You are on page 1of 5

Huraikan Ciri-ciri Dan Susun Lapis Masyarakat Feudal Di England

Pengenalan :

Feudalisme ditakrifkan sebagai satu bentuk kerajaan yang memperlihatkan kuasa


politik dikuatkuasakan secara tempatan oleh individu-individu persendirian dan
bukan oleh kerajaan pusat. Masyarakat feudal bermula di England apabila
berlakunya Perang Seratus Tahun yang merupakan siri peperangan yang melibatkan
pelbagai konflik di antara dua negara iaitu England dan Perancis. Perang ini
berlanjutan selama 116 tahun sehingga meninggalkan kesan kepada masyarakat
England apabila muncul semangat kesedaran nasional di dalam din i orang England.
Ketika peperangan ini berlaku, mereka menggunakan bahasa Inggeris sebagai
bahasa persuratan dan institusi kebangsaan berakar umbi di England. Selepas itu,
berlakunya pula perang saudara di England yang dikenali sebagai The Wars of Rose
atau Perang Bunga Mawar. Sebagai alternatif penamat huru-hara yang berlaku,
masyarakat England telah terpaksa menerima suatu sistem pemerintahan yang
dikenali sebagai sistem pemerintahan beraja mutlak.
Seterusnya, penubuhan monarki kebangsaan di Eropah pada abad ke-15 telah
merintis jalan kepada kemunculan pemerintahan berkuasa mutlak pada abad ke-16
dan ke-17 di England. Ketika abad itu, masyarakat Eropah telah mempercayai
sistem pemerintahan beraja mutlak adalah sistem yang memperlihatkan bahawa
seseorang raja dilantik oleh Tuhan untuk memerintah rakyatnya. Oleh itu, tugas
rakyat kepada raja adalah membantu raja tanpa soal. Jika seseorang raja itu kejam
dan tidak adil, rakyat harus menerima juga pemerintahannya dengan tenang
sebagai hukuman ke atas dosa-dosa mereka. Pandangan tentang perkara ini telah
diterima oleh institusi gereja dan mendapat sokongan daripada raja.
Penerimaan pemerintahan berkuasa mutlak ini menyebabkan masyarakat England
berada dalam sistem masyarakat feudal. Di England, masyarakat feudal terbahagi
kepada dua golongan iaitu golongan pemimpin dan golongan yang dipimpin.
Golongan pemimpin terdiri daripad a raja, bangsawan / baron, dan knight. Manakala
golongan yang dipimpin ialah petani atau rakyat biasa yang dikenali sebagai serf
Dalam masyarakat feudal, raja mempunyai kuasa mutlak. Antara ciri lain seorang
raja adalah, raja menjadi pusat segala kekuasaan dan raja hanya bertanggungjawab
kepada Tuhan dalam menjalankan pemerintahan bukan kepada rakyat dan rakyat
tidak mempunyai apa-apa hak untuk membantah pemerintahan raja sama ada baik
mahupun tidak.
Isi-isi :

Raja :

Kedudukan tertinggi raja ini diperlihatkan dalam era pemerintahan Dinasti


Tudor pada tahun 1485 sehingga 1603. Walaupun raja-raja mengarnalkan sistem
pemerintahan beraja mutlak tetapi masih berpegang kepada tradisi politik England
yang telah wujud pada Zaman Pertengahan. Ketika itu, raja-raja masih menghormati
prinsip pembatasan kuasa pemerintah yang terdapat dalam Magna Carta. Maka,
pemerintahan raja-raja tidak sepenuhnya membelakangi parlimen. Pembatasan
kuasa pemerintah ini memperlihatkan bahawa rakyat England pada abad ke-16
menerima idea bahawa raja dilantik atas kehendak Tuhan, tetapi tidak menerima
kepercayaan bahawa Tuhan telah memberi raja-raja kuasa mutlak untuk
menjalankan pemerintahan. Pembatasan kuasa ini memperlihatkan England
mengamalkan sistem monarki terhad apabila raja tidak boleh mengubah undangundang yang telah tercatat dalam Magna Carta sejak tahun 1215.

Seterusnya, era pemerintahan Raja Henry VII di England menduduki hierarki


tertinggi dalam masyarakat feudal dan berkuasa mutlak terhadap rakyat dan
negara. Da lam mengukuhkan kewibawaannya, Raja Henry VII juga telah
mengadakan perikatan politik melalui perkahwinan. Salah satu contoh perikatan
politik melalui perkahwinan yang dijalankan oleh Raja Henry VII adalah perkahwinan
antara Arthur dengan Caroline (puteri Sepanyol). Walaupun Arthur meninggal dunia
selepas beberapa bulan perkahwinannya, Catherine masih menetap di England dan
berkahwin dengan putera kedua Raja Henry VII yang kemudiannya menjadi Raja
Henry VIII. Manakala era pemerintahan Dinasti Tudor berakhir apabila Ratu Elizabeth
I meninggal dunia tanpa meninggalkan waris. Raja James I merupakan pemerintah
England yang memulakan pemerintahan Dinasti Stuarts di England. Baginda telah
memerintah dari tahun 1603 hingga tahun 1625. Raja James I juga telah
memperkenalkan beberapa dasar pemerintahan sepanjang pemerintahannya. Raja
James I merasakan wujud pembatasan kepada kuasa raja apabila terdapat dua
dewan, iaitu Dewan Parlimen dan Dewan Rakyat. Kedua-dua dewan ini mempunyai
kuasa tentang cukai dan undang-undang.

Raja James I menggunakan sistem kewangan yang mengguna pakai sistem


sedia ada, iaitu pendapatan tetap yang diterima daripada harta dan kutipan diraja,
cukai kastam dan sebagainya. Manakala, cukai tanah dan lain-lain ditetapkan oleh
parlimen. Situasi tersebut menyebabkan Raja James I perlu merayu kepada
parlimen untuk mendapatkan peruntukan tambahan namun permintaan baginda
tidak dilayan oleh parlimen. Keengganan parlimen ini telah menyebabkan Raja
James I bertindak menggunakan kuasa mutlaknya dengan menaikkan cukai kastam
dan beberapa kuasa yang boleh dikuasainya. Parlimen menentang tindakan

tersebut namun hanya mengundang kemarahan Raja James I. Putera Raja James I,
iaitu Raja Charles I juga menjalankan pemerintahan seperti ayahandanya. Raja
Charles I mendapati sukar mendapatkan peruntukan tambahan daripada parlimen.
Oleh itu, Raja Charles I melakukan beberapa tindakan yang mendorong parlimen
mengadakan persidangan memaksa Raja Charles I menandatangani

Pengisytiharan Hak pada tahun 1628. Pengisytiharan tersebut bertujuan


melindungi rakyat daripada kekuasaan raja. Namun, Raja Charles I tidak menerima
syarat tersebut. Ahli parlimen yang tidak berpuas hati dengan pendirian Raja
Charles I telah mengadakan persidangan tersebut. Raja Charles I kemudiannya
telah menangkap sembilan orang ahli parlimen selepas persidangan tersebut dan
membubarkan parlimen. Baginda telah mengambil keputusan untuk memerintah
secara mutlak tanpa parlimen selama sebelas tahun. Keadaan tersebut
mencetuskan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat dan golongan
peniaga.

Kesemua tindakan yang diambil oleh Raja Charles I telah memeranjatkan


golongan bangsawan, pemilik tanah, dan golongan borjouis sehingga mencetuskan
perang saudara antara puak raja (cavaliers/royalist) dengan puak parlimen
(roundheads). Perang saudara tersebut tercetus pada tahun 1642 hingga tahun
1649. Akhirnya kemenangan berpihak kepada parlimen di bawah pimpinan Oliver
Cromwell. Kesannya, Raja Charles I tidak lagi berkuasa dalam parlimen dan dihukum
pancung oleh Parlimen Rump. Seterusnya, Oliver Cromwell telah menubuhkan
pemerintahan Komanwel dan Protectorate di England. Namun, pemerintahan Oliver
Cromwell bersifat diktator, iaitu parlimen hanya akan bersidang jika membawa
kepentingan kepada beliau. Apabila Oliver Cromwell meninggal dunia, putera Raja
Charles I, iaitu Raja Charles II menaiki takhta dan berjanji akan mematuhi dan
menghormati parlimen. Beliau kemudiannya memansuhkan Komanwel dan
meluluskan undang-undang mengikis fahaman Puritan dari England.

Dalam masyarakat feudal di England raja diiktiraf sebagai penguasa ke atas


semua tuan tanah (lord) dan pemilik semua tanah dalam kerajaannya. Penguasaan
tanah oleh raja dalam masyarakat feudal membolehkan raja berhak memutuskan
kepada sesiapa untuk memajakkan tanah yang dimiliki. Golongan baron dan knight
juga diberi tanah oleh raja sebagai ganjaran terhadap perkhidmatan yang diberikan.
Sebagai balasannya, golongan bangsawan harus membekalkan askar-askar untuk
peperangan. Pemberian tanah kepada golongan bangsawan juga membolehkan raja
memperoleh pendapatan daripada cukai-cukai yang dikenakan terhadap golongan
bangsawan dan seterusnya mempertahankan kuasa.

Golongan Bangsawan :

Bangsawan atau baron berada dalam hierarki kedua selepas raja. Baron
memainkan peranan penting dalam pentadbiran dan ekonomi. Raja juga akan
mengurniakan gelaran kepada bangsawan seperti count, duke, baron (lord), dan
vassal. Duke berada dalam hierarki tertinggi diikuti oleh baron dan vassal.
Golongan bangsawan yang menerima tanah daripada raja akan memerintah di
tanahnya. Seterusnya, knight pula berada dalam golongan ketiga selepas golongan
bangsawan. Knight mempunyai tanah yang luas dan diagihkan kepada serf untuk
mengusahakan tanah tersebut semasa ketiadaan knight. Sebagai balasan, serf akan
memberikan khidmat kepada knight dan knight akan melindungi serf dan
keluarganya.

Golongan Knight :

Kehidupan knight dalam masyarakat feudal akan ditentukan oleh raja dan
baron. Oleh itu, mereka menumpukan masa dengan meningkatkan kemahiran
dalam bidang ketenteraan. Pada abad ke-16, kedudukan knight telah diperkukuhkan
dengan mengambil tentera upahan bagi menentang pemberontak atau musuh.
Pengambilan tentera upahan ini dapat menjamin kestabilan politik dan membawa
kamajuan ekonomi dalam masyarakat feudal. Kesimpulannya, knight tidak lagi
mendominasi komposisi pasukan tentera.

Golongan Serf :

Rakyat biasa yang dikenali sebagai serf atau petani berada di bawah sekali
dalam lapisan masyarakat. Kehidupan mereka tidak bebas dan tidak boleh
berpindah dan sentiasa di bawah pengawasan raja dan baron. Lord manor atau
institusi manor merupakan institusi yang melindungi petani, mendirikan mahkamah
bagi membolehkan petani merayu untuk keadilan, mendirikan kilang dan
mendirikan gereja untuk penduduk kampung. Golongan petani yang menerima
keistimewaan tersebut terpaksa berhutang dan memberi khidmat kepada lord. Di

bawah sistem manor, kesemua bahan yang dihasilkan daripada tanah digunakan
dalam manor dan mewakili golongan primitif.

Golongan petani juga melakukan khidmat buruh. Antaranya adalah


membina bangsal, menggali pant, membina dan membaiki jalan serta melakukan
pembersihan hutan. Namun, kehidupan golongan petani berubah selepas
berlakunya perubahan ekonomi di England. Golongan serf kini bebas daripada tuan
tanah selepas berlaku peningkatan dalam pertanian dagangan, kemunculan bandar,
dan perkembangan sektor perusahaan.

Kesimpulan :

Masyarakat feudal di England telah mengalami perubahan berikutan perkembangan


perdagangan, kestabilan politik dan kemunculan bandar-bandar baru.

You might also like