You are on page 1of 4

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ditubuhkan oleh Parlimen

di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Akta
tersebut telah diwartakan pada 9 September 1999. Mesyuarat sulung SUHAKAM
diadakan pada 24 April 2000.
Usaha menubuhkan sebuah institusi hak asasi manusia pada peringkat nasional
di Malaysia bermula dengan penyertaan aktif Malaysia dalam Suruhanjaya
Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (United Nations Commission for
Human Rights UNCHR) pada tahun 1993 95 apabila Malaysia dilantik sebagai
ahli Suruhanjaya tersebut oleh Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB). Pada tahun 1995, Malaysia diberi penghormatan apabila
ketua perwakilannya, Tan Sri Dato Musa bin Hitam dilantik sebagai Pengerusi
sesi ke-52 UNCHR. Keanggotaan Malaysia dalam UNCHR dilanjutkan bagi
penggal kedua, iaitu dari 1996-1998, dan seterusnya ke penggal ketiga, iaitu dari
2001-2003
Pelbagai sebab telah mendorong Kerajaan Malaysia sehingga akhimya
mempertimbangkan penubuhan sebuah institusi kebangsaan hak asasi
manusia. Selain penglibatan aktif Malaysia dalam UNCHR. Turut mempengaruhi
ialah perhatian antarabangsa terhadap isu hak asasi manusia natijah daripada
kejayaan Persidangan Sedunia berhubung Hak Asasi Manusia pada tahun 1993
di Vienna. Kerajaan-kerajaan yang menyertainya, termasuk Malaysia, bersetuju
bahawa hak-hak asasi manusia meliputi rangkuman sejagat dan tidak boleh
dipisahkan dan mereka juga menyedari peri pentingnya diwujudkan badan hak
asasi manusia di peringkat negara masing-masing.
Sebagai ketua perwakilan Malaysia ke UNCHR, Tan Sri Musa telah
mencadangkan buat pertama kalinya kepada kerajaan Malaysia pada tahun
1994 bahawa inilah masa terbaik bagi Malaysia menubuhkan badan hak asasi
kebangsaannya sendiri yang bebas.Beberapa faktor telah mendorong cadangan
ini: semakin meluasnya tekanan antarabangsa terhadap hak asasi manusia dan
kesedaran bahawa isu ini melewati sempadan dan kedaulatan sebuah negara;
penglibatan aktif Malaysia dalam sistem Bangsa-Bangsa Bersatu; suasana dan
kepekaan politik di samping kemajuan yang dicapai masyarakatnya. Menjelang
pertengahan tahun 1990-an, tujuh negara Asia, termasuk dua dari ASEAN
Indonesia dan Filipina sudahpun menubuhkan institusi hak asasi kebangsaan
masing-masing, manakala Thailand pula sedang membuat persiapan untuk
mengambil langkah yang sama.
Pada 24 April 1999, lima tahun selepas idea itu diajukan, Menteri Luar, Datuk
Seri Syed Hamid Albar, mengumumkan bahawa Kerajaan akan membentang
satu Rang Undang-Undang dalam sidang Parlimen pada bulan Julai 1999 bagi
menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. Rang Undang-Undang
ini berpandukan kepada Prinsip Paris 1992 yang memperuntukkan kriteria

antarabangsa bagi penubuhan sesebuah suruhanjaya hak asasi manusia yang


bebas dan juga kepada pengalaman institusi hak asasi manusia yang sudah
tertubuh, terutamanya dirantau Asia Pasifik.
Pada 3 April 2000, Kerajaan mengumumkan perlantikan pengerusi pertama
SUHAKAM iaitu Tan Sri Dato Musa bin Hitam dan 12 ahli Suruhanjaya yang akan
berkhidmat selama dua tahun dan penggal perkhidmatan mereka boleh
dilanjutkan. Pelantikan dibuat oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong
atas nasihat Perdana Menteri.Meskipun Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
Malaysia membenarkan pelantikan sehingga 20 orang ahli, keputusan dibuat
bahawa SUHAKAM akan memulakan tugasnya dengan 13 ahli sehinggalah
apabila lebih ramai ahli dirasakan perlu. Ahli SUHAKAM dipilih bagi
mencerminkan kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum
dan juga berdasarkan pengalaman, iltizam, kebebasan dan kewibawaan individu
berkenaan.
Untuk membolehkan Suruhanjaya menjalankan tugasnya dengan lebih
berkesan, beberapa kumpulan kerja yang khusus telah dibentuk, merangkumi
pendidikan dan promosi, pembaharuan undang-undang serta perjanjian dan
suratcara antarabangsa, hak ekonomi, sosial dan kebudayaan, dan aduan dan
siasatan.

Pejabat sementara SUHAKAM di


Wisma Putra (2000)
SUHAKAM memulakan operasinya di sebuah kabin kontena di Kementerian Luar
Negeri sebagai pejabat sementara. Suruhanjaya akhirnya menyewa premis
sendiri di Tingkat 29 dan 30 di Menara Tun Razak, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
dan berpindah kesana pada 24 November 2000. Bangunan itu dipilih kerana
lokasinya di tengah-tengah bandaraya dan mudah pula dikunjungi oleh orang
awam.
Pada Januari 2011, Suruhanjaya telah berpindah ke premis baru di tingkat 10, 11,
12 dan 13 di Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Pejabat SUHAKAM di Menara TH Perdana


Fungsi
SUHAKAM ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
1999, Akta 597. Seksyen 2 Akta ini mentakrif hak asasi manusia sebagai
merujuk kepada kebebasan asas sebagaimana yang termaktub dalam Bahagian
II Perlembagaan Persekutuan.
Fungsi SUHAKAM sebagaimana dinyatakan dalam Seksyen 4(1) adalah:
1.

2.

Untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang


berhubung hak asasi manusia;

Untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan


perundangan dan arahan dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan
langkah-langkah yang perlu diambil;
3.
Untuk mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan dengan
penandatanganan atau penyertaan dalam perjanjian dan suratcara
antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia;

4.

Untuk menyiasat aduan berkenaan dengan pelanggaran hak asasi


manusia.

Selain daripada itu, Seksyen 4(4) Akta berkenaan menegaskan bahawa


hendaklah diberi perhatian berat kepada Pengisytiharan Hak Asasi Manusia
Sejagat 1948 (UDHR) selagi Pengisytiharan itu tidak bercanggah dengan
Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna, apa jua hak dan kebebasan yang
tidak disebut dalam Bahagian II tetapi ada dirujuk dalam UDHR mesti

dipertimbangkan dengan syarat tidak ada percanggahan dengan Perlembagaan


Persekutuan.
Fungsi menyiasat aduan berhubung dengan pelanggaran hak asasi manusia
tertakluk kepada syarat yang dikenakan oleh Seksyen 12 Akta tersebut. Seksyen
12 memberi SUHAKAM kuasa memulakan sendiri penyiasatan terhadap tuduhan
wujudnya pelanggaran hak asasi manusia, di samping bertindak berasaskan
aduan yang dibuat kepadanya. Bagaimanapun, SUHAKAM tidak boleh menyiasat
aduan yang menjadi perkara prosiding yang sedang menunggu keputusan
mana-mana mahkamah undang-undang atau yang sudah diputuskan dengan
muktamad oleh mahkamah. Penyiasatan mesti dihentikan sekiranya perkara
yang sedang disiasat dibawa ke mahkamah.
Kuasa
Akta penubuhan telah memberi SUHAKAM kuasa yang membolehkannya
menjalankan fungsinya dengan efektif. Di bawah Seksyen 4(2) dalam Akta
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597, SUHAKAM diberikan
kuasa
1.

Untuk memupuk kesedaran mengenai hak asasi manusia dan untuk


mengaku janji mengadakan penyelidikan dengan mengendalikan program,
seminar dan bengkel dan untuk menyebarkan dan mengedarkan hasil
penyelidikan itu;

2.

Untuk menasihati Kerajaan dan / atau pihak berkuasa yang berkaitan


mengenai aduan terhadap pihak berkuasa dan mengesyorkan kepada
Kerajaan dan / atau pihak berkuasa itu langkah-langkah sesuai yang
hendaklah diambil;

3.

Untuk mengkaji dan menentusahkan apa-apa pelanggaran hak asasi


manusia mengikut peruntukan Akta ini;

4.

Untuk melawat tempat tahanan mengikut tatacara yang ditetapkan oleh


undang-undang yang berhubungan dengan tempat tahanan itu dan untuk
membuat syor yang perlu;

5.

Untuk mengeluarkan pernyataan awam mengenai hak asasi manusia


apabila perlu; dan

6.

Untuk mengaku janji apa-apa aktiviti sesuai lain yang perlu mengikut
undang-undang bertulis yang berkuat kuasa, jika ada, berhubung dengan
aktiviti itu.

You might also like