You are on page 1of 8

Definisi TMK

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi


Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication
Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk
pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan
segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara
tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk
mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat,
dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Evolusi Komputer
Generasi Pertama (1940-1956)

Semasa komputer generasi pertama dibangunkan, ia dilengkapi


dengan tiub vakum (vacuum tubes). Ia adalah sejenis peratalan yang
diperbuat daripada kaca dan beroperasi sebagai komponen

penyimpanan dan pemprosesan data. Masalah yang dihadapi


komputer generasi ini ialah, ia menghasilkan haba dengan kuantiti
banyak yang boleh merosakkan komputer itu sendiri. Malah tiub
vakum ini sendiri mudah terbakar. Contoh komputer pada generasi ini
ialah, ENIAC. Komputer ini mempunyai timbangan sehingga 30 ton,
mempunyai ~18 000 tiub vakum, memenuhi ruang 30 sehingga 50
kaki dan menggunakan sekurang-kurangnya 16 000 watt tenaga
elektrik.
Generasi Kedua (1956-1963)

Transistor mula digunakan menggantikan tiub vakum dalam sistem


komputer. Transistor ialah peralatan bersaiz kecil
yang memindahkansignal elektronik melalui perintang (resistor).
Satu transistor berfungsimenyamai 40 tiub vakum. Ia tidak
menghasilkan haba dengan kuantit yang banyak dan kurang
menggunakan tenaga elektrik berbanding tiub vakum. Ia lebih pantas,
murah dan kecil berbanding tiub vakum menjadikan komputer pada
generasi ini lebih pantas, kecil dan lebih dipercayai.

Generasi Ketiga (1964-1971)

Pada generasi ini, pembuat komputer mula mengantikan transistor


dengan litar bersepadu atau lebih dikenali sebagai IC (intergrated
circuit). Ia adalah sejenis litar elektronik lengkap yang terbina di atas
cip silikon yang dipanggil sebagai semikonduktor. Sudah semestinya
komputer pada zaman ini lebih kompak dan lebih dipercayai
berbanding komputer dari generasi kedua. Pada zaman ini, sistem
operasi (operating system) mula menampung pelaksanaan tugas
serentak (multi-task). Dikatakan juga komputer mula digunakan
secara meluas pada zaman ini kerana saiz yang semakin kecil dan
semakin murah berbanding generasi sebelumnya.
Generasi Keempat (1971-Sekarang)
Mikropemproses (microprocessor) mula diperkenalkan di mana,
terdapat ribuan IC dibina di atas satu cip silikon. Apa yang ada pada
generasi pertama yang memenuhi ruang seluas 30-50 kaki, kini
dipadatkan ratusan kali ganda. Antara mikropemproses yang

diperkenalkan pada permulaan generasi ini ialah cip Intel 4004.


Segala-galanya diletakkan dalam satu cip.
Generasi Kelima (Sekarang Akan datang)
Ia berdasarkan kecerdasan buatan (artificial intelligence AI). Masih
dalam pembangunan, namun telah diterapkan ke dalam beberapa
peralatan elektronik pada hari ini. Contohnya, pengaplikasian Siri
pada telefon pintar iPhone 4S milik Syarikat Apple.
Contoh Perubahan Komputer :

Definisi Teknologi

Teknologi berasal daripada perkataan dasar Latin texere yang bermaksud


membentuk atau menubuhkan. Oleh itu definisi teknologi tidak semestinya terhad
kepada penggunaan mesin sahaja kerana teknologi ialah corak untuk satu-satu
tindakan yang bertujuan untuk mengurangkan ketidakpastian dalam perhubungan
sebab dan akibat dalam usaha mencapai matlamat yang diingini. Sesuatu teknologi
biasanya mempunyai aspek perkakasan yang mempunyai bahan atau objek fizikal
dan aspek perisian yang mengandungi asas informasi untuk perkakasan itu.
(Rodgers, 1993)

Sebuah artikel yang berjudul Gender And Information And Communication


Technology : Toward An Analytical Framework telah mengemukakan tiga lapisan
dalam usaha mendefinisikan teknologi.

1. Merujuk kepada apa yang diketahui manusia, termasuk cara menggunakan


teknologi, membaiki, mereka bentuk dan melaksanakannya.
2. Merujuk kepada aktiviti pelaksanaan manusia terhadap teknologi seperti
pembuatan besi dan memprogramkan komputer.
3. Merujuk kepada perkakasan atau satu set benda yang boleh dilihat secara fizikal
seperti komputer dan kereta. (http://www.gn.apc.org/)

Definisi Maklumat

Maklumat telah membezakan komunikasi daripada aktiviti lain seperti berenang dan
melontar batu. Semua fungsi komunikasi telah dinyatakan yang bertujuan untuk
menghantar, berkongsi, atau memproses maklumat. Apa maklumat yang
sebenarnya? Maklumat bukan sekadar fakta atau kebenaran, berita atau arahan,
tetapi ia merupakan satu idea yang mampu mempengaruhi pemikiran manusia.

Maklumat atau informasi boleh didefinisikan sebagai corak tenaga utama yang
mempengaruhi kemungkinan-kemungkinan yang ada untuk membolehkan individu
membuat keputusan mereka sendiri, ia boleh dinyatakan dalam bentuk bahan
(seperti dakwat pada kertas) atau dalam satu bentuk tenaga (seperti nadi elektrik).
Maklumat juga boleh digantikan dengan sumber-sumber lain seperti wang atau
tenaga. Oleh itu, maklumat merupakan satu yang abstrak, sukar untuk diungkap
dengan kata-kata. Maklumat yang dicari oleh individu daripada kebanyakan aktiviti
komunikasi ialah apa-apa sahaja kandungan yang dapat membantu mereka
membentuk atau mengatur sebahagian daripada aspek-aspek persekitaran yang
bersesuaian. Mereka akan mencari maklumat sebanyak mungkin dengan tujuan
untuk memudahkan mereka membuat sebarang keputusan dalam hidup.

Definisi Komunikasi

Komunikasi boleh didefinisikan sebagai alat yang menggerakkan manusia. Oleh


itu, komunikasi berkait rapat dengan komuniti. Tanpa komunikasi, mungkin tidak
wujud komuniti seperti mana tanpa komuniti, tidak akan wujud komunikasi. Ahli
sosiologi, Charles Cooley menyebut komunikasi sebagai mekanisme yang
melaluinya perhubungan manusia wujud dan berkembang semua simbol minda,
berserta cara penyampaiannya menerusi ruang dan lambat laun mengekalkannya.
(Schramm & Porter, 1992)

Komunikasi dilakukan dengan tujuan-tujuan tertentu. Harold Lasswell, ahli sains


politik dan perintis dalam pengajian komunikasi, telah menggariskan tiga fungsi
utama komunikasi dijalankan iaitu :-

1. Mengawasi alam sekitar.


2. Menghubungkan bahagian-bahagian masyarakat yang berbeza agar bertindak
balas terhadap persekitaran; dan
3. Memancarkan warisan masyarakat terhadap satu generasi dengan generasi yang
lain.

Satu lagi makna komunikasi ialah komunikasi merujuk kepada sistem sosial yang
berkongsi simbol dan makna dan ia mengikat manusia bersama dalam satu
kumpulan, masyarakat, dan budaya. Walau apa pun fungsi komunikasi, yang
penting komunikasi telah menjadikan maklumat sebagai inti pati kepada komunikasi
tersebut. (http://www.gn.apc.orgl/)

Sebagai kesimpulan, Komunikasi boleh dikatakan sebagai merangkumi keseluruhan


perkara berikut (McBride, 1980 :47)

1. Simbol/tanda atau perkataan bahasa tidak verbal


2. Bahasa bahasa verbal
3. Pembacaan & penulisan - Kod komunikasi manusia
4. Pos & Telefon komunikasi interpersonal
5. Kumpulan dan media tempatan

6. media massa
7. satelit
8. komputer

Setelah ketiga-tiga komponen utama TMK/ICT didefinisikan secara berasingan di


atas, kita akan melihat pula definisi tersebut setelah pembentukan perkataan yang
dinamakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

Definisi TMK/ICT

ICT is a convergence of technologies. ICT does not include only the internet but
gamut of other tools which could be used individually or in convergence with each
other to check the process of change in a manner which reduces the skew in
knowledge distribution between rich and poor, educated and uneducated, rural and
urban, and men and women. The convergence technologies includes community
radios, internet radio, local area network, tele-centre, information kiosks, mobile
phone, WAP application etc. They often enhance the reach and penetration of the
ICT.

Berdasarkan petikan di atas, teknologi maklumat dan komunikasi-TMK


(ICT_Information and Communication Technology) boleh didefinisikan sebagai satu
set ilmu teknologi yang merangkumi alat dan sumber untuk membina, menyebar,
menyimpan, membawa nilai tertentu, dan menguruskan maklumat. Teknologi ini
mampu merapatkan jurang penyebaran ilmu antara yang kaya dengan yang miskin,
yang berpendidikan dengan yang tidak berpendidikan, antara yang di bandar dan di
luar bandar, dan di antara golongan wanita dan lelaki.

Apa itu globalisasi?


Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang
sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara.
Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang
udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai
maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi
seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber.

Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan


negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh
yang singkat. Hal ini dibuktikan melalui dakwaan (Rosenau 1980) seseorang sarjana
dalam bidang hubungan antarabangsa. Menurutnya teknologi sebenarnya telah
menghapuskan geeorafi dan jarak sosial menerusi kuasa sistem penerbangan jet,
komputer, satelit dan pelbagai-bagai lagi jenis inovasi lain yang sekarang ini
mengerakkan individu atau kumpulan orang, idea-idee dan barang-barang
menyeberangi sempadan ruang dan masa dengan pantas sekali. Pandangn beliau
lagi, teknologi juga menyubur kebergantungan antara masyarakat local,
masyarakat nasional dan masyarakat antarabangsa dengan hebatnya yang belum
pernah dialami sebelum ini.
Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses
kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti
politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia
ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa
sempadan. Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara
berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yg lain.
Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat
dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi
diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang yang
melanda dunia.

You might also like