You are on page 1of 16

Penggunaan Internet Dalam Pendidikan Matematik

Oleh:

Tengku Zawawi bin Tengku Zainal


Pengenalan
Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama
diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60 an lagi. Malaysia
tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks
pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi
berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir
semua mata pelajaran. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang
mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (NorHashim,
Mazenah & Rose Alinda, 1996).
Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai
dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan
seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan,
berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan
inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestari
yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia
( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Pelaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluasluasnya kepada teknologi komputer dan internet, yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian
dibina dalam sistem pendidikan (KPM, 1997). Penggunaan dan perkembangan internet yang meluas
dalam bidang perniagaan dan komunikasi, akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.

Peranan komputer dan internet dalam pendidikan


Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memperkembang dan
memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih sedekad yang lalu, NCTM (National Council of Teachers' of
Mathematics, 1980) mencadangkan supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas yang
ditawarkan oleh komputer. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik
malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik.
Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran lain di
sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik.
Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seseorang pelajar tidak mampu melakukan
proses penyelesaian masalah. Laporan Cockcroft (1982) menegaskan bahawa masalah matematik harus
diterjemahkan kepada sebutan dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan
seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah
tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan setengah-setengah
pelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer ( Lim, 1989 ).
Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and Landersman, 1992;
Chazan, 1988; Mc Coy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati bahawa:

Pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif
terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih
kompleks.

Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar
memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan.

Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara.

Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat


dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain.

Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa aplikasi, seperti
spreadsheet, multimedia dan internet. Peranan dan penggunaan internet telah mula dikenalpasti dapat
membantu pengurusan dalam sistem pendidikan negara khususnya dalam pelaksanaan proses
pengajaran pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan para pendidik,
pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat yang prihatin.
Kajian oleh Christie (1996) terhadap penggunaan mel eletronik (e-mail) dan penerokaan maklumat di
kalangan para pelajar sekolah rendah mendapati bahawa, selain daripada semangat belajar secara
kumpulan (cooperative learning), para pelajar juga semakin mesra dengan alat teknologi ini dan sentiasa
berusaha untuk meneroka 'alam yang baru ditemui' (virtual reality). Mereka sentiasa menemui maklumat
baru dan bahan-bahan yang amat menarik perhatian. Nolan dan Martin (1994) menyatakan bahawa
pembelajaran dalam suasana baru seperti menggunakan internet di sekolah telah membawa banyak
perubahan kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara
kritikal. Walau bagaimanapun jurang perbezaan sosial ekonomi di kalangan pelajar harus diambil kira
semasa pendedahan teknologi komputer dan internet diberikan (Bier et. al, 1996).
Kang (1995) dalam kajiannya untuk menilai kesan aktiviti mel eletronik ke atas sikap pelajar terhadap
internet telah mendapati bahawa para pelajar amat kagum dan tertarik kepada internet. Mesej yang
dihantar sejauh 25,000 batu jauhnya boleh sampai dalam masa beberapa minit sahaja. Para pelajar juga
amat berhati-hati semasa menulis mesej supaya tidak terdapat kesalahan ejaan dan maksudnya boleh
difahami oleh sipenerima dengan mudah. Amalan ini akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa,
khususnya bahasa Inggeris. Aktiviti komunikasi dalam internet seperti mel eletronik akan dapat
menyediakan pelajar untuk dunia pekerjaan yang akhir-akhir ini banyak menggunakan proses
perhubungan telekomunikasi yang canggih ( Everett and Ahern, 1994 ).

Internet akan menjadi sebahagian dari sekolah bestari menjelang Januari 1999 kelak. Telah pun
diumumkan bahawa, semua sekolah menengah akan mendapat akses ke internet menjelang tahun 2000.
Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama serta bantuan kepakaran MIMOS, telah
melancarkan Projek Jaringan Pendidikan (Sulaiman, 1996). Melalui projek ini, Kementerian Pendidikan
telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan pendidik di
samping menyediakan program latihan yang berterusan kepada guru-guru. Program ini, walaupun kurang
berjaya, tapi sekurang-kurangnya telah dapat memberi pendedahan awal kepada guru-guru dan pelajar
tentang penggunaan dan peranan internet kepada dunia pendidikan. Dalam perkembangan terbaru,
Kementerian Pendidikan Malaysia, melalui Bahagian Pendidikan Guru, sedang menjalankan Kursus
Dalam Perkhidmatan (14 Minggu ) Bestari kepada guru-guru di seluruh negara bertempat di beberapa
buah maktab perguruan. Guru-guru ini dipilih daripada 90 buah sekolah yang dijangka akan
melaksanakan kurikulum baru bestari mulai tahun 1999. Dalam kursus ini, guru-guru akan didedahkan
dengan pelbagai kemahiran generik termasuklah kemahiran teknologi maklumat yang seterusnya akan
menjadi asas dan keperluan utama dalam pembinaan pakej pembelajaran bestari. Para peserta akan

berpeluang menjadikan internet sebagai sumber dan alat penyebaran maklumat yang cepat dan
berkesan.

Integrasi internet dalam pendidikan


Internet atau Internasional Network of Networks ialah sebuah rangkaian gergasi komputer di peringkat
antarabangsa (TMB, 1998) dan merupakan cara komputer berkomunikasi antara satu sama lain
( Crumlish, 1996 ). Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih
daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih daripada 160 buah negara
(Zoraini, 1995). Dalam rangkaian Internet, terdapat berbagai jenis bahan yang berjuta-juta bilangan dan
sentiasa bertambah dari sehari ke sehari. Bahan-bahan ini termasuklah artikel, imej grafik, perisian
komputer, video, audio, majalah, kertas persidangan, permainan, projek dan sebagainya. Di dalam
Internet terdapat lebih daripada 8 000 kumpulan diskusi eletronik. Kumpulan ini mungkin terdiri daripada
beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang yang berbincang tentang perkara yang sama,
termasuklah matematik. ( Keterangan lanjut tentang internet boleh didapati dalam
http://www.msn.com/tutorial/default.html )
Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh para pendidik berhubung dengan
penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam P&P . Aktiviti pembelajaran

hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan dengan berkesan.
Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru. Malah sebaliknya ,guru akan sentiasa
berusaha untuk meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran mereka, khususnya dalam bidang IT.
Ketrampilan dan keperibadian yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikutan utama.
Penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid di samping
setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan sistematik.
Internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibubapa khususnya dalam menghadapi
cabaran IT dan era globalisasi. Industri berasaskan maklumat yang akan mencorakkan kehidupan pada
masa hadapan , perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap ahli masyarakat, khususnya warga
pendidik dan para ibubapa.
Internet telah menyediakan beberapa kemudahan, antaranya:

E mail (Mel Eletronik)

Laman Web (WWW)

Internet Relay Chat (IRC)

Telnet

Kumpulan Diskusi dan Berita

File Transfer Protocal (FTP)

Semua kemudahan di atas boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Para guru
harus bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh itu, perancangan aktiviti yang kemas dan
teratur amatlah penting, supaya murid-murid dapat menggunakan internet secara maksimum dan

optimum. Semua aplikasi tersebut boleh digunakan sama ada sebagai sumber maklumat atau pun
sebagai bahan bantu yang diintegrasikan terus dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Mel Elektronik (E-mail)


Mel eletronik adalah satu perkhidmatan internet yang popular dan memudahkan pengguna
berkomunikasi antara satu sama lain. Setiap pesanan yang dihantar, akan melibatkan kos yang amat
minimum . Pesanan dan pertanyaan boleh ditulis bila-bila masa dan dihantar dari rumah atau pejabat dan
akan sampai kepada penerima dalam masa yang singkat. Selain daripada bentuk teks, penghantaran
melalui e-mail boleh melibatkan imej grafik dan suara ( voice mail ). Penghantaran maklumat tersebut
boleh dilakukan sama ada dari se orang ke se orang atau dari se orang kepada ramai, yakni se kumpulan
penerima secara serentak. Se orang guru atau pensyarah boleh menerima dan memeriksa hasil tugasan
pelajarnya melalui kemudahan e-mail.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengunakan e-mail ialah (Zulkifli, 1998):

Berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu-bapa, pelajar, dan pihak jabatan
serta kementerian.

Mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal.

Berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran ;
teknik pengajaran terbaik, idea kreatif dan inovatif, latihan dan penilaian, bahan bantu mengajar
dan sebagainya.

Menghubungi agensi pusat dan swasta serta institusi pendidikan lain mengenai sesuatu program
dan polisi yang di gunakan khususnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mail ialah:

Berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain.

Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakang negara mengenai
berbagai isu semasa.

Mengalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui komunikasi dengan rakan
pena di luar negara.

Memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah pelajaran secara "online".

Aktiviti-aktiviti seperti di atas akan memberi banyak faedah kepada para pelajar ( Zoraini, 1996):

Pelajar lebih peka terhadap isu semasa dunia

Pelajar dapat membiasakan diri dengan aplikasi komputer

Pelajar berpeluang menjalankan aktiviti kumpulan , dan

Pelajar dapat meningkatkan kemahiran berfikir, kemahiran bahasa atau kemahiran


berkomunikasi

Kumpulan berita dan diskusi


Di internet, kita boleh membaca atau menyertai perbincangan tentang pelbagai subjek mengikut minat
dan cita rasa kita. Kumpulan berita dan diskusi secara asasnya adalah aplikasi dan lanjutan kepada
penggunaan e-mail secara berkesan. Komuniti-komuniti yang terbentuk secara elektronik yang
mempunyai minat yang sama membolehkan ahli-ahli yang menyertai kumpulan diskusi berkongsi
pendapat dan membantu di antara satu sama lain tanpa batasan sempadan geografi. Terdapat beriburibu kumpulan diskusi yang boleh disertai oleh pendidik mengikut minat mereka. Senarai kumpulan
diskusi eletronik dalam pendidikan boleh didapati dari laman http://k12.cnidr.org:90/list.html.
Pengkalan data katalog perpustakaan
Di Amerika Syarikat , pengkalan data seperti ERIC dan ETS Test Collection adalah merupakan pengkalan
data yang paling polular dikalangan pendidik dari semua peringkat. Kita boleh mendapatkan data soalselidik, artikel-artikel, rancangan pengajaran, ujian, dan lain-lain alat pengukuran dari dua pengkalan data
tersebut. Kita juga boleh mengakses katalog dari perpustakaan misalnya perpustakan Universiti Malaya
dan lain-lain universiti luar negara serta mengakses bahan-bahan teks bercetak dari badan kerajaan
Amerika.
Laman Web ( World Wide Web)
Rangkaian sedunia WWW adalah sebahagian daripada internet dan merupakan satu koleksi besar
dokumen yang dikenali sebagai halaman web (TMB, 1998, Crumlish, 1996). Halaman web merupakan
komponen yang menjadikan internet lebih menarik dan paling diminati oleh sesiapa sahaja yang dapat
mengaksesnya. Dengan lebih 50 juta tapak halaman web dan dengan pertumbuhan 10 peratus setiap
hari, halaman web merupakan sumber maklumat tak terhingga kandungannya. Para pendidik boleh
mendapatkan kandungan teks penuh, artikel, rancangan pengajaran , dan lain-lain bahan pengajaran
pembelajaran seperti maklumat mengenai projek-projek yang boleh dijalankan oleh pelajar , pendidikan
keibu-bapaan, dan maklumat kesihatan serta bermacam-macam maklumat lain yang boleh diperolehi
dengan mudah dan cepat.
Terdapat satu laman (http://k12.cnidr.org:90/web.intro.html) yang menghuraikan cara-cara menggunakan
World Wide Web khususnya dalam mereformasikan kurikulum. Dicadangkan bahawa WWW dalam
pendidikan boleh berperanan sebagai:
Tutor
Pusat sebaran dan penerbitan

Medan perbincangan ( Forum )

Pemandu ( Melalui search engine )

Permindahan Fail ( FTP )


Menerusi internet, segala fail sama ada dalam bentuk teks, grafik, audio atau video amat mudah untuk
dipindahkan dari satu komputer kepada komputer yang lain dengan menggunakan " File Transfer
Protocol (FTP)". Segala bahan pembelajaran yang terdapat dalam sesuatu server (di mana-mana institusi
pendidikan) boleh dipindahkan ke dalam komputer kita di rumah atau di sekolah tanpa mengalami
sebarang perubahan. Pada hari ini, terdapat pelbagai perisian yang boleh dimuat turun (download) sama
ada secara percuma ataupun berbayar. Kita juga boleh memuatkan kembali (upload) segala fail ke dalam
sesuatu server untuk di pamirkan atau dimanfaatkan oleh orang lain, terutama para pendidik dan pelajar
di seluruh dunia. Semuanya menggunakan kemudahan FTP.
Capaian maklumat melalui internet melibatkan dua komponen utama iaitu capaian secara fizikal (physical
access) dan capaian secara bijaksana (intellectual access). Capaian secara fizikal di dalam internet
merupakan kemudahan kelengkapan komputer kepada guru dan pelajar untuk mencapai internet
berserta dengan komponen seperti e-mel, gopher, kumpulan perbincangan elektronik, pemindahan fail,
Archie, Veronica, WAIS, dan WWW. Tanpa kemudahan untuk mencapai internet, pengajaran secara
maksima mengintegrasikan internet dalam pengajaran dan pembelajaran sukar berlaku. Namun dengan
kemudahan jaringan kerja setempat "LAN" (Local Access Network) hasrat mengintegrasikan internet ke
dalam pengajaran masih boleh dilaksanakan. Pelajar juga perlu dididik mengenai tanggungjawab dan
etika sebagai pengguna "on-line" di dalam mencapai internet. Pelajar perlu didedahkan kepada capaian
intelektual , iaitu kebolehan dan kemahiran menjelajah dunia siber dengan penuh berakhlaq dan
bijaksana.
Kemahiran-kemahiran intelektual yang perlu ada pada pelajar di dalam mencapai internet secara efektif
ialah:

Mengetahui cara menggunakan beberapa aplikasi penting seperti e-mail, FTP, IRC dan
sebagainya.

Menguasai beberapa perisian word processing dan grafik.

Memilih engin pencari yang sesuai dan tahu menggunakannya.

Memilih maklumat yang sah dan boleh dipercayai melalui penilaian terhadap kandungan dan
sumber.

Merancang pencarian supaya cepat dan tepat.

Menganalisa data.

Membina dan menguji model-model.

Pembelajaran melalui internet seharusnya lebih banyak tertumpu kepada aktiviti "intellectual inquiry" ,
iaitu aktiviti yang boleh membawa pelajar kepada penyelesaian masalah berasaskan sumber maklumat
yang bermakna. Antara kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai digunakan ialah:

Pengajaran berasaskan sumber (resource based teaching)

Pengajaran pemusatan pelajar (child-centered classrooms)

Pengajaran berkonstruktif (constructivist teaching)

Pengajaran dan pembelajaran "Authentic" (Authentic teaching and learning)

Pengajaran dan penilaian berasaskan kepada pencapaian pelajar dalam sesuatu projek (project
oriented education using authentic assessment).

Internet sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran


Perkembangan internet di negara maju amat jauh ke hadapan berbanding dengan negara kita. Tetapi ini
tidak bermakna kita lupakan saja untuk mengejar mereka. Internet telah digunakan sebagai sumber untuk
mendapatkan pelbagai bahan dan maklumat yang berkaitan dengan proses pengajaran dan
pembelajaran. Ia juga amat sesuai digunakan sebagai sebuah saluran komunikasi antara seseorang guru
dengan guru lain , guru dengan murid, guru dengan ibubapa, atau murid dengan murid lain. Antara bahan
berunsurkan pendidikan yang boleh diperolehi daripada internet ialah:
Projek
Terdapat beberapa projek yang telah dan boleh dijalankan oleh para guru berasaskan kepada Internet.
Projek ialah aktiviti pembelajaran secara individu atau kumpulan yang banyak dilakukan diluar kelas.
Ianya perlu disiapkan dalam tempoh masa tertentu. Sesuatu projek boleh merangkumi beberapa konsep
dan kemahiran yang telah dipelajari. Antara beberapa tapak web yang mempunyai cadangan tersebut
ialah:
Academy One - http://www.nptn.org.cyber.serv/AOneP/academyone/project- index.html
Global School Net Foundation - http://www.gsn.org
IECC Projects - http://www.stolaf.edu/network/lecc/
http://www.nptn.org.cyber.serv/AoneP/academyone/Project-index.html
Projek berasaskan Internet perlu diintegrasikan ke dalam pelajaran yang biasa diajar di dalam kelas.
Kenal pasti terlebih dahulu objektif yang perlu dicapai di dalam kelas. Kemudian fikirkan cara Internet
boleh digunakan dengan berkesan. Kemudian, cari bahan yang sesuai dan rancangkan langkah-langkah
yang diperlukan untuk melaksanakan serta menjayakan projek tersebut.

Rancangan pengajaran (Lesson Plans)

Terdapat beratus-ratus rancangan pengajaran yang telah disediakan oleh para guru dari seluruh pelusuk
dunia yang boleh dimanfaatkan oleh guru-guru lain. Selain dari matematik, rancangan pelajaran tersebut
meliputi pelbagai mata pelajaran yang lain. Antara tapak-tapak web yang boleh kita lawati untuk
mendapatkan rancangan pengajaran ialah:
sains (http://wwwsci.lib.Uci.edu/SEP/SEP.Internet )
sains sosial: (http://www.csun.edy:80/hceduo13/)
Matematik: (http://forum.swarthmore.edu/arithmetic/arith.units.html )
English : http://www.teachnet.com/lesson.htmlhttp://www.mmserve.com/educ
The Lesson Plan Page: (http://www.coe.missouri.edu/~kyle/edu.html )
Untuk melihat tapak web pendidikan tempatan bagi mendapatkan sumber yang dapat digunakan untuk
peringkat UPSR, PMR , dan SPM , lawatilah TM School On-Line
Bahan maklumat yang menarik dan terkini
Sesetengah aktiviti Internet cuma memerlukan sebuah dua komputer di dalam bilik darjah. Manakala
yang lainnya memerlukan setiap pelajar duduk di depan komputer semasa berinteraksi dengan bahan
dari Internet. Oleh itu, guru perlu tahu sedikit sebanyak tentang cara Internet dapat digunakan semasa
mengajar. Antara cara Internet telah dan dapat digunakan ialah: mendedahkan pelajar kepada pelbagai
bahan yang terdapat di dalam Internet. Bahan-bahan ini seperti imej bumi yang diambil dari satelit di
seluruh dunia atau maklumat tentang puting beliung, fakta-fakta negara, pelbagai jenis penyakit yang
susah diperolehi dari sumber biasa. Tambahan pula, maklumat seperti ini lebih terkini daripada apa yang
dapat diperolehi dari sumber lain. Guru juga dapat mengatur supaya pelajar membuat lawatan ke tempattempat menarik di seluruh dunia secara elektronik. Muzium, tempat-tempat bersejarah seperti Melaka
dan tempat-tempat menarik seperti Grand Canyon dan Niagara Falls terdapat di dalam Internet,
khususnya World Wide Web. Gambar dan maklumat tentang tempat-tempat ini dapat diperolehi dengan
cepat dan mudah.
Bahan bacaan dan kemahiran berbahasa
Di dalam Internet juga terdapat beribu majalah dan jurnal. Begitu juga dengan surat khabar. Pelajar boleh
diminta untuk mendapatkan berita tentang sesuatu perkara melalui akhbar dari seluruh dunia, dan
bandingkan cara penyampaian berita di lain-lain negara. Cara ini mungkin sesuai bagi pelajar-pelajar
peringkat menengah atas. Anda boleh mengunakan kemudahan search engine untuk mendapatkan
akhbar , majalah atau bahan-bahan bacaan tertentu dengan menulis tajuk yang diingini.
Untuk membaca beberapa akhbar dari seluruh dunia, sila ke: http://www.ipl.org
Guru juga dapat menggunakan Internet untuk mempertingatkan kemahiran menulis. Mel elektronik
merupakan aplikasi utama di sini. Terdapat beberapa tapak web seperti Kidlink ( http://www.kidlink.org/ )
yang menyediakan aktiviti forum untuk disertai pelajar dari umur 10 tahun hingga 14 tahun untuk
berhubung antara satu sama lain dengan membincangkan topik yang telah ditetapkan. Semasa
menyertai forum sebegini melalui mel elektronik, pelajar biasanya lebih prihatin dan teliti dalam menulis.
Mereka akan memastikan ejaan dan nahu betul dan apa yang dibangkitkan memberi imej yang positif
bukan sahaja mereka sendiri tetapi sekolah, masyarakat dan negara.

Perkongsian maklumat
Selain itu, guru sendiri boleh berhubung dengan guru lain untuk berkongsi sumber, idea ataupun masalah
khususnya melalui kumpulan diskusi elektronik. Terdapat berpuluh-puluh kumpulan diskusi elektronik di
dalam internet yang boleh disertai secara percuma oleh guru di seluruh dunia. Beberapa contoh
kumpulan diskusi elektronik yang meliputi pelbagai bidang dan topik boleh didapati dari laman berikut:
http://www.educ.kent.edul/deafed/whahome.httm
Guru juga dapat membaca artikel yang berguna untuk mempertingkatkan diri mereka sebagai pendidik
atau untuk mendapatkan idea bagi mengintegrasikan teknologi di dalam bilik darjah. Antara jurnal
berkenaan yang ada di dalam Internet ialah:
From Now On : ( http://fromnowon.org )
Technological Horizons in Education Journal : ( http://www.thejournal.com )
Electronic Learning : (http://place.scholastic.com/EL/index.htm )
Kalau anda berminat tentang sekolah bestari di Amerika Syarikat, beberapa dokumen juga terdapat di
dalam Internet. Antaranya ialah
Getting America's Students Ready for the 21st Century : http://www.ed.gov/Technology/Plan
A Handbook for Creating Smart Schools : http://darkwing.uoregon.edu/~ncite/smart.htm
Leaning Schools : http://www.nap.edu/readingroom/books/techgap

Saluran komunikasi
Para guru dan pelajar juga berpeluang berkomunikasi antara satu sama lain melalui internet, sama ada
secara lisan atau tulisan. Terdapat beberapa kemudahan berupa perisian atau komputer server yang
telah menyediakan kemudahan tersebut. Antara bentuk saluran komunikasi (atau perisian) yang terdapat
melalui Internet ialah:
Internet Relay Chat (IRC)
Discussion group (eg. Forum)

Internet phone, netmeeting, cooltalk dan sebagainya

Video Conferencing

ICQ , dan lain-lain lagi

Laman Maktab Perguruan Kuala Terengganu telah menyediakan satu bilik perbualan (Bilik Rehat
MPKTBR) dan satu bilik perbincangan (Ruangan Muzakarah) untuk kegunaan seluruh warga maktab dan
musafir siber yang lain.
Halaman MPKTBR: http://www.geocities.com/Athens/Acropolis/2766/lamanmpkt.html

Penggunaan internet dalam pendidikan matematik


Internet adalah satu sumber pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan matematik. Terdapat
pelbagai bahan menarik, yang meliputi pelbagai tajuk seperti arithmetik, geometri, statistik, kalkulus,
algebra, sejarah , dan sebagainya. Antara bahan yang boleh dimanfaatkan oleh guru dan pelajar
berhubung dengan pendidikan matematik ialah:
Teori pembelajaran dan aplikasi
Antara teori pembelajaran yang sering diperbincangkan oleh warga pendidik pada masa ini ialah
konstruktivisme dan konstruktionisme. Beberapa strategi ( atau teknik ) pembelajaran yang berkait rapat
dengan teori tersebut pula ialah seperti 'pembelajaran koperatif', 'inkuiri penemuan' , dan sebagainya.
Bahan-bahan tersebut boleh diperolehi daripada laman-laman berikut:

http://www.ilt.columbia.edu/k12/livetext/docs/berry1.html Designing Effective School-Based


Learning Environments: Cognitive Apprenticeship Models

http://129.7.160.115/INST5931/Constructivist.html - Constructivist Classrooms

http://www.ilt.columbia.edu/ilt/papers/JohnBrown.html - Situated Cognition and the Culture of


Learning

http://asb.www.media.mit.edu/people/asb/convergence.html -The MediaMOO Project:


Constructionism and the professional community

http://www.aber.ac.uk/~dgc/texts.html - Texts and the Construction of Meaning.

http://www.aber.ac.uk/~dgc/trans.html - Transmission Model of Communication: A critique

http://www.aber.ac.uk/~dgc/interp02.html - Active Interpretation

http://diogenes.sedl.org/scimath/compass/v01n03/understand.html - Building an Understanding of


Constructivism

http://edie.cprost.sfu.ca/it/constructivist-learning - Constructivist Theories United States Distance


Learning and Teacher Education

http://www.oise.on.ca/~kdavidson/cons.html - Linking Theory to Reality

http://education.indiana.edu:80/~cep/courses/p540/semcons/semcons_overview.html - An
Overview of Semiotic/Constructivist Theories

http://education.indiana.edu/~cep/courses/p540/ad_reflexive.html - Covert Constructivism

http://tecfa.unige.ch/tecfa/tecfa-research/memolab/report93-title.html - Intelligent Learning


Environments

http://psych.hanover.edu/vygotsky/krauss.html - A Mediation Model For Dynamic Literacy


Instruction

http://kvoneida.hbg.psu.edu/FACULTY/Farquhar/Research/SC&I.html - Social Constructivism


Research

http://www.cs.colorado.edu/~l3d/presentations/gf-wlf - Life Long Learning and Design

file://ithaca.icbl.hw.ac.uk/pub/nato_asi/duf4.txt.gz - Classroom Restructuring: What do teachers


really need?

gopher://gopher.lib.virginia.edu/00/alpha/psyc/1992/psyc.92.3.63.reading-inference-1.1.garnham
-Minimalism vs Constructionism: a false dichotomy in theories of inference during reading

ftp://princeton.edu/pub/harnad/Harnad/harnad82.neoconst - Neoconstructivism: A unifying theme


for the cognitive sciences.

http://134.184.35.101/PHYSCONS.html - Physical Constructivism

file://ithaca.icbl.hw.ac.uk/pub/nato_asi/duf2.txt.gz - Constructivism and the design of learning


environments: Context and authentic activities for learning

http://pespmc1.vub.ac.be/construc.html - Epistemological Constructivism

http://www.oise.on.ca/~sinkpen/VRED.html - Virtual Reality and Education

ftp://ithaca.icbl.hw.ac.uk/pub/nato_asi/dhj.txt.gz - Thinking technology: Toward a constructivist


design model

Untuk kandungan tambahan, sila buka laman http://www.geocities.com/Athens/Acropolis/2766/tzz.html

Penyelesaian masalah
Selain daripada huraian konsep penyelesaian masalah, di sini terdapat beratus soalan yang meliputi
pelbagai topik dalam matematik. Para guru boleh membimbing para pelajar memilih soalan-soalan
berkaitan untuk diselesaikan di dalam atau di luar kelas.

http://mailer.fsu.edu/~ssproule/pow.htm - Problem of the week

http://www.col-ed.org/smcnws/studentdirections.html - Mathematics problem solving student


directions

http://virtual.chattanooga.net/math/article3.html -The Mathematics of problem solving

http://virtual.chattanooga.net/math/article1.html - How I solved the problem solving problem

http://www.enc.org/reform/journals/ENC2280/nf_28023s1.htm - Mathematics as problem solving Grade 4

http://www.enc.org/reform/journals/ENC2280/28075s1.htm - Mathematics as problem solving Grade 5 8

http://www.enc.org/reform/journals/ENC2280/nf_280137s1.htm - Mathematics as problem solving


- Grade 9 12

http://www.haltonbe.on.ea/problem/mathprob.htm - Mathematics problem solving homepage

Keterangan lanjut, sila buka laman http://www.geocities.com/Athens/Acropolis/2766/tzz.html


Pintar cerdas
Apakah ciri-ciri pelajar pintar cerdas ? Bagaimana mendidik (mengasuh) pelajar pintar cerdas ? Apakah
peranan guru, pentadbir, dan ibu bapa untuk melahirkan pelajar pintar cerdas ? Jawapan dan keterangan
kepada persoalan-persoalan tersebut boleh anda dapati dalam laman berikut :

http://www.nfgcc.org/#NFGCC - National Foundation for Gifted and Creative Children

http://www.nagc.org/#NAGC - National Assosiation for Gifted Children

http://www.mfgc.org.uk/mfgc/#MFGC - Mensa Foundation for Gifted Children

ttp://www.gifted.org/#Gifted Children Society - Gifted Children Society

http://www.cec.sped.org/#CEC">CEC - Council for Exceptional Children

http://www.leland.stanford.edu/group/ASP/#ASP - Accelerated Schools Project

Jurnal dan majalah pendidikan matematik


Antara jurnal dan majalah yang amat berkaitan dengan pendidikan matematik :

http://www.nctm.org/#NCTM - National Council of Teachers of Mathematics

http://www.nctm.org/journals/jrme/jrme-home.htm#JRME - Journal for research on mathematics


education

http://www.nctm.org/mt/mt.htm - Mathematics Teacher

http://www.nctm.org/tcm/tcm.htm -Teaching Children Mathematics

http://www.ciue.rpi.edu/icme/_index.html -Internasional Conference on Mathematics Education

http://gamstcweb.gisd.k12.mi.us/cgi-bin/wilma/mathmag - Mathematics Magazines

http://members.tripod.com/~MUJAHID/Jasa.html - Buletin Jabatan Sains MPKTBR

Rekreasi matematik
Beberapa laman yang menyediakan pelbagai aktiviti untuk rekreasi matematik yang meliputi pelbagai
topik dan tahap pelajar.

http://www.lifelong.com/CarnivalWorld/MonsterMath/MonMathHP.html - Monster Math.

http://us.yimg.com/images/new2.gif - these monsters need some help!

http://www.eduplace.com/math/brain - Puzzles for third to seventh-graders and older.

http://www.cs.uidaho.edu/~casey931/conway/games.html - colorful illustrations and instructions


for fun games.

http://freeabel.geom.umn.edu/java - Try your hand at these games.

http://www.edven.com/ - Gold Medal Math

http://www.cut-the-knot.com/ - problem-solving activities, including a great puzzles and games


page.

http://forum.swarthmore.edu/mathmagic/ - MathMagic

http://www.math.scarolina.edu/cgi-bin/sumcgi/Newton.pl - Newton's Method

http://www.period.com/puzzles/ - Period.Com Puzzles

http://www.ditell.com/~ericward/puzzle.html - cool math story problems and puzzles.

http://schoolcentral.com/willoughby5/default.htm - use your math skills to help Dexter find the


hidden gold.

Forum matematik
Satu ruangan perbincangan siber tokoh-tokoh pendidikan matematik seluruh dunia yang meliputi pelbagai
topik. Tajuk dan kandungan perbincangan dikumpulkan dan disusun dengan sistematik bagi
memudahkan pencarian. Turut dimuatkan dengan isu-isu terkini dalam dunia matematik dan pendidikan
matematik. Terdapat kemudahan pencari bahan, di mana anda hanya perlu menulis kata kunci atau
topik-topik tertentu tentang matematik. Satu senarai yang berkenaan akan muncul, dan anda boleh
memilih item/tajuk yang sesuai.
Math Forum http://forum.swarthmore.edu
Soal jawab matematik
Dalam ruangan ini, anda berpeluang untuk mengemukakan sebarang kemusykilan berhubung dengan
matematik dalam pelbagai bidang. Soalan anda akan dijawab oleh pakar-pakar matematik yang sentiasa
berusaha melayan setiap pertanyaan dengan baik. Jawapan anda akan dihantar melalui e-mail. Anda
juga dapat membaca koleksi soalan dan pertanyaan yang telah dikumpulkan mengikut topik-topik
tertentu.
Ask Dr. Math http://forum.swarthmore.edu/dr.math/
Rancangan pelajaran
Rancangan pelajaran ini mengandungi aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah disediakan
oleh guru-guru matematik di seluruh dunia. Meliputi pelbagai topik dan tahap. Anda juga berpeluang
untuk mengemukakan rancangan pelajaran yang lengkap bagi dimuatkan dalam halaman tersebut (Jika
terpilih).
Lesson Plans : http://forum.swarthmore.edu/arithmetic/arith.units.html
http://scssi.scetv.org/mims/lp_ssi.htm
Jurnal matematik
Koleksi jurnal matematik dari seluruh dunia dalam pelbagai bidang berhubung dengan matematik. Setiap
jurnal mengandungi artikel atau abstrak yang terkini dan boleh dicetak untuk simpanan peribadi. Terdapat
juga laporan hasil kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji dari seluruh dunia . Penulisan akademik
ini akan bertambah dari masa ke semasa dan akan lebih mudah diperolehi bila wujudnya Internet 2 ,
sedikit masa nanti.
Mathematics Journals : http://www.math.psu.edu/MathList/Journals.htm
Sejarah matematik
Sejarah matematik telah disusun mengikut tajuk dan bidang tertentu dalam matematik. Paling menarik
ialah kita dapat mengetahui nama tokoh-tokoh matematik silam yang lahir atau meninggal pada tarikhtarikh tertentu bersama dengan gambarnya sekali (Mathematicians of the day). Disediakan juga susunan
peristiwa dan tokoh mengikut kronologi. Semasa mempelajari sesuatu topik matematik dalam bilik darjah,
para pelajar boleh diminta untuk mencari dan mengenalpasti tokoh-tokoh yang berkenaan dengan
melungsuri halaman tersebut.
History Topics Index :http://www.groups.dcs.st-and.ac.uk/~history/HistoryTopics.htm

Online exercises
Online Exercises ialah latihan yang dibuat secara online; di mana para pelajar akan membuka laman
yang dikirimkan oleh guru dan menyelesaikan semua masalah yang terdapat dalam latihan tersebut. Para
pelajar dikehendaki sama ada mengemukakan jawapan sahaja atau bersama-sama dengan jalan
pengiraan. Cara ini boleh digunakan untuk aktiviti pemulihan, pengukuhan, ujian , kerja projek, soal
selidik dan sebagainya. Melalui cara ini juga, pembelajaran dapat dilakukan secara optimum dan
berterusan. Proses pembelajaran akan berlaku di dalam dan luar waktu persekolahan melalui bimbingan
secara siber. Masa dan tempat bukan lagi penghalang kepada proses pembelajaran.
Online Exercises :http://www.geocities.com/Athens/Acropolis/2766/latihan.html
http://www.geocities.com/Athens/Acropolis/2766/latihan2
.html
http://math.uc.edu/onex/demo.html
Kesenian matematik
Matematik adalah seni. Bentuk-bentuk geometri yang diolah dan dipelbagaikan akan menghasilkan satu
corak yang menarik dan berharga. Melalui internet, corak-corak yang menarik itu boleh dipamirkan dalam
bentuk interaktif dan pelbagai. Para guru dan pelajar akan berpeluang menghasilkan corak-corak tersebut
dengan menggunakan daya kreativiti dan imaginasi masing-masing. Ianya juga boleh digunakan sebagai
bahan projek atau dalam pendidikan seni.
Gallery of Interactive Geometry : http://www.geom.umn.edu/apps/gallery.html
Perisian matematik
Terdapat banyak perisian matematik (mathematics software) yang boleh digunakan untuk pengajaran
sesuatu konsep dan penguasaan kemahiran matematik. Perisian ini boleh digunakan sama ada secara
online atau dimuat turun (download) ke komputer peribadi. Ianya mudah digunakan dan merangkumi
banyak topik dalam matematik.
Math Sofware : http://forum.swarthmore.edu/~steve/steve/mathsoftware.html

Pengawalan bahan negatif


Antara isu yang sering diperkatakan berhubung dengan penggunaan internet ialah berkenaan dengan
bahan-bahan negatif yang terdapat di dalamnya. Terdapat ramai di kalangan ibubapa dan guru-guru yang
merasa takut dan bimbang sehinggakan mereka sanggup mengenepikan kepentingan dan manfaat yang
sangat besar daripada internet. Memang tidak dinafikan, bahawa dalam internet terdapat pelbagai bahan
berunsur negatif, seperti dadah, alkohol, keganasan, seks dan sebagainya. Manakala sejak akhir-akhir
ini, terdapat berita-berita palsu dan khabar angin yang berunsur fitnah telah disebarkan kepada pengguna
melalui internet. Walau bagaimanapun ianya tidak harus dianggap sebagai satu penghalang yang besar,
sehingga kita lupa dan meninggalkan segala kebaikan yang ada. Siapa yang akan rugi ? Kita dan
keluarga kita.! Ingatlah !! " Kalau kita tidak suka satu perkara, jangan tinggal semua perkara ". "
Tepuk dada, tanyalah iman "

Sebagai pengguna yang bijak dan berakhlaq, kita seharusnya berikhtiar mencari jalan untuk menyekat
dan menghalang unsur-unsur negatif tersebut , walaupun tidak seratus peratus. Antara langkah-langkah
yang boleh diambil

You might also like