You are on page 1of 5

BAB

III- KERAJAAN TEMPATAN

Pengenalan
Kerajaan Tempatan / Pihak Berkuasa Tempatan Wilayah Persekutuan terletak di bawah
kuasa Kerajaan Persekutuan
Kerajaan tempatan yang lain terletak dibawah kuasa Kerajaan Negeri
Kerajaan Tempatan merupakan satu peringkat kerajaan yang berasingan dan berkuasa
dalam :i)
Membuat undang-undang kecil (undang-undang subsdiari)
ii)
Mengutip cukai dan sewa
iii)
Menubuhkan Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Tempatan yang berada di
bawah kawalannya (Mempunyai autonomi kewangan)
3.1

TUJUAN PENUBUHAN

Kerajaan Tempatan ditubuhkan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 untuk tujuan
yang berikut :i)
Melicinkan pentadbiran awam
ii)
Menyediakan perkhidmatan kepada rakyat selaras dengan keperluan
rakyat
iii)
Memberikan peluang kepada penduduk tempatan untuk mengambil
bahagian dalam pengurusan kawasan mereka
iv)
Memastikan keputusan dibuat dengan cepat dan selaras dengan keperluan
penduduk tempatan
3.1.1 Jenis Kerajaan Tempatan
Dewan Bandaraya
Ditubuhkan melalui
undang-undang khas

Majlis Perbandaran
Ditubuhkan melalui
(enakmen) undangundang biasa

Majlis Daerah
Ditubuhkan melalui
(enakmen) undang-undang
biasa

Diperkenankan oleh

Yang di-Pertuan Agong


Mesti pusat

pentadbiran dan
perniagaan
Diketuai oleh Datuk
Bandar dan dibantu
oleh Majlis Bandaraya
(24 orang ahli)
Tempoh perkhidmtan
ahli Dewan: 2 Tahun
Dewan Bandaraya
Bilangan penduduk

Diketuai oleh Yang Dipertua dan dibantu oleh


Majlis Perbandaran (8-24
ahli)

Diketuai oleh Yang Dipertua


(Pegawa Daerah) dan
dibantu oleh Majlis Daerah
(8-12 ahli)

Tempoh perkhidmatan ahli


Majlis: 1 Tahun

Tempoh perkhidmatan ahli


Majlis: 1 Tahun

Majlis Perbandaran
Bilangan penduduk

Majlis Daerah
Bilangan penduduk kurang

75

melebihi 100,000
orang

melebihi 100,000 orang

daripada 100,000 orang

Sumber kewangan
melebihi RM 20 Juta
setahun

Sumber kewangan
melebihi RM 5 Juta
setahun

Sumber kewangan kurang


daripada RM 5 Juta
setahun

Contoh: Kuala Lumpur,


Johor Bahru, Ipoh,
Kuching Utara,
Kuching Selatan, Kota
Kinabalu, Putrajaya

Petaling Jaya, Pulau


Pinang, Alor Setar

Rabu (Pahang), Kampar


(Perak)

Keanggotaan Dewan Bandaraya


o
o
o

Terdiri daripada Datuk Bandar dan ahli-ahli Bandaraya yang dilantik oleh Kerajaan Negeri
Di Kuala Lumpur, Datuk Bandar dan ahli-ahli Dewan Bandaraya dilantik oleh Kerajaan
Persekutuan
Pegawai-pegawai pentadbir yang lain merupakan kakitangan kerajaan

Keanggotaan Majlis Perbandaran


o
o

Terdiri daripada Yang Dipertua Majlis dan ahli-ahli Majlis Perbandaran dilantik oleh
Kerajaan Negeri
Dibantu oleh kakitangan kerajaan negeri yang dilantik oleh Majlis Perbandaran dengan
kelulusan Kerajaan Negeri
Ahli-ahli Majlis Perbandaran merupakan pemimpin tempatan yang menyokong
Kerajaan Negeri. Sebagai contohnya, Majlis Perbandaran Pulau Pinang terdiri
daripada pemimpin UMNO, Gerakan, MCA dan MIC. Manakala Majlis Perbandaran
Kota Bharu, Kelantan terdiri daripada penyokong-penyokong PAS.

Keanggotaan Majlis Daerah


o
o
3.2
o

Diketuai oleh Yang Dipertua yang memegang jawatan sebagai Pegawai Daerah
Ahli-ahli majlis ini dilantik oleh Kerajaan Negeri
KERAJAAN TEMPATAN: FUNGSI (TUGAS UTAMA) DAN BIDANG KUASA
Tugas-tugas utama Kerajaan Tempatan terdiri daripada :i)
Menjalankan kerja-kerja mengangkat sampah dan mencuci parit
ii)
Mengawal, menyewa dan menguruskan pasar
iii)
Menjaga keindahan kawasan dan menyediakan kemudahan rekreasi
iv)
Mengutip cukai harta benda, cukai pintu, bayaran perkhidmatan, sewa gerai
kepunyaan kerajaan tempatan, mengeluarkan lesen kedai makan, lesen
penjaja, pesta, pusat hiburan, Sijil Menduduki Bangunan (OC) dan
sebagainya.
v)
Membuat undang-undang kecil untuk sesuatu kawasan dan dikuatkuasakan
setelah disetujui oleh Kerajaan Negeri / Kerajaan Persekutuan

76

vi)

Menubuhkan Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Tempatan dan mengawal


akaun tersebut, tetapi belanjawan tahunannya mesti mendapat kelulusan
Kerajaan Negeri
vii)
Menerima dan melaksanakan arahan-arahan Kerajaan Negeri
viii) Menyelaraskan dasar-dasarnya mengikut dasar-dasar Kerajaan
Persekutuan
ix)
Mengikut arahan-arahan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
3.2.1
o

Sumber kewangan Kerajaan Tempatan diperolehi daripada :a)


Cukai harta benda dan pintu kecuali cukai tanah
b)
Bayaran perkhidmatan dan lesen-lesen kedai kopi, penjaja dan pusat
hiburan.
c)
Pinjaman dan pemberian daripada kerajaan negeri dan Kementerian
Perumahan

3.3
o

Sumber Kewangan Kerajaan Tempatan

KUASA KERAJAAN NEGERI TERHADAP KERAJAAN TEMPATAN


Kerajaan Negeri mempunyai kuasa terhadap Kerajaan Tempatan seperti yang berikut :
i)
Mengisytiharkan sesuatu kawasan dalam negeri menjadi kawasan Kerajaan
Tempatan
ii)
Menetapkan taraf, status dan sempadan kerajaan tempatan
iii)
Memberi arahan am tentang dasar-dasar kepada Kerajaan Tempatan
iv)
Meluluskan atau tidak meluluskan belanjawan tahunan Kerajaan Tempatan
v)
Mengesahkan atau tidak mengesahkan setiap perundangan kecil yang dibuat
sebelum dikuatkuasakan
vi)
Meluluskan jawatan baru yang hendak diwujudkan oleh Kerajaan Tempatan
vii)
Melantik ahli majlis, Datuk Bandar atau Yang Dipertua Kerajaan Tempatan

3.3.1 Penyelarasan Antara Kerajaan Negeri Dengan Kerajaan Persekutuan


o
o

Badan-badan penyelarasan yang termaktub dalam Perlembagaan ialah Majlis Raja-raja,


Majlis Tanah Negara, Majlis Kewangan Negara, Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
dan Mesyuarat Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri.
Badan-badan penyelarasan yang tidak termaktub dalam Perlembagaan ialah Majlis
Perhutanan Negara, Majlis Perumahan Negara, Majlis Air Negara, Jawatankuasa
Perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dan juga Badanbadan Lain.

1. Badan-badan Penyelarasan yang termaktub dalam Perlembagaan


i)

Majlis Raja-raja
o Melibatkan penyelarasan terhadap isu-isu seperti keistimewaan, kedudukan dan
kebesaran raja-raja, keagamaan, bahasa Melayu dan kewarganegaraan
o Penyelarasan ini dapat dilakukan kerana semua Ketua Menteri dan Menteri Besar
akan menghadiri mesyuarat Majlis Raja-raja dengan mengiringi Raja/Sultan/ Yang
Dipertua Negeri manakala Perdana Menteri pula mengiringi Yang di-pertuan
Agong

ii) Majlis Tanah Negara


o Dipengaruhi oleh Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi
o Ahli-ahlinya terdiri daripada wakil negeri dan pusat
o Fungsi-fungsi majlis ini adalah :
i)
Mentadbir dan menyeragamkan undang-undang tentang dasar tanah

77

ii)
iii)
iv)

Memastikan dasar-dasar tanah dipatuhi oleh Kerajaan Persekutuan


dengan Kerajaan Negeri
Menyelaraskan dan menyeragamkan pengawalan dan penggunaan
tanah
Memperuntukkan tanah untuk kegunaan pembangunan seperti
Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dan Lebuh Raya Utara-Selatan

iii) Majlis Kewangan Negara


o Keanggotaannya terdiri daripada Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menterimenteri Besar dan Ketua-ketua Menteri setiap negeri. Fungsi-fungsi majlis ini
ialah :i)
Memperuntukkan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan kepada
Kerajaan Negeri mengikut kriteria yang berikut :
a)
Bilangan penduduk negeri
b)
Panjang jalan dalam negeri
c)
Peruntukkan pembangunan khas
ii)
Memperuntukkan pinjaman Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan
Negeri
iii)
Membincangkan pembayaran royalti minyak atau hasil mineral dan
perhutanan kepada Kerajaan Negeri
iv) Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
o Dipengerusikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
o Ahli-ahlinya terdiri daripada seorang wakil dari setiap negeri dan juga wakil-wakil
Kerajaan Persekutuan
o Tujuannya adalah untuk menyelaraskan pentadbiran Kerajaan Tempatan di
seluruh negara
o Memberikan nasihat kepada Kerajaan Tempatan tentang kutipan pelbagai hasil
dan cukai dibawah bidang kuasanya
o Membentuk dasar-dasar kebangsaan untuk menggalakkan, memajukan dan
mengawal Kerajaan Tempatan
o Melalui Majlis Negara, Kerajaan Persekutuan juga akan memberikan peruntukkan
kewangan kepada Kerajaan Tempatan mengikut :
a)
Bilangan penduduk sesuatu Kerajaan Tempatan
b)
Keluasan kawasan di bawah pentadbiran Kerajaan Tempatan
v) Mesyuarat Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri
o Dipengerusikan oleh Perdana Menteri
o Membincangkan dan menyelaraskan dasar-dasar dan perlaksanaan projek
pembangunan
2. Badan-badan penyelarasan yang tidak termaktub dalam perlembagaan:
i. Majlis Perhutanan Negara
o Dipengerusikan oleh Menteri Perusahaan Utama
o Ahli-ahlinya terdiri daripada wakil Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan
o Menyelaraskan undang-undang pentadbiran hutan antara negeri
o Menyelaraskan usaha membendung pembalakan haram dan menyelamatkan
hutan
ii. Majlis Perumahan negara
o Dipengerusikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
o Ahli-ahlinya terdiri daripada wakil Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan
o Menyelaraskan undang-undang pentadbiran perumahan negara
o Mencari jalan keluar untuk menyediakan rumah kos rendah yang secukupnya

78

untuk memenuhi keperluan rakyat


iii. Majlis Air Negara
o Mengatasi krisis air
iv. Jawatankuasa Perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan
Negeri
o Melibatkan peringkat pegawai
o Dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara
o Dianggotai Ketua Setiausaha semua kementerian dan semua Setiausaha
Kerajaan Negeri
o Menyelaraskan pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
v. Badan-badan Lain
o Penyelarasan antara badan-badan lain ialah:
a)
Majlis Pembangunan Negara dengan Jawatankuasa Pembangunan
Negeri
b)
Majlis Keselamatan Negara dengan Jawatankuasa Keselamatan Negeri
c)
Majlis Perancangan Negara dengan Jawatankuasa Perancangan Negeri

79

You might also like