You are on page 1of 18

BAHASA KEBANGSAAN A-MPU 2122

TAJUK:
PENGGUNAAN BAHASA DIANTARA BAHASA KEBANGSAAN DENGAN
BAHASA PASAR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

PENSYARAH:
ENCIK ABD GANING BIN LAENGKANG

DISEDIAKAN OLEH:
1.NUR ADIBAH BINTI ARIS (1541041)
2.JULIATUL AMIRA BINTI MOHD JONI (1541021)
3.NUR ATIKAH BINTI NORAHMAN (1541032)
4.NURUL SOLEHAH BINTI RAMLI (1541044)

DIPLOMA KOMUNIKASI
FAKULTI PENGURUSAN DAN MUAMALAH
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR
SEMESTER 2 SESI 2 2015/2016

BI
L

PERKARA

M/S

1
2

Pengenalan
2.1 Bahasa Kebangsaan Dan Bahasa Pasar
2.1.1 Bahasa Kebangsaan

3
412

a) Definisi Bahasa Kebangsaan


b) Dasar Bahasa
c) Proses Penentuan Dasar Bahasa
d) Masalah Pelaksanaan
e) Fungsi Bahasa kebangsaan
2.1.2 Bahasa Pasar
a) Definis Bahasa Pasar
b) Contoh bahasa pasar
c) Punca Wujudnya Bahasa Pasar
d) Kesan Penggunaan Bahasa Pasar
e) Isu Bahasa Pasar
2.2 Cara Menghidupkan Bahasa Kebangsaan Dalam Masyarakat
3
4
5

Kesimpulan
Rujukan
Lampiran
a) GRAF
b) Borang Soal Selidik

15
16
17

1. Pendahuluan
2

Bahasa

melayu

telah

mengalami

proses

perkembangan

yang

amat

memberangsangkan. Bermula dari merdeka, Bahasa Melayu telah diangkat menjadi bahas
kebangsaan bagi menggantikan bahasa inggeris. Bahasa Melayu telah dinaik martabat
menjadi Bahasa rasmi tunggal negara sekaligus menjadi Bahasa pengantar utama di sekolah
bermula dari sekolah rendah hingga ke peringgkat menengah tinggi serta peringkat pengajian
tinggi. Tambahan pula, Bahasa melayu merupakan Bahasa perpaduan dikalangan rakyat
Malaysia yang berlatar belakangkan budaya, kaum dan agama yang berbeza dan berbagai.

2.1 Bahasa Kebangsaan Dan Bahasa Pasar


3

2.1.1 Bahasa Kebangsaan


a) Definisi Bahasa Kebangsaan
Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan negara
untuk tujuan perpaduan. Terdapat pelbagai fungsi Bahasa kebangsaan antaranya ialah
menyatupadukan rakyat, menegakkan persatuan antara kaum-kaum yang mendiami negara
ini, serta menwujudkan satu budaya , satu bangsa iaitu pembentukan budaya kebangsaan
selarasa dengan keinginan dan hasrat membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai
identiti keperibadian yang dapat dibanggakan dan penuh dengan kesetiaan kepada negara.
Namun begitu, bangsa kebangsaan kian terhakis dek kerana pengunaan-pengunaan Bahasa
moden yang ada pada zaman sekarang seperti pengunaan Bahasa pasar, Bahasa rojak, dan
sebagainya
Bahasa Jiwa Bangsa. Antara slogan yang sering digunakan untuk menunjukan betapa
pentingnya Bahasa melayu didalam diri rakyat Malaysia kerana ia merupakan satu simbolik
yang melambangkan identiti yang tersendiri. Kerana jika hilang satu Bahasa maka lenyaplah
satu bangsa. Menurut tungku abdul Rahman, (dlm Wong & 1971 : 78 )
Adalah wajar bahawa sebagai satu negara membangun kita memerlukan satu Bahasa
kepunyaan sendiri. Jika Bahasa kebangsaan tidak diadakan, negara kita akan ketiadaan
nyawa.
Setiap negara yang merdeka akan mempunyai sebuah Bahasa kebangsaan yang tersendiri
sebagai identiti mereka. Malahan memenuhi keperluan sebagai lambang penyatuan,
penubuhanya juga turut wujud ekoran daripada desakan semangat kebangsaan.
Takkala masih lagi dibawah jajahan british bahasa inggeris telah digunakan secara
meluas sehinggakan tidak ada usaha yang bolegh dilakukan untuk memilih sebuah bahasa
kebangsaan. Tetapi ia mula berubah ketika Malaysia mula mencapai kemerdekaan pada tahun
1957. Pada ketika itu, hamper sepuluh peratus bilangan penduduk negara ini mampu bertutur
dalam Bahasa melayu.

Namun untuk membolehkan rakyat Malaysia menguruskan hal ehwal negara sendiri,
maka sebuah Bahasa yang luas dipergunakan amat diperlukan. Tambahan pula, sebuah negara
4

yang baru memperoleh kemerdekaaan perlulah mempunyai satu Bahasa untuk melambagkan
identiti yang tersendiri. Oleh sebab itu, keperluan satu Bahasa sebagai Bahasa kebangsaan
amat mendesak ketika itu

b) Dasar Bahasa
Dasar Bahasa kebangsaan merupakan asas terpenting di dalam perkembangan Bahasa
melayu di Malaysia. Ia memenuhi konsep perancangan taraf Bahasa melayu di Malaysia,
dengan wujudnya dasar Bahasa yang akan menentukan pemilihan Bahasa kebangsaan dan
bahasa rasmi, maka langkah- langkahberikut akan menyusul selepas itu. Antara langkahlangkah yang terlibat dalam dasar bahasaini ialah propaganda, pembinaan dan perluasan
dalam penggunaan Bahasa tersebut.
Tambahan pula, dasar Bahasa telah meletakan kedudukan Bahasa melayu sebagai
Bahasa kebangsaan sekaligus menjadi Bahasa rasmi seperti yang telah terkandung di dalam
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan yang terkandung di dalam Perlembagaan
inilah yang telah menjadikan Bahasa melayu terus berkembang di Malaysia.
Dasar Bahasa mempunyai dua cabang yang diberi perhatian, iaitu proses penentuan
dasar Bahasa serta masalah pelaksanaannya

c) Proses Penentuan Dasar Bahasa


Dalam proses penentuan dasar Bahasa ia melibatkan aspek perancangan Bahasa
secara berperingkat-peringkat seperti yang dapat kita ketahui, Malaysia terdiri daripada
masyarakat yang berbilang kaum dan menuturkan pelbagai Bahasa dalam kehidupan seharian
mereka. Oleh sebab itu, negara kita perlu membentuk suatu dasar yang sedemikian rupa agar
Malaysia mempunyai suatu Bahasa kebangsaan yang perlu dan boleh diamalkan oleh semua
masyarakat Malaysia.
Namun begitu, dalam proses pemilihan Bahasa yang ingin dijadikan Bahasa
kebangsaan merupakan suatu isu yang lain. Kerana dalam hal ini Bahasa melayu telah
dipersetujui oleh pihak yang bertanggungjawab, iaitu UMNO, MCA dan MIC untuk
menjadikan Bahasa kebangsaan kepada rakyat Malaysia. Tambahan lagi, sebelum Malaysia
merdeka dahulu, tanah melayu telah mencapai taraf berkerajaan sendiri. Malahan Bahasa
5

melayu merupakan Bahasa bumiputera negara ini kerana mempunyai bilangan penutur yang
teramai serta ia menjadi lingua franca dalam kalangan rakyat Malaysia kini.

Manakala, dari segi politik antarabangsa Malaysia perlu ada identity sendiri dan ia
dapat mengambarkan Bahasa yang dipertuturkan oleh rakyat Malaysia sahaja. Disamping itu,
negara ini perlu mewujudkan perpaduan rakyat yang bersepadu kerana Malaysia mempunyai
rakyat yang pelbagai kaum ia menjadi harapan negara agar melalui satu Bahasa dapat
melahirkan satu identity Malaysia dan membentu suatu perpaduan.
Bahasa kebangsaan ini juga akan menjadi Bahasa pengantar pendidikan dan Bahasa
pentadbiran di negara ini. Bahasa pengantar pendidikan memainkan peranan yang penting
kerana ia membolehkan rakyat menerima penulisan dalam Bahasa kebangsaan itu sendiri.
Tanpa wujudnya dasar ini, ia akan menyebabkan rakyat malasyia terpaksa mempelajari
Bahasa asing seperti era penjajahan dahulu. Dalam peranan sebagai Bahasa pentadbiran pula,
ia bertujuaan memberi kemudahan kepada semua rakyat memahami apa-apa yang
dipertuturkan. Maka oleh sebab itu lah, dasar ini perlu dilaksanakan agar Bahasa melayu
mendapat kedudukannya yang sebenar sebagai Bahasa kebangsaan di Malaysia.

d) Masalah Pelaksanaan
Pada masa kini, walau sudah mencecah separuh dekad bahasa Melayu menjadi bahasa
kebangsaan di Malaysia, namun ia masih menimbulkan masalah semangat dan kesungguhan
yang belum cukup mantap dan merata dalam penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan.
Masalah dapat dilihat melalui fenomena yang terjadi di sekeliling kita. Bahasa Melayu telah
hilang tempatnya dan peranannya di dalam upacara dan majlis-majlis rasmi di peringkat
kebangsaan, apatah lagi diperingkat serantau dan antarabangsa.
Masalah kedua yang wujud ialah mutu bahasa yang digunakan. Terdapat sesetengah
pihak yang tidak ambil peduli tentang soal pelaksanaan bahasa Melayu sementara di sebelah
pihak lagi bertindak sebagai pejuang bahasa mahupun sebagai pelaksana bahasa. Namun
masih kurang menitikberatkan mutu bahasa yang digunakan oleh mereka.
Masalah ketiga yang timbul ialah, pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar ilmu kerana kurangnya bahan bacaan untuk peringkat pengajian tinggi yang tertulis
dalam bahasa Melayu. Musa Mohamad (1984), telah membuat kajian bahawa hamper 6000
6

kursus yang diajarkan oleh enam buah university setempat termasuklah Institut Teknologi
MARA hanya ada lebih kurang 300 judul buku pengajian tinggi yang dicetak dalam bahasa
Melayu. Jadi bagaimanakah rakyat Malaysia ingin meningkatkan mutu bahasa Melayu dalam
diri mereka?
Antara impak yang akan dialami apabila kekurangan bahan bacaan dalam bahasa
Melayu di pengajian tinggi ialah peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu atau
sebagai sarana budaya tinggi akan lebih bersifat slogan semata-mata kerana peranannya tidak
dilaksanakan. Selain daripada itu, generasi pelajar yang dapat mendapat pendidikan
sepenuhnya dalam bahasa Melayu akan mengalami kekecewaan

apabila di peringkat

pengajian tinggi mereka tidak dapat melakukan pemerolehan ilmu bahasa dalam bahasa
Melayu.
Masalah keempat yang timbul ialah masalah linguistic yang mempunyai kaitan
dengan peristilahan dn tatabahasa. Masalah peristilahan yang sering dikemukakan oleh guru,
pelajar, penulis dan pnerbit ialah kekurangan istilah dalam pelbagai bidang serta istilah yang
acap kali berubah. Hakikatnya istilah akan wujud pelbagai bidang serta istilah yang acap kali
berubah. Hakikatnya istilah akan wujud dalam sesuatu bahasa bersama-sama dengan konsep.
Masalah utamanya ialah bagaimana istilah yang sudah beratus-ratus ribu ini dapat
dimanfaatkan oleh masyarakat pengguna. Ia melibatkan masalah penyebaran yang
memerlukan usaha pentakrifan istilah agar istilah itu mampu memberi manfaat kepada semua
pihak. Hal ini bererti penyusunan istilah perlu dibuat dalam kadar segera. Manakala dari segi
bahasa pula, masih banyak aspek uang perlu perumusan yang lebih mantap. Bidang
morfologi bahasa Melayu kini masih memerlukan penelitian yang mendalam. Misalnya,
rumus morfofonemik yang berkaitan dengan awalan peN- masih banyak lagi pengecualian,
contohnya perkataan menterjemahkan dan menerjemahkan. Jika mengikut rumus yang
sebenar ialah menerjemahkan, namun kita sudah terbiasa dengan yang salah berbanding yang
betul.
Soal sintaksis pula menjadi semakin nyata pengaruh struktur bahasa Inggerisnya
dalam bahasa Melayu.sehinggakan sesetengah struktur itu tidak dapat dibezakan. Malah
berdasarkan satu penyelidikan yang telah dibuat terhadap pnggunaan bahasa Melayu dalam
laras bahasa ilmiah, sekurang-kurangnya ada 15 aspek sintaksis bahasa Inggeris yang
mempengaruhi wacana bahasa Melayu (Awang Sariyan, 1983
e) Fungsi Bahasa kebangsaan
7

Terdapat beberapa faktor mengapa Bahasa melayu dipilih sebagai Bahasa kebangsaan
dimalaysia. Antaranya ialah dari segi peratus penduduk Malaysia ketika itu sebanyak 40%
adalah orang Melayu, manakala orang Cina ialah sebanyak 36% dan India 8%. Tambahan
lagi, Bahasa melayu telah dituturkan selama berzaman-zaman dan Bahasa melayu dituturkan
agak seragam. Dan apabila mencapai kemerdekaan secara tidak langsung Bahasa melayu
telah dimktubkan sebagai Bahasa kebangsaan yang tunggal di Malaysia dan menjadi lambing
indentiti kebangsaan sehigga hari ini. Hal ini jelas tertera dalam Perkara 152 Perlembagaan
Malaysia ( Edisi Jun 1970 ). Dengan itu, Bahasa melayu dijadikan sebagai Bahasa
kebangsaan menurut Fishman (1968 ) boleh menujukan jalan ke satu mobolisasi dan
keterlibatan bersama dikalangan rakyat dengan mengatasi segala perbezaan dari segi bangsa
dan budaya.

2.1.2 Bahasa Pasar


a) Definis Bahasa Pasar
Bahasa pasar adalah bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan
bahasa-bahasa bukan Melayu di negara ini. Ia dianggap variasi bahasa
Melayu kerana susuk atau bentuk bahasa Melayu yang digunakan dalam
perbualan

antara

orang

Melayu

dengan

bangsa

lain,

masih

lagi

menggunakan bahasa Melayu. Menurut kamus dewan edisi keempat:


Bahasa Melayu seperti yang digunakan oleh orang bukan Melayu yang
tidak menguasainya atau seperti yang dituturkan oleh orang Melayu
apabila bertutur dengan orang bukan Melayu yang diketahuinya tidak
pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul. Bahasa yang berupa
campur aduk antara bahasa ibunda penutur dengan bahasa kedua yang
cuba dituturkannya (biasanya digunakan dalam hubungan perdagangan)

b) Contoh bahasa pasar


Saya boleh ajar apa macam menjaga itu budak: tidak lama dia
nanti cukup baik dan sihat. Pertama-pertama itu budak kecil mesti selalu
cukup bersih. Nas boleh tunjuk apa macam mahu kasi mandi itu budak.
Lagi satu mesti ingat-ingat kasi itu budak makan dia punya emak punya
susu saja, jangan susu lain. Itu emak punya susu dia punya makan yang
lebih baik sekali, lagi lebih bersih dan senang boleh dapat, tidak kena
belanja.
Sesetengah daripada ungkapan atau perkataan daripada bahasa pasar ini
telah meresap masuk ke dalam bahasa Melayu sehingga kebanyakan
orang tidak mengetahui bahawa bahasa itu berasal daripada bahasa
pasar, bukannya bahasa Melayu yang sebenar.
Contoh lain bahasa pasar:
1) Itu budak sudah curi saya punya dua ayam
2) Sana punya olang ada baik
3) Kita olang ada satu paying

c) Punca Wujudnya Bahasa Pasar


1. Orang Melayu yang memang terkenal dengan sifat merendah diri
terbawa-bawa sifat ketika berkomunikasi dengan kaum asing. Secara
tidak langsung, mereka telah menjadi model yang salah kepada orang
bukan Melayu.
3. Penguasaan dan kemahiran dalam menggunakan bahasa Melayu akan
berkurangan. Masyarakat yang selalu menggunakan bahasa pasar umtuk
berkomunikasi dalam kehidupan seharian akan mengalami masalah untuk
menguasai bahasa Melayu dengan lebih baik terutamanya bagi golongan
muda dan pelajar.
4. Menurut kebiasaan, penggunaan bahasa melayu yang betul hannya
digunakan ketika majlis formal sahaja. Untuk penggunaan harian,
pengguna lebih gemar menggunakan bahasa tempatan bersesuaian
dengan keadaan sekeliling. Ini sekaligus menyebabkan cebisan peluang
dalam mempraktikkan bahasa Melayu yang sebenar makin sukar.

d) Kesan Penggunaan Bahasa Pasar


1. Kedudukan bahasa Melayu akan terjejas
Tidak dinafikan prestasi bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan
amat baik. Namun begitu sejak kebelakangan ini bahasa yang kita
agungkan ini mula dicemari oleh anasir anasir dari luar. Kalau ditinjau
penggunaan bahasa seperti yang di atas amat jelas kepada kita bahawa

10

kedudukan

bahasa

Melayu

kini

nampak

seolah

olah

semakin

dianaktirikan oleh pengguna bahasa kita sendiri.

2.Implikasi Kepada Generasi Pelapis Negara


Kerosakan bahasa merupakan penyakit yang mula tersebar kepada
masyarakat dan negara. Bagaimana kita ingin meletakkan bahasa Melayu
sabagai bahasa rasmi atau bahasa berbudaya tinggi sedangkan mutu
bahasa yang kita perjuangkan mula terabai.
Apabila keadaan ini berlaku maka kita sebenarnya telah gagal
melahirkan individu yang memahami bahasa. Akibat dari kegagalan itu,
akan lahirlah cerdik pandai yang tidak mampu menggunakan bahasa yang
betul dengan baik dan berkesan, samada secara lisan ataupun bahasa
tulisan. Apabila mereka ini memasuki bidang pekerjaan samada swasta
atau kerajaan maka lahirlah pekerja atau pegawai yang tidak dapat
menulis atau bertutur dengan baik. Dengan itu disinilah timbulnya
penggunaan bahasa yang dicampuradukkan dengan bahasa lain.
3. Pengaruh persekitaran
Bahasa yang dituturkan oleh penutur mampu dipengaruhi oleh
persekitaran

kita.

Sebagai

contoh,

pengaruh

daripada

rancangan

televisyen,penggunaan perkataan yang tidak sesuai yang ditonjolkan di


dalam drama dan filem sedikit sebanyak menjadi ikutan.

e) Isu Bahasa Pasar


Hari ini sudah lebih sebulan saya meninggalkan karier profesional
sebagai salah seorang penyunting terunggul Industri Komik Malaysia di
GEMPAK STARZ untuk majalah UTOPIA konsep baru yang bermula
pada tahun 2009 dan semestinya nadi terulung saya, GEMPAK.
Dengan dua majalah dalam tanggung jawab, GEMPAK dan UTOPIA,
saya gagahkan diri untuk fokuskan yang terbaik. Sebelum saya menerajui
11

sendiri majalah GEMPAK, seperkara yang saya fahami ialah setiap


penerbitan komik (terutamanya majalah humor) gemar menggunakan
bahasa pasar. Justeru majalah GEMPAK tidak ketinggalan. Namun ketika
itu ia langsung tidak dipantau dengan baik dan menjadi isu bahasa paling
kritikal di Malaysia.
Artikel ini menunjukkan isu bahasa pasar berleluasa di dalam
industri komik di Malaysia. Minat membaca komik di kalangan remaja
memberi kesan kepada mereka dalam penggunaan bahasa Melayu
seharian. Mereka akan mudah terpengaruh melalui pembacaan komikkomik yang banyak menggunakan bahasa pasar. Industri komik perlu
adanya

pemantauan

bahasa

pasar

bagi

menangani

masalah

ini.

Sekurang-kurangnya ia membuktikan kepekaan sidang editorial kepada


bahasa Melayu.

2.2 Cara Menghidupkan Bahasa Kebangsaan Dalam Masyarakat


Dalam dunia korporat, orang-orang Melayu sendiri malu untuk
bertutur dalam bahasa Malaysia dengan bangsanya sendiri, kononnya
takut dikatakan kolot, ketinggalan zaman, tidak bertamadun atau
tertinggal dalam arus teknologi moden. Bangsa kita tidak terdesak untuk
mencipta ilmu dan teknologi baharu kerana ilmu itu dapat diperoleh dan
dibeli dari dunia lain sama ada dari barat atau timur sehingga bahasa
Malaysia menjadi peniru atau pengguna. Kita janganlah menuding jari
kepada sesiapa jika bahasa Malaysia dipinggirkan kerana kita sendiri yang
enggan atau malu untuk menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa
sains dan teknologi, bahasa pencipta ilmu dan budaya atau bahasa
bertamadun tinggi. Masyarakat kita sendiri lebih mementingkan bahasa
12

Inggeris sebagai alat kemajuan, malah dalam perbualan seharian sesama


sendiri, kita lebih berminat menggunakan bahasa Inggeris walaupun
penguasaan bahasa Inggeris kita tidaklah sebaik mana.
Selain

itu,

dasar

penswastaan

yang

tidak

terhad

semakin

menyingkirkan kedudukan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di


institusi-institusi pengajian tinggi. Pelajar-pelajar di sekolah menerima
pendidikan bahasa Malaysia selama tiga belas tahun. Selepas itu, mereka
meninggalkan bahasa itu selepas tamat persekolahan untuk melanjutkan
pelajaran mereka ke kolej swasta yang menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar dalam pengajiannya.
Dalam usaha memartabatkan bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan
Pustaka merupakan badan utama yang memainkan peranan yang amat
penting

dalam

memartabatkan

bahasa

Malaysia

sebagai

bahasa

kebangsaan dan bahasa rasmi di Malaysia. Melalui peranan dan usaha


yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, bahasa Malaysia telah
digunakan

dalam

pelbagai

bidang,

termasuklah

undang-undang,

kejuruteraan, sains dan teknologi, ekonomi, perbankan, insurans dan


sebagainya. Usaha ini terbukti dengan terbitnya buku-buku pengistilahan
dan glosari dalam bahasa Malaysia yang mencakupi pelbagai bidang
tersebut. Sebelum ini, kebanyakan istilah yang digunakan diambil
daripada bahasa Inggeris. Usaha ini merupakan satu kejayaan yang
membanggakan. Hal ini sekali gus dapat membantu program pendidikan
di pusat pengajian tinggi.

Di samping itu, seluruh pekerja Dewan Bahasa dan Pustaka mesti


menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul dalam semua ucapan
rasmi

seperti

ucapan

dalam

majlis

perasmian,

mesyuarat

atau

perhimpunan. Dewan Bahasa dan Pustaka hendaklah juga menjadi


monitor dan menggerakkan semua aktiviti pembinaan dan pemantapan
bahasa kebangsaan di seluruh negara, contohnya dalam projek Sukan
13

Komanwel dan Koridor Raya Multimedia. Dalam konteks ini, Dewan Bahasa
dan Pustaka hendaklah sentiasa menasihat, menegur, dan membimbing
pemimpin kerajaan, swasta, media cetak, atau media elektronik supaya
menggunakan bahasa Malaysia yang betul dalam semua urusan rasmi.

Selain itu, peranan media massa juga tidak harus diperkecil. Media
massa mempunyai tanggungjawab sosial untuk memartabatkan dan
mendaulatkan bahasa Malaysia. Pujian dan sanjungan haruslah diberikan
kepada stesen penyiaran TV3 kerana masih terus menggunakan bahasa
Malaysia dalam kebanyakan siaran. TV3 merupakan stesen penyiaran
yang mula-mula menggunakan bahasa baku walaupun kini tidak lagi dan
begitu juga harapan kita kepada RTM. Walaupun pihak RTM telah
memulakan penyebutan baku bagi istilah asing, namun usaha itu masih
belum boleh dibanggakan. Oleh itu, diharapkan kebanjiran stesen-stesen
baharu ini dapat bersama-sama memartabatkan bahasa Malaysia di
negara kita.

Di

samping

memainkan

itu,

peranan

mahasiswa
yang

proaktif

institusi
untuk

pengajian

tinggi

memartabatkan

perlu
bahasa

Malaysia. Hal ini demikian kerana mahasiswa perlu bergerak bersamasama bagi mengukuhkan bahasa Malaysia dalam semua bidang ilmu.
Menurut Datuk Mahadzir Mohd Khir, Timbalan Menteri Pelajaran, beliau
mengatakan bahawa langkah-langkah yang dijalankan oleh mahasiswa
dengan menganjurkan Minggu Bahasa Malaysia di institusi pengajian
tinggi dalam kegiatan kebahasaan akan menarik minat dan memupuk
kecintaan orang ramai terhadap bahasa Malaysia. Pembabitan mahasiswa
yang peka terhadap keperluan dan perubahan semasa selaras dengan
peranan mahasiswa sebagai penggerak pembangunan masyarakat patut
diberikan

pujian.

Minggu

Bahasa

Malaysia

yang

dianjurkan

oleh

mahasiswa dapat mendaulatkan bahasa ibunda di samping memupuk


kecintaan terhadap bahasa Malaysia dalam kalangan generasi masa ini.

14

Warga pendidik di negara ini juga turut memainkan peranan yang penting
untuk

memartabatkan

pendidikan

bahasa

bahasa

Malaysia.

Malaysia

serta

Golongan

meningkatkan

pendidik

hari

mutu

ini

telah

dipertanggungjawabkan melaksanakan konsep bahasa Malaysia dalam


kalangan masyarakat. Peranan pendidik bahasa adalah penting kerana
mereka juga bertanggungjawab membimbing guru mata pelajaran lain.
Peranan para pendidik lebih penting dalam memartabatkan bahasa
Malaysia kerana dalam kurikulum pendidikan bahasa, matlamat utama
adalah untuk melahirkan pelajar yang berupaya menggunakan bahasa
Malaysia yang baik dan membanggakan. Selain itu, dalam konteks sikap
yang lebih luas, nilai-nilai masyarakat yang positif perlu diterapkan
melalui pendidikan bahasa.

Sehubungan dengan itu, peranan sektor swasta dalam memartabatkan


bahasa Malaysia amatlah dialu-alukan. Sektor swasta haruslah peka dan
menganjurkan lebih banyak kegiatan bahasa di luar negara seiring
dengan

promosi

perniagaan

atau

produk

masing-masing.

Kegiatan

promosi dan pasaran secara terancang akan memberikan pulangan yang


merangsangkan

perkembangan

bahasa

Malaysia

sebagai

bahasa

ekonomi, sains, dan teknologi. Papan-papan tanda dan iklan yang


mempromosikan sesuatu produk haruslah menggunakan kata-kata bahasa
Malaysia yang betul dalam semua urusan rasmi. Dengan cara ini, kita
akan dapat mendaulatkan dan memartabatkan bahasa Malaysia bukan
sahaja di negara kita malah di pentas dunia.

Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, orang Malaysia sendiri mesti


membetulkan
terhadap

kelakuan,

bahasa

sikap,

Malaysia.

tanggapan,

Jika

tidak

dan

siapakah

semangat
lagi

mereka

yang

akan

bertanggungjawab memperjuangkan dan mendaulatkan bahasa Malaysia


yang menjadi bahasa kebangsaan? Beliau juga mengesyorkan satu
15

pertemuan raksasa antara orang-orang Malaysia yang terdiri daripada


pemimpin politik, cendekiawan, ahli perniagaan, dan sebagainya perlu
diadakan untuk membincangkan segala masalah yang mengancam
bahasa Malaysia hari ini. Sebenarnya, isu bahasa Malaysia sebagai bahasa
kebangsaan samalah seperti nasib sosial dan budaya kebanyakan orang
Malaysia. Oleh hal yang demikian, orang-orang Malaysia haruslah bangun
menjadi penegak bahasa Malaysia; bahasa yang menjadi tonggak bangsa.

Kesimpulan
Kesimpulannya, penggunaan Bahasa pasar boleh digunakan sesuai
dengan

situasi

dan

keadaan

disekeliling.

Namun

begitu

Bahasa

kebangsaan juga perlu sentiasa digunakan untuk mengelakkan kehakisan


Bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Ibunda. Kita sebagai rakyat Malaysia
perlu memartabatkan Bahasa kebangsaan dimata dunia. Kepentingan
bahasa ini tidak dapat dipertikaikan lagi, sebaliknya setiap individu
haruslah memanfaatkan masa mereka untuk mempelajari dan menguasai
bahasa

Malaysia

dengan

baik.

Cara

itulah

yang

terbaik

untuk

memartabatkan bahasa kebangsaan yang ternyata memberikan faedah


yang besar kepada perpaduan rakyat dan teknologi Malaysia. Jika tidak,
generasi yang akan datang akan ketinggalan dan dijajah oleh kuasa-kuasa
Barat yang menggunakan bahasa asing. Sesungguhnya, bahasa jiwa
bangsa. Oleh itu, masyarakat Malaysia perlu mengurangkan Bahasa pasar
dalam

kehidupan

seharian

dan

kebangsaan.

16

menukarkannya

kepada

Bahasa

Rujukan
1. Darwis Harahap. 2004. Mutiara Budi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur
2. NorHasliza Ramli. 2014. Bahasa kebangsaan A. Selangor
3. Internet : http://www.bumigemilang.com

17

Lampiran
a) GRAF BORANG SOAL SELIDIK

Statistik Pengunaan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Pasar


20
18
16
14
12
10
8
6
4
2
0

Soalan 1

Soalan 2

Soalan 3
Ya

b) Borang Soal Selidik

18

Tidak

Soalan 4

You might also like