You are on page 1of 15

``

BAB 6 : PERUBAHAN PENTADBIRAN KE ARAH


BERKERAJAAN SENDIRI DI SARAWAK DAN SABAH.

6.1 PERUBAHAN PENTADBIRAN KE ARAH BERKERAJAAN


SENDIRI DI SARAWAK.
Pada tahun 1941 Charles Vyner Brooke memperkenalkan
Perlembangan 1941, namun perlembangaan tersebut tidak
dapat dilaksanakan kerana Jepun telah menyerang Jepun.
Jepun menduduki Sarawak dari tahun 1941 hingga 1945.
Sarawak selepas kekalahan Jepun
British memperkenalkan Pentadbiran Tentera British pada
10 September 1945 1 Julai 1946 untuk mengembalikan
ketenteraman, pemulihan ekonomi dan mengemas kini
pentadbiran.

Sarawak diserahkan kepada kerajaan British


Kerajaan British berusaha mengambil alih pentadbiran
Sarawak daripada keluarga Brooke. Charles Vnyer Brooke
juga telah membuat keputusan untuk menyerahkan
Sarawak kepada kerajaan British.
Faktor Sarawak diserahkan kepada kerajaan British
Desakan daripada Kerajaan British
Kerajaan British mendesak keluarga Brooke
menyerahkan Sarawak supaya pelaburan mereka lebih
terjamin.
Pertikaian keluarga
Charles Vyner Brooke yang uzur telah mengambil
keputusan untuk bersara dan tiada pengganti.
Masalah kewangan

Selepas perang, banyak kemusnahan dan Charles


Vyner Brooke tiada wang yang cukup untuk
membangunkan Sarawak.
Charles Vyner Brooke menghantar menghantar wakilnya,
Gerald T. MacBryan mendapatkan tanda tangan ketuaketua bumiputera dan pemimpin tempatan dalam Majlis
Tertinggi Sarawak.
Pada 8 Februari 1946, Charles Vyner Brooke telah
mengisytiharkan keputusan persetujuan Majlis Tertinggi
Sarawak untuk menyerahkan Sarawak kepada kerajaan
British. Namun mendapat bantahan daripada pelbagai
pihak terutamanya orang Melayu dan Iban.
Gerakan antipenyerahan Sarawak

Bermaksud gerakan menentang penyerahan negeri


Sarawak kepada kerajaan British berlaku dari tahun 1946
1949.

Disertai oleh
Masyarakat Melayu yang diketuai oleh Datu Patinggi
Abang Haji Abdillah bin Datu Patinggi Haji Kassim.
Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS)
Barisan Pemuda Melayu Sibu (BPM)
Persatuan Dayak Sarawak (PDS)
Faktor gerakan antipenyerahan Sarawak
Perlembagaan 1941

Usaha untuk mendapatkan kemerdekaan menjadi


sukar apabila diserah kepada British.
Tipu Muslihat
Charles Vyner Brooke telah membuat keputusan
sendiri tanpa berunding dengan ketua- ketua
bumiputera dan pemimpin tempatan.
Anthony Brooke tidak dilantik sebagai Rajah Sarawak
Barisan Pemuda Melayu meminta Ahthony Brooke
ditabalkan sebagai Raja Sarawak yang baru. Dengan
memulihkan pemerintahan keluarga Brooke, penduduk
Sarawak boleh menuntut kemerdekaan dengan mudah.
Penentangan dan reaksi British
Golongan antipenyerahan telah menghantar surat
bantahan, kawat dan telegram kepada kerajaan British,
namun tidak diendahkan.

Banyak poster dan sepanduk di merata tempat.


Demontrasi oleh kaum wanita iaitu Cikgu Lily Eberwein,
Puan Syarifah Hajah Sipah Tuanku Othman, Dayang
Fauziah dan Cikgu Ajibah Abol.
Tunjuk perasaan besar- besaran diadakan pada setiap
tahun iaitu 1 Julai yang disertai oleh PKMS, BPM dan
PDS membantah pelantikan Gabenor Sarawak iaitu Sir
Arden Clarkes.
Kerajaan British mendapati golongan antipenyerahan
Sarawak terdiri daripada kakitangan kerajaan dan telah
mengeluarkan satu notis iaitu Pekeliling No. 9.
- Pekeliling No. 9 ialah sebagai amaran kepada
kakitangan kerajaan supaya tidak terlibat dalam
gerakan antipenyerahan.

Kesannya
Pekeliling ini dapat bantahan.
2 April 1947, seramai 338 orang orang kakitangan
kerajaan letak jawatan.
22 sekolah terpaksa ditutup.
56 pelajar Maktab Perguruan Melayu Sarawak
meninggalkan pengajian mereka kerana membantah
pekeliling.
Gerakan penentangan semakin hebat apabila Barisan
Pemuda Melayu (BPM) Sibu mengadakan perhimpunan
yangn dihadiri oleh 250 perwakilan bumiputera dari
seluruh cawangan.
Propaganda British mengekang gerakan antipenyerahan

British cuba melemahkan gerakan antipenyerahan


dengan memecahbelahkan perpaduan kaum.
Menggalakkan penubuhan Young Malay Association
(YMA)
Melaga- lagakan orang Melayu dengan Dayak supaya
betelagah.

Kesan daripada propaganda British


Gerakan antipenyerahan semakin lemah.
Golongan muda dalam BPM menubuhkan Rukun Tiga
Belas.
Dianggotai oleh ahli BPM radikal.
Bersumpah menghapuskan pegawai Eropah dan
pemimpin Melayu bersubahat menyokong British.

Rosli Dhobi ditugaskan membunuh Sir Duncan Steward


(Gabenor Sarawak kedua) semasa lawatan ke Sibu.
Akibatnya
British menggunakan kekerasan untuk melumpuhkan
antipenyerahan.
Dijatuhkan hukuman gantung sampai mati
Mengharamkan persatuan Melayu Sarawak.
Melumpuhkan antipenyerahan.
Mengukuhkan kedudukannya di Sarawak sehingga
1963.
Langkah ke arah berkerajaan sendiri di Sarawak

1946 - Sarawak dibahagi kepada 5 bahagian yang


diketuai oleh Residen, Setiap bahagian dibahagi kepada
beberapa daerah diketuai oleh Pegawai Daerah.
1947 - Majlis Tempatan dibentuk untuk memberi
peluang kepada ahli mengambil bahagian dalam
pentadbiran tempatan.
1956 - Pindaan keahlian Majlis Negeri dah Ahli Majlis
Tertinggi dalam Perlembagaan Negeri Sarawak
berkuatkuasa April 1957 menjadi 10 orang.

Penubuhan parti politik di Sarawak


Parti Negara Sarawak (PANAS)
Tarikh penubuhan: 9 April 1960
Pengasas: Datu Patinggi Abang Haji Mustapha.

Matlamat: - Mewujudkan keharmonian kaum.


- Menuntut pendidikan percuma bagi sekolah
rendah.
- Mempertingkatkan kedudukan politik,
ekonomi dan sosial.
Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP)
Tarikh penubuhan: 12 Jun 1959
Pengasas: Ong Kee Hui dan Stephen Young
Matlumat : - Mewujudkan perpadua dan kesetiaan
kaum
- Menyatupadukan kaum di Sarawak
Persatuan Cina Sarawak (SCA)
Tarikh penubuhan: Julai 1962
Pengasas: William Tan.

Matlamat: - Berusaha ke arah perpaduan orang cina.


Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)
Tarikh penubuhan: 10 April 1961
Pengasas: Stephen Kalong Ningkan.
Matlamat: - Memperjuangkan hak dan kepentingan
orang Iban.
- Mendapatkan kemerdekaan bagi Sarawak.
Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)
Tarikh penubuhan: Ogos 1962
Pengasas: Temenggung Jugah
Matlamat: - Membantu orang Dayak mencapai
perpaduan dan
menjamin hak merka dalam
perlembagaan.
Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA)
Tarikh penubuhan: 4 Disember 1961

Pengasas: Datu Tuanku Haji Bujang bin Tuanku


Othman.
Matlamat: - Menuntut hak istimewa penduduk
bumiputera.
- Mempertingkatkan taraf hidup bumiputera.
Pada November 1962, Perikatan Sarawak dibentuk bagi
menghadapi pilihanraya tahun 1963 dengan memenangi 138
kerusi.

You might also like