You are on page 1of 20

IMAN FIRDAUSI ENTERPRISE

SYIAH DAN
PENYELEWENGAN
TERHADAP HADIS
USTAZ AHMAD ADNAN BIN
FADZIL

DESEMBER 2016

SYIAH DAN PENYELEWENGAN


TERHADAP HADIS/SUNNAH
Pendirian Syiah tentang al-Hadith berbeza
keseluruhannya dengan pendirian Ahlus
Sunnah melihat kepada beberapa aspek;
Erti hadis/sunnah di sisi Syiah
1. Al-Hadis bagi mereka tidak terhenti
kepada ucapan-ucapan Nabi SAW sahaja,
tetapi juga merangkumi ucapan-ucapan
imam-imam dua belas kerana imam-imam
itu menurut mereka adalah maksum,
ucapan mereka sedarjat dengan ucapan
Nabi SAW. Dalam kitab Usul al-Kafi (alKulaini);
dari Muhammad bin Muslim
menceritakan; Aku telah dengar Abu
Abdillah1 berkata; Para Imam adalah sama
kedudukan dengan Rasulullah SAW, cuma
mereka bukan Nabi dan tidak halal bagi
mereka bilangan wanita seumpama yang
dihalalkan untuk Nabi. Adapun selain dari

Iaitu Imam Abu Abdillah Jaafar bin Muhammad al-Baqir bin


Ali Zainal Abidin bin al-Husian (80 148 hijrah), dikenali
dengan Jaafar as-Sodiq (al-Alam, az-Zarkali).
1

itu kedudukan mereka adalah sama


kedudukan Nabi (Usul al-Kafi; 1/270).
Al-Kulaini juga meriwayatkan; dari Imam
Jaafar as-Sodiq yang berkata; Kami adalah
perbendaharaan ilmu Allah. Kami adalah
terjemahan arahan Allah. Kami adalah
kaum yang maksum. Allah memerintahkan
(orang ramai) supaya mentaati kami dan
menegah mereka dari mendurhakai kami.
Kami adalah hujjah Allah yang sempurna
kepada sekelian yang berada di bawah
langit dan di atas muka bumi (Usul al-Kafi;
2/269).
Darjat hadis/sunnah di sisi Syiah
2. Darjat-darjat hadis di sisi Syiah ada
empat; Soheh, Hasan, Mautsuq dan Dhaif.
Maksud hadis soheh di sisi Syiah ialah;

()

Matan hadis yang bersambung sanadnya
kepada
Imam
Mashum
dengan
pemindahan oleh perawi bermazhab Imam
2

12 yang adil dari perawi sepertinya dalam


setiap peringkat (Qawaid al-Hadith, asSayyid Muhyiddin al-Musawi al-Gharifi).
Dari takrifan di atas kita dapat lihat bahawa
hadis bagi Syiah bukan terhad kepada yang
datang dari Nabi SAW sahaja, tetapi juga
dari para imam mereka yang maksum.
Dari ungkapan al-adl al-imami kita dapat
faham bahawa; Syiah hanya menerima
hadis yang datang melalui perawi mereka
sahaja dan mereka menolak hadis yang
datang dari jalan lain (as-Syiah fi al-Mizan,
hlm. 117).
Menolak riwayat sahabat
3. Mereka menolak riwayat kebanyakan
para sahabat kerana mendakwa telah
murtad selepas kewafatan Nabi SAW,
kecuali beberapa sahabat sahaja yang
kekal beriman iaitu yang berpihak kepada
Saidina Ali RA. Al-Kisyi meriwayatkan dari

Abu Jaafar2 yang menceritakan; Orang


ramai (yakni para sahabat) telah murtad
selepas kewafatan Nabi SAW kecuali 3
orang. Lalu aku bertanya; siapa mereka
bertiga itu? Ia menjawab; al-Miqdad bin alAswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman alFarisi. Itulah yang diberitahu Allah dalam
firmanNya;

Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang


Rasul.
Sesungguhnya
telah
berlalu
sebelumnya para Rasul. Apakah jika dia
wafat atau dibunuh kamu akan berpatah
balik ke belakang (murtad)? Sesiapa yang
berpatah balik ke belakang, maka ia tidak
dapat mendatangkan mudarat kepada Allah
sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan
2

Iaitu Imam Abu Jaafar Muhamad al-Baqir bin Ali Zainal


Abidin bin al-Husain (57-114 Hijrah), dikenali dengan al-Baqir
(al-Alam, az-Zarkali).
4

kepada orang-orang yang bersyukur


(Surah Ali Imran, ayat 144). (Rijal al-Kassyi;
hlm. 12 dan 13).
Al-Kassyi meriwayatkan pula dari Musa bin
Jaafar (salah seorang imam maksum di sisi
Syiah) yang berkata; Pada hari kiamat
nanti seorang penyeru akan berseru; Di
mana para pengikut Muhammad bin
Abdillah yang tidak membatalkan janji
mereka dengannya? Lalu bagunlah Salman,
al-Miqdad dan Abu Zarr (Rijal al-Kassyi,
hlm. 15).
Tidak mengiktiraf
Ahlus-Sunnah

kitab-kitab

hadis

4. Syiah tidak mengiktiraf keseluruhan kitabkitab hadis yang muktamad di kalangan


Ahlus Sunnah; Soheh al-Bukhari, Soheh
Muslim, Sunan/Jami at-Tirmizi, Sunan Abu
Daud, an-Nasai dan sebagainya.3 Ada 4
kitab hadis yang paling muktamad dalam
mazhab Syiah;
3

Hanya mereka pakai untuk dakyah dan propaganda sahaja


dengan cuba menyelewengkan maksud hadis supaya sesuai
dengan pandangan mereka.
5

a) al-Kafi; Abi Jaafar Muhammad bin


Yaakub al-Kulaini
b) Man
la
yahdhuruhu
al-faqih;
Muhammad bin Babawaih al-Qumi
(dikenali dengan as-Shaduq)
c) at-Tahzib; Muhammad bin al-Hasan
at-Tusi
d) al-Istibshar; Muhammad bin al-Hasan
at-Tusi
Kitab paling muktamad ialah al-Kafi. Ia di
sisi Syiah umpama Soheh al-Bukhari di sisi
Ahlus Sunnah. Ada sebanyak kira-kira 17
ribu hadis dalam kitab ini. Dikatakan kitab
itu telah dibentangkan kepada Imam ke 12
Syiah dan ia berkata; Ia mencukupi untuk
Syiah kita4. Kita akan perhatikan dalam
kitab tersebut banyak percanggahan
dengan al-Quran dan hadis-hadis Nabi
SAW termasuk dalam akidah, antaranya
dakwaan bahawa al-Quran yang ada
sekarang ini tidak cukup. Al-Quran yang
sempurna ada bersama para imam. Kita
akan lihat nanti dalam tajuk; Hadis-hadis
dalam kitab al-Kafi.

As-Syiah Fi al-Mizan, hlm. 118.


6

Pemalsuan terhadap hadis


Abdul Husain al-Musawi menyebutkan
dalam kitab al-Murajaaat5; Empat buah
kitab yang menjadi buku-buku pegangan
kaum imamiyah dalam usul dan furu
semenjak
generasi-generasi
pertama
sampai masa kita sekarang ini, iaitu; al-Kafi,
at-Tahzib,
al-Istibshar
dan
Manla
yahdhuruhu al-faqih. Kitab-kitab ini telah
sampai kepada kita dengan cara mutawatir,
sedangkan isi yang dikandungnya adalah
soheh dan boleh dipertanggungjawabkan
tanpa keraguan sedikitpun. Di antara
keempatnya, maka kitab al-Kafi adalah yang
paling kehadapan, paling agung, paling baik
dan paling rapi. Di dalamnya terdapat 16
199 hadis, satu jumlah yang lebih besar dari
apa yang dikandung oleh keenam kumpulan
hadis
yang
dikenali
di
kalangan
Ahlussunnah dengan as-Shihah as-Sittah
(Dialog no. 110, hlm. 501-502).
Kitab al-Murajaaat (Dialog Sunnah Syiah)
adalah buku yang amat diagung-agungkan
5

Diterjemah ke dalam bahasa Melayu di bawah tajuk Dialog


Sunnah Syiah, Penerbitan Mizan, Bandung (1983).
7

oleh peminat Syiah di Malaysia. Menurut


pengarangnya; 4 kitab hadis di atas adalah
mutawatir,
hadis
di
dalamnya
keseluruhannya soheh dan tanpa keraguan
terutama kitab pertama (al-Kafi). Sekarang
kita perhatikan contoh-contoh hadis dalam
kitab tersebut dan pembaca boleh menilai
agama dari sudut pandangan Syiah
berdasarkan sumbernya sendiri.
1. Dari Abu Abdillah (Imam Jaafar asSodiq) yang menceritakan; Sesungguhnya
dunia dan akhirat diciptakan untuk Imam.
Dia (yakni Imam) meletakkan mengikut
yang dikehendakinya dan memberinya
kepada siapa yang dikehendakinya (Usul
al-Kafi; 1/409).
2. Dari Jaafar (as-Sodiq) menceritakan;
Kami adalah pemegang-pemegang urusan
Allah, perbendaharaan ilmu Allah dan
bekas/tadahan wahyu Allah (Usul al-Kafi;
1/192).
3. Dari Abi Jaafar (Muhammad al-Baqir)
yang berkata; Kami adalah wajah Allah
yang berlegar di tengah-tengah kamu di
muka bumi. Kami adalah mata Allah di
8

kalangan makhlukNya, tanganNya yang


terbentang dengan rahmat ke atas hambahambaNya. Orang yang kenal akan
mengetahui tentang kami dan yang jahil
tidak mengetahui tentang kami (Usul alKafi; 1/143).
3. Dari Abu Abdillah (Jaafar as-Sodiq) yang
berkata; Sesungguhnya Allah mencipta
kami, lalu Dia memperelokkan rupa-rupa
kami. Dia menjadikan kami sebagai
mataNya di kalangan hamba-hambaNya,
sebagai lidahNya yang bertutur kepada
makhlukNya, sebagai tanganNya yang
membentang kasihan belas dan rahmat ke
atas hamba-hambaNya, sebagai wajahNya
yang didatangi Ia darinya (yakni dari wajah
itu), sebagai pintuNya yang menunjuk
kepadaNya,
sebagai
penjaga
perbendaharaanNya di langit dan bumiNya.
Dengan kerana kami pokok-pokok berbuah,
buah-buah masak ranum, sungai-sungai
mengalir, turun hujan-hujan dan tumbuh
rumput-rumput di bumi. Kerana ibadat kami
Allah disembah. Jika bukan kerana kami,
nescaya Allah tidak disembah (Usul al-Kafi;
1/144. At-Tauhid, Ibnu Babawaih dan Bihar
al-Anwar).
9

4. Saidina Ali berkata; Aku adalah mata


Allah, aku adalah tangan Allah, aku adalah
rusuk Allah dan aku adalah pintu Allah
(Usul al-Kafi; 1/145. Bihar al-Anwar).
5. Dari Zurarah yang menceritakan dari Abu
Jaafar yang menceritakan; Rukun Islam itu
ada lima; solat, zakat, haji, puasa dan
wilayah. Zurarah berkata; aku bertanya
(Abu Jaafar); yang mana satu dari lima itu
yang paling baik (afdhal)? Ia (yakni Abu
Jaafar) menjawab; Wilayah (Usul al-Kafi;
2/18).
6. Dari Abu Abdillah (Jaafar as-Sodiq) yang
berkata; Sesungguhnya al-Quran yang
dibawa oleh jibril AS kepada Muhammad
SAW mempunyai 17 ribu ayat (Usul al-Kafi;
2/634).
7. Dari Abu Abdillah (Jaafar as-Sodiq)
berkata berkenaan perkahwian Ummu
Kaltsum binti Ali (anak Saidina Ali yang
dikahwinkan dengan Umar RA); Itu adalah

10

faraj yang dirampas dari kami6 (Usul alKafi; 2/141).


8. Dari Abu Umar bahawa Abu Abdillah
berkata; Wahai Abu Umar, sesungguhnya
9/10 agama berada pada taqiyyah. Tidak
ada agama bagi orang yang tidak
bertaqiyyah (Usul al-Kafi; 2/217).
9. Berkata Abu Jaafar; Taqiyyah adalah
agamaku dan sekelian bapa dan datukku.
Tidak ada iman bagi orang yang tidak
bertaqiyyah (Usul al-Kafi; 2/219).
10. Abu Jaafar al-Qumiy menaqalkan
bahawa
ada
diriwayatkan;
Seorang
mukmin tidak sempurna imannya hinggalah
ia bermutah (Man La Yahdhuruhu al-Faqih;
3/366).
11. Berkata Abu Jaafar; Sesungguhnya
Jibril mengiringi Nabi SAW ketika Israk dan
dia berkata kepada baginda; Wahai
6

Muhammad Baqir al-Majlisi ketika mengulas hadis di atas, ia


berkata; hadis ini menunjukkan bahawa perkahwinan Ummu
Kalthum dengan manusia terlaknat dan munafik (dimaksudkan
Saidina Umar RA) adalah kerana darurat dan taqiyyah (Dinaqal dari
buku Butlan Aqaid as-Syiah, hlm. 66).

11

Muhammad, sesungguhnya Allah berfirman;


Sesungguhnya aku mengampunkan untuk
orang-orang yang bermutah dari kalangan
umat kamu (Man La Yahdhuruhu al-Faqih;
330).
12.
Berkata
Jaafar
as-Sodiq;
Sesungguhnya Allah telah mengharamkan
ke atas penganut syiah kita semua
minuman yang memabukkan dan Dia
menggantikan untuk mereka dengan
mutah (Man La Yahdhuruhu al-Faqih;
330).
13. Abu Basir meriwayatkan dari Abu
Abdillah tentang firman Allah;


Sesiapa mentaati Allah dan RasulNya
dalam kepimpinan Ali dan imam-imam
selepasnya, maka sesungguhnya ia telah
mendapat kemenangan yang besar. Ia
(yakni Abu Abdillah) berkata; Begitulah
sebenarnya ia diturunkan (Usul al-Kafi;
1/414).
12

*Ayatnya di dalam al-Quran ialah;

Sesiapa mentaati Allah dan RasulNya,


maka sesungguhnya ia telah mendapat
kemenangan yang besar (surah al-Azhab,
ayat 71). Tanpa perkataan
( dalam kepimpinan Ali dan imam-imam
selepasnya).
14. Jabir menceritakan; Aku bertanya Abu
Jaafar; kenapa Ali bin Abi Talib dipanggil
Amirul Mukminin? Ia menjawab; Allah yang
memberinya
gelaran
itu,
iaitu
Dia
menurunkan dalam kitabNya;


Dan
(ingatlah),
ketika
Tuhanmu
mengeluarkan keturunan anak-anak Adam
dari sulbi mereka dan Allah mengambil
kesaksian terhadap jiwa mereka (dengan
berfirman): Bukankah Aku Ini Tuhanmu dan
Muhammad itu RasulKu dan sesungguhnya
13

Ali itu adalah Amirul Mukminin (ketua


orang-orang beriman)?. (Usul al-Kafi;
1/412).
* Ayatnya di dalam al-Quran;


Dan
(ingatlah),
ketika
Tuhanmu
mengeluarkan keturunan anak-anak Adam
dari sulbi mereka dan Allah mengambil
kesaksian terhadap jiwa mereka (dengan
berfirman): Bukankah Aku Ini Tuhanmu?.
Mereka menjawab: Betul (Engkau Tuhan
kami), kami menjadi saksi. (Kami lakukan
yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu
tidak mengatakan: Sesungguhnya kami
(anak-anak Adam) adalah orang-orang yang
lengah terhadap Ini (keesaan Tuhan)
(Surah al-Araf, ayat 172). Iaitu tanpa
perkataan
(dan Muhammad itu RasulKu dan
14

sesungguhnya
Mukminin).

Ali

itu

adalah

Amirul

Kesimpulan;
Bila kita perhatikan hadis-hadis Syiah di
atas, hanya ada dua andaian di hadapan
kita, iaitu; Islam yang dianuti oleh majority
umat Islam ini (termasuk al-Quran itu
sendiri) telah berubah dari yang asal yang
diturunkan kepada Nabi SAW, atau; hadishadis Syiah di atas adalah palsu. Tanpa
syak dan ragu lagi kita menegaskan;
mustahil Islam telah berubah kerana ia
agama yang disampaikan agama Nabi akhir
zaman dan dijaga oleh Allah. Oleh itu tiada
pilihan lain melainkan kita memutuskan;
hadis-hadis Syiah di atas adalah palsu dan
bohong. Maka kitab-kitab hadis yang diakui
muktamad oleh ulamak-ulamak Syiah tidak
sunyi dari pembohongan dan kepalsuan,
dan yang mendukacitakan ialah kepalsuan
itu yang menjadi iktikad/keyakinan para
penganut Syiah hingga ke hari ini; iktikad
tentang sahabat, al-Quran, rukun Islam,
nikah mutah, kemaksuman para imam dan
sebagainya lagi yang semua selari dengan
hadis-hadis palsu di atas.
15

BENTUK-BENTUK
PENYELEWENGAN
LAIN OLEH SYIAH TERHADAP HADIS
Selain dari pemalsuan hadis, kita dapat
melihat banyak lagi penyeleweng lain
terhadap hadis yang mereka lakukan jika
kita mengkaji kitab-kitab mereka, antaranya;
1. Penolakan terhadap hadis-hadis soheh
- Hadis kewajipan merujuk kepada al-Quran
dan as-Sunnah
- Hadis saranan Nabi agar berpegang teguh
dengan sunnah baginda dan sunah para
sahabat terutama khulafak rasyidin
- Hadis-hadis fadhail sahabat secara
umumnya
- Hadis-hadis fadhail Abu Bakar; termasuk
hadis arahan Nabi SAW agar Abu Bakar
menjadi imam solat menggantikan baginda.
- Hadis fadhail Umar
- Hadis fadhail isteri-isteri Nabi
- Hadis kemansuhan nikah mutah
- Menolak hadis-hadis riwayat Abu Hurairah
- Menolak hadis Para Nabi tidak mewarisi.

16

2. Pemalsuan maksud hadis


- Hadis wasiat Nabi SAW sebelum
kewafatan
- Penyempitan maksud Ahlul Bait
- Pertanyaan Umar ketika penjanjian
Hudaibiyyah
- Hadis al-Itrah
- Hadis as-Tsaqalain
- Hadis Ali RA sebagai maula
- Hadis haudh
- Hadis 12 munafik di kalangan sahabat
3. Pemalsuan sejarah
Pemalsuan
sejarah merupakan antara
pemalsuan terbesar yang dilakukan oleh
Syiah yang memberi kesan zaman
berzaman hingga ke hari ini.
- Kisah Saqifah
- Kisah keengganan Ali RA memberi baiah
- Dakwaan Umar RA memukul Fatimah RA
- Kisah keperibadian Uthman RA
- Kisah pembunuhan Uthman RA
- Sejarah kemunculan Syiah; Abdullah bin
Sabak
- Kisah peperangan Jamal; hakikat
penglibatan Aisyah, Zubair dan Talhah
17

- Kisah Siffin dan kisah tahkim


- Keperibadian Muawiyah dan anaknya
Yazid
Rujukan
1. As-Syiah Fi al-Mizan, Dr. Muhammad
Yusuf an-Najrami, terbitan; Dar al-Madani,
Egypt (1987).
2. Butlan Aqaid as-Syiah, al-Allamah Abd
as-Sattar at-Taunisawi, terbitan; Dar alUlum Li at-Tibaah, Egypt (1983).
3. as-Syiah Fi at-Tasawwur al-Islami, Ali
Umar Farij, terbitan; Dar Ammar Lin-Nasyr
wa at-Tauzi, Jordan (1985).
4. Dialog Sunnah Syiah, A. Syarafuddin alMusawi, terbitan; Penerbit Mizan, Bandung
(1983).
5. Qawaid al-Hadith, as-Sayyid Muhyiddin
al-Musawi al-Gharifi (http://www.al-shia.org).
6. al-Kafi, Abu Jaafar Muhammad bin
Yaakub al-Kulaini (w.328H) (http://www.alshia.org).
Tulisan;
Khadim al-Ulum ad-Diniyah,
Al-Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil
adnan_fadzil1973@yahoo.com.my
18

Blog-blog Ustaz Adnan;


1. Blog Soal-Jawab Agama
(http://ilmudanulamak.blogspot.com)
2. Blog buku-buku tulisan Ustaz Adnan
(http://buku2ustazadnan.blogspot.my/)

19

You might also like