You are on page 1of 2

PENCEMARAN AIR

Menurut Keputusan Menteri Negara Kependudukan dan


Lingkungan Hidup yang dimaksudkan dengan pencemaran air
ialah masuknya atau dimasukannya makhluk hidup, zat,energy,
dan atau komponen lain ke dalam air dan atau berubahnya
tatanan air oleh kegiatan manusia atau oleh proses alam,
sehingga kualiti air turun sampai ke tingkat tertentu yang
menyebabkan air menjadi kurang atau tidak dapat berfungsi
lagi sesuai dengan peruntukannya. Berdasarkan definisi
tersebut dapat disimpulkan bahawa segala sesuatu yang
merubah kualiti air baik masuk atau dimasukkan adalah bentuk
pencemaran air.
Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi
kandungan, keadaan warna sehingga tidak sesuai dan akan
memberi kesan terhadap manusia apabila
digunakan.Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi,
kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh berlaku di manamana sahaja tempat berair. Oleh itu, pencemaran air
merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di
seluruh dunia.
Antara punca yang menyebabkan pencemaran berlaku ialah
kumuhan daripada kilang.Pembuangan ini dianggap mudah
kerana tidak memerlukan kos pelupasan.Sisa bahan buangan
kilang seperti sisa tosik yang dibuang ke dalam sungai oleh
pihak tidak bertanggungjawab dan seterusnya mencemari
sungai, sekiranya air sungai yang tercemar ini mengalir ke laut,
pencemaran ini akan merebak ke laut.
Selain itu, aktiviti pernerokaan merupakan salah satu punca
pencemaran air selain daripada kumuhan daripada
kilang.Contoh aktiviti pernerokaan ialah pertanian, pembalakan
tidak terkawal dan sebagainya.Aktiviti pernerokaan akan
menyebabkan hakisan kepada tanah dan seterusnya tanah
runtuh akan masuk ke dalam sungai dan menjadi mendakan.
Mendakan ini boleh mencetekkan paras air sungai dan
seterusnya banjir lumpur akan berlaku, seterusnya air sungai

akn tercemar kerana bercampur dengan keladak dan menjadi


lumpuh.
Seterusnya, pembuangan bahan-bahan pencemar oleh
segelintir individu atau masyarakat juga akan menyebabkan
pencemaran air. Sikap sesetengah individu yang mengambil
mudah terhadap menjaga alam sekitar, seperti di penempatan
yang hamper dengan sungai atau laut. Mereka membuang
bahan-bahan buangan seperti sampah,minyak dan najis ke
dalam sungai. Seterusnya pengaliran sungai disekat oleh bahan
sukar lupus, air menjadi kotor dan menyebabkan hidupan
akuatik mati.
Di samping itu, punca yang menyebabkan pencemaran air ialah
tumpahan minyak. Tumpahan minyak yang selalunya berlaku
daripada kebocoran pelantar minyak, kapal haram dan
sebagainya. Sifat minyak yang tidak sebati dengan air akan
berada di permukaan air dan merebak, seterusnya air menjadi
kotor kerana di seliputi minyak.
Oleh itu, untuk mengatasi masalah pencemaran tentu diperluka
koordinasi baik antara penduduk dengan pemerintah. Terdapat
beberapa cara untuk mencegah dan mengatasi pencemaran
air.
Antara cara untuk mengatasi pencemaran air yang utamanya
ialah kesedaran diri sendiri

You might also like