You are on page 1of 3

Minit Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK)

SK Jeram, Simpang Tiga Jeram


Bil 2/2016

Tarikh: 10-05-2016 (Selasa)


Masa: 12.30 tengah hari
Tempat: Bilik Gerakan
Hadir:
Ruzaidi Bin Sidek

Naib pengerusi

Azhani Binti Ahyar

Setiausaha

Nor Azziaty Bt Abdul Rahman

Bendahari

Wan Muhammad Bin Wan Deraman

Bendahari Kedai buku

Dzaidatulnur Binti Sohandi@Wandi

AJk

Mohd. Zulkifli bin Mat Junoh

AJk

Mahathir Bin Ismail

AJk

Muhammad Akmal Bin Azlan

AJk

Murnizahayu Binti Aripin

AJk

Norhazliza Binti Mohamed Noh

AJk

Turut Hadir:
Tidak hadir bersebab:
Ahmad Khumaizi bin Aspani

(Jurulatih Hoki)

Urus setia mesyuarat:


1. Puan Azhani binti Ahyar

Setiausaha Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan

Catatan mesyuarat:
1. Perutusan pengerusi
1.1.Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran AJK tertinggi pada
mesyuarat AJK BKGK kali kedua sesi 2016.
1.2.Pengerusi menyatakan kekesalan kerana perpindahan pengerusi Badan
ke sekolah baru
2. Pengesahan minit mesyuarat

2.1.Mencadangkan: Mohd. Zulkifli bin Mat Junoh


2.2.Disokong: Dzaidatulnur Binti Sohandi@Wandi
3. Perkara-perkara berbangkit
3.1.Sumbangan RM1000 dari YDP PIBG telah dilluluskan. Setiausaha perlu
membuat surat dan diserahkan kepada setiausaha PIBG. Wang tersebut
akan dimasukkan ke dalam akaun Badan
3.2.AJK tertinggi telah bersetuju untuk menghadkan lawatan penanda aras
kepada satu sahaja dalam setahun. Lawatan pada tahun ini telah
diadakan pada 31 Januari 2016 ke SK Kemasik, Terengganu.
3.3.Bekas pengerusi telah membuat tinjauan harga dan senarai pembekal.
Perkembangan status baju korporat akan dibertahu kemudian berikutan
perpindahan mengujut pengerusi ke sekolah lain.
3.4.Pada bulan Mei sehingga ke tarikh mesyuarat ini diadakan, kedai buku
sudah mendapat pulangan modal.
3.5.Hari keluarga pada tahun ini dicadangkan pada 26 & 27 November 2016
iaitu pada hari Sabtu dan Ahad (hujung minggu)
4. Pembentangan laporan/ isu
4.1.Sambutan hari guru 2016
4.1.1. Sambutan hari guru akan diadakan pada 25 Mei 2016.
4.1.2. Sambutan pada tahun ini adalah bertemakan kerjaya. Guru-guru
serta ahli badan yang lain digalakkan untuk memakai pakaian
seragam yang menunjukkan kerjaya lain selain dari guru.
4.1.3. Sambutan akan diadakan di dewan dan para guru perlu membawa
hadiah untuk upacara tukar-tukar hadiah. Bajet adalah bermula dari
RM30-RM50
4.1.4. Pembahagian AJK perlu dilakukan dengan kadar segera untuk
melancarkan perjalanan majlis.
4.1.5. Bersempena dengan sambutan hari guru Badan akan membuat
dedikasi barangan kepada murid-murid untuk diberikan kepada guruguru pilihan mereka.
4.1.6. Barang-barang dedikasi akan diputuskan kemudian. Harga adalah
sekitar RM2.00
4.1.7. Pada hari berkenaan, tiga orang guru tidak dapat turut serta iaitu
En Mahathir Bin Ismail, En. Ahmad Khumaizi bin Aspani dan Pn.
Armiza binti Din.
4.2.Majlis perpisahan En. Amaludin bin Che Mahmood
4.2.1. Majlis akan diadakan sekali dengan sambutan hari guru. Walau
bagaimanapun, Majlis perpisahan ini menjadi keutamaan dan akan
didahulukan.
4.2.2. Majlis perpisahan ini akan diadakan sebelum rehat dan akan
dipanjangkan
kepada
murid-murid
untuk
tujuan
memberi
penghargaan kepada En. Che Amaludin bin Che Mahmood.
5. Hal-hal lain
Tiada
6. Penutup
6.1.Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatan kuasa yang
hadir pada mesyuarat kali ini.
6.2.Tarikh mesyuarat bilangan ketiga akan diputuskan kemudian oleh
pengerusi.
6.3.Mesyuarat telah ditagguhkan pada jam 1.30 petang.

Urus setia
Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan
SK Jeram
Tarikh: 12 Mei 2016

You might also like