You are on page 1of 2

PENERANGAN POSTER

Warna merah jambu melambangkan ketenangan dan bersabar dalam


menempuhi segala masalah yang dihadapi. Kaunselor juga perlu sentiasa bersabar
dan mendengar segala masalah yang dihadapi oleh klient. Warna merah jambu juga
melambangkan kelembutan dari segi percakapan dan kaunselor berkeupayaan untuk
memeberi ketenangan dan semangat kepada klient dalam menangani masalah.
Lingkungan jalur berwarna-warni melambangkan keluk kehidupan manusia
yang sentiasa berliku. Kehidupan setiap individu berbeza-beza mengikut latar
belakang keluarga masing-masing. Setiap individu juga mempunyai jaluran
permasalahan yang tersendiri. Kaunselor berkeupayaaan untuk memberi sokongan
moral kepada klient selepas klient meluahkan perasaan dan emosi mereka.
Warna kunia pada latar belakang melambangkan warna diraja. Raja dianggap
sebagai kelompok manusia yang berkeyakinan menjadi pemimpin dan berupaya
untuk membentuk modal insan gemilang di dalam sesuatu organisasi. Kuning juga
melambangkan bahawa sikap kepimpinan boleh dipupuk melalui pelbagai jenis
aktiviti yang dilaksanakan oleh klient dan dinilai oleh kaunselor.

CERITA ANDA RAHSIA KAMI merupakan amanat yang perlu dipegang oleh
setiap kaunselor. Rahsia klient tidak boleh didedahkan oleh kaunselor dan kaunselor
perlu mengunci mulut dan tidak sewenang-wenangnya untuk membocorkan rahsia
milik klient tanpa meminta izin daripada klient.Prinsip ini perlu dibawa oleh setiap
kaunselor agar maruah klient dapat dijaga dan tidak berasa malu untuk berhadapan
dengan masyarakat.
Khidmat Terapi Berhenti Merokok merupakan salah satu terapi penting di
sekolah dan perlu dilaksanakan di sekolah. Ini kerana, murid-murid sekolah rendah
ada yang sudah merokok dan menjadi perokok tegar. Kaunselor perlu mendampingi
klient seperti ini di sekolah rendah agar tidak menjadi ikutan rakan-rakan yang lain.
Kaunseling Dalaman dan Peribadi dilakukan setiap masa oleh kaunselor.
Kaunselor sentiasa ada untuk berkongsi cerita dan masalah. Klient yang mempunyai
masalah peribadi boleh berhubung terus dengan kaunselor secepat mungkin agar
murid tidak menghadapi kemurungan.
Kursus Rajin Belajar Ilmu Bertambah merupakan kursus motivasi klient
bermasalah di sekolah rendah di dalam mata pelajaran tertentu. Kaunselor akan
mengadakan aktiviti luar bersama dengan klient ini agar dapat mendekatkan diri
dengan klient supaya klient lebih bersemangat untuk terus maju.
Kaunseling Berkelompok untuk beberapa orang murid dihimpunkan menjadi
satu kumpulan. Murid ini diberi beberapa latihan untuk menaikkan semangat masingmasing. Khidmat ini biasanya dijalankan untuk kelompok murid yang mempunyai
masalah yang lebih kurang sama.
Khidmat Urutan Stress ini dilakukan bagi murid yang mempunyai tekanan
jiwa yang minor untuk dipulihkan. Kaunselor perlu cepat untuk mendekati klient yang
mempunyai masalah dalaman. Urutan ini berkeupayaan untuk meningkatkan semula
diri dan akan berfikiran terbuka.
Secara keseluruhan, poster ini lengkap dengan pelbagai input perkhidmatan di
dalam Bilik Bimbangan dan Kaunseling. Poster ini juga mampu untuk menarik klient
cilik untuk mejadi sebahagian daripada ahli Bilik Bimbingan dan Kaunseling. Klient
juga akan lebih gembira dan seronok serta tenang untuk menghadapi ape jua
cabaran dan rintangan dalam kehidupan.

You might also like