You are on page 1of 1

Minggu ni minggu akhir intership

.
Bagaimana perkembangan kajian anda agaknya ye?
Apa-apapun sila perhatikan gerak kerja yang anda perlu lakukan nanti;
Dua minggu lagi, tepatnya pada 18 Ogos 2016 adalah hari akhir penghantaran draf
laporan awal kepada penyelia masing-masing.
.
Draf awal bermaksud laporan lengkap kulit ke kulit (termasuk lampiran) untuk
semakan awal penyelia.
.
Penyelia akan membuat semakan dan diserahkan kembali draf tersebut kepada
anda - sila berbincang dengan penyelia semasa tempoh ini.
.
Seterusnya anda perlu perbaiki semua teguran yang dibuat.
.
Setelah diperbaiki, draf kedua (akhir) MESTI dihantar untuk semakan penyelia pada
minggu akhir sebelum cuti pertengahan semester ini.
.
MESTI = WAJIB !!!
.
.
Cuti Pertengahan Sem bermula pada 9 - 17 Sept 2016
.
Selepas cuti, pada minggu pertama anda perlu menyiapkan penulisan artikel
prosiding dan disemak oleh penyelia.
.
Perkara terakhir yang perlu dibuat ialah penyediaan slide untuk laporan
pembentangan. Slide ini mesti 'direview' oleh penyelia terlebih dahulu. Anda
dinasihatkan membuat prapembentangan bersama penyelia masing-masing.
.
Seminar Penyelidikan dijangkan akan diadakan pada 25-26 September 2016.
.
Sila pastikan segalanya disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Harap maklum.

You might also like