You are on page 1of 2

Permodalan Nasional Berhad (PNB)

ditubuhkan pada 17 Mac 1978 sebagai alat penting Dasar Ekonomi Baru Kerajaan
untuk menggalakkan pemilikan saham dalam sektor korporat di kalangan Bumiputera,
dan memberi peluang kepada golongan profesional Bumiputera yang berkelayakan
untuk menyertai pewujudan dan pengurusan harta. PNB telah menjadi sebuah institusi
pelaburan terkemuka negara. Sebagai sebuah entiti pelaburan bagi Yayasan Pelaburan
Bumiputra (YPB), fungsi teras PNB adalah untuk menilai, memilih dan memperoleh
portfolio saham-saham kukuh dalam syarikat-syarikat berhad yang mempunyai potensi
pertumbuhan. Sebagai sebuah organisasi yang mengkhususkan dalam bidang
pelaburan, PNB pada dasarnya bertindak sebagai gudang di mana pemilikan saham di
dalam syarikat-syarikat berhad ini ditempatkan dalam dana amanah dan dijual kepada
pemegang unit dalam bentuk unit-unit yang lebih kecil.
Daripada skim unit amanahnya yang pertama iaitu Sekim Amanah Saham Nasional
(ASN) yang dilancarkan pada 20 April 1981, sehinggalah produk terbarunya iaitu
Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) yang dilancarkan pada 2 April 2014, PNB
melalui anak syarikat milik penuhnya, Amanah Saham Nasional Berhad, telah
memainkan peranan penting dalam membawa anjakan paradigma dan merubah
pemikiran rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Bumiputera dalam aspek
simpanan, pelaburan dan perancangan kewangan serta cara mereka menilai risiko dan
pulangan dalam pelaburan. Sambutan luar biasa rakyat Malaysia daripada setiap
lapisan masyarakat dan taraf pendapatan terhadap unit saham amanah PNB
membuktikan keupayaan PNB untuk menggembleng lebih daripada 11.6 juta pemegang
akaun setakat kini.
Dengan wang dijana daripada pelabur, PNB telah memperoleh banyak syarikat besar
dan strategik, dan kebanyakan syarikat-syarikat ini adalah peneraju industri dalam
bidang masing-masing seperti kewangan, insurans, perladangan, hartanah, automatif,
logistik, infrastruktur, farmasi dan kimia. Bagi meningkatkan lagi nilai pelaburan, PNB
melakukan beberapa siri aktiviti korporat, di mana syarikat di bawah portfolio PNB
disusun semula, digabung dan diambil alih bagi meningkatkan keberkesanan operasi

dan mencapai manfaat sinergi, lantas membolehkan PNB mencapai matlamat untuk
pulangan yang konsisten.

You might also like