You are on page 1of 2

CHEWY FUDGY BROWNIES

Bahan :
400gm coklat masakan - potong kecil
250gm butter - potong kecil
Mula-mula kita perlu cairkan dahulu butter dan coklat masakan.
Bahan-bahan ini perlu di cairkan menggunakan kaedah double boiler.
Atau boleh juga dicairkan dalam microwave anggaran masa 30 saat, kemudian keluarkan dan
kacau hingga adunan cair dan licin.
Biarkan ia sejuk sebentar.
90gm tepung
50gm serbuk koko
100gm kekacang - panggang dulu
*ayak tepung + serbuk koko.
*kekacang boleh panggang dlm oven, bakar suhu 170 selama 15-20 minit.
*camporkan kekacang dlm adunan tepung + serbuk koko yg telah diayak.
(kekacang ni nak letak boleh, tak letak pon takpe. Kite malas letak.)
5biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar choc emulco
290gm gula perang (kite letak 240gm je sbb tak suke manis)
~ Panaskan oven suhu 160c.
~ Sediakan loyang 9x12 (kite gune loyang 10x10).
~ Sapu loyang dgn butter then alas dgn kertas minyak. (lebihkan/tinggikan kertas minyak di
bhgian tepi untuk mudah keluarkan brownies nanti.)
- dalam bekas lain, pukul telur + esen vanilla + coklat emulco + gula perang dgn whisk sampai
larut.
- tuangkan adunan coklat dan butter pula ke dlm adunan telur tadi. Kacau rata.
- dgn kadar segera, masukkan segera adunan tepung ke dlm adunan telur yg telah bercampur
coklat dan butter tadi.
- kacau adunan dgn spatula menggunakan kaedah kaup balik dgn cepat.
*proses ini hendaklah dilakukan dgn cpt kerana adunan coklat yg bercampur dgn adunan telur
cepat likat dan akan menyukarkan proses meratakan tepung.
*jgn terlebih pukul adunan, cukup sekada ia rata dan bersatu.

~ Tuang adunan ke dlm loyang.


~ Ratakan.
*bakar adunan pada suhu 160c selama 45minit sehingga adunan masak dgn sempurna. (Suhu dan
masa juga depends pada oven yg anda guna)
*lepas masak, buka sedikit pintu oven dan biarkan dlm 10minit.
*permukaan brownies akan mengeras bila ia mula sejuk. Oleh itu dinasihatkan untuk potong
brownies dgn segera.
Ok yg resepi ni kite try folo resepi kak ita masam manis. Boleh pegi kat blog dia untuk step by
step and lebih paham smile emoticon

You might also like