You are on page 1of 18

Oleh;

Jamaluddin Bin Abdul Rahman

1. Pendahuluan
Bila dikatakan Sekolah Menengah bererti meliputi tingkatan satu hingga tingkatan
enam dan bacaan merupakan kemahiran yang terpenting, bukan sahaja terhadap
kebolehan membaca itu sendiri, tetapi seterusnya untuk seluruh pembelajaran
murid-murid itu. Kegagalan menguasai kemahiran asas membaca ini merupakan
sesuatu yang amat merugikan bagi seseorang murid bukan saja pada masa
persekolahan bahkan pada masa kehidupan dewasa murid-murid berkenaan.

Menurut Isahak Harun (2004) terdapat dua mazhab besar tentang cara kanak-kanak
mula membaca; Beliau mendefinisikan bacaan sebagai tentang bagaimana kanakkanak mengenal dan mentafsir simbol-simbol tulisan dan memberi makna
kepadanya. Mazhab pertama merujuk kepada perspektif linguistik yang berasaskan
kepada anggapan bahawa bahasa terdiri daripada bunyi dan adunan bunyi yang
menjadikan perkataan.

Mazhab ini mengajar kanak-kanak membaca bermula dengan menghafal simbolsimbol yang mewakili bunyi asas ini (fonem), iaitu huruf abjad dan bunyi-bunyi huruf
tersebut. Kaedah ini juga dikenali sebagai pendekatan fonik. Di Malaysia kaedah ini
sinonim dengan kaedah abjad iaitu kaedah mengenal nama-nama huruf yang
digunakan dalam tulisan bahasa Melayu. Kaedah ini menegaskan hafalan-hafalan
yang agak kurang bermakna bagi kanak-kanak.

Mazhab kedua berasaskan kepada teori psikologi kognitif yang beranggapan


bahawa kanak-kanak belajar bahasa melalui perkataan-perkataan dan ayat yang
bermakna kepadanya. Murid-murid membaca bermula dengan melihat seluruh
perkataan dan ayat yang bermakna.Kaedah ini dikenali sebagai kaedah seluruh
perkataan (whole word) atau kaedah pandang dan sebut. Variasi lanjutan daripada
kaedah ini adalah kaedah frasa, kaedah ayat dan kaedah cerita (Isahak Harun,
1989).

Pandangan daripada mazhab-mazhab ini mencetuskan kepada kaedah pengajaran


awal asas membaca yang pelbagai di Malaysia. Antara kaedah yang telah
digunakan di Malaysia ialah kaedah campuran, Kaedah DBP, Pendekatan Bacaan
Asas Pusat Perkembangan Kurikulum (PEBAS), Kaedah Atan Long, Kaedah
cerakin, kaedah eklektik, kaedah abjad, dan Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) .
Kaedah-kaedah yang digunakan ini mempunyai kekuatan dan kelemahan yang
boleh digunakan kepada murid-murid pemulihan khas.

Murid-murid pemulihan khas juga seorang individu dan anggota masyarakat. Jadi
murid-murid ini juga memerlukan pendidikan asas termasuklah belajar membaca.
Maka pemulihan khas bertujuan untuk memberi rawatan yang diharapkan dapat

mengubati pelajar lambat ini (Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon, 1992). Seterusnya
satu kaedah yang tepat perlulah dikenalpasti bagi mengatasi masalah ini. Penulis
amat berminat dengan Kaedah Gabungan Bunyi Kata yang dirasakan begitu
istimewa untuk mengajar murid-murid pemulihan khas membaca di peringkat
sekolah menengah.

2. Kaedah Gabungan Bunyi-kata (KGBK)


2.1. Latar belakang
Kaedah Gabungan Bunyi-kata ini diilhamkan oleh Profesor Dato Dr. Isahak Harun
yang dinyatakan melalui pembentangan kertas kerja di KONPEN IV anjuran
Persatuan Suluh Budiman di Kuantan, pada 8 hingga 10 Disember 1979. Beliau
telah memperkenalkan kaedah ini sebagai cadangan untuk mengatasi masalah
membaca banyak murid di sekolah rendah, terutama di sekolah kebangsaan yang
tidak boleh membaca. Rentetan itu kertas kerja tersebut telah diterbitkan dalam
Jurnal Dewan Bahasa, jilid 24 bil. 7, Julai 1980.

Kaedah ini turut dijadikan salah satu kaedah pilihan (ke-4) dalam buku panduan am,
kurikulum baru sekolah rendah (KBSR) terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia
pada tahun 1981. Seterusnya kaedah ini telah dijadikan asas untuk panduan guru
Bahasa Malaysia (KBSR) Tahun Satu untuk sekolah SRKJ Cina dan SRKJ Tamil
pada Jun 1981. Namun begitu, kaedah ini tidak digunakan di sekolah kebangsaan
untuk mengajar bacaan asas pada Tahun Satu. Selain itu juga, kaedah KGBK
digunakan oleh tadika swasta di Bandar-bandar seluruh Malaysia dengan
menggunakan buku Kegiatan Tadika 2 Bahasa Malaysia, Mari Membaca yang
diterbitkan oleh Fajar Bakti (Isahak Harun, 2004).

2.2. Asas Kaedah Gabungan Bunyi-Kata

Kaedah ini merupakan satu kaedah yang sistematik. Menurut Isahak Harun (2004)
perlunya mengambil kira perkara-perkara berikut;

2.2.1: Sistem ejaan Bahasa Melayu adalah alphabetic dan fonemik . Hal ini
menjelaskan
bahawa adanya hubungan yang rapat antara simbol atau huruf dan bunyinya. Hal
ini berbeza dengan sistem ejaan Bahasa Inggeris yang bercelaru.

2.2.2: Suku kata ejaan Bahasa Melayu adalah mudah dan jelas, jika dibandingkan
dengan
bahasa-bahasa lain.

2.2.3: Murid-murid Melayu telah mempunyai perbendaharaan kata dalam bahasa


Melayu
yang mencukupi untuk mereka belajar membaca dalam Bahasa Melayu. Begitu
juga dengan murid Cina dan India rakyat Malaysia yang sudah mempunyai
perbendaharaan kata Bahasa Melayu terutamanya diperingkat sekolah menengah.
Seterusnya hal ini menjelaskan bahawa tidak sesuai digunakan kaedah yang
digunakan mengajar bahasa kedua seperti Bahasa Inggeris untuk mengajar bahasa
pertama yang berbeza.

Unsur membunyikan huruf dengan membina dan membaca perkataan boleh

digabungkan dalam sesuatu pengajaran-pembelajaran membaca. Susunan bahanbahan adalah secara developmental, kumulatif dan sistematik. Hal ini memudahkan
guru-guru mengajar dan memudahkan murid belajar membaca dan menulis.
Pendekatan gabungan dan susunan bahan secara kumulatif tidak mungkin berlaku
dalam pendekatan abjad/ fonik, pendekatan seluruh perkataan atau pendekatan
eklektik yang digunakan pada masa ini.

Gabungan mengenal bunyi huruf dengan membina-dan-membaca perkataan dalam


satu atau dua pelajaran, dan murid terus membaca perkataan, frasa atau ayat. Hal
ini yang membezakan KGBK dengan kaedah-kaedah lain yang berpegang kepada
dua mazhab utama awal membaca. Selain itu, KGBK dibina atas keistimewaan
ejaan Bahasa Melayu yang fonemik dan sistematik dan suku kata yang jelas. Di
samping itu juga, pemilihan susunan abjad yang diajar telah dikenalpasti melalui
kajian yang menyeluruh berdasarkan kepada yang mudah, dekat dengan kanakkanak dan tidak mengelirukan.

2.3: Ciri-ciri

2.3.1: Murid-murid tidak perlu diajar semua abjad dalam sistem ejaan Bahasa
Melayu
sebelum mereka boleh diajar membaca.

2.3.2: Menggabungkan kemahiran bunyi beberapa abjad, suku kata dan membaca
perkataan/ frasa/ ayat bermakna dalam satu atau dua pelajaran.

2.3.3: Gabungan dibuat secara sistematik, dan tiap-tiap pelajaran berikutnya


beransuransur memperkembangkan kemahiran sebelumnya.

2.3.4: Kad imbasan amat diperlukan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran
seperti
yang disarankan.

2.3.5: Untuk peneguhan kemahiran murid-murid membaca mereka perlu diberi


bahanbahan bacaan yang berperingkat-peringkat supaya mereka dapat melatih membaca
sendiri. Bahan-bahan bacaan yang sesuai perlu disediakan untuk murid-murid
sentiasa dekat dengan membaca.

3. Cara Mengajar Menggunakan KGBK

Kaedah Gabungan Bunyi Kata menyenaraikan beberapan abjad vokal dan konsonan
yang perlu diajar mengikut tertibnya. Huruf vokal yang mula-mula diajar ialah

a i u

dan susunan konsonan berikut;

bkcstmngljhyfwqvz

Untuk menjelaskan kaedah ini, Isahak Harun (1979) menggariskan beberapa


langkah berikut;

i. Mulakan dengan memperkenalkan bunyi tiga huruf vokal a, i dan u. Dengan


menggunakan kad imbasan. Buat latihan membunyikan huruf itu beberapa kali,
selang seli.

ii. Kemudian perkenalkan pula bunyi dua atau tiga huruf konsonan, misalnya b, dan
k. dengan menggunakan kad imbasan, dan buat latih tubi beberapa kali supaya
murid dapat menyebutkan bunyi tiap-tiap simbol itu dengan jelas.

iii. Gabungan bunyi tiap-tiap huruf konsonan dengan huruf vokal supaya menjadi
suku kata.

ba bi bu
da di du
ka ki ku

seterusnya bentukkan beberapa perkataan yang bermakna;

da da dada
ba ba baba
bu bu bubu

ku ku kuku

Ulang ini beberapa kali, kemudian gabungkan dua perkataan menjadi ayat dan latih
murid-murid membacanya:

dada baba
bubu baba
kuku baba

iv. Perkenalkan gabungan lain;

a da ada
a ku aku
ku da kuda
bu ku buku
bu ka buka

suruh murid-murid membaca ayat-ayat berikut daripada beberapa perkataan di atas;

baba ada buku


baba ada kuda
baba ada bubu
baba buka buku

kemudian gantikan baba dengan aku dan ulang membacanya. Seterusnya baca
ayat-ayat berikut;

kuda dia
kuda baba
kuda aku/ ku

Gantikan kuda dengan buku, kuku dan ulang bertubi-tubi dengan kad imbasan.

v. Perkenalkan gabungan bunyi lain seterusnya.

i bu ibu
bu di budi
u da uda
budi ibu
budi ibuku
budi uda
da a dia
ka ki kaki
kaki dia
kaki ibun
kaki kuda

suruh murid membaca ayat-ayat yang menggunaka berbagai-bagai perkataan yang


dicipta;

ibu buku buku uda


baba uda bubu
udaku ada kuda
dia kaki kuda

vi. Seterusnya, bolehlah pula diperkenalkan bunyi konsonan yang lain mengikut
susunan yang telah ditetapkan. Galakkan murid-murid mengenal sendiri perkataanperkataan baru dengan membuat latih tubi.

vii. Akhir sekali bolehlah diperkenalkan bunyi gugusan dalam ejaan bahasa Melayu
seperti;

ng bising, datang, sayang


nga nganga, singa
sy, sya syarat , syarikat
gh (gha) nyanyi, nyaring, punya

Selain itu, prinsip yang perlu diingati ketika menggunakan kaedah ini adalah;

i. Memperkenalkan terlebih dahulu vokal dan konsonan yang kerap digunakan dalam
ejaan Bahasa Melayu, kemudian baru perkenalkan yang kurang digunakan. Hal ini
bermakna tidak perlu memperkenalkan huruf dan bunyi mengikut susunan biasa
dalam abjad (a-z).

ii. Susunan nama-nama huruf dan cara menulis huruf besar boleh dibuat secara
tidak langsung kemudian.

iii. Tidak perlu memisah-misahkan dengan jauh dan jelas antara langkah mengajar
bunyi huruf, bunyi suku kata dan sebutan perkataan. Boleh digabungkan dalam satu
pelajaran.

iv. Memerlukan latihan membunyikan dan memandang huruf, suku kata dan
perkataan tertulis. Dengan itu penggunaan kad imbasan dan papan hitam amat
diperlukan.

v. Kaedah ini juga cuba untuk mengurangkan penggunaan gambar kerana


mengganggu tumpuan murid membunyi dan memandang lambing-lambang bunyi,
suku kata dan perkataan dengan cepat. Hal ini bertujuan supaya murid-murid
mendapat kemahiran-kemahiran asas untuk membaca sendiri perkataan-perkataan
baru dan seterusnya bahan-bahan bacaan secara berperingkat-peringkat.

vi. Latihan dan ulangan yang munasabah dan beragam amatlah penting untuk
mengukuhkan kemahiran.

vii. Latihan menulis bolehlah dilakukan selepas tiap-tiap latihan membaca. Latihan
menulis berdasarkan perkataan-perkataan yang dibaca supaya boleh meneguhkan
kemahiran membaca.
4. Mengajar Menggunakan Kaedah KGBK Murid Pemulihan Khas di Sekolah

Menengah

Murid pemulihan khas sekolah menengah berbeza dengan kanak-kanak yang mulamula belajar membaca. Pengalaman penulis mengajar murid-murid pemulihan khas
telah berjaya mengenalpasti perbezaan tersebut. Penulis telah menggunakan dua
orang murid pemulihan khas untuk mengajar membaca. Oleh itu, guru perlu
menyedari bahawa murid-murid sekolah menengah adalah berbeza daripada segi
pendedahan kepada membaca.

Biasanya murid-murid di sekolah menengah telah belajar membaca dan semestinya


terdedah kepada kaedah-kaedah awal membaca yang lain. Antara yang dikenalpasti
aspek yang telah dikuasai oleh murid-murid pemulihan khas di sekolah menengah
adalah;

i. Sudah mengenal abjad dalam sistem ejaan Bahasa Melayu ( a z) sama ada
semua atau sebilangan sahaja.
ii. Sudah boleh menyebut nama-nama abjad dalam sistem ejaan Bahasa Melayu.

iii. Sudah boleh menyebut bunyi abjad mudah dan biasa digunakan.
iv. Sudah boleh mengeja suku kata terbuka.
v. Sudah boleh membatang suku kata terbuka.

Didapati juga bahawa murid-murid yang tidak menguasai aspek-aspek di atas


mempunyai masalah yang lain seperti terencat akal atau masalah-masalah
kecacatan lain.

Aspek- aspek yang perlu disedari untuk mengajar membaca menggunakan KGBK di
sekolah menengah adalah;

i. Murid akan mengeja suku kata atau perkataan yang dibaca dengan menyebut
nama abjad. Guru perlulah membiasakan murid menyebut bunyi huruf bukannya
nama abjad. Namun begitu, guru perlulah mengelakkan daripada terlalu banyak
menegur murid dalam aspek ini dan lebih utama murid menguasai kemahiran.
Dengan itu, guru boleh membiarkan sahaja murid membaca cara yang biasa kepada
mereka.
ii. Murid akan terganggu dengan kaedah baru bagi mereka. Oleh itu, perlulah guru
banyak menggunakan latih tubi untuk membiasakan mereka.
iii. Murid inginkan aktiviti menulis. Oleh itu, menulis boleh dijalankan untuk tujuan
sebagai pengukuhan.
iv. Guru membantu membentuk perbendaharaan kata murid-murid kerana biasanya
murid-murid pemulihan khas mempunyai perbendaharaan kata yang sedikit.

Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh seseorang guru ialah menjalankan ujian
diagnostik yang bertujuan untuk mengetahui tahap pencapaian sebenar murid. Ujian
diagnostik kaedah ini telah dibina oleh Profesor Dato Dr. Isahak yang dibahagikan
kepada 12 tahap. Tahap-tahap ini dibahagikan kepada tahap-tahap berdasarkan
kepada penguasaan mengenal huruf, suku kata, perkataan dan frasa (rujuk lampiran
A). Biasanya murid di sekolah menengah sudah menguasai beberapa tahap
membaca. Setelah dikenalpasti tahap pencapaian barulah pengajaran sebenar
dapat dlakukan.

5. Dapatan

5.1: Kekuatan

Penulis memilih KGBK kerana keistimewaan yang terdapat dalam kaedah ini yang
dilihat dapat membantu murid-murid pemulihan khas untuk menguasai kemahiran
membaca. Antara kekuatan dan keistimewaan kaedah ini adalah;

i. Sesuai dengan sistem ejaan Bahasa Melayu yang fonik dan suku kata yang jelas.
ii. Murid-murid tidak terbeban dengan menghafal abjad.
iii. Susunan bahan secara developmental, kumulatif dan sisitematik memudahkan
guru mengajar dan murid belajar.
iv. Menarik minat dan tidak menjemukan kerana murid belajar bunyi huruf, suku kata,
perkataan dan frasa dalam satu pelajaran.
v. Murid-murid tidak perlu mengeja dan membatang.
vi. Tidak memerlukan bahan Bantu mengajar yang banyak dan tidak susah untuk
dibina. Bahan Bantu mengajar utama ialah kad imbasan dan papan hitam.
vii. Sesuai dengan murid pemulihan khas kerana tidak memerlukan hafalan.
viii. Menekankan aspek bahasa berirama yang menarik minat murid-murid.
ix. Boleh disesuaikan dengan lain-lain kaedah seperti kaedah bercerita.
x. Penggunaan ICT boleh digunakan dengan meluas dalam mengajar menggunakan
kaedah ini.
xi. Murid-murid pemulihan khas di sekolah menengah boleh menguasai kemahiran
membaca dengan lebih cepat berbanding menggunakan kaedah yang biasa.

5.2: Kelemahan

i. Murid sudah biasa menggunakan kaedah lain seperti kaedah abjad akan
menyebabkan berlakunya kekeliruan. Hal ini juga menjejaskan kebolehan murid
tersebut dan terpaksa bermula semula.
ii. Murid sukar membezakan antara bunyi abjad dengan nama abjad.
iii. Sukar menyebut bunyi abjad tertentu dan mengganggu pembelajaran.
iv. Sukar mencari contoh perkataan yang sesuai dengan konsonan yang telah diajar.
v. Murid tidak memahami maksud perkataan yang telah dibina dan memerlukan
penjelasan daripada guru. Murid-murid pemulihan khas sukar untuk memahami
maksud perkataan dan memerlukan bahan maujud atau gambar untuk membantu
penerangan. Hal ini menunjukkan bahawa murid-murid tidak mempunyai
perbendaharaan yang cukup.

5.3: Dapatan-dapatan lain


i. Kemahiran-kemahiran asas bacaan perlu diperkukuhkan terlebih dahulu sebelum
murid dapat membaca frasa.
ii. Murid-murid lebih mudah memguasai kemahiran jika diajar secara individu
berbanding secara kumpulan atau kelas.
iii. Lebih mudah mengajar murid-murid yang tidak tahu apa-apa daripada muridmurid yang telah menguasai beberapa kemahiran asas seperti mengeja dan
membatang.
iv. Latih tubi adalah aspek yang perlu diutamakan.
v. Gabungan dengan kaedah bercerita banyak membantu penguasaan kemahiran

dan ingatan murid-murid.

Penutup

Sebenarnya kajian mengajar menggunakan Kaedah Gabungan Bunyi-kata di


peringkat sekolah menengah belum lagi dijalankan. Apa yang dilakukan oleh penulis
dalam menyediakan kertas kerja ini ialah pengalaman penulis mengajar murid-murid
pemulihan khas di sekolah penulis mengajar. Pada mula penulis mengajar
menggunakan kaedah fonik tetapi kesannya begitu lambat dan mengambil masa.
Selain itu juga, terlihat sikap murid-murid yang boring dengan apa yang diajar.
Perkara ini lumrah kerana murid-murid terpaksa menghafal perkara yang sama iaitu
abjad a hingga z semenjak di sekolah rendah lagi.
Murid-murid juga mungkin berasa rendah diri kerana masih membaca abc. Dengan
menggunakan KGBK kata ini murid-murid berasakan satu kelainan dan mereka
sudah mampu untuk membaca buku cerita yang mudah. Keyakinan murid-murid
dapat ditegarkan suapaya kemahiran asas ini dapat dikuasai.
Tuntasnya, penulis mendapati Kaedah Gabungan Bunyi-kata mampu
mempercepatkan penguasaan kemahiran menulis murid pemulihan khas di sekolah
menengah. Hal ini dibuktikan dengan kejayaan murid-murid penulis yang kini
mampu membaca dengan lancar buku cerita mudah termasuklah buku cerita yang
mempunyai suku kata tertutup.
Penulis hanya mengajar lebih kurang tiga bulan; secara formal seminggu sekali dan
pada masa pembelajaran biasa dalam kelas. Pembelajaran formal selama 40 minit
dan melibat waktu khusus untuk murid-murid pemulihan khas sahaja. Manakala
pembelajaran biasa dalam kelas adalah pengajaran pemulihan dalam kelas biasa di

samping mengajar sukatan pelajaran biasa.


Oleh itu, keperluan untuk kajian terhadap keberkesanan KGBK kepada murid-murid
pemulihan sekolah menengah perlu dilakukan. Hal ini penting untuk mendapat hasil
kajian dan dapatan yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang lebih
tinggi. Sebenarnya di sekolah menengah banyak bilangan murid-murid yang belum
menguasai kemahiran asas membaca. Terutama untuk memenuhi tuntutan difinisi
boleh membaca iaitu mengenal dan mentafsir simbol-simbol tulisan dan memberi
makna kepadanya. Selain itu yang memerlukan murid-murid memahami apa yang
dibaca bukan setakat bunyi-bunyi abjad dan gabungan bunyi-bunyi abjad.

BIBLIOGRAFI

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum.
Tanjung Malim: Quantum Books.
Azman Wan Chik (1979). Mengajar Bahasa Malaysia. Jilid 1: Perkaedahan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan
Asas.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Isahak Harun (2004). Laporan Kajian Awal Membaca Bahasa Melayu. Tanjung
Malim:
UPSI.
Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 1. Shah Alam:
Penerbit Fajar Bakti.
Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 2. Shah Alam:

Penerbit Fajar Bakti.


J.S. Farrant (1971). Principles and Practice of Education. Londo

You might also like