Teks Sukan

You might also like

You are on page 1of 3

TEKS UCAPAN KEJOHANAN BALAPAN & PADANG SKC (1)

Assalamualaikum..
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia
Terima kasih, Saudari Pengacara Majlis.
Yang Berusaha
Pn Chia Siew Lee
Guru Besar, SK Convent (1)
Yang Dihormati
Puan Norlin bt Abd Aziz
Penolong Kanan Pentadbiran, SK Convent (1)
Yang Dihormati
Puan Rosni bt Husin
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SK Convent (1)
Yang Dihormati
Puan Mazhaniza bt Mat Zain
Penolong Kanan Kokurikulum, SK Convent 1
Yang Dihormati
En Mohd Rizal b. Sapari,
Naib Yang Dipertua PIBG , SK Convent (1)
Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG 2015

Guru-guru
Tuan-tuan dan Puan-puan
Seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana


diberi keizinan untuk berucap di majlis yang penuh bermakna. Selamat
Datang diucapkan kepada ibu bapa yang hadir pada pagi ini. Terima kasih
kerana hadir untuk bersama-sama dalam majlis ini untuk memberi
sokongan kepada anak-anak yang bertanding hari ini.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Bidang sukan merupakan antara platform terbaik untuk melahirkan
murid-murid yang cergas fizikal dan mental. Dasar 1 Murid 1 Sukan
merupakan satu langkah yang tepat untuk mencapai matlamat tersebut.
Dasar yang mewajibkan setiap murid yang sihat mengikuti sekurangkurangnya satu aktiviti sukan di sekolah bukan sahaja mampu
mengembalikan

kemeriahan

sukan

di

sekolah

dan

merapatkan

silaturrahim warga sekolah, pibg dan ibu bapa. Untuk makluman tuantuan dan puan-puan pada tahun ini buat julung kalinya sekolah
mengadakan Kejohanan pada hari Sabtu. Ini bertujuan untuk memberi
peluang agar lebih ramai lagi ibu bapa dapat hadir ke Kejohanan ini
untuk memberi sokongan kepada anak-anak kita.

Hadirin sekalian,
Kejohanan ini tidak semata-mata menentukan juara dan pemenang bagi
sesuatu acara, perkara yang lebih penting ialah kejohanan ini
memberikan pendidikan secara tidak langsung kepada murid-murid
bahawa kejayaan hanya dapat dicapai melalui usaha dan ketekunan.
Murid-murid yang berjaya diucapkan tahniah dan yang kurang bernasib
baik jangan berputus asa, cuba lagi pada tahun hadapan.

Akhir kata, Saya bagi pihak PIBG mengucapkan terima kasih atas
sumbangan yang telah diberikan oleh pihak ibu bapa kepada sekolah
untuk sukan pada tahun ini. Tidak lupa juga guru-guru SK Convent (1)
yang telah bertungkus lumus menjayakan Kejohanan Balapan & Padang
kali ke-40 supaya dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM SAYA MERASMIKAN


KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN SK CONVENT (1) SEKOLAH
KLUSTER KECEMERLANGAN KALI KE 40 .
Sekian, terima kasih.

You might also like