You are on page 1of 27
OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir bab ini, anda akan dapat 1. menerangkan bentuk kerajaan awal di Asia Tenggara. 2. menghuraikan pembentukan tamadun awal di Asia Tenggara. 3. menyenaraikan ciri kerajaan agraria dan kerajaan maritim. 4, mengenal pasti pengaruh agama Hindu dan Buddha dalam perkembangan tamadun awal di Asia Tenggara. Kata-kata hikmat oleh George Santayana (ahli falsafah) “Those who cannot remember the past are condemned to repeat it.” (The life of Reason, Volume 1;1905) weds ae “/Sudut Qa Maklumat _*’ Bukti kewujudan tamadun ‘awal Asia Tenggara ‘Sumber China meneatatkan, KangTai dan ‘Chu Ying pemah dihantar sebagai utusan China ke Funan pada tahun 245-250 Dikisankan raja Funan Kaundinya. Bahkan sejarawan bemama G. Coedes menyatakan Funan Jalan kerajaan Melayu yang Melayu yang kedua tortua alah Champa yang woud pada selstar aktir abad Kedua ( 137M.) dan ikenal sebagat Lin-Yi Hanya pada ebad ketujuh, banulah kerajaan int ikenat sebagat Champa. Pengenalan Kejayaan manusia yang hebat ialah pencapaian mereka dalam membina serta mengasaskan empat tamadun besar dunia, iaitu Mesopotamia, Mesir Purba, Indus, dan Hwang Ho pada tahun 3500 S.M.. Tamadun awal ini telah diteruskan dan dikembangkan oleh empat tamadun utama, iaitu Yunani, Rom, India, dan China pada sekitar tahun 800 S.M. hingga 200 S.M.. Kejayaan tamadun dunia ini juga tidak bererti bahawa manusia yang mendiami wilayah ini saja yang telah mencapai kemajuan kerana hal yang sama juga telah berlaku kepada manusia yang mendiami kawasan Asia Tenggara. Dari segi geografi, Asia Tenggara boleh dibahagikan kepada dua, iaitu Tanah Besar Asia Tenggara dan Kepulauan Asia Tenggara. Kewujudan tamadun awal di Tanah Besar Asia Tenggara terbukti dengan kemunculan kerajaan awal seperti Funan, Chenla, Angkor, Sukhotai dan Ayuthia. Sementara tamadun awal di Asia ‘Tenggara terutama di Kepulauan Melayu boleh dibahagikan kepada dua, iaitu yang wujud di Tanah Melayu, seperti kerajaan Kedah Tua, Gangga Negara dan Langkasuka. Manakala tamadun awal Asia Tenggara seterusnya adalah di Kepulauan Indonesia yang dibuktikan dengan kewujudan kerajaan Srivijaya, Majapahit, Singhasari dan Mataram. Peta lokasi kerajaan aval di Asia Tenggara, 72 rama orl ata Tenaeara Untuk membuktikan jangka masa kemunculannya, para Tahukah sejarawan tempatan telah menggunakan sumber bertulis dan artifak 8 arkeologi. Sebagai contoh sumber dari China pernah menyatakan tentang kewujudan kerajaan Funan pada pertengahan abad ketiga achea neal Masihi. Ini membuktikan bahawa Funan ialah kerajaan terawal di | {okas soni pahalan atea, Asia Tenggara yang berkemungkinan telah wujud semenjak abad | yang berkembang t India. kedua Masihi, Sementara data arkeologi pula menunjukkan bahawa | Snes\Kuesagn sm kewujudan Funan bermula semenjak abad ketiga Masihi. Ini | jaraknya lebih kurang 128 dibuktikan dengan jumpaan seni arca berunsur Hindu dan Buddha | omster dan panta’ tur yang langgamnya dipengaruhi oleh langgam seni arca Amaravati | {enoenere cobagei dari India. pusat pahatan yang lebih Pada tahap awal, tamadun di Asia Tenggara telah menjalin | ‘tumpu kepada arca hubungan diplomatik dengan kerajaan China dan hubungan | (Zyetposs nase vektar kebudayaan dengan India, Walau bagaimanapun, hubungan antara | tahun 150-250 M. kawasan petempatan awal di Asia Tenggara telah wujud semenjak | {ize Yad Denpunrat Zaman Logam, terutama hubungan perdagangan. Ini terbukti | yang terdapat di Amaravali apabila artifak gendang gangsa Dongson yang dihasilkan di | ‘“tkaltkan dengan Dongson, Vietnam Utara, turut ditemui di Batu Buruk, Besut, | Pun Arerava (Terengganu), Sungai Tembeling (Pahang), Sungai Klang (Selangor), ‘Thailand, Indonesia dan Myanmar, Bahkan hubungan perdagangan antara Rom dengan kawasan petempatan Asia Tenggara juga telah wujud. Ini dibuktikan dengan persamaan artifak manik yang dijumpai di Kuala Selinsing (Perak), di Kota Tinggi dan Muar | (Johor), serta di pantai barat dan selatan Thailand. Justeru, kawasan di atas merupakan antara petempatan awal yang penting di Asia Tenggara dan berperanan sebagai pembekal bahan mentah seperti timah untuk diprases menjadi gendang gangsa di Dongson, dan juga sebagai pelabuhan pembekal. Ini adalah kerana petempatan tersebut juga terletak berhampiran | dengan sungai. Sungguhpun demikian, petempatan awal tersebut belum dapat ditakrif sebagai kerajaan kerana pemerintahnya belum Arca Buddha Asia bergelar raja. Tenggara abad ketiga Berdasarkan bukti-bukti di atas ‘Marthe degen langage pembentukan tamadun awal di Asia a: Tenggara dapat dil an seiring dengan Sarees ace perkembangan perdagangan maritim. Toone Perdagangan maritim ini pulaberkembang London Thames andi bersama-sama dengan kemahiran dalam aa ch! pembuatan kapal layar dan perahu. Tanpa kapal layar dan perahu, perdagangan mmaritim mungkin sukar untuk wujud dan kerajaan maritim pula mungkin kurang, berperanan. Bukti arkeologi seperti jumpaan manik dan tembikar juga Geniang gangeu Dongson, menunjukkan bahawa perdagangan Vietnam Utara bao Tn 'Sudut maritim di Asia Tenggara telah berkembang semenjak abad kelima G2 Makiumat_"3. Sebeliim Masihi. Sementara pembentukan tamadun awal pula ee berlaku pada abad kedua atau ketiga Masihi. Ini menunjukkan Wem casa cack | bahiiiva;proscs peinbiatacar kerajanrt dalant timiddn awal di Aaia percogengen vera Tenggara amen gorbbdl maaan lebih Fiteang 600’ hinega 700 tahun mendapat sambutan kerana seperti yang dapat dilihat dalam jadual di bawah. then sere removes | | Kerajaan Kerangka Masa ‘tujuan sosial lainnya. Manik cafgwitoces tere ton, | | eee! ee | ee Abad kedua hingga abad terdepat dalam pebagal | | Langkasuke kolima Sebelum Masihi saiz, bentuk dan wama ‘Tun Sun (Selatan Thailand) Chih-tu (Kelantan) Manik Zaman Logam. Srivijaya (Palembang Sumatera) Abad ketujuh Sebelum Masihi Dvaravati (Selatan Thailand) € & eeu Sailendra (Jawa Tengah) Manik beet wal di Malaysia. 1. Berdasarkan sumber dari China, nyatakan pendapat anda tentang kemunculan kerajaan awal di Asia ‘Tenggara. 2 Speen ae ang menunjukkan perdagangan maritim. ar rent lop ot aaiatcapyane pode seatiolann Sebelum Masihi? 3. Senaraikan faktor yang membawa kepada kemunculan kerajaan awal di Asia Tenggara. TA remcun smal tia Terenas Bentuk-Bentuk Kerajaan Awal Kerajaan yang muncul dalam tamadun awal di Asia Tenggara boleh dibahagikan kepada ua, iaitu kerajaan agraria dan kerajaan maritim. Pembahagian ini adalah berasaskan aspek kedudukan geografi dan sosioekonomi. Kerajaan agraria ialah kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian, penternakan, dan pemungutan hasil hutan dan sungai. Kerajaan ini terbentuk umumnya di kawasan pertanian yang subur seperti di lembah sungai, Kerajaan ini terbentuk umummya di kawasan pertanian yang subur seperti dilembah sungai. Contohnya kerajaan Dvaravati di Sungai Menam (Thailand) dan di Sungai Irrawaddy (Myanmar), kerajaan Sungai Merah (Vietnam), dan kerajaan Sungai Mekong (Kemboja, Laos dan Vietnam). Selain itu, kerajaan agraria juga terdapat di kawasan pedalaman seperti di kawasan berbukit dan di lereng tanah gunung berapi. Contohnya, kerajaan Taruma di Tanah Tinggi Dieng (Indonesia). Antara kerajaan agraria awal yang terkenal ialah Sailendra (Jawa Tengah), Angkor (Kemboja) dan Sukhotai(Thailand). Walau bagaimanapun, terdapat juga kerajaan agraria yang kemudiannya berkembang menjadi kerajaan maritim, contohnya, kerajaan Funan. Kerajaan maritim pula ialah kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan perdagangan dan kelautan, serta berfungsi sebagai pelabuhan. Kerajaan ini terletak berhampiran dengan kawasan di pesisir pantai, lembah sungai dan kepulauan. Contohnya kerajaan Srivijaya di Sungai Musi, kerajaan Kedah Tua di Sungai Merbok dan Sungai Muda, dan kerajaan Tiumah di Pulau Tioman (Pahang). Kerajaan Agraria Seperti tamadun awal lain di dunia, tamadun awal Asia Tenggara, terbentuk secara evolusi. Kemunculan kerajaan awal di Asia Tenggara bermula dengan kewujudan petempatan kekal di kawasan yang subur seperti di lembah-lembah sungai. Petempatan ini kemudiannya berkembang sehingga melahirkan bandar dan akhirnya menjadi kerajaan. Dilembah sungai tersebut, tanaman utama yang diusahakan ialah padi kerana kawasan itu mendapat bekalan air yang mencukupi untuk penanaman padi sawah. Sementara padi huma pula ditanam di kawasan tanah tinggi atau bukit yang kurang mendapat bekalan air dengan dibuat teres dan relung. Selain padi, tanaman sampingan yang turut diusahakan oleh masyarakat agraria ialah jagung, pisang, keledek, dan sayur-sayuran. Masyarakat agraria juga menghasilkan pelbagai jenis rempah seperti cengkih dan lada hitam serta mengumpulkan hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus, tanduk, gading, damar, kayu cendana, dan pelbagai jenis buah-buahan. Sarang burung dari gua diambil untuk tujuan perdagangan. Masyarakat agraria turut terlibat dengan kegiatan menangkap ikan di sawah, paya, dan sungai, malah ada juga yang berusaha mendapatkan kulit kura-kura. Selain itu, kegiatan menternak binatang seperti lembu, kerbau, kambing, dan ayam turut diusahakan. Pada tahap awal, pertanian bertujuan untuk menyara diri sahaja. Namun, apabila terdapat lebihan daripada hasil ternakan dan tanaman tersebut, lebihan itu akan dipasarkan atau dibekalkan untuk memenuhi keperluan penduduk yang tidak terlibat dalam pertanian, khususnya masyarakat bandar atau penduduk kerajaan maritim. Perkembangan pertanian dalam kerajaan agraria turut dipengaruhi oleh pembinaan sistem pengairan yang baik, Contohnya, perkembangan pertanian di Funan dan Angkor adalah disebabkan terdapatnya sistem pengairan yang bersumber dari Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap. Sistem pengairan yang baik dapat dilaksanakan kerana raja sendiri terlibat dalam pembinaannya. Bahkan kerajaan bertanggungjawab secara langsung dalam sistem pengairan tersebut. Contohnya, pada zaman pemerintahan Raja Indravarman I g% Sudut ) Maklumat. Funan Funan walaupun pada tahap awal ialah kerajean agraria tatapi kemudiannya berkembang menjadi kerajaan mariim. Perkembangan ini disebabkan olch kedudukan Oc-eo yang terletak di muara Sungai Mekong dan terlindung daripada tiupan angin dar “Teluk Siam, oi samping mempunyai kemudahan pelabuhan serta kemudanan mendapatkan bekalan minuman dan makanan ‘Asal usul Angkor httpd www. otago.ac.ma/ Antnropology/Angkor! Laman ini memaparkan ‘sejarah arkeologinya serta ‘gambar artiiak yang ditemui ‘dl tapak gall carinya. TE teach nal sa Tenssna (877 M.). Beliau telah membina sistem pengairan dan baray yang ‘Sudut mampu mengairi tanah seluas 12.5 juta ekar. Kesannya, hasil padi Maklumat dari kawasan tersebut telah dapat menampung keperluan beras | 9, kerajaan Angkor yang juga merupakan keperluan asas rakyatnya. | Tempattakungan air Kerajaan Angkor merupakan kerajaan agraria yang kuat dan | bualanmanusia yang agung yang terletak di Lembah Sungai Mekong. Faktor utama | [oecaN OS0eg yang membolehkan kerajaan Angkor menjadi sebuah kerajaan | airctakungkan eupaya agraria yang kuat ialah kedudukannya yang berhampiran dengan | dapatctsalvkan pode Tasik Tonle Sap. Air Tasik Tonle Sap ini datang dari Sungai Mekong, | frengain sawah padi manakala tanah di sekitarnya amat subur dan mempunyai iklim | solan dadikan ar panas lembab sepanjang tahun. Keadaan iklim sedemikian amat | ™"uman. sesuai untuk pertanian khususnya penanaman padi. Kepentingan Tasik Tonle Kerajaan Angkor juga bergantung pada sumber ikan airtawar | 5 tone Sap yang banyak diperoleh dari Tasik Tonle Sap. Malah, Tasik Tonle | memainkan peranan Sap turut menjadi punca air utama untuk mengairi sawah selain | Penting kepada kerajaan menjadi punca bekalan air minum. Oleh sebab kawasan Tonfe Sap | {eter sun berupaya menampung keperluan makanan penduduk yang besar sumber air minuman. jumlahnya, maka, kepentingan dan peranan Tasik Tonle Sap | 2 Pada musim banjr tethadap penduduk Angkor semakin berkembang. Sirol Mie aoe Daripada perbincangan di atas, kita mengetahui bagaimana ‘mengalit ke Tasik Tonks kerajaan agraria pada awalnya bergantung pada sumber alam | S#.Pada musi seperti tanah dan hasil hutan untuk meneruskan kehidupan. | renal 00 78 Dengan kecekalan, masyarakat mereka akhirnya telah dapat kaiomater persegi berkembang serta membentuk sebuah kerajaan yang berdikari | * P3* msm keviarsu le testa dan mempunyai sistem pentadbiran yang teratur. Mereka juga | Tasi Toni Sap akan telah berusaha untuk menguasai alam sekitar seperti membina | "enact subur sistem pengairan agar dapat membaiki tarafhidup dan seterusnya | {edbathan mendanan jaya membina rumah ibadat yang terkenal. Jadi, kita boleh | 4. Tasik Tonle Sap ug mengambil iktibar bahawa kita juga boleh maju sekiranya | "enekahansurber mampu memanfaatkan setiap kurniaan Tuhan dengan sebaik- ae baik mungkin dan yang penting kita perlu berusahadan jangan | _ Sekt, mudah berputus asa. Sap dapat daickan ke kawasan, penanaman padi fengun menpguniakan terusan dan sistom engaran, 3. Sumber air dari tasik i dapat menampu | Senaralkan tiga citi vitama ketajoan agraria. | teeta Parana . Senaraikan hasil kegiatan ekonomi kerajaan agraria. prabor los i mencukupt umtuk . Jelaskan faktor-faktor yang menyumbang kepada Penduduk Angkor dan kemajuan pertanian kerajaan agraria, aoe . Mengapakah Tasik Tonle Sap penting kepada kehidu; deen rt _masyarakat Angkor? ees aty ps i Kerajaan Maritim Kerajaan maritim umumnya terletak di lembah sungai di kawasan pesisir pantai dan di kepulauan. Contoh kerajaan maritim yang utama ialah Langkasuka (Sungai Yarang), Kataha/Chieh-cha /Kedah Tua (Sungai Merbok dan Sungai Muda), Chih-tu(Sungai Kelantan), Srivijaya (Sungai Musi), Mo-lo-yu (Sungai Batang Hari), Kalah (Gungai Takuapa), Fo-lo-an (Sungai Terengganu), Peng-keng (Sungai Pekan,Pahang), dan Tiumah (Pulau Tioman), Peta menusjukkan tokasi kerajaan maritim di kepulauan Melayu. g%Sudut &o! Maklumat _ Pelabuhan pembekal Pelabuhan terawal antara pelbagai jenis pelabunan Peranannya adalah untuk bekalan makanan kepada pedagang yang singgah untuk mendapatkannya, Di petempatan ini, pada peringkat awal, anggota masyarakatnya menjalankan kegiatan menangkap ikan dan memungut hasil laut. Petempatan ini kemudian berkembang menjadi perkampungan nelayan. Ada antara petempatan ini merupakan kawasan pengeluar bijih logam seperti emas dan timah. — Apabila kegiatan ekonomi mereka ini membawa hasil yang melebihi keperluan masyarakat setempat, maka, lebihan ini telah diperdagangkan di kalangan petempatan tersebut, Dengan itu, ada antara petempatan tersebut yang berkembang dengan peranannya sebagai tempat berdagang. Perkembangan seterusnya telah menjadikan kawasan tersebut pelabuhan pembekal. Pelabuhan ini mendapat bekalan hasil tempatan, iaitu logam emas dan timah, hasil hutan seperti kayu gaharu, rotan, damar, hasil laut dan juga makanan, Pelabuhan pembekal ini telah ZB raracun aa sia Tener disinggahi oleh para pedagang yang mahu mendapatkan bekalan pa tersebut, Antara pelabuhan pembekal ini termasuklah Jenderam W ar Hilirdan Klang (Selangor), Kuala Berang (Kuala Terengganu), dan Kuala Selinsing (Perak). Daripada pelabuhan pelabuhan ini telah berkembang dan maju serta mendapat status pelabuhan kerajaan apabila wujud kerajaan di situ. Contohnya Champa, Kedah Tua, Langkasuka dan Srivijaya. Pelabuhan kerajaan ini masih berperanan sebagai pelabuhan pembekal dan tempat berdagang. Pada awalnya pelabuhan ini berdagang dengan kawasan yang berhampiran dengannya, contohnya Champa dan Langkasuka. Kedua-duanya berkembang kerana pelabuhannya menjadi tarikan kepada pedagang yang berdagang dari pesisir pantai Teluk Siam, Kemboja, Vietnam, China Selatan, hingga ke India dan Barat. Pelabuhan kerajaan seperti Kedah Tua dan Srivijaya yang terletak di Selat Melaka dan Selat Sunda telah menjadi kawasan perdagangan yang amat strategik, Ini adalah kerana kedudukannya | di laluan perdagangan di antara China dan India telah menyumbang kepada perkembangannya menjadi pelabuhan entrepot apabila menjalin hubungan dagangan dengan kerajaan__ besar seperti China dan India. Pelabuhan ini memperdagangkan hasil buminya seperti logam, hasil hutan dan laut, serta hasil dari kerajaan lain yang dibekalkan kepadanya, Logam emas dan timah telah menarik pedagang asing ke pelabuhan kerajaan ini, menyebabkan _ Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera dikenali sebagai Suvarnadvipa (Semenanjung Emas) dan Suvarnabhumi (Bumi__ Emas). Dalam catatan Yunani oleh Ptolemy terdapat nama Golden | Khersonese yang memberi makna Semenanjung Emas. Bukti-bukti_| itu menunjukkan bahawa orang India dan Yunanitelah mengetahui | bahawa Semenanjung Tanah Melayu merupakan kawasan yang kaya dengan emas sejak awal abad Masihi lagi. Ciri lain kerajaan maritim juga dapat dilihat pada penduduknya, Penduduk kerajaan maritim terdiri daripada orang tempatan, orang laut, dan pedagang luar. Jadi, mereka telah | menggunakan lebih daripada satu bahasa. Namun begitu, bahasa | perhubungan masyarakat maritim ialah bahasa Melayu yang telah _ menjadi bahasa perhubungan atau lingua franca di Asia Tenggara. Penggunaan bahasa Melayu di Asia Tenggara sebagai bahasa perhubungan telah lama berlaku. Keadaan ini adalah kerana pada zaman kerajaan awal, orang Melayu merupakan pelaut, pedagang, dan peneroka yang terulung di Asia Tenggara. Oleh sebab orang, Melayu mempunyai pelabuhan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan serta kedudukannya yang strategik, petempatan mereka akhirnya muncul sebagai kuasa politik seperti Champa dan Srivijaya. Pelabuhen kerejean Pelabuhan yang pada asainya merupakan pelabuhan pembokal {etapi kemudiannya ‘menjadi pelabuhan kerajaan apabiia petempatan tersebut | berkembang dan menjadi sebuah negen berperanan membekalkan hasil tempatan dan hasil kawasan takluknya kepada pedagang antarabangsa yang berdagang di pelabuhannys Pelabuhan inijuga berperanan membell barangan danpada pedagang anterabangsa dan mangedarkannya kepada pedagang yang datang Gari pelabuhan sekitarnya dan kawasan takjuknya: Lingua franca Bahasa yang cituturkan secara meluas dan digunakan dalam petbagai perdagangan. perkembangannya juga dapat diinat pada beberapa tinggaian arkeoieg! seperti batu bersurat di Srvjaya pada aad ketujun hingga ketiga beias Masihi yang menggunakan bahasa Molayu aati 79 Perkembangan kerajaan maritim juga didorong oleh semangat masyarakatnya untuk meneroka dan berdagang dengan masyarakat di luar kawasannya. Mereka mampu belayar untuk berdagang ke kawasan yang jauh kerana mempunyai kemahiran membuat perahu dan kapal layar. Perahu yang dibina digunakan untuk perdagangan jarak dekat. Sementara kapal layar digunakan untuk perdagangan jarak jauh. Selain itu, mereka juga mengetahui kaedah untuk menuju ke sesuatu tempat berpandukan bintang di langit. Pada hari ini, kita masih dapat melihat warisan tradisi pelayaran masyarakat Asia Tenggara, iaitu perahu atau kapal layar yang besar seperti kapal orang Bugis. Tinggalan perahu layar abad kelima dan zaman-zaman selepasnya dapat kita lihat di Muzium Pekan, Pahang. Antaranya termasuklah perahu abad kelima Masihi yang dijumpai di Kuala Pontian, Pahang, dan juga tinggalan perahu abad ke-18 yang ditemui di Kuala Ketil, Kedah, yang kini dipamerkan di Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Kedah. antara kepingan kayu yang merupaken sebahagian Sumber. Nik Hassan Shunaimi Nik Abdul Rahman (ec), 1998. The Encyclopecia of Malaysia Vol 4. Singapore: Editions Didier Millet. ‘Tinggalan perahu layar yang telah dibina semucla itu dipamerkan, di Muzic Negeri, Pekan, Pahang. Valau bagaimanapun, kita tidak seharusnya hanya berbangga mempunyai ang mahir dan berani melayari lautan luas beberapa abad lalu atau empunyai bahan tinggalan sejarah yang boleh dilihat di muzium, Yang lebih penting pada itu ialah generasi sekarang seharusnya mempunyai semangat meneroka. Tradisi pelaut itu harus dihayati agar aktiviti ekonomi kita pada zaman moden ini dapat dipelbagaikan. Generasi muda harus berani menceburi bidang perdagangan laut malah ja menghidupkan kembali kegiatan dan kegemilangan lampau dalam bidang pelayaran dan perdagangan maritim. Srivijaya dari abad ketujuh Masihi hingga abad ke-13 Masihi merupakan kerajaan maritim terulung di Asia Tenggara. Antara ciri kerajaan maritim Srivijaya termasuklah memiliki bala tentera laut yang besar dan yang dianggotai oleh pelbagai golongan rakyat termasuklah orang laut. Fungsi tentera laut itu adalah untuk mengawal perdagangan di Selat Melaka dan mengawal keselamatan kerajaan. Oleh sebab pelabuhannya yang baik dan kedudukannya yang strategik di Selat Melaka, Srivijaya telah menjadi tempat persinggahan kapal yang berdagang di antara India dan China. Di pelabuhan ini terdapat BO amacin svat Aa Tenagara hasil dan barangan untuk perdagangan antarabangsa yang dibekalkan oleh kawasan pemerintahannya dan wilayah taklukannya. Dengan itu, Srivijaya telah berperanan sebagai kuasa maritim utama di Asia Tenggara. Menurutcatatan I Tsing pada tahun 671 M., pelabuhan Srivijaya turut dikenali kerana mampu menghasilkan kapal besar. Sebuah lagi kerajaan maritim yang disebut dalam sumber dari China dan India ialah Kedah Tua (Chieh-cha/ ‘Kataha) yang terletak di Lembah Bujang. Kerajaan ini berkembang antara abad kelima hingga ke-13 Masihi. Kemunculan kerajaan Kedah Tua mempunyai kaitan dengan kerajaan Srivijaya. Bahkan Srivijaya dan Kedah Tua pernah disebut —secara bersamaan dengan nama Shih- e li-fo-shi/Kataha pada zaman Peta lokasi Srivijaya dan empayar Srivijaya kebangkitan Kedah Tua. Kerajaan ini telah menjadi pelabuhan entrepot sejak abad kelima Masihi lagi. Kerajaan Srivijaya yang >= 7q,g-———— muncul pada abad ketujuh Masihi turut mempengaruhi peranan A) Mak/umat Kedah Tua_sehingga abad ke-13 Masihi. Kerajaan Kedah Tua oa i terletak di Sungai Mas dari abad kelima hingga abad ke-11 Masihi | S29 aya sebelum beralih ke lembah Sungai Bujang dari abad ke-11 Masihi | berdasarcan sebutan hingga abad ke-13 Masihi. Pada abad kelima hingga abad ke-10 | Sha. Masihi, penduduk Kedah Tua menganut agama Buddha dan selepas Chieh-che abad ke-I1 Masihi, mereka menganut agama Hindu pula. Ini | Seovian ham beasa dibuktikan dengan tinggalan candi berunsur Hindu dan Buddha | {is¥ang meruuk pada yang berjumlah sekitar sembilan buah yang telah dibina kembali hasil daripada penyelidikan arkeologi dan penemuan arca Hindu- Buddha. Disebelah utara kerajaan Kedah Tua ialah kerajaan Kalah yang terletak di Sungai Takuapa. Kedah Tua juga merupakan pelabuhan dan kerajaan yang tertua di pantai barat Semenanjung Tanah Melayu. Bukti peranannya sebagai pelabuhan entrepot sebelum Melaka adalah berdasarkan jumpaan tembikar China yang dihasilkan pada Zaman Dinasti Tang, iaitu pada abad ketujuh Masihi, Zaman Dinasti Song = Pada abad ke-10 Masihi, dan Zaman. Dinasti Yuan pada abad ke-10 Tembikar Qing Pas sabre 81 Serpihan tembikar China Dinasti Song dan Yuan. hingga abad ke-13 Masihi. Disamping itu, pelita tembaga dan tembikar dari Timur Tengah bertarikh sekitar abad kesembilan dan abad ke-10 Masihi telah turut dijumpai, Selain jumpaan tersebut, pelbagai jenis manik yang merupakan barang dagangan dari beberapa tempat seperti India, Sri Lanka, dan Burma telah turut ditemui. Jumpaan bahan dagangan itu jelas menunjukkan bahawa Kedah Tua merupakan sebuah pelabuhan entrepot. Perkembangan pelabuhan Kedah Tua turut dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti terdapatnya Gunung Jerai yang menjadi panduan kapal pedagang yang keluar masuk terutama pada waktu malam melalui nyalaan api. Selain itu, perkembangannya juga dipengaruhi oleh kedudukannya yang strategik di laluan Selat Melaka yang terlindung daripada tiupan angin monsun barat daya dan timur jaut, serta adanya kemudahan menyimpan barang dagangan dan kekayaan hasil hutan seperti damar, rotan, dan sumber bumi seperti timah. Sementara barang dagangan yang diperoleh dari luar ialah kain kapas, sutera, teh, tembikar, kaca dan manik. hu gumung yang tertnggi di Kedah, pada masa dat menjadi tandearak kapl pecageng. 1, kint di Gunung Jerai terdapat stesen pemancar bagi siaran radio dan televisyen “Terman tal ie Tengsare Walaupun kita mengkategorikan kerajaan awal di Asia Tenggara kepada kerajaan maritim dan agraria, namun, pada asasnya kedua-dua jenis kerajaan ini saling bergantung antara satu sama lain atau saling melengkapi. Contohnya, ‘kerajaan agraria seperti Sailendra di Jawa Tengah mempunyai penduduk yang ramai hingga dapat membekalkan tenaga kerja yang mencukupi serta mempunyai sistem pertanian yang baik hingga tah aap menghasilkan sumber makanan utama, iaitu beras dan membekalkannya kepada kerajaan maritim yang lain. Beras menjadi dagangan utama antara kerajaan maritim dengan kerajaan agraria. Kerajaan agraria bergantung pada kerajaan maritim untuk mendapatkan barangan mewah dari negara luar seperti China dan India. Barangan mewah itu akan dijadikan sumber kekayaan dan keagungan kerajaan agraria. Antara barang meweh itu termasuklah tembikar asing khususnya tembikar China. Barang mewah yang lain ialah tekstil dari India dan China serta pelbagai jenis gelas dan manik. Sebagai tukarannya, kerajaan agraria telah membekalkan keperluan makanan dan hasil hutan kepada kerajaan maritim. Konsep saling melengkapi juga dapat dilihat bagi mendapatkan bahan mentah seperti kayu dan juga binatang kenderaan seperti gajah. Bagi mendapatkan bahan kayu yang baik untuk membuat kapal, kerajaan maritim di Asia Tenggara terpaksa mendapatkannya daripada kerajaan Pegu di Burma. Begitu juga dengan gajah untuk kenderaan raja, diperoleh dari Burma dan Siam. Biasanya, tukang kayu dan tukang batu yang baik terdapat dalam kerajaan agraria. Maka, keperluan kerajaan maritim untuk mendapatkan tukang itu telah dapat dipenuhi oleh kerajaan agraria. Kedudukan negara kita yang strategik di perairan Nusantara yang menjadi laluan perdagangan antarabangsa tetap kekal hingga ke hari ini. Jadi, amatlah bersesuaian kerajaan sekarang memanfaatkan keadaan ini. Pembinaan, penambahan, dan pembaikan kemudahan pelabuhan Kelang dan Tanjung Pelepas di samping pelabuhan lain tentu akan memberikan keuntungan kepada rakyat dan negara. Langkah tersebut, di samping membawa keuntungan pada zaman ini, iaitu melalui peningkatan hasil daripada perdagangan antarabangsa, menambahkan peluang pekerjaan kepada rakyat. Hal ini juga akan mengembalikan kegemilangan masa lampau negara kita. Inilah yang akan membolehkan kita menghayati kesinambungan sejarah biarpun kita hidup pada zaman. serba moden. 1. Nyatakan tiga ciri utama kerajaan maritim, . Jelaskan peranan pelabuhan kerajaan maritim. Mengapakah penduduk kerajaan maritim mampu menjadi pelaut yang hebat? |. Terangkan usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan Srivijaya untuk menjadi kuasa maritim utama di Asia Tenggara. Mengapakah kerajaan maritim mengamalkan sikap berbaik-baik dan bekerjasama dengan Kerajaan agraria? Sudut Pengaruh Agama Hindu dan Buddha dalam Maklumat Kerajaan Awal pengenhiebedayaan | SeDelum kedatangan pengaruh kebudayaan India, masyarakat Asia dari indis. Tenggara secara umumnya telah mengembangkan budaya sendiri ee een semenjak dari Zaman Logam. Antara bentuk amalannya eon termasuklah kepercayaan animisme. Tetapi, mulai abad ketiga dapat dihat berdasartan | Masihi, setelah wujud perhubungan dengan kerajaan India, pennaoalan cata sg | Masyarakat Asia Tenggara mula menerima dan mengamalkan diLembah Bujang yang | beberapa aspek kebudayaan kerajaan tersebut. Ini termasuklah ‘eiriHindu | sistem kepercayaan dan agama, sistem pemerintahan beraja, aoueeae | kesenian dan kesusasteraan. Warisan amalan itu sedikit sebanyak enunjuigkan ci | masih kekal dalam kebudayaan masyarakat Asia Tenggara hingga ae noe: | ke hari ini, misalnya, agama Buddha yang masih diamalkan di menaudanan nas | Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam. dan Buddha, | Budde Aenvjerajuga | Cara-Cara Kedatangan Pengaruh Hindu dan data ra Buddha fronyatskan @/arojaye | Tetdapat beberapa pendapat sejarawan tentang kedatangan tercapat sekitar 1000 pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara. Pendapat yang ‘bhiksu yang mempetajari pertama mengatakan bahawa pengaruh India telah dibawa oleh golongan Ksyatria atau tentera, Mengikut pendapat ini, pengaruh mereka melanjtkan itu dibawa dan disebarkan oleh golongan penakluk dari India yang pelajaran met Nalanda. membentuk tanah jajahan takluk di Asia Tenggara. Pendapat kedua eta cust cni pula mengatakan bahawa pengaruh tersebut dibawa oleh ‘Tibet, peman belajar pedagang atau vaisya. Pendapat ketiga mendakwa pengaruh itu ee dibawa oleh golongan Brahmin atau pendeta. Pendapat keempat pula mengatakan bahawa proses itu berlaku melalui pengambilan tempaten dengan unsur | aspek-aspek kebudayaan India yang menarik sahaja yang india. kemudiannya disesuaikan dengan budaya tempatan untuk Doe” diamalkan. Walau bagaimanapun, para sejarawan bersetuju dan Buddha di Asia Tenggara | menerima pendapat keempat. Ini diperkuat lagi oleh kajian ahli Jol menunjudran arkeologi, berdasarkan jumpaan seni arca yang kasar yang Siucroseee an“? | mempunyai langgam bercirikan Asia Tenggara khususnya, seperti tempatan atau morupakan | arca dengan ikatan tali kulit harimau yang hanya ditemui di aac = | Scivijaye. on Walau bagaimanapun, dalam proses pengambilan itu, aspek- termasukiah Cand) aspek yang diambil dari India oleh seseorang pemerintah dengan on pemerintah lain di Asia Tenggara mungkin berbeza walaupun Baader ime pengambilannya berlaku pada waktu yang sama. Ini dapat dilihat Kemboja, candi diLembah_| ‘dalam aspek amalan kepercayaan, contohnya, agama yang dianuti Bulang, Kedah dan cand | 4i Kedah Tua pada abad kelima Masihi ialah Buddha tetapi di Dien, Padang Lawes dan Muara P Ps \B “Takas dt Sumatera. (Indonesia), agama yang dianuti ialah Hindu. Pada abad ketujuh Masihi pula, kerajaan di Takuapa dan di Pulau Bangka menganut agama Hindu mazhab Vishnu tetapi pada abad yang sama di BD sass iis Sumatera dan di Jawa, agama yang diamalkan ialah agama Buddha ‘Sudut Mahayana. A Makiumat _“» Penerimaan masyarakat peribumi Asia Tenggara terhadap beberapa aspek kebudayaan India khususnya seperti keagamaan | Maharsia Vespian (ROM) dan sistem beraja juga didorong oleh faktor perdagangan. Iniadalah | Menmee,\*sme kerana perdagangan antara Asia Tenggara dengan India telah berlangsung semenjak abad kelima Sebelum Masihi lagi. Perdagangan dua hala ini terus berkembang apabila India sendiri berusaha untuk mendapatkan logam emas dari Asia Tenggara setelah Maharaja Vespian (tahun 69-79 M.) dari Rom memberhentikan perdagangan logam emas dengan India untuk mengelakkan kekurangan sumber bahan tersebut di Rom. Keadaan ini telah memberikan ruang lebih luas terhadap perdagangan antara | perhata Asia Tenggara dengan India sehingga kesan daripada proses ini memperlihatkan pelbagai aspek kebudayaan India telah diterima serta diterapkan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran, kesenian, dan kesusasteraan di banyak negara Asia Tenggara hingga ke hari ini. fd Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Sistem Pemerintahan Sebelum lahimnya kerajaan awal, pemerintahan disetiap petempatan awal di Asia Tenggara diterajui oleh seorang ketua. Pada masa itu, gelaran raja belum lagi digunakan. Gelaran. tersebut hanya mula digunakan apabilamuncul kerajaan awal yang dipengaruhi oleh sistem. beraja di India. Dalam sistem tersebut, raja berada di puncak pemerintahan. Di bawahnya terdapat kerabat diraja dan selepas itu, pembesar, termasuk ahli agama, iaitu Brahmin. Kemudian terdapat pula rakyat daripada pelbagai golongan dan yang paling bawah. ialah hamba. Raja berkuasa mutlak dalam semua aspek pemerintahan yang meliputi pentadbiran, hubungan luar, ketenteraan, dan khazanah negara. Perintah raja menjadi undang-undang ‘yang wajib dilaksanakan. Sesiapa yang melanggar perintah bermakna mereka mendethaka dan tidak akan diampunkan. Raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah. Rakyat takut untuk menderhaka kepada raja walaupun raja tidak berlaku adil, Ketakutan ini timbul kerana wujudnya kepercayaan bahawa raja merupakan bayangan tuhan. Maka, lahirlah konsep dewa-raja dalam sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara. Sehubungan dengan itu, raja tuhan atau dewa-raja turut dipercayai_ memiliki kesaktian, maka, kemudiannya lahirlah unsur mitos dan legenda tentang asal usul raja untuk memperkuat kedudukan dan status raja sebagai pemerintah. Bagi mengukuhkan lagi kedaulatan raja, diwujudkan pelbagai adat istiadat seperti pertabalan raja, Upacara pertabalan ini dipimpin oleh golongan Brahmin tanpa mengira sama ada raja tersebut menganut agama Hindu atau Buddha. Tujuan adat istiadat diwujudkan adalah untuk membezakan kedudukan raja daripada golongan yang diperintah. Setiap raja di Asia Tenggara bercita-cita menjadi raja yang terulung, iaitu menjadi raja yang berkuasa terhadap seluruh alam semesta, Untuk itu mereka telah mendirikan kompleks kota yang melambangkan konsep alam semesta atau dikenali juga dengan nama eres 85 Mengangkat Sumpah di Srivijaya Dalam upacara angkat sumpah, datu akan meminum air yang disiram pada batu bersurat itu. Air orde kosmos. Inilah sebabnya Raja Suryavarman II yang memerintah kerajaan Angkor telah membina Angkor Wat. Schubungan dengan itu, dalam kerajaan Angkor, raja juga dianggap sebagai raja dewa dan kedudukannya adalah di puncak sistem pemerintahan. Raja kemudiannya akan dibantu oleh pembesar, contohnya, disetiap daerah terdapat pembesar daerah atau gabenor, sementara_golongan Brahmin pula memainkan peranan dalam upacara keagamaan. Pada peringkat pentadbiran, raja akan dibantu oleh pembesar yang terdiri daripada pegawai tentera dan hakim, Sistem pentadbiran di Srivijaya pula amat kompleks jika dibandingkan dengan sistem pentadbiran kerajaan lain di Asia ‘Tenggara. Pengaruh India dalam sistem pemerintahan itu lahir dalam bentuk konsep raja yang mengamalkan agama Buddha Mahayana, Struktur pentadbiran Srivijaya boleh dilihat seperti rajah di bawah. Fer pn eee Sin Since Anco Re ga a eA thereat a ee Struktur Orgenisasi Pentadbiran Srivijaya Berdasarkan Batu Bersurat Telaga Batu, Palembang. bertarikh 683 M. ‘Sumber: Nik Hassan Suhaimi bin Nik Abdul Rahman BE tamer sve ta Tenge Di bawah raja terdapat pentadbiran pusat dan daerah. Dalam pentadbiran pusat terdapat empat kumpulan anak raja, iaitu yuvaraja, pratiywvaraja, raja kumara dan raja putra, Seorang daripada tiga orang anak raja yang awal itu boleh menggantikan raja kecuali raja putra kerana dia merupakan anak gundik. Di bawah anak raja terdapat parvanda atau kadang kala digelar senapati, iaitu ketua pentadbiran pusat. Di bawahnya terdapat pegawai lain seperti hakim, temenggung dan penghulu. Hamba raja merupakan golongan paling bawah dalam hierarki pentadbiran. Daerah pula ditadbir oleh datu yang dilantik oleh raja. Datu dapat dibahagikan. kepada dua, iaitu yang bergelar parvanda ( berketurunan raja ) dan | Satu bersurat utama yang keduanya bergelar bhupati ( orang-orang kaya ). itera ct Savgaya Pada zaman Srivijaya, wujud amalan berhubung dengantaat | tyuntoat ammemas setia. Setiap orang yang dilantik menjadi datw hendaklah mengikuti upacara angkat sumpah yang dilaksanakan di sebuah tempat suci | 1 Baty Bersurat bernama Telaga Batu di Palembang, Inidibuktikandenganjumpaan | Saka(ea2 M ) sebuah batu bersurat bertarikh 683 M. dengan ular tedungberkepala | 2 Satu Bersurat Tatang tujuh melambangkan payung yang melindungi tulisan pada batu | [URo606Seka bersurat tersebut dan terdapat tempat air mengalir di bahagian | 3. Batu Bersurat Kota bawahnya. Perbincangan di atas memberikan beberapa pengajaran yang jelas kepada kita. Masyarakat di daerah Asia ‘Tenggara semenjak dari zaman awal lagi telah terlibat dalam perdagangan laut yang kemudiannya membolehkan mereka berinteraksi dengan kuasa luar seperti India. Interaksi antarabangsa seperti ini membolehkan proses asimilasi budayaberlaku, Kalau pada masa dahulu penganutan unsur luar dapat disesuaikan dengan keadaan setempat, hal yang serupa juga — Prasasti (inskripsi) Telaga Batu seharusnya dapat dilakukan pada i Pedembeny. masa ini, iaitu kita sebagai generasi muda seharusnya memainkan peranan mempertahankan tradisi_ | b**e28'ed- asal budaya sendiri. Dengan itu, kita akan dapat diri daripada mudah terpengaruh dengan unsur budaya luar yang bersifat negatif. aoe Hal ini juga menunjukkan kepada kita beberapa aspek [aa Laman Web “wm daripada masyarakat dan pemerintahan negara kita, sebenarnya, mempunyai tradisi yang telah berakar umbi semenjak sekian lama. | fytersyetbometwork. ‘Contohnya ialah sistem beraja yang diamalkan di negara kita. Walau | indonesiainidooted.ntm bagaimanapun, sistem beraja ini merupakan sistem universal, yakni sistem ini juga terdapat dalam negara atau tamadun vainsama ada | Utantlmenyedaian i timur atau di barat, Tidak ada negara yang boleh wujud dan | Srivjaya di Palembang.

You might also like