadu. Guru dinilai secara berterusan, kompetensi dan usaha guru untuk
9

meningkatkan pencapaian pelajar. Guru yang mendapat skor rendah akan


dibimbing secara kaunseling dan program pembangunan profesional dan jika
masih tiada perubahan, perkhidmatan mereka akan ditamatkan.
2.5

Anjakan 5: Memastikan kepimpinan berkualiti tinggi ditempatkan di setiap


sekolah
Anjakan yang kelima ialah memastikan kepimpinan berkualiti tinggi
ditempatkan di setiap sekolah. Kepimpinan adalah penting untuk memastikan
kejayaan sesebuah sekolah dan kualiti guru dan pelajar. Guru besar atau
pengetua memainkan peranan yang besar dalam memastikan keberkesanan
sekolah.

Banyak

kajian

membuktikan,

kepimpinan

yang

berkesan

mewujudkan sekolah yang berkesan. Sehubungan itu, KPM memperkukuh


kriteria pemilihan dan proses perancangan penggantian bagi pengetua/guru
besar mulai 2013. Ini dapat memastikan pemimpin yang dilantik mempunyai
kualiti yang tinggi untuk memastikan kejayaan sesebuah sekolah. Kriteria
pemilihan baru yang diperkenalkan pada 2013 berdasarkan merit dan
kelayakan dan dijalankan sepenuhnya pada 2014. Sebelum ini, jawatan guru
besar dan pengetua hanya boleh diisi oleh pegawai dengan gred jawatan
DGA32 dan DGA34 telah dipertingkatkan sehingga gred jawatan DG48.
Waran Perjawatan Gred Fleksi telah dilaksanakan pada 2014 bertujuan untuk
menangani isu pengisian jawatan guru besar di sekolah rendah dan memberi
peluang kepada guru berkelayakan menjawat jawatan guru besar. Ini juga
dapat dibuktikan melalui peningkatan peratus pengisian jawatan guru besar di
mana hanya 56.9% pada Jun 2014 dan meningkat kepada 98.8% pada
Disember 2014. Peningkatan kualiti pemimpin sekolah juga dapat dilihat
melalui kursus National Professional Qualification for Educational Leaders
(NPQEL) dimana sebanyak 1020 orang guru memiliki sijil berkenaan. Dari
jumlah itu, 63% dari peserta kursus telah memperoleh Purata Nilai Gred
Kumulatif (CGPA) 3.75 dan ke atas. Ini menunjukkan peningkatan yang tinggi
dari segi kualiti pemimpin yang lahir dar kursus berkenaan. KPM juga
menyediakan pelbagai latihan dan induksi untuk meningkatkan tahap
professionalisme dan kepimpinan guru. KPM juga melaksanakan Pakej
Kerjaya Pengetua dan Guru Besar yang baharu secara berperingkat, dengan
lebih sokongan dan kebertanggungjawaban yang tinggi bagi meningkatkan
10

keberhasilan murid. Pemimpin yang baru dilantik perlu diberi perhatian yang
lebih kerana masih kurang pengalaman dalam kepimpinan sekolah dan
memerlukan tunjuk ajar untuk memastikan hala tuju kepimpinan mereka
berada di landasan yang betul. Pada tahun 2013, Program Residensi dan
Imersif (PRIme) telah diperkenalkan untuk memudahkan transisi guru besar
dan pengetua yang baru dilantik untuk menjalankan tugas masing-masing.
2.6

Anjakan 6: Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan


penyelesaian khusus berasaskan keperluan
Anjakan yang keenam adalah untuk mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk
menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. Anjakan ini
menekankan tentang mempercepat penambahbaikan prestasi sekolah melalui
program yang sistematik dan dipimpin oleh PPD di semua negeri menjelang
2014. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dan antaranya ialah bimbingan dan
pementoran.

Pembimbing

Pakar

Peningkatan

Sekolah

atau

School

Improvement Specialist Coach (SISC+) bagi mata pelajaran khusus telah


diperkenalkan untuk membimbing guru mata pelajaran berkaitan kandungan
dan pedagogi mata pelajaran. Rakan Peningkatan Sekolah atau School
Improvement Partner (SIPartner+) pula dilantik untuk memberi sokongan
kepada pemimpin sekolah untuk menambahbaik pengurusan dan pentadbiran.
Selain itu, Dialog Prestasi juga telah dijalankan pada semua peringkat dari
peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Dialog Prestasi ini adalah
penting untuk memastikan organisasi memberi fokus kepada penyampaian dan
akauntabiliti serta menjadi saluran untuk memantau prestasi, mengemukakan
isu dan menyelesaikan masalah. KPM juga telah mengesan jurang perbezaan
pendidikan di beberapa buah negeri adalah dipengaruhi dengan nisbah sekolah
luar bandar. Jurang antara bandar dan luar bandar dirapatkan dengan program
intervensi berfokus dan mendapat pelbagai sokongan dari pihak KPM.
Hasilnya, dalam UPSR 2014, jurang perbezaan bandar dengan luar bandar
telah menurun sebanyak 11% manakala dalam SPM 2014 pula, jurang
perbezaan juga menunjukkan penurunan sebanyak 10% berbanding pada tahun
2013. Kadar peningkatan tertinggi dicatatkan di PPD tambunan dan PPD
Kunak di Sabah dan PPD Bau, PPD Selangau dan PPD Daro di Sarawak.
Dalam anjakan ini juga, KPM memberi lebih kuasa melalui pengurusan
11

berasaskan sekolah dan autonomi kepada sekolah yang memenuhi kriteria


prestasi minimum. Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kluster dan Sekolah
Harapan mempunyai autonomi yang tinggi dan lebih mudah untuk
mendapatkan bantuan dari kementerian. Ini kerana kualiti yang ditunjukkan
oleh kepimpinan,kakitangan sekolah dan pelajar yang tinggi. KPM juga telah
mengagihkan kuasa kepada pihak JPN dan PPD. Ini bertujuan untuk
memastikan proses pengurusan dan pentadbiran lebih lancar dan memastikan
sekolah mengikut arahan yang telah diberikan oleh pihak atasan. Anjakan ini
juga memastikan 100% sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas
menjelang 2015, bermula dengan Sabah dan Sarawak. Sebanyak 3070 projek
naik taraf dan pembaikan di 2410 buah sekolah di seluruh Malaysia telah siap
dijalankan pada tahun 2014. Jenis infrastruktur yang paling banyak ditambah
baik ialah tandas iaitu merangkumi 43%, diikuti penambahbaikan struktur
fizikal seperti bumbung dan cat sebanyak 34%. Infrastruktur lain yang terlibat
ialah bilik darjah, air terawat (air yang boleh diminum) dan elektrik, masingmasing merangkumi sebanyak 10%, 9% dan 4%. Anjakan ini juga memastikan
semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan menerima sokongan kewangan
yang saksama. Bantuan kewangan adalah sangat penting untuk memastikan
semua aktiviti yang dirancang dapat dijalankan. Tanpa kewangan yang kukuh,
pihak sekolah akan menghadapi banyak kesukaran dalam menjalankan sesi
persekolahan.

2.7

Anjakan 7: Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di


Malaysia
Anjakan yang ketujuh ialah memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia. Anjakan ini menyatakan yang KPM akan
menyediakan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui
1BestariNet bagi kesemua 10,000 sekolah di Malaysia. Sehingga tahun 2014,
sebanyak 8884 buah sekolah telah dlengkapi dengan 1BestariNet. Ini adalah
angka yang besar dan menunjukkan terdapat peningkatan dalam capaian
internet. Sebanyak 6623 buah sekolah dilengkapkan dengan internet 4G tanpa
12

wayar berkelajuan tinggi manakala 2261 buah sekolah dirangkaikan melalui


teknologi ADSL dan VSAT. Capaian ini memastikan semua murid dapat
menerima pembelajaran secara atas talian dan maya dan berhubung dengan
dunia luar dengan lebih mudah. Pada zaman internet ini, pembelajaran secara
maya atau Virtual Learning Environment (VLE) menjadi satu medium
pembelajaran yang baru. Kementerian behasrat untuk menambahkan
kandungan dalam talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula dengan
perpustakaan video guru terbaik menyampaiakan pengajaran dalam Sains,
Matematik, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Bahan-bahan ini dapat
diakses oleh semua guru dan pelajar tanpa mengira di mana mereka berada. Ia
membantu guru dan pelajar untuk memahami pelajaran dengan lebih mudah.
Pada tahun 2014, seramai 1672790 murid sudah mendaftar masuk ke VLE dan
47% dari nilai tersebut menggunakan VLE lebih dari 30 minit seminggu.
Dapatan ini melangkaui sasaran KPM yang menetapkan peratusan sebanyak
30%. Dalam anjakan ini juga, kementerian berhasrat untuk memaksimumkan
penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran kadar kendiri
untuk memperluas akses kepada pengajaran berkualiti tinggi tanpa mengira
lokasi atau tahap kemahiran murid. Berdasarkan kajian, kadar penembusan
internet di Malaysia mengalami peningkatan. Kadar penembusan internet pada
tahun 2014 ialah sebanyak 67.0% berbanding pada tahun 2010 hanya pada
kadar 56.3%. Akan tetapi, kadar penembusan internet ini masih lagi rendah
berbanding negara-negara luar. Pada tahun 2014, Australia mencatatkan kadar
penembusan sebanayak 94.0%, Korea Selatan mencatat kadar penembusan
internet sebanyak 92.4%, manakala Singapura mencatatkan 80.0%. Untuk
purata penggunaan internet dalam sehari pula, Malaysia mencatatkan bacaan
sebanyak 5.1 jam sehari. Kadar ini adalah tinggi berbanding dengan negara
lain. Akan tetapi, ia masih lagi lebih rendah berbanding Vietnam yang
mencatat purata 5.2 jam penggunaan internet. Korea Selatan, Australia dan
Singapura masing-masing mencatat purata penggunaan internet sebanyak 3.4
jam, 4.1 jam dan 4.7 jam. Ini menunjukkan rakyat Malaysia sudah didedahkan
dengan penggunaan internet untuk menjalankan aktiviti seharian.
2.8

Anjakan 8: Mentransformasi kebolehanupayaan dan kapasiti penyampaian


kementerian
13

Kementerian Pendidikan Malaysia adalah kementerian yang mempunyai


kakitangan yang paling ramai dalam sektor perkhidmatan awam. Ia
mempunyai lebih 400,000 kakitangan dari pelbagai peringkat, ini menjadikan
sIstem penyampaian kementerian adalah yang paling luas dan kompleks.
Mengikut data yang dilaporkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 -2025, kementerian mempunyai 6800 kakitangan di peringkat
Kementerian, 6400 kakitangan di 16 Jabatan Pendidikan Negeri dan hampir
6000 kakitangan di 138 Pejabat Pendidikan Daerah di seluruh Malaysia.
Namun, walaupun mempunyai jumlah kakitangan yang ramai, ia tidak
menjamin keberkesanan dalam sistem yang diadakan. Wujud isu isu yang
menjadikan pelaksanaan sesuatu dasar tidak mencapai hasil seperti yang
diharapkan. Antara isu yang timbul ialah, pertindihan tugas antara Pegawai di
kementerian dengan Pegawai di JPN dan PPD. Selain itu, dasar yang dibuat di
peringkat atasan juga digubal berdasarkan maklumat yang tidak tekal, secara
purata dan kurang mantap. Hasil laporan PPPM juga menyatakan pemantauan
dan tindakan susulan untuk sesuatu dasar, program dan tugasan yang
dijalankan juga agak lemah. Sedar akan kelemahan ini, maka anjakan ke- 8
PPPM telah digubal untuk mentranformasikan kebolehupayaan dan kapasiti
penyampaian kementerian.
Anjakan ke- 8 menyentuh 4 matlamat utama yang akan dilaksanakan
dalam 3 gelombang bagi tempoh 13 tahun pelaksanaan PPPM. Matlamat
pertama ialah untuk mengupaya JPN dan PPD dengan memberi lebih hak
keputusan terhadap bajet dan personel, serta meningkatkan akuantabiliti bagi
KPI mulai 2013. Ini merupakan satu keputusan yang tepat dan berkesan untuk
memastikan pelaksanaan dasar akan dapat dijalankan dengan berkesan dan
lancar.

Dalam Matlamat pertama ini, Kementerian merancang untuk

memperkemaskan pentadbiran dan pengurusan JPN dan PPD dengan cara


memberikan kuasa untuk pihak JPN dan PPD mengurus peruntukan
menyelenggara sekolah, dan juga dalam urusan melantik Guru Besar
/Pengetua. Mulai gelombang pertama iaitu 2013 -2015, KPM telah
memberikan kuasa kepada JPN dan PPD untuk menjadi barisan utama dalam
penyampaian dasar KPM dan ini menjadikan mereka sebagai pihak yang
dipertanggunjawabkan terhadap sasaran sistem kementerian.
14

Matlamat ke -2 untuk Anjakan ke -8 PPPM ialah memperuntukkan


sekurang kurangnya 2500 personel ditempatkan daripada KPM dan JPN
Kepada PPD untuk menyokong sekolah menjelang 2014. Barisan tenaga pakar
dan mahir daripada KPM dan JPN akan membantu PPD untuk sama sama
memastikan dasar, program dan segala perancangan di peringkat atasan dapat
dilaksanakan dan mencapai sasaran. Dengan cara ini,pegawai yang bakal
ditempatkan di PPD nanti dapat melihat secara jelas bagaimana sesuatu
perancangan dari KPM dilaksanakan, dan apa kekangan yang dihadapi guru
guru di sekolah dalam melaksanakan pelbagai perancangan dan perubahan
dasar yang selalu dibuat di peringkat atasan .
Matlamat ke 3 ialah memperkukuh kebolehupayaan kepimpinan bagi
150 -200 jawatan kepimpinan utama mulai 2013. Jawatan utama yang
dimaksudkan ialah mereka yang terlibat di peringkat atasan KPM, Jawatan
Pengarah Pelajaran Bagi 16 JPN, dan juga jawatan Pegawai PPD di 138 PPD
seluruh Malaysia. Perlantikkan ke jawatan berkenaan tidak lagi mengikut
tempoh berkhidmat, tetapi lebih kepada keupayaan, prestasi dan kemampuan
semasa individu berkenaan. Untuk memastikan perancangan ini dapat
dijalankan dengan lancar, maka satu kajian profil telah dibuat bagi mengesan
dan mengenal pasti individu yang dikategorikan sebagai berkeupayaan untuk
mentadbir sistem pendidikan di Malaysia. Berdasarkan Laporan Tahunan
PPPM Tahun 2014, terdapat 231 individu yang telah diprofilkan berkelayakan
untuk meneruskan kepimpinan berkualiti di dalam kementerian. Bagi
memantapkan lagi kepimpinan di peringkat kementerian, pada tahun 2014,
kementerian telah menghasilkan program kepimpinan pembangunan terbeza
iaitu Program Peningkatan Pembangunan Kepimpinan ( Accelerated
Leadership Development Programme, ALD) , dan Program Pembangunan
Projek Terselia( Supervised Project Development Programme , SPDP).Ini
merupakan projek khas yang dirancang semata - mata untuk meningkatkan
kepimpinan pemimpin di kementerian, JPN dan PPD supaya mereka yang
terlibat mampu menjalan tugas yang diberikan dengan baik.
2.9

Anjakan 9: Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara
meluas.

15

Anjakan ke 9 ialah mewujudkan kerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan


sekstor swasta secara meluas. Anjakan ini akan merubah landskap
pembelajaran di sekolah, iaitu dari pembelajaran berasaskan sekolah
(melibatkan murid dan guru) kepada pembelajaran berasaskan sistem, iaitu
sistem yang terdiri daripada ibu bapa, guru, komuniti, sekstor swasta dan
masyarakat. Dengan cara ini, semua pihak akan terlibat dalam memastikan
pembelajaran anak anak pewaris bangsa ini mencapai matlamat yang
ditetapkan. Perancangan pertama yang telah dirangka untuk menjayakan
anjakan ini ialah perancangan untuk melengkapi ibu bapa bagi membantu
pembelajaran anak meraka melalui sarana penglibatan ibu bapa dan akses atas
talian kepada kemajuan anak di sekolah (SAPS). Perancangan ini akan
melibatkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan juga sekstor swasta secara
aktif dengan pihak sekolah. Golongan ini terutamanya ibu bapa akan diberikan
panduan bagaimana untuk membimbing anak membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah. Hounteville dan Conway,(2008), mengatakan
penglibatan ibu bapa seperti perbincangan, penjagaan dan komunikasi sangat
menentukan pencapaian kanak kanak dalam matlamat yang telah ditetapkan
pihak sekolah. Maka, dengan melibatkan ibu bapa sebagai pemantau dan rakan
murid

dalam

menyelesaikan

kerja

rumah

mereka,diharap

ia

dapat

meningkatkan prestasi dan motivasi murid dalam pelajaran Bagi penglibatan


komuniti dan sekstor swasta pula, mereka akan diminta untuk meningkatkan
pelibatan dalam aktiviti murid di dalam dan luar sekolah. Maka, kementerian
telah mewujudkan program Sarana Ibu Bapa di semua sekolah untuk
menjayakan perancangan tersebut. Ibu bapa diminta memberikan kerjasama
dengan sekolah dengan cara terlibat sama dalam pembelajaran dengan anak
anak meraka. Terdapat 4 perkara yang perlu pihak ibu bapa peka dalam
memastikan kejayaan anak anak meraka, iaitu keperluan menyediakan suasana
pembelajaran di rumah, mewujudkan interaksi sosial dengan anak, kekerapan
komunikasi

dengan

anak

dan

juga

meberikan

sokongan

terhadap

kecemerlangan anak mereka. Dengan cara ini, ibu bapa dapat memastikan
anak anak mereka dapat belajar dengan kondusif dan juga mempunyai
sokongan motivasi daripada ibu bapa untuk terus berjaya. Untuk membantu
ibu bapa memantau prestasi pembelajaran anak mereka, maka kementerian
telah mewujudkan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ( SAPS) yang
16

mengandungi markah, gred, dan analisis prestasi anak anak mereka. Ia


membolehkan ibu bapa melihat dari semasa ke semasa prestasi anak mereka
secara atas talian tanpa perlu ke sekolah.
Perancangan ke 2 Anjakan ke 9 ialah untuk mendapatkan maklum
balas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan kurikulum setempat dan
kualiti guru mulai 2016. Dalam perancangan ini, fungsi PIBG akan
diperluaskan dimana PIBG boleh untuk memberikan cadangan/input kepada
pihak sekolah dan kementerian untuk membantu kurikulum kebangsaan
supaya lebih releven dengan komuniti setempat. Dengan cara ini, PIBG dan
sekolah dapat menyatakan pendapat mereka berkenaan kurikulum yang dapat
membantu pemebelajaran berdasarkan lokaliti dan kemudahan mengikut
tempat. Sebagai contoh, PIBG sekolah yang berada di pedalaman yang tidak
mempunyai kemudahan komunikasi dan internet, boleh memohon kepada
kementerian sama ada matapelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
masih releven untuk diajar ataupun boleh dimansuhkan, atau pihak
kementerian perlu menyediakan kemudahan berkenaan untuk memastikan
mata pelajar berkenaan dapat diajar. Selain itu juga, dalam perancangan ini,
ibu bapa dapat menyumbang kemahiran mereka untuk membantu pihak
sekolah. Antara contoh sumbangan dari segi kemahiran ialah kejurulatihan,
motivasi , penyediaan makanan kepada murid sewaktu program di sekolah
dan lain - lain. Berdasarkan laporan tahun 2014 PPPM, didapati selepas
pelaksanaan Anjakan ke 9 PPPM , peratus penglibatan ibu bapa dalam 6
aktiviti utama sekolah telah melonjak ke 57 %. Ini merupakan satu pencapaian
yang boleh dibanggakan, dan ia menunjukkan pelaksanaan Anjakan ke 9 ini
dapat mencapai sekurang kurangnya lebih 50 % penglibatan ibu bapa dalam
gelombang yang pertama.
2.10

Anjakan 10: Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.


Anjakan ke 10 ialah memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap
ringgit. Sebagaimana kita sedia maklum, berdasarkan laporan bajet tahunan
Negara untuk setiap tahun, kita dapat lihat bahawa Kementerian Pendidikan
merupakan antara penerima bajet yang paling besar. Maka, Kementerian perlu
memaksimumkan setiap penggunaan peruntukkan yang diberi dengan penuh
17

berhemah dan sebaik mungkin. Matlamat utama Anjakan ke 10 ialah untuk


mengaitkan setiap program kepada keberhasilan murid yang jelas dan
merasionalisasi program berimpak rendah pada setiap tahun. Untuk
memastikan ia dapat direalisasikan, maka kementerian akan merancang
penggunaan peruntukan yang diberi dengan membuat kajian semula dengan
cara menilai kembali kejayaan setiap program yang telah dibuat. Berdasarkan
keputusan yang telah dibuat, maka kementerian akan melaksanakan pemberian
dana untuk setiap program bagi tahun berikutnya berasaskan kejayaan dan
peningkatan hasil program sebelumnya. Sebagai contoh, mana mana program
yang kurang berkesan dan tidak mencapai sasaran akan dikurangkan bajet
kewangan untuk tahun seterusnya. Disamping itu juga, setiap jabatan dan
bahagian diminta untuk membuat perbelanjaan secara berhemah, dan jika ada
sebarang laporan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara terhadap mana mana
jabatan atau bahagian, maka pihak Kementerian akan membuat tindakan
segera. Kejayaan pelaksanaan Anjakan 10 ini dapat dilihat dari laporan tahun
2014 PPPM, dimana 23 % penjimatan dapat dibuat dari bajet 2014 bukan
emolument kementerian dan ia berjaya disalurkan untuk membiayai aktiviti
yang akan memberikan impak kepada murid murid.
2.11

Anjakan 11: Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara


langsung.
Anjakan yang terakhir ialah Anjakan ke 11, iaitu meningkatkan ketelusan
untuk akauntabiliti awam secara langsung. Dalam anjakan ini, 2 matlamat
pelaksanaan telah dikenal pasti iaitu untuk menerbitkan laporan tahunan awam
bagi kemajuan sasaran dan inisitif PPPM mulai 2013 dan melaksanakan
semakan komprehensif pada tahun 2015, 2020 dan 2025. Dengan wujudnya
laporan awam sebegini, maka kita secara langsung dapat menilai sejauh mana
perancangan PPPM memberikan hasil bagi setiap tahun, dan disamping itu
juga ia dapat menunjukkan kelemahan dan kekuatan PPPM. Laporan tahunan
ini akan menunjukkan bagaimana KPI yang ditetapkan dicapai. Sebagai orang
awam, kita dapat melihat dengan jelas bagaimana band prestasi sekolah
NKRA dikira dan samaada KPI dicapai ataupun tidak. Hasil bagi Anjakan ke
11 dapat dilihat dengan terhasilnya Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia bagi tahun 2014 yang telah dibentangkan oleh Menteri Pendidikan
18

pada Julai 2015. Hasil bagi pelaksanaan untuk setiap tahun dapat dilihat
melalui laporan berkenaan. Matlamat kedua bagi Anjakan ke 11 ialah
melaksanakan semakan komperenhensif pada tahun 2015, 2020 dan 2025.
Semakan berkala dibuat pada setiap penghujung pelaksanaan 3 gelombang
PPPM berkenaan. Semakan ini akan menilai pencapaian utama yang telah
dicapai bagi setiap gelombang yang telah dihadapi. Bagi memastikan semakan
ini bukan sahaja untuk melihat sekadar pencapaian yang telah berjaya dicapai,
maka semua pihak yang terlibat secara langsung akan diminta untuk samasama memberikan input melalui Dialog Nasional. Ini bertujuan untuk
mendapatkan maklum balas berkenaan pelaksanaan PPPM

dan tindakkan

yang dapat Kementerian buat untuk memastikan matlamat PPPM tercapai


menjelang akhir setiap gelombang.

19

RUJUKAN

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20132025


-------(2012).Laporan Awal - Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-202.Kuala
Lumpur:
Kementerian
Pendidikan
Malaysia
from
http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-ExecSummary-BM.pdf
-------(2012). 11 Anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (11 September
2012).Kuala
Lumpur:
Utusan
Malaysia
from
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120911/dn_33/11-anjakan-dalamPelan-Pembangunan-Pendidikan-Malaysia
--------(2012). Menganjak Pendidikan Negara (13 September 2012). Kuala Lumpur: Utusan
Malaysia
from
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120913/re_01/Menganjakpendidikannegara#ixzz40TMhU5RL
Hoover-Dempsey, K.V.,Bassler, O.C., & Burow, R.(1995). Parents reported involvement
instudents homework: Strategies and practices. Elementary School Journal, 95,435-450.
Hilmi (2014). Apa itu Ujian PISA dan TIMMS.Retrieved from 15 Januari 2016 from
http://www.cikguhailmi.com/2014/03/apa-itu-ujian-pisa-dan-timss.html
Malaysia Perfomance.15 Januari 2016.< https://www.oecd.org/pisa/home/>

20

You might also like