You are on page 1of 5

BENTUK MUKA BUMI HAKISAN PINGGIR PANTAI

Cenuram atau tebing tinggi terbentuk di kawasan pinggir pantai barbatu-batan


tindakan hakisan ombak ke atas dasar batuan di pinggir pantai melalui tindakan
hidraul, larutan, dan geseran menyebabkan terbentuknya lekukan di bahagian
dasar batuan tersebut. hakisan yang giat dan berterusan menyebabkan lekukan
bertambah besar dan akhirnya batuan di bahagian atasnya runtuh lalu
membentuk satu tebing tinggi yang curam.
Pentas atau Pelantar Hakisan Ombak tindakan ombak secara berterusan ke atas
cenuram atau tebing tinggi menyebabkan berlakunya runtuhan tebing tinggi
secara berulang kali. berlakunya pengunduran tebing tinggi ke arah daratan.
pengunduran secara giat dalam tempoh yang panjang akan membentuk satu
pelantar yang rata dan luas di bahagian hadapan tebing tinggi tersebut yang
dikenali pelantar hakisan ombak.

Tanjung dan Teluk kedua-duanya terbentuk secara bersampingan tanjung


merujuk kepada bahagian batuan pinggir pantai yang menganjur ke laut. teluk
merujuk kepada bahagian yang melengkung kea rah daratan. proses
pembentukan bergantung kepada susunan batuan lembut dank eras yang
tersusun secara berselang-seli. tindakan hakisan ombak ke atas bahagian
batuan lembut yang mudah dihakis seperti dolomit, batu kapur dan batu pasir
menyebabkan bahagian tersebut terhakis dengan cepat dan mengundur ke arah
daratan lalu membentuk teluk. bahagian batuan yang keras seperti granit, gabro
dan basol lebih tahan hakisan ombak akan membentuk daratan yang menganjur
ke laut dikenali sebagai tanjung.

Gua Terbentuk hasil tindakan ombak secara hidraul ke atas dasar cenuram atau
tebing tinggi yang mempunyai struktur kelemahan seperti retakan dan rekahan.
Hakisan yang giat akan membentuk satu lekukan atau lubang yang dalam dan
luas yang dikenali sebagai gua. Lohong Ombak ( gloup ) Terbentuk hasil tindakan
ombak secara berterusan ke atas lubang-lubang gua. Satu lohong ( saluran )
yang menembusi bumbung gua akan terbentuk. Lohong ini dikenali sebagai
lohong ombak.

PROSES PEMENDAPAN PINGGIR PANTAI


Konsep pemendapan pinggir pantai
Proses pemendapan merujuk kepada bahan-bahan yang diangkut oleh agenagen pengangkutan pinggir pantai telah dimendapkan di pantai atau

berhampiran pantai oleh agen-agen pemendapan pinggir laut seperti ombak,


angin, arus dan pasang surut lalu membentuk bentuk-bentuk muka bumi pinggir
pantai seperti anak tanjung, beting pasir dan pantai.
Kata kunci - bahan-bahan yang diangkut oleh agen-agen pengangkutan pinggir
pantai telah dimendapkan di pantai atau berhampiran pantai oleh agen-agen
pemendapan pinggir laut seperti ombak ,angin, arus dan pasang surut
membentuk bentuk-bentuk muka bumi pinggir pantai seperti anak tanjung,
beting pasir dan pantai
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMENDAPAN PINGGIR PANTAI
Ombak dan arus
Hakisan pinggir berlaku dengan giat sekiranya ombak yang menyerang pinggir
pantai adalah jenis ombak pembinasa atau ombak yang lebih bertenaga seperti
ombak ribut dan tsunami o arus bergerak selari dengan pantai.
bahan-bahan seperti pasir, kelikir, tanah liat, kelodak dan sebagainya akan
diseret selari dengan pantai.
berupaya untuk menghakis dan memindahkan bahan dari satu tempat ke tempat
yang lain. Kecerunan pantai yang bercerun curam biasanya mengalami hakisan
yang lebih giat. Bahan-bahan pinggir pantai lebih mudah diangkut ke laut oleh
agen-agen hakisan pinggir pantai.
Angin
angin monsum yang melanda pantai timur Semenanjung Malaysia membawa
angin yang kuat yang boleh mengcorakkan pantai angin bayu kurang kuat untuk
mencorakkan pantai.
Pasang surut
Air Pasang surut besar / purbani lebih kuat untuk mencorakkan pantai. Air
pasang biasa kurang kesannya.
Tumbuhan
tumbuhan ( pokok bakau ) boleh menghalang serangan terus ombak ke atas
pinggir pantai melalui peranan akarnya. sekiranya tiada pokok bakau, ombak
akan menyerang secara terus pinggir pantai dan kesannya pantai terhakis.
Orientasi pantai
Pantai yang terdedah tanpa perlindungan sama ada oleh pulau, beting, tanjung
ataupun benteng akan mengalami kadar hakisan yang giat berbanding pantai
yang terlindung.
Jenis dan saiz bahan

Bahan muatan beban yang mengandungi batuan kelikir lebih senang


dimendapkan dan digulingkan ke depan berbanding batuan tanah liat yang
mudah dihakiskan. mendakan batuan kelikir akan membentuk pantai yang lebih
luas dan lebar. Halangan pulau, benting tembolo tanjung dan tertanjung
merupakan halangan kepada ombak untuk membina pantai. Kawasan pantai
yang terdedah kepada ombak lebih mudah dan banyak membina pantai.
BENTUK MUKA BUMI PEMENDAPAN PINGGIR PANTAI
Pantai Konsep pantai Pantai merujuk kepada pemendapan bahan mendak peroi
seperti pasir, kelodak. tanah liat, kerangan dan sebagainya di kawasan pinggir
pantai iaitu antara tikas air surut dengan tikas air pasang termasuk pantai
hadapan dan pantai belakang hasil tindakan agen-agen pemendapan pinggir
pantai seperti ombak dan arus.
Kata kunci - pemendapan bahan mendak peroi seperti pasir, kelodak. tanah liat,
kerangan dan sebagainya di kawasan pinggir pantai antara tikas air surut
dengan tikas air pasang termasuk pantai hadapan dan pantai belakang hasil
tindakan agen-agen pemendapan pinggir pantai seperti ombak dan arus
Proses pembentukan - bentuk muka bumi yang terdapat di garisan pinggir
pantai. mengandungi bahan mendak peroi seperti pasir, kelodak. tanah liat,
kerangan bahan-bahan yang berasal dari daratan atau dari laut akan
dimendapkan oleh agen-agen pemendapan pinggir pantai seperti ombak, arus,
angin dan aktiviti pasang surut

1.

Pantai.

Pantai ialah satu kawasan pinggir laut yang terletak antara tikas air surut yang
terendah dengan tikas air pasang yang tertinggi. Pantai yang terbentuk dengan
sempurna dan ideal biasanya terdiri daripada beberapa bahagian iaitu pertama,
pantai ribut yang terletak pada aras yang paling tinggi dan terdiri daripada
timbunan batu lada yang kasar, ke dua ialah permatang pantai atau berm hasil
longgokan batu kelikir oleh ombak pembina, ketiga ialah bucu pantai yang
merupakan pemisah antara bahagian atas pantai yang bercerun curam dengan
bahagian bawah pantai yang bercerun landai, ke empat ialah riak pasir yang
terletak di bahagian bawah pantai yang bercerun landai, dan kelima ialah
permatang yang rendah dan beralur-alur kecil .Bahan-bahan yang membentuk
pantai pada dasarnya berasal daripada dua sumber utama, pertama dari
kawasan daratan yang diangkut oleh sungai seperti bahan regolit luluhawa dan
juga bahan hakisan. Selain itu bahan daratan juga di bawa oleh angin seperti
debu dan pasir yang dimendapkan di pantai. Kedua bahan yang berasal dari laut
seperti pasir, batu lada. Kulit-kulit kerang yang diangkut dan dimendapkan oleh
ombak. Namun begitu bahan dari laut adalah lebih banyak berbanding dengan
bahan daratan.

2.

Beting pasir. Iaitu semua bentuk

permatang pasir dan batu kerikil yang ditimbunkan oleh ombak di pinggir laut.
Beting pasir terdiri daripada beberapa jenis seperti beting pasir luar pantai,
beting pasir muka teluk dan juga tombolo. Beting pasir luar pantai merupakan
permatang pasir yang rendah dan selari dengan garis pantai. Beting pasir ini
terletak di zon ombak pecah dan di pisahkan dari pantai oleh kawasan laut yang
cetek dikenali sebagai lagun. Ia dibentuk oleh ombak junam yang pecah lantas
mewujudkan putaran, menggali pasir dan memendapkan di sebelah
belakangnya. Sifat beting pasir ini tidak kekal, ia akan musnah apabila ditimpa
oleh ombak ribut.

3.

Selain itu beting pasir muka teluk/tombolo

pula terbentuk di kawasan pantai yang berteluk-teluk dan hampir menutupi


muka teluk dari laut lepas. Sekiranya proses pemendapan berlaku dari dua arah
yang bertentangan sehingga menyebabkan hujung beting pasir tersebut
bersambung ia akan mewujudkan beting pasir bucu pantai. Dalam keadaan
tertentu arus pesisir pantai boleh mengangkut dan menyebarkan beting pasir
dari pantai hingga bersambung dengan pulau yang berdekatan. Bentuk ini
dinamakan sebagai Tombolo.

5.

Anak tanjung. Anak tanjung juga

merupakan bentuk hasil penimbunan ombak dan arus pesisir pantai. Ia


merupakan permatang yang bersambung dengan pantai dan hujungnya
menganjur masuk ke laut. Anak tanjung boleh terbentuk dalam keadaan-keadaan
berikut. Pertama, apabila terdapat perubahan pada garis pantai dari lurus ke
melengkung ke dua terdapat garis pantai yang berteluk atau bermuara.
Pembentukannya berkait rapat dengan arus pesisir pantai yang mengangkut
bahan enapan di sepanjang garis pantai. Apabila tiba di bahagian pantai yang
melengkung atau berteluk/muara maka arus pesisir pantai akan terlajak dan
tenaganya menjadi lemah. Kesannya ia akan memendapkan bahan-bahan yang
dibawa disepanjang lajakannya tadi dan bentuk pemendapan seolah-olah

seperti taji. Proses yang berterusan anak tanjung boleh berkembang menjadi
lebih rencam dan kompleks

You might also like